kesan-kesan kedatangan kuasa asing

Upload: norhidayah-sanusi

Post on 03-Jun-2018

1.205 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kesan-kesan Kedatangan Kuasa Asing

    1/4

    Umum menyedari bahawa Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing

    yang bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, British, Jepun dan British semula. Dalam

    hal ini apa yang kita lihat adalah penjajahan British memakan masa lebih lama berbanding

    dengan Portugis, Belanda dan Jepun. Penglibatan British dalam hal ehwal sosioekonomi TanahMelayu berlaku seawal tahun 1786 dan terhenti seketika setelah penjajahan Jepun di Tanah

    Melayu yang bermula pada tahun 1942-1945. Setelah kekalahan Jepun, British balik semula ke

    Tanah Melayu pada tahun 1946 sehinggalah akhir tahun 1957 apabila pada 31 Ogos 1957, Tanah

    Melayu mencapai kemerdekaan. Manakala Portugis dan Belanda pula hanya tertumpu di Melaka

    dan bertapak di situ dalam beberapa dekad sahaja.

    Salah satu perkara yang dirasakan kurang disentuh dalam mempelajari penjajahan kuasa

    asing di Tanah Melayu ialah apakah kesan positif disebalik penjajahan tersebut. Ini

    memandangkan apa yang berlaku sama ada baik atau buruk akan tetap ada hikmah disebaliknya.

    Pernahkan kita memikirkan akan hal ini? Di antara kesan positif disebalik penjajahan kuasa luar

    ke atas Tanah Melayu pada masa dahulu adalah:

    Munculnya Semangat KebangsaanSemangat kebangsaan atau semangat cintakan bangsa dan negara merupakan sifat yang

    perlu ada dalam semua individu yang menganggap dirinya warganegara ini. Semangat ini akan

    terus berkembang dalam jiwa anak bangsa selagi mana ada kuasa tertentu yang cuba menganggu

    gugat negara, agama dan bangsanya. Dalam konteks penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu ia

    telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada berkembangnya semangat nasionalisma

    penduduk di negara ini. Asal usul bertumbuhnya semangat ini adalah disebabkan peranan

    penjajah yang telah membawa masuk bangsa asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang

    getah dan lombong bijih timah dan juga perkembangan sistem pendidikan yang telah

    menyedarkan bangsa Melayu untuk bangun menentang kuasa asing yang begitu rakus

    menyelongkar hasil mahsul negara ini. Paling awal adalah penentangan terhadap penjajahan

    British oleh beberapa individu seperti Dato Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh,

    Dato Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua penentangan terhadap penjajahan British

    dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu dan Inggeris.

  • 8/12/2019 Kesan-kesan Kedatangan Kuasa Asing

    2/4

    Pendudukan Jepun tidak terkecuali telah menaikkan lagi semangat nasionalisma

    penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Dalam hal ini, pendudukan Jepun di Tanah

    Melayu pada 1942-1945 telah memberi keyakinan kepada penduduk Tanah Melayu bahawaorang Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat dan berpengaruh. Ia juga

    memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu untuk berjuang mempertahankan tanahair

    mereka disebabkan slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu Asia untuk orang Asia.

    Orang Melayu mula bersatuTidak keterlaluan jika dikatakan penjajahan British menjadi antara faktor penting yang

    menyebabkan orang Melayu pada ketika itu untuk bersatu. Orang Melayu pada waktu itu tidak

    bergaduh atau berkonflik cuma mereka hidup secara terasing dan mengikut kenegerian. Justeru

    itulah dapat dilihat tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan

    Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu

    Pahang dan sebagainya. Jadi, dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan

    seluruh penduduk Tanah Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara

    besar-besaran terhadap pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah

    terbentuknya Parti UMNO pada tahun 1948 dengan nama United Malayan National

    Organization.

    Berkembangnya sekolah-sekolah Vernakular Melayu dan InggerisSebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, penduduk Tanah Melayu telahpun

    mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri iaitu pendidikan agama dan sekolah pondok. Pada

    waktu itu pendidikan sekular belum diperkenalkan lagi dalam kalangan masyarakat Melayu.

    Setelah kedatangan penjajah British, beberapa sekolah vernacular diperkenalkan seperti

    penubuhan Penang Free School yang merupakan sekolah Inggeris pertama dibina di Tanah

    Melayu. Selain itu ada juga sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil dibina untuk

    kemudahan penduduk Tanah Melayu mendapatkan pendidikan. Walau bagaimanapun,

    kebanyakan sekolah-sekolah ini tertumpu di kawasan bandar. Manakala pendidikan tinggi bagi

    orang Melayu juga telah diadakan oleh pihak British iaitu MCKK atau Malay College Kuala

  • 8/12/2019 Kesan-kesan Kedatangan Kuasa Asing

    3/4

  • 8/12/2019 Kesan-kesan Kedatangan Kuasa Asing

    4/4

    majmuk di Tanah Melayu dengan kehadiran orang Cina dan India yang akhirnya menjadi

    penduduk tetap Tanah Melayu.

    Wujudnya kawasan bandarMasyarakat Tanah Melayu sebelum penjajahan British kebanyakannya tinggal di

    kawasan pedalaman, kampung-kampung dan juga di sepanjang sungai. Mereka menjalankan

    kegiatan ekonomi secukup hidup dengan bertani, menangkap ikan dan memungut hasil-hasil

    hutan. Kedatangan British telah mengubah lanskap atau demografi Tanah Melayu apabila

    wujudnya kawasan bandar akibat perkembangan pesat perlombongan bijih timah dan getah.

    Ekoran daripada perkembangan tersebut menyebabkan pihak British membina infrastruktur

    seperti kemudahan jalan raya, jalan keretapi serta pelabuhan. Kawasan ini juga dijadikan pusat

    pentadbiran British dengan kelengkapan telegraf, bangunan pentadbiran, sekolah dan sebagainya.

    Bermula dari sinilah wujudnya dua kawasan pembangunan yang berbeza di Tanah Melayu iaitu

    kawasan pentadbiran British menjadi bandar dan kawasan penduduk tempatan di kampung-

    kampung.

    Tinggalan monumen bersejarahKesan tidak langsung hasil penjajahan British pada masa dahulu adalah monumen atau

    bangunan yang menjadi kesan kepada penjajahan British di negara ini. Antara tinggalan sejarah

    penjajahan asing di negara ini banyak didapati di Melaka kesan pendudukan Portugis dan

    Belanda, dan beberapa negeri di Malaysia masih menyimpan beberapa bangunan lama

    penjajahan British dan Jepun. Tinggalan ini juga telah memberi sumbangan kepada

    pembangunan pelancongan negara dan ini secara tidak langsung juga menjadi antara asas untuk

    menarik pelancong luar datang ke negara ini.