kesan hadith dhoif

18

Click here to load reader

Upload: kijang

Post on 09-Jun-2015

1.576 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesan Hadith Dhoif

MUKADIMAH

Ilmu hadith merupakan salah satu cabang ilmu yang diwarisi daripada ulama-ulama silam.

Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati sejarah perkembangan ilmu hadith merupakan satu

gambaran praktikal bagaimana Allah menjaga kalam suci Nabi Muhammad salallahualaihi

wasalam. Penjagaan ini jelas diperhatikan melalui usaha para muhaddithin meriwayatkan

hadith dengan mementingkan kepada persoalan sanad dan matan. Alangkah prihatinnya para

ulama terdahulu meneliti masalah ini sebagai tanda kasih sayang mereka terhadap perkataan

yang benar-benar muncul daripada Nabi salallahualaihi wasalam sehinggakan Abdullah bin

Mubarak rahimahullah pernah berkata;

شاء ما شاء من لقال اإلسناد لوال الدين من عندي ...اإلسناد

Sanad itu di sisiku sebahagian daripada agama, jika tidak kerana adanya sanad nescaya

mudahlah orang bercakap apa sahaja yang disukai 1

APAKAH HADITH DHOIF

Hadith Dhoif adalah hadith yang lemah hukum sanad periwayatnya atau pada hukum

matannya, mengenai beramal dengan hadith dhaif merupakan hal yang diperbolehkan oleh

para Ulama Muhadditsin, Hadith dhoif tak dapat dijadikan Hujjah atau dalil dalam suatu

hukum, namun tidak boleh kita menafikan hadith dhoif, kerana hadith dhoif banyak

pembahagiannya, Dan telah sepakat jumhur para ulama untuk menerapkan beberapa hukum

dengan berlandaskan dengan hadith dhoif, sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal

1 Dr. Abdullah b. Abdul Hamid: 64 :الرقاق فى ضوء السنة النبوية :Juz' 1:Maktabah Iman,t.t

1 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 2: Kesan Hadith Dhoif

menjadikan hukum bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita dewasa tidak membatalkan

wudhu, dengan berdalil pada hadith Aisyah ra bersama Rasul yang menyentuhnya dan lalu

meneruskan solat tanpa berwudhu, hadith ini dhoif, namun Imam Ahmad memakainya

sebagai ketentuan hukum thaharah. Hadits dhoif ini banyak pembagiannya, sebahagian ulama

telah menjelaskan kebolehan beramal dengan hadith dhoif bila untuk amal shalih, menaikkan

semangat, atau manaqib, inilah pendapat yang mu’tamad, namun tentunya bukanlah hadits

dhoif yang telah digolongkan kepada hadith palsu.

Sebahagian besar hadith dhoif adalah hadith yang lemah sanad perawinya atau pada

matannya, tetapi bukan bererti secara keseluruhan adalah palsu, kerana hadith palsu dinamai

hadith munkar, atau mardud, Batil, maka tidak sepantasnya kita menggolongkan semua

hadith dhaif adalah hadits palsu, dan menafikan (menghilangkan) hadith dhaif kerana

sebagian hadith dhaif masih diakui sebagai ucapan Rasulullah, dan tiada satu pun muhaddits

yang berani menafikan keseluruhannya, kerana menuduh seluruh hadith dhoif sebagai hadits

yang palsu bererti mendustakan ucapan Rasululllah dan hukumnya kufur.

Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang sengaja berdusta dengan ucapanku maka

hendaknya ia bersiap siap mengambil tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari hadits no.110),

Sabda beliau SAW pula : “sungguh dusta atasku tidak sama dengan dusta atas nama

seseorang, barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka ia bersiap siap mengambil

tempatnya di neraka” (Shahih Bukhari hadits no.1229), Cobalah anda bayangkan, mereka

yang melarang beramal dengan seluruh hadits dhoif berarti mereka melarang sebahagian

ucapan / sunnah Rasul saw, dan mendustakan ucapan Rasul saw.2

Hadith dhaif adalah hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih sebagaimana

diterangkan melalui kajian para ulama hadith. Ini menjadikan hadith dhaif adalah hadith yang 2 http://nabimuhammad.wordpress.com/hadits-dhoif/

2 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 3: Kesan Hadith Dhoif

tidak dapat dipastikan adakah ia benar-benar bersumber daripada Rasulullah SAW. Para

ulama hadith menegaskan bahawa hadith dhaif tidak digunakan dalam soal hukum-hakam

dan aqidah. Manakala hadith palsu pula ialah hadith yang sememangnya rekaan dan disalah

anggap sebagai hadith Rasulullah SAW.

Apabila ulama hadith mengemukakan pendapat tentang sesuatu hadith sebagai dhaif, mereka

akan mengemukakan bersama hujah atau bukti bahawa hadith itu adalah dhaif. Begitu juga

apabila mereka menyatakan tentang kepalsuan sesuatu hadith, mereka akan memberikan

bukti kukuh kenapa hadith itu diberikan gelaran ‘palsu’. Sikap ini perlu kita contohi. Ini

membuktikan mereka adalah pengkaji, bukannya menggunakan hati, ilham, mimpi atau apa

sahaja cara yang tidak dinilai sebagai kajian.

Kehadiran hadis mauduk atau palsu bermula sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w dan

berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus

politik, asabiah, fanatik mazhab dan sebagainya. Ianya dilakukan oleh orang Islam sendiri

yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafik dan kafir zindik dengan pelbagai

dorongan dan tujuan.

Mauduk menurut bahasa atau etimologinya ia adalah nama subjek (( مفعول berasal اسم

daripada perkataan ( الشىء (وضع atau) (حطه yang mempunyai beberapa pengertian,

antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana

tergugur kedudukannya3.

TAKRIF HADIS MAUDUK( موضوع )

Menurut istilah atau terminologi pula, ia bermaksud berita yang dibuat-buat terhadap

Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-

adakan terhadap Rasulullah s.a.w.

Sebenarnya ia bukanlah hadis tetapi dinamakan demikian sebagai suatu sindiran terhadap

perekanya yang mengatakan ia hadis. Hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, malah

sebahagian ulama tidak menggolongkannya ke dalam kategori hadis daif dan tidak

menggunakan lafaz hadis padanya.

3 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 4: Kesan Hadith Dhoif

Para ulama bersepakat mengenai haram hukumnya meriwayatkan hadis sedemikian yang

disandarkan kepada Rasulullah s.a.w kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai

pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan beliau tahu

ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan

pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah memberi amaran keras

terhadap golongan ini berdasar hadis,

النار من مقعده فليتبوا متعمدا علي كذب من

Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya

di dalam neraka.” (Riwayat Muslim).

الكاذبين احد فهو كذب انه يرى بحديث عني حدث من

Maksudnya, “Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku hadis yang pada sangkaannya adalah

dusta, maka dia termasuk dalam kalangan pendusta.”(Riwayat Muslim)

Mengikut pandangan Ibn Solah, hadis mauduk adalah seburuk-buruk hadis daif, dan tidak

halal diriwayatkan oleh seseorang yang mengetahui keadaannya dalam apa bentuk sekalipun

kecuali dengan disertakan penjelasan dan keterangan mengenai kepalsuannya

Sekadar rujukan yang didapati, sememangnya ada hadith dhaif dan palsu yang tidak

bercanggah dengan Al Quran dan hadith sahih. Dalam hal ini, kita boleh menyebut lafaz dan

maksud hadith tersebut dengan syarat kita tidak menyatakannya sebagai ‘sabda Nabi’ atau

‘hadith Nabi’. Contohnya seperti:

1. ‘tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad’,

2. ‘sabar itu separuh daripada iman’,

3. ‘hikmah/ilmu itu adalah hak milik orang beriman yang hilang, maka di mana saja dia

menemuinya,dialah yang berhak menggunakannya’,

4. ‘dunia itu ladang akhirat’,

5. ‘dunia itu sesaat (satu tempoh masa yang singkat) maka isilah ia dengan taat’, dan lain-

lain lagi.

4 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 5: Kesan Hadith Dhoif

Namun begitu, terdapat hadith dhaif dan palsu yang membawa maksud bercanggah dengan

apa yang telah ada di dalam Al Quran serta hadith sahih. Ada juga hadith dhaif dan palsu

yang menyusahkan dan membebankan. Ada juga yang membawa maksud yang pelik dan

bertentangan dengan fakta juga logik akal. Apalah yang hendak disusahkan, gunalah hadith-

hadith sahih maka selesailah segala kekusutan dan masalah, insya Allah.

Menurut salah seorang pengkaji hadith masa kini, Syeikh Abd. Fattah Abu Ghuddah:

‘Hadith-hadith palsu itu telah memberi kemudharatan dalam pelbagai aspek seperti aqidah,

ibadah, akhlak, pemikiran, sosial dan ia telah mencemarkan kesucian Islam dan

kebersihannya. Dan usaha untuk membebaskan diri daripada hadith-hadith palsu ini sangat

susah dan memerlukan kepada pembacaan yang berterusan dan peringatan yang tidak putus’.

(Muqaddimah tahqiq buku al Mashnu’ Fi Ma’rifat al Hadith al Maudhu’ karya Ali al Qari,

muka surat 6, cetakan Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah).

Menurut seorang lagi pengkaji hadith masa kini, Syeikh Syuaib al Arnaouth, penggunaan

hadith-hadith dhaif boleh membawa kepada sikap al Ghuluw (melampau) dalam agama dan

membanyakkan ibadah yang menyusahkan dan ini telah menghilangkan gambaran sebenar

tentang mudahnya Islam.

(Al Adab al Syar’iyyah karya Ibn Muflih, jilid 1, muka surat 289, nota kaki no.1, cetakan

Muassasah al Risalah)

HUKUM MERIWAYATKAN HADITH DHOIF

Sebahagian dari kaum muslimin menyangka bahawa masalah mengamalkan hadith-hadith

dhai'if untuk fadhaa-ilul a'mal atau targhib dan tarhib tidak ada khilaf lagi -tentang bolehnya-

diantara para ulama. Dan menurut mazhab Imam Malik, Syafi'i, Ahmad bin Hambal, Yahya

bin Ma'in, Abdurrahman bin Mahdi, Bukhari, Muslim, Ibnu Abdil Bar, Ibnu Hazm dan para

imam ahli hadith lainnya, mereka semuat tidak membolehkan beramal dengan hadith dhaif

secara mutlaq meskipun untuk fadhaa-ilul a'mal. Tidak syak lagi inilah mazhab yang haq.

5 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 6: Kesan Hadith Dhoif

Karena tidak ada hujjah kecuali dari hadith-hadith yang telah tsabit dari Rasulullah shalallahu

'alaihi wasallam. Cukuplah perkataan Imam Syafi'i rahimahullahu ta'ala

“Apabila telah sah sesuatu hadith, maka itulah mazhabku”

Adapun yang dimaksud oleh sebahagian ulama bahawa boleh beramal dengan hadith-hadith

dhai'if untuk fadhaa-ilil amal atau tarhib dan targhib ialah apabila telah datang nash yang

sahih secara tafshil yang menetapkan (itsbat) tentang sesuatu amal, baik wajib, sunat, haram

atau makruh, kemudian datang hadith-hadith dhai'if (yang ringan dhaifnya) yang

menerangkan tentang keutamaannya (fadhaa-ilul a'mal) atau tarhib dan targhibnya dengan

syarat hadith-hadith tersebut tidak sangat dhaif atau maudhu' (palsu) maka inilah yang

dimaksud oleh sebahagian ulama: boleh beramal dengan hadith-hadith dhaif untuk fadhaa-ilul

a'mal atau targhib dan tarhib. Akan tetapi para ulama yang membolehkan tersebut telah

membuat beberapa persyaratan yang sangat berat dan ketat.

Syarat pertama: hadith tersebut khusus untuk fadhaa-ilul a'mal atau targhib dan tarhib, tidak

boleh untuk akidah atau ahkaam atau tafsir Qur-an. Jadi seseorang yang akan membawakan

hadith-hadith dhaif terlebih dahulu harus mengetahui mana hadith dhaif yang masuk

bahagian fadhaail dan mana hadith dhaif yang masuk bahagian akidah atau ahkaam.

Syarat kedua: hadith tersebut tidak sangat dhaif apalagi hadith-hadith maudhu', bathil,

mungkar dan hadith-hadith yang tidak ada asalnya. Untuk membawakannya seseorang harus

dapat membezakan derajat hadith-hadith tersebut. Dan ini tidak dapat dilakukan kecuali oleh

orang-orang yang ahli dalam hadith.

Syarat ketiga: hadith tersebut tidak boleh diyakini sebagai sabda Nabi shalallahu 'alaihi

wasallam.

6 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 7: Kesan Hadith Dhoif

Syarat keempat: hadith tersebut harus mempunyai dasar yang umum dari hadith sahih.

Syarat kelima: hadith tersebut tidak boleh dimasyhurkan (diangkat ke permukaan sehingga

dkenal umat). Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta'ala mengatakan bahawa apabila hadith-

hadith dhai'if itu dimasyhurkan nescaya akan terkena ancaman berdusta atas nama Nabi

shalallahu 'alaihi wasallam.

Syarat keenam: wajib memberikan bayan (penjelasan) bahawa hadith tersebut dhaif saat

menyampaikan atau membawakannya.

Syarat ketujuh: dalam membawakannya tidak boleh menggunakan lafaz-lafaz jazm (yang

menetapkan), seperti: 'Nabi shalallahu 'alaihi wasallam telah bersabda' atau 'mengerjakan

sesuatu' atau 'memerintahkan dan melarang' dan lain-lain yang menunjukkan ketetapan atau

kepastian bahawa Nabi shalallahu 'alaihi wasallam benar-benar bersabda demikian. Tetapi

wajib menggunakan lafaz tamridh (yaitu lafaz yang tidak menunjukkan sebagai suatu

ketetapan). Seperti: 'Telah diriwayatkan dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam' dan yang

serupa dengannya dari lafaz tamridh sebagaimana telah dijelaskan oleh Imam Nawawi dalam

muqadimah kitabnya al majmu'syarah muhadzdzab (1/107) dan para ulama lainnya.

BAHAYA HADITH DHOIF

1. Mengekalkan perpecahan dalam Islam

Berlakunya perselisihan pendapat yang jelas jika masing-masing ingin menegakkan pendapat

dalam menghurai dan mentafsir hadith dengan keyakinan tersendiri sedang Rasulullah

shallallahu’alihi wasallam bersabda: “perselisihan pendapat pada umatku adalah rahmat."

7 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 8: Kesan Hadith Dhoif

Alangkah kejinya ungkapan tersebut dan banyak lagi perkataan yang semisalnya yang

mengakibatkan kaum muslimin abadi di dalam aqidah dan manhaj yang berbeza. Padahal

ayat-ayat dalam Al-Qur’an melarang berselisih pendapat dalam urusan agama dan menyuruh

bersatu. Seperti Firman Allah dalam Surat Al-Anfal ayat 46

46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak

nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran

Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

Surat Ar-Rum ayat 31-32:

31. hendaklah kamu (Wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk

kembali kepada Allah (dengan mengerjakan amal-amal bakti) serta bertaqwalah kamu

kepadanya; dan kerjakanlah sembahyang Dengan betul sempurna; dan janganlah kamu

menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

32. Iaitu orang-orang Yang menjadikan fahaman ugama mereka berselisihan mengikut

kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak

8 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 9: Kesan Hadith Dhoif

bergembira Dengan apa Yang ada padanya (dari fahaman dan amalan Yang terpesong

itu).

Surat Hud ayat: 118-119:

118. dan kalaulah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menghendaki, tentulah ia menjadikan

umat manusia semuanya menurut ugama Yang satu. (tetapi ia tidak berbuat demikian)

dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

119. tetapi orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (Mereka bersatu di

Dalam ugama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan

manusia. dan Dengan Yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku

akan memenuhi neraka jahannam Dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)".

2. Kaum muslimin tidak lagi menjadikan Al-Qur’an dan As-Sunnah sebagi sandaran kebenaran dan hakim

Syaikh Al-Albani berkata: "Diantara dampak buruk hadits ini adalah banyak kaum muslimin

yang mengakui terjadinya perselisihan sengit yang terjadi diantara 4 madzab dan tidak pernah

sama sekali berupaya untuk mengembalikannya kepada Al-Qu’an dan Al-Hadits." [Adh-

Dha’ifah: I/76]

3. Umat Islam tidak dilihat sebagai umat yang terbaik lagi

Ini kerana hadith palsu tersebut menjadi dinding bagi seorang Muslim untuk beramar ma’ruf

nahi mungkar, seorang muslim tidak lagi menegur saudaranya yang berbuat salah dalam

syirik, kekufuran, dan bid’ah serta maksiat disebabkan meyakini hadits palsu tersebut. Kerana

mereka menganggap semua itu sebagai suatu perbezaan yang hakikatnya adalah rahmat,

9 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 10: Kesan Hadith Dhoif

sehingga tidak perlu untuk mencegah kemungkaran. Akibatnya, predikat ummat terbaik tidak

lagi disandang oleh umat Islam, karena telah meninggalkan syaratnya yakni Amar Ma’ruf

dan Nahi Mungkar.

4. Ancaman dan kecaman yang keras dari Nabi, kerana berkata dengan menggunakan nama Rasulullah secara dusta.

Rasulullah bersabda : "Barang siapa berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah

ia siapkan tempat duduknya dari api neraka" [Riwayat Bukhari-Muslim]. Hendaklah takut

orang-orang yang mengada-adakan perkataan dusta atas nama Rasulullah, demikian pula

orang-orang yang menyebarkan dan mendongengkan kisah-kisah palsu dan lemah yang

hanya muncul dari prasangka belaka yang padahal prasangka itu adalah seburuk-buruk

perkataan.

5. Meninggalkan perintah Allah

Kesan lanjutan dari hadith palsu tesebut, karena ketika seseorang menyamakan perselisihan

aqidah, halal dan haram, serta segala sesuatu yang telah tegas digariskan oleh dua wahyu,

maka di saat yang sama ia telah meninggalkan perintah Allah untuk menuntaskan setiap

perselisihan kepada Al-Qur’an, dan As-Sunnah. Sebagaimana Allah berfiman :

59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu

kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan

kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara,

maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)

10 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 11: Kesan Hadith Dhoif

RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. [An-Nisa:59]

6. Melemahkan kekuatan kaum Muslimin serta membuka jalan bagi orang-orang kafir untuk menghancurkan Islam dari dalam

Syaikh Ali Hasan dalam kitabnya "ushul bida" mengisyaratkan dampak buruk hadist tersebut

yang dapat melemahkan kaum muslimin dan menjatuhkan kewibawaannya, kerana hadith

palsu tersebut menebarkan benih-benih perpecahan di tubuh kaum Muslimin, sedangkan

Allah berfirman

46. dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-

bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan

kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya

Allah beserta orang-orang Yang sabar. [Al-Anfal: 46]

KESIMPULAN

Cuba kita bayangkan mereka yang bertemu dengan hadith-hadith seperti di atas dalam

keadaan tidak tahu dan mereka menyangka hadith-hadith tersebut sahih. Bagaimana agaknya

pemikiran dan amalan mereka serta pandangan mereka terhadap Rasulullah, hadith-hadithnya

dan ajaran yang dibawa oleh Baginda? Di sinilah terletaknya kepentingan mengetahui

kesahihan sesuatu hadith dan membezakan di antara hadith-hadith sahih daripada hadith-

hadith palsu dan dhaif.

Kajilah kesahihan hadith walau sekadar bertanya kepada rakan-rakan yang lebih tahu.

Sekiranya mampu, carilah pendapat ulama hadith terdahulu dan masa kini. Sekiranya lebih

mampu, kajilah sumber dan sanad sesuatu hadith. Menurut salah seorang ulama hadith

terkenal, Abdullah Ibn al Mubarak, di dalam hadith sahih sudah ada segala yang mencukupi

tanpa perlukan kepada yang dhaif.

11 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 12: Kesan Hadith Dhoif

BIBLIOGRAFI

Azami, M. M. (1989). Kajian Metodologi dan Penulisan Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ehsan, A. H. (2003). Ilmu Hadith. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khalik, A. A.-R. (2005). Kesan Hadith-hadith Da’if & Mauduk Terhadap Aqidah Islam . Johor: Jahabersa.

Mohd Fikri Bin Che Hussain, R. M. (2006). Sejarah Perkembangan Hadis . Johor Bahru: Jahabersa & Co .

Yahya, A. F. (1997). Mari Mengenal Ilmu Hadith . Johor: Jahabersa.

Zin, R. A. (1997). Pengantar Ulum Hadith. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.

http://www.darulkautsar.com/article.php?page=6&ArticleID=453

12 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam

Page 13: Kesan Hadith Dhoif

http://almadini.wordpress.com/2007/12/17/kesan-hadith-palsu-dan-dhaif-terhadap-

kehidupan-muslim

http://ustaz.blogspot.com/2006/03/penjelasan-hadith-muallaq-dhaif-di.html

www.al-ahkam.net

13 | Kesan Hadith Dhoif dan Mawdu’ Kepada Masyarakat Islam