kesan latihan industri terhadap pengukuhan … · pelajar-pelajar tahun akhir sarjana muda...

27
KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN KEMAHIRAN GENERIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA TERKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) NURUL AISAH BINTI MOHD NOOR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN KEMAHIRAN

GENERIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA

TERKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

NURUL AISAH BINTI MOHD NOOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan
Page 3: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan
Page 4: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN KEMAHIRAN

GENERIK DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA

MUDA TERKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

NURUL AISAH BINTI MOHD NOOR

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2011

Page 5: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan
Page 6: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

DEDIKASI

Penghargaan istimewa untuk keluarga yang tersayang di atas dorongan,

kesabaran, dan pengorbanan yang tidak terhingga.

Mohd Noor Bin Yasin (ayah: semoga rohnya dicucuri rahmat)

Samsiah Binti Husin (ibu tersayang)

Yahya Bin Hassan

Kakak dan adik-adik yang dikasihi…

Siti Hamizah Binti Mohd Noor dan keluarga

Nurul Izani Binti Mohd Noor dan keluarga

Nurul Idayu Binti Mohd Noor dan keluarga

Nurul Anis Azirah Binti Yahya

Terima kasih di atas galakan dan doa kalian

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai…

Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat

yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang

dapat membalas dengan seadilnya segala budi kalian dengan sebaik-baik ganjaran

Insya Allah…

Semoga Di Rahmati Dan Diberkati Allah Hendaknya..

Page 7: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

PENGHARGAAN

Bersama untaian kata setulus bicara ingin saya memanjatkan kesyukuran ke

hadrat IIahi kerana hanya dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan projek sarjana

muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir kursus sebelum menerima

segulung ijazah.

Sekalung penghargaan dan ucapan setinggi – tinggi terima kasih, saya

ucapkan kepada pensyarah JPTK. Setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada

penyelia projek sarjana muda iaitu Dr. Rohana Binti Hamzah yang sentiasa memberi

nasihat, bimbingan dan sokongan yang berterusan sehinggalah kajian ini dapat

disempurnakan. Setiap nasihat dan teguran akan saya jadikan panduan dalam

meneruskan cabaran pada masa hadapan. Insya-Allah dengan keberkatan ilmu yang

saya perolehi ini akan saya gunakan dalam kehidupan seharian.

Setinggi - tinggi penghargaan juga, saya tujukan kepada kedua ibu bapa dan

adik beradik saya yang tidak putus – putus membantu saya dari segi panduan dan

kewangan. Ribuan terima kasih kepada kawan – kawan seperjuangan saya yang

telah banyak berkongsi idea dan pengalaman serta memberi pertolongan sepanjang

membuat kajian ini. Akhir kata jutaan terima kasih, saya ucapkan kepada semua

pihak yang telah membantu saya di sepanjang tempoh menjalani penyelidikan ini.

Page 8: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji kesan latihan industri

terhadap pengukuhan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian deskriptif

digunakan bagi mengenal pasti tahap pengukuhan kemahiran generik selepas pelajar-

pelajar menjalani latihan industri. Data bagi kajian ini diperoleh melalui satu soal

selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir UTM yang telah mengikuti

latihan industri pada awal bulan Mei 2010 hingga akhir bulan Jun 2010. Nilai pekali

kebolehpercayaan kajian ini adalah α = 0.801. Data dianalisis dengan menggunakan

perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. Seramai 43 orang

pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis dengan

menggunakan statistik kekerapan, peratus, min, Ujian-t dan One Way Anova. Kajian

ini tertumpu pada elemen kemahiran generik iaitu kemahiran komunikasi, kemahiran

pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran keusahawanan, kemahiran

kepimpinan, kemahiran bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan

pengurusan maklumat, dan kemahiran etika dan moral profesional. Hasil keseluruhan

kajian menunjukkan tahap kemahiran generik semasa menjalani latihan industri

berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan industri-industri yang terlibat telah

memberi komitmen yang baik untuk mengukuhkan kemahiran generik di kalangan

pelajar seperti mana yang telah dipelajari di universiti. Dapatan kajian bagi

perbezaan tahap pengukuhan kemahiran generik terhadap jantina dengan

menggunakan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Perbezaan

yang signifikan ini terdapat pada elemen kemahiran pemikiran kritis dan

penyelesaian masalah, dan kemahiran kepimpinan dengan bacaan nilai min

menunjukkan jantina lelaki lebih tinggi daripada jantina perempuan.

Page 9: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

vii

ABSTRACT

This study was carried out to investigate the impact of industrial training on

reinforcement of generic skills among final year students Bachelor of Technology

with Education (Living Skills). Descriptive studies are used to identify the generic

skills after reinforcement students went through Industries training. Data have

collected using questionnaire circulated to final year students UTM who have

attended training industry in early May 2010 until end of Jun 2010. The value

reliability of this study is coefficient α = 0.801. Data were analyzed by using

Statistical Packages for Science Social (SPSS) Versi 15.0. A total of 43 students

involved in this study. Statistic have been used are frequency, percentage, mean, t-

test and One Way Anova. The elements of the generic skills have been studied are

communication skills, critical thinking skills and problem solving, entrepreneurial

skills, leadership skills, team work skills, lifelong learning skills and information

management, and ethics and moral professional skills. The overall results showed

that the level of generic skills reinforcement during industry training is at high levels.

This shows that the industries involved have committed for the reinforcement of

generic skills among respondent as they have learned at university. The finding of

the different level of generic skill reinforcement on gender using t-test showed

significant difference. The significant difference was found in the elements of

critical thinking skills and problem solving, and leadership skills with mean value

indicates that male is better than the female students.

Page 10: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI SIMBOL xi

SENARAI LAMPIRAN xii

Page 11: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

BAB PERKARA HALAMAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kerangka Konsep 7

1.7 Kepentingan Kajian 11

1.7.1 Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)

11

1.7.2 Penyelia latihan industri fakulti

pendidikan (UTM)

11

1.7.3 Jabatan Pendidikan Teknik Dan

Vakasional (JPTK)

12

1.7.5 Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) 12

1.8 Skop dan Batasan

1.8.1 Skop 12

1.8.2 Batasan 13

1.9 Definisi Istilah 13

1.9.1 Kemahiran Generik 14

1.9.2 Latihan Industri 14

1.9.3 Kemahiran Komunikasi 15

1.9.4 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan

Penyelesaian Masalah

15

1.9.5 Kemahiran Bekerja Secara Berpasukan 16

1.9.6 Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan

Pengurusan Maklumat

17

1.9.7 Kemahiran Kepimpinan 17

1.9.8 Kemahiran Keusahawanan 18

1.9.9 Etika dan moral prefesional 19

1.10 Penutup 19

Page 12: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Latihan Industri 21

2.3 Konsep Kemahiran Generik 24

2.4 Kepentingan Kemahiran Generik 27

2.5 Elemen-Elemen Kemahiran Generik 29

2.5.1 Kemahiran Komunikasi 29

2.5.2 Kemahiran Pemikiran Kritis Dan

Kemahiran Penyelesian Masalah

32

2.5.3 Kemahiran Bekerja Berpasukan 36

2.5.4 Kemahiran pembelajaran berterusan dan

pengurusan

maklumat

38

2.5.5 Kemahiran keusahawanan 40

2.5.6 Kemahiran kepimpinan 43

2.5.7 Kemahiran etika dan moral professional 45

2.6 Hasil Dapatan kajian yang lepas berkaitan

dengan

kemahiran generik

47

2.7 Penutup 49

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 50

3.2 Reka Bentuk Kajian 50

3.3 Lokasi 52

3.4 Populasi 52

3.5 Instrumen Kajian 53

3.6 Prosedur Kajian 54

3.7 Jangkamasa Kajian 57

3.8 Kajian Rintis 58

3.8.1 Kesahan Soal Selidik 59

3.8.2 Kebolehpercayaan 59

3.9 Pengekodan Data 60

Page 13: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

3.10 Analisis Data 62

3.10.1 Ujian-T 64

3.10.2 Anova 64

3.11 Penutup 65

4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 66

4.1 Analisis Bahagian A- Latar Belakang

Responden

67

4.1.1 Taburan Responden Berdasarakan Jantina 67

4.1.2 Taburan Responden Berdasarkan Jenis

Industri Yang Terlibat

68

4.1.3 Taburan Responden Berdasarkan Saiz

Industri Yang Terlibat

70

4.2 Analisis Bahagian B-Pernyataan Maklumbalas

Responden

71

4.2.1 Tahap pengukuhan kemahiran komunikasi

pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) semasa latihan industri

72

4.2.2 Tahap pengukuhan kemahiran pemikiran

kritis dan penyelesaian masalah pelajar-

pelajar tahun akhir Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) semasa latihan industri

73

4.2.3 Tahap pengukuhan kemahiran bekerja

berpasukan pelajar-pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri

75

4.2.4 Tahap pengukuhan kemahiran

pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat pelajar-pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

76

Page 14: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri

4.2.5 Tahap pengukuhan kemahiran

keusahawanan pelajar-pelajar tahun akhir

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) semasa latihan industri

78

4.2.6 Tahap pengukuhan kemahiran kepimpinan

pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup) semasa latihan industri

80

4.2 7 Tahap pengukuhan kemahiran etika dan

moral profesional pelajar-pelajar tahun

akhir Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa

latihan industri

82

4.2.8 Keseluruhan dapatan kajian tahap

pengukuhan kemahiran generik

83

4.2.9 Perbezaan tahap pengukuhan kemahiran

generik berdasarkan jantina

84

4.2.10 Perbezaan tahap pengukuhan kemahiran

generik pelajar berdasarkan saiz industri

yang terlibat

87

4.3 Penutup 88

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Rumusan 89

5.2.1 Rumusan analisis latar belakang

responden

90

5.2.2 Rumusan analisis persoalan kajian 90

5.2.3 Rumusan perbandingan persoalan kajian

terhadap jantina dan saiz indutri

91

Page 15: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam kemahiran komunikasi

93

5.3.2 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam Kemahiran pemikiran kritis

dan penyelesaian masalah

95

5.3.3 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam Kemahiran bekerja

berpasukan

97

5.3.4 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam Kemahiran pembelajaran

berterusan dan pengurusan maklumat

99

5.3.5 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam Kemahiran keusahawanan

101

5.3.6 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam Kemahiran kepimpinan

103

5.3.7 Pengalaman latihan di industri mendidik

pelajar dalam kemahiran etika dan moral

profesional

106

5.4 Cadangan 107

5.5 Saranan Kajian Lanjutan 108

5.7 Penutup 110

BIBLIOGRAFI

111

LAMPIRAN

Page 16: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

ix

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK HALAMAN

2.1 Saiz Industri Bagi Ketiga-Tiga Sektor

Industri Mengikut Bilangan Pekerja

24

2.2 Saiz Industri Bagi Ketiga-Tiga Sektor

Industri Mengikut Jumlah Jualan Tahunan

24

2.3 Istilah kemahiran generik di negara lain 25

3.1 Skala Likert 54

3.2 Jadual Pembolehubah 54

3.3 Senarai Aktiviti Dan Jangkaan Masa Bagi

Kajian

57

3.4 Pengekodan yang dilakukan oleh penyelidik

di bahagian A

61

3.5 Contoh pengekodan bagi item bahagian B 61

3.6 Pengkelasan maklum balas responden

berdasarkan skor min.

63

4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 67

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 68

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Jenis

Industri

69

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Saiz

Industri

70

4.5 Analisis tahap pengukuhan kemahiran

komunikasi pelajar semasa latihan industri

72

4.6 Analisis tahap pengukuhan kemahiran 73

Page 17: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

x

pemikiran kritis dan penyelesaian masalah

pelajar semasa latihan industri

4.7 Analisis tahap pengukuhan kemahiran

bekerja berpasukan pelajar semasa latihan

industri

75

4.8 Analisis tahap pengukuhan kemahiran

pembelajaran berterusan dan pengurusan

maklumat pelajar semasa latihan industri

76

4.9 Analisis tahap pengukuhan kemahiran

keusahawanan pelajar semasa latihan

industri

78

4.10 Analisis tahap pengukuhan kemahiran

kepimpinan pelajar semasa latihan industri

80

4.11 Analisis tahap pengukuhan kemahiran etika

dan moral profesional pelajar semasa

latihan industri

82

4.12 Analisis keseluruhan dapatan tahap

pengukuhan kemahiran generik

83

4.13 Analisis ujian-t tahap pengukuhan

kemahiran generik berdasarkan jantina

84

4.14 Analisis One Way Anova tahap pengukuhan

kemahiran generik pelajar berdasarkan saiz

industri yang terlibat

87

Page 18: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Model Pembangunan Kemahiran

Generik Di Kalangan Pelajar

8

1.2 Kerangka Kajian 10

2.1 Jenis-Jenis Kemahiran Generik Yang

Diterapkan Oleh UTM

28

2.2 Proses yang bakal di alami oleh seorang

usahawan

41

3.1 Carta Prosedur Kajian 56

4.1 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan

Jantina

68

4.2 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan

Jenis Industri

69

4.3 Kekerapan (f) Responden Berdasarkan

Saiz Industri

70

5.1 Proses yang bakal di alami oleh seorang

usahawan

104

Page 19: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

xi

SENARAI SIMBOL

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuteraan

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kemahiran Hidup

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Elektrik

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Jentera

S.W.T - Subhanahuwataala

S.A.W - Sallallahualaiwassalam

Page 20: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Contoh Borang Soal Selidik

B Pengesahan Instrumen

C Analisis Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbanch

Page 21: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kerajaan Malaysia kini sedang berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima

tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia. Sehubungan itu, kerajaan di bawah

kepimpinan Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah

meperkenalkan rangka kerja perlaksanaan baru iaitu Rancangan Malaysia Ke-

Sepuluh yang bertemakan Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial.

Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan

kesinambungan ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju

dan berpendapatan tinggi. Melalui RMK ke-10 ini juga, kerajaan juga telah

menetapkan komposisi pekerja berkemahiran tinggi perlu ditambah kepada

sekurang-kurangnya 37 peratus menjelang tahun 2015 untuk menjadi sebuah negara

maju (dicapai pada 15 ogos 2010 daripada http://www.malaysiakini.com/news

/134130)

Program pembagunan kemahiran insaniah (soft skill) atau kemahiran generik

telah diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 22 Ogos 2006

untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Mohd Salleh Abu & Mohd Zaki Kamsah,

2006). Oleh itu, Institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) sangat komited dalam usaha membangunkan kemahiran generik di kalangan

mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini kerana, kemahiran generik memainkan peranan

yang penting dalam era globalisasi. Penguasaan kemahiran generik di kalangan

graduan merupakan isu yang sering diperkatakan oleh bukan sahaja pihak industri

Page 22: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

2

tetapi juga pemimpin negara, para akademik dan masyarakat awam. Di kalangan

graduan, tahap penguasaan kemahiran generik lazimnya dikaitkan dengan

employabiliti seseorang graduan tersebut. Di kalangan majikan pula, penguasaan

kemahiran generik yang baik merupakan atribut penting yang perlu dikuasai oleh

pekerjanya.

Penerapan kemahiran generik amatlah dititikberatkan kepada para graduan

memandangkan ianya adalah medium penting bagi membekalkan sumber tenaga

manusia yang seimbang dalam pembentukan budaya bangsa. Pelaksanaan kemahiran

generik selari dengan pembangunan sahsiah untuk melahirkan bakal pekerja yang

seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani selain berketrampilan.

Menurut Reigeluth (1999), kemahiran generik boleh diguna pakai merentas pelbagai

subjek domain. Ini bermakna, dengan menguasai kemahiran generik, seseorang

individu akan dapat mengadaptasikan diri dengan sebarang perubahan yang berlaku.

Pekerja yang menguasai kemahiran generik bersifat fleksibel, dinamik, dan

berketerampilan dalam menjalankan tugas. Kemahiran generik juga dikenali sebagai

„employable skills‟ iaitu kemahiran dalam kebolehan melakukan kerja dengan lebih

praktikal dan realistik.

Institut pengajian tinggi harus peka dengan keperluan guna tenaga negara

memandangkan universiti merupakan platform terbaik untuk melahirkan graduan

yang mampu berdaya saing dengan arus globalisasi. Justeru itu, kemahiran generik

perlu dititik beratkan terutama kepada graduan yang bakal bersaing dalam pasaran

kerja hari ini. Menurut laporan program pembangunan kemahiran generik Soft Skill

di kalangan pelajar sehingga Disember 2006, pihak senat UTM telah menetapkan

bahawa usaha pembangunan kemahiran generik di kalangan pelajar perlu dibuat

secara holistik melibatkan pelbagai pendekatan yang berasaskan aktiviti P&P serta

program/aktiviti pembangunan sokongan.

Salah satu program yang dibuat oleh fakulti pendidikan kepada pelajar yang

mengambil Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) (SPH)

ialah progam latihan industri. Latihan ini diwajibkan untuk pelajar-pelajar tahun

3SPH untuk membolehkan mereka mendapat segulung ijazah. Latihan indutri

Page 23: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

3

dijalankan selama lapan minggu di industri-industri yang telah dipilih pelajar sendiri

dengan persetujuan daripada pihak industri dan pihak universiti. Tujuan program ini

diadakan adalah memperolehi kemahiran pada kesempatan terawal yang mungkin

dan memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajar serta menggalakkan interaksi

dengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat (buku log latihan industri, 2010).

Justeru itu, peranan latihan industri adalah untuk memantapkan kemahiran generik di

kalangan pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Marniyati (2009), kemahiran generik atau kemahiran insaniah dari

perspektif Islam adalah bermula seawal tersebarnya ajaran Islam pada zaman

Rasulullah s.a.w. Islam telah menetapkan Al Quran dan As Sunnah sebagai panduan

asas yang menjamin pembentukan jiwa, pendidikan hati dan pembersihan akhlak

serta tingkah laku peribadi seorang muslim. Asas ini akan menjadi kekuatan kepada

pekerti yang baik dalam menjalin hubungan sesama insan.

Adibah Abdul Latif (2005), Institusi pendidikan perlu memainkan peranan

penting menjadi pusat latihan dan penerapan kemahiran generik di kalangan

mahasiswa. Hal ini kerana, negara bukan sahaja memerlukan bijak pandai yang

menguasai pelbagai ilmu intelektual tetapi juga menyumbang kepada pembangunan

dan perkembangan ilmu untuk masa hadapan. Kearns (2001), mendefinisikan

kemahiran generik sebagai kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan

besar pekerjaan yang pelbagai. Ianya bukan sekadar merangkumi asas keterampilan

atau kemahiran asas malahan juga merangkumi kemahiran kognitif, personal dan

interpersonal yang relevan dengan sesuatu pekerjaan.

Ishak Haron (1992), menegaskan bahawa tenaga manusia yang diperlukan

dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional,

berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat

membuat penyesuaian dengan cepat. Bukanlah mudah untuk kita berdepan dengan

Page 24: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

4

dunia pekerjaan yang kian mencabar, rumit dan kompleks keperluannya. Dengan

memiliki sekeping sijil, diploma atau ijazah, belum pasti seseorang itu dapat meraih

pekerjaan. Di samping kelayakan akademik, seseorang itu perlu memiliki

ketrampilan diri yang baik, mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman (Esa

Abd Samad, 2000).

Hasliza Hassan (2002), menyatakan antara faktor mengapa lulusan institusi

pengajian tinggi tidak dapat tempat di pasaran pekerjaan adalah kerana mereka tidak

mempunyai kemahiran-kemahiran generik. Menurutnya lagi, bakal majikan kurang

yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek keperibadian,

penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi, kemampuan membuat

keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan. Tengku Mahaleel

(2002) berpendapat untuk menempatkan diri dan bersaing di pasaran pekerjaan

global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai elemen-elemen

kemahiran generik di samping cemerlang dalam bidang akademik. Menurut beliau

lagi, elemen-elemen kemahiran generik akan membolehkan seseorang pekerja

menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam sebarang

bidang pekerjaan.

Nik Othman Daud (2003), telah menyatakan bahawa bagi mendapatkan ciri-

ciri K-workers dalam era k-ekonomi, seseorang pekerja itu seharusnya mempunyai

kemahiran generik seperti kemahiran di dalam intrapersonal, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi, adaptabiliti dan proaktif. Dengan

mempunyai kemahiran generik tersebut, individu itu akan lebih bersifat produktif

dan pelbagai kemahiran yang sedia ada itu akan lebih memudahkan objektif sesebuah

organisasi itu akan tercapai.

Menurut Nurita, Shaharudin, Ainon, di dalam journal Gurvinder Kaur (2008),

secara umumnya ramai pekerja-pekerja yang berkelulusan dari IPT di Malaysia

sangat pakar dalam kerjanya tetapi sayangnya mereka tidak memiliki kemahiran

generik. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi juga di luar negara

seperti United States, United Kingdom dan sebagainya. United Kingdom

menghadapi kesulitan dalam menemui graduan yang memiliki “soft skill”

Page 25: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

5

(Dickinson, 2000). Di United States pula, majikan selalu melaporkan kepada media

bahawa negara itu menghadapi kekurangan pekerja yang mempunyai set kemahiran

yang sempurna dan masalah ini memberi kesan kepada ekonomi negara mereka,

(Lawrence, 2002).

Kemahiran generik kini menjadi tonggak dalam memilih pekerja-pekerja di

setiap industri. Institusi pendidikan merupakan tempat yang paling sesuai untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran generik seperti mana yang

dikehendaki oleh setiap industri. Hal ini disokong daripada Jessica Pumphrey dan Jo

Slater (2002). Mereka menyatakan dalam kajian mereka berkaitan penilaian terhadap

keperluan kemahiran generik mengikut sektor kerja di United Kingdom terdapat

jurang perbezaan dan isu pengambilan kerja apabila ianya melibatkan kemahiran

generik yang diperlukan mengikut skop industri. Oleh itu, terdapat keperluan untuk

pengukuhan kemahiran generik semasa pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terlibat dalam latihan industri.

1.3 Pernyataan Masalah

Kemahiran generik memainkan peranan yang penting dalam pemilihan

seseorang untuk bekerja di sektor-sektor industri. Sehubungan dengan itu, setiap

institusi pendidikan telah merancang, membangun dan melaksanakan pelbagai

program dan aktiviti yang bertujuan melengkapkan bakal graduan dengan kemahiran

generik yang diperlukan oleh setiap industri. Di Universiti Teknologi Malaysia

(UTM) terdapat tujuh kemahiran generik yang di peraktikkan dalam pembelajaran.

Hal ini kerana, kemahiran generik menjadi satu trend masa kini dalam arus pemilihan

pekerja yang berkemahiran.

Salah satu program yang dijalankan oleh pihak fakulti pendidikan di

Universiti Teknologi Malaysia ialah mewajibkan pelajar-pelajar yang mengambil

kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) supaya

menjalani latihan industri selama lapan minggu semasa cuti semesta. Tujuan latihan

Page 26: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

6

industri di jalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memperolehi

kemahiran pada kesempatan terawal yang mungkin. Oleh itu, kajian ini adalah untuk

mengenal pasti sama ada mendapat latihan pengukuhan kemahiran generik yang

dipelajari di Universiti Teknologi Malaysia oleh pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa terlibat dalam latihan

industri. Kemahiran generik yang dikaji dalam kajian ini ialah kemahiran

komunikasi, kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kemahiran

bekerja berpasukan, kemahiran pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat,

kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan dan kemahiran etika dan moral

prefesional.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kemahiran

generik pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) semasa menjalani latihan industri. Secara khususnya kajian ini

bertujuan untuk :

1. Mengenal pasti latarbelakang responden dari segi jantina, jenis-jenis industri

dan saiz industri yang terlibat semasa latihan industri.

2. Mengenal pasti tahap pengukuhan kemahiran generik semasa latihan industri.

3. Mengenal pasti perbezaan yang signifikan tahap pengukuhan kemahiran

generik berdasarkan jantina dan saiz industri.

Page 27: KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PENGUKUHAN … · pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) semasa latihan industri 80 4.2 7 Tahap pengukuhan

7

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai iaitu:

1. Apakah latarbelakang responden dari segi jantina, jenis-jenis industri dan saiz

industri yang terlibat semasa latihan industri?

2. Apakah tahap pengukuhan kemahiran generik semasa latihan industri?

3. Apakah perbezaan yang signifikan tahap pengukuhan kemahiran generik

berdasarkan jantina dan saiz industri?