hadith maqbul

32
HADITH MAQBUL

Upload: ashura-izwani

Post on 11-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Hadith-hadith

TRANSCRIPT

HADITH MAQBUL

SYARAT SYARAT HADITH HADITH YANG DITERIMA

1. BERHUBUNG SANADSetiap perawi terima secara langsung daripada perawi sebelumnya iaitu permulaan sanad hingga kepenghujungnya.

2. KEADILAN PERAWIIslam, mukallaf, konsisten dalam melakukan seluruh tuntutan agama, jaga maruah.

3. INGATAN YANG SEMPURNA (DABIT)Dabit al sadrKekuatan ingatan dan hafalan serta ingat apa yang didengar, tak lupa & boleh sampaikan bila dikehendaki.Dabit al kitabJaga catatan dan diperbetulkan hingga dapat meriwayatkan berdasarkan kepada catatannya dan tak beri pada yang tak dapat jaga kerana bimbang berlaku kerosakan.

4. TIADA KEJANGGALAN / SYAZHadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah bertentangan dgn hadith yang diriwayatkan oleh ramai perawi yang lebih thiqah drpdnya.

5. TIADA KECACATAN ‘ILLAHTiada penyakit, kecacatan, keburukan / salah baca.

PEMBAHAGIAN HADITH YANG DITERIMA

HADITH MUTAWATIR

Segi bahasa : berurut-urutanSegi istilah : hadith sahih yang diriwayatkan di setiap peringkat sekeumpulan ramai perawi yang mustahil pada akal & adat bahawa mereka berpakat untuk berdusta daripada awal sanad ke akhirnya

4 syarat :Diriwayatkan oleh jumlah yang ramai perawi

+ tidak terbatas.Bil perawi mencapai angka yang mustahil

menurut adat dan kebiasaan mereka berbohong & bersepakat untuk keluarkan satu-satu hadith.

Jumlah perawi yang seimbang di segenap peringkat tabaqat. Kurangnya jumlah perawi dalam mana-mana peringkat sekalipun akan menyebabkan hadith itu tidak lagi bersifat mutawatir.

Setiap riwayat hendaklah berdasarkan kepada pengamatan pancaindera yang mencapai al-’illm al-daruri / al-’illm al-yaqin.

Hukum Hadith MutawatirHadith-hadith sahih yang paling tinggi sekali kedudukannya, tidak ada ruang untuk mendustakannya malah mengingkari adalah kafir kerana kedudukannya.Para ulama berpendapat, ia datangnya daripada Rasulullah saw secara qat’i. Mengingkarinya bererti mendustakan Rasulullah saw + tidak perlu perbincangan.

Bahagian Hadith Mutawatir2 bahagian : Mutawatir LafziHadith yang diriwayatkan oleh semua perawi dengan lafaz & gambaran yang sama di setiap peringkat.Mutawatir Ma’nawiLafaz yang berbeza-beza tapi maksud sama.

Kewujudan Hadith MutawatirWujud tetapi bilangannya amat kecil & hampir tidak wujud dengan mengecualikan hadith.

HADITH MASYHUR

Segi bahasa : kata nama subjek daripada (syuhiratil amru) termasyhur perkara itu apabila ia tersebar luas & menonjol.Segi istilah :Hadith yang diriwayatkan oleh 1 kump

perawi & para imam yang diterima riwayat mereka.

Hadith yang diriwayatkan oleh lebih daripada 2 orang perawi.

Hadith yang diriwayatkan oleh 3 / lebih perawi tapi tidak mencapai status mutawatir.

Bahagian Hadith Masyhur2 bahagian :NilaiTerbahagi kepada 2 : sahih & da’ifTidak semestinya hadith masyhur itu sahih nilainya, malah tidak termasuk syarat sahihnya sesebuah hadith itu adalah masyhur.Hadith masyhur ada sahih, hasan, da’if & mawdu.Bidang2 bahagian :Masyhur di kalangan ahl al-hadith & lain-lainMasyhur di kalangan ahl al-hadith sahaja

Hadith masyhur boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :a. Masyhur di kalangan ahl al-hadith

sahajab. Masyhur di kalangan ahl al-hadith

dan bukan ahl al-hadithc. Masyhur di kalangan bukan ahl al-

hadith -ulama’ fiqh -ulama’ usul fiqh -ulama bahasa -kalangan awam

Hukum Hadith MasyhurHadith masyhur yang memenuhi syarat penerimaan sesebuah hadith, WAJIB diterima & beramal. Kedudukannya mengatasi hadith ‘aziz & gharib bila perawi perawinya berada dalam status yang sama daripadan segi keadilan & kedabitannya.Mereka yang ingkar, tidak dihukum kafir.

HADITH SAHIH

5 syarat wajib ada untuk tergolong dalam hadith sahih :Sanad yang muttasil ( berhubung )Setiap perawi ambil hadith yang diriwayatkan secara langsung drpd mereka sebelumnya. Awal sanad hingga kesudahannya.Perawi yang adilBersih drpd unsur unsur yang menyebabkan seseorang menjadi fasik.Kemantapan ingatan (dabit )Tiada syazHadith yang diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tidak bertentangan dengan riwayat perawi yang lebih tiqah daripadanya.Tiada ‘illahHadith yang diriwayatkan tidak terdapat sebarang kecacatan yang tersirat yang boleh menjejaskan kesahihan hadith walau segi zahir kecacatan tak ketara.

Bahagian Hadith Sahih2 bahagian :Hadith Sahih li DhatihHadith yang memenuhi syarat hadith sahih.Hadith Sahih li GhayrihHadith sahih yang tidak mencapai tahap tertinggi dalam sesetengah syaratnya.Hadith ini ditingkatkan kedudukannya menjadi sahih kerana faktor luaran yang membantu & tingkatkan kekuatannya.

Hukum Hadith SahihWAJIB beramal secara mutlak adalah merupakan perkara yang tidak terdapat percanggahan di kalangan ulama.

Peringkat Hadith Sahih1. Peringkat paling tinggi – hadith yang

disepakati oleh al-bukhari & muslim2. Hadith yang dikeluarkan oleh al-

bukhari bersendirian3. Hadith yang dikeluarkan oleh muslim

sendirian

4. Hadith sahih ikut syarat al-bukhari & muslim tapi tidak dikeluarkan dalam kitab sahih masing-masing5. Hadith sahih ikut syarat al-bukhari tapi tidak dikeluarkan6. Hadith sahih ikut syarat muslim tapi tidak dikeluarkan7. Hadith sahih ikut selain drps al-bukhari & muslim.Ibn khuzaymah, ibn hibban yang menurut ibn kathir dua2 jauh lebih baik drpd al-mustadrak, sanad & matannya lebih bersih

Sanad Yang Paling SahihSanad yang paling sahih secara mutlak sebenarnya tiada tapi dinilai berdasarkan perspektif sahabat tertentu, negeri / golongan tertentu.

Drpd Ibn Umar sbgimana yang dipilih oleh Ishaq bin Rahawayh & Ahmad = al-zuhri drpd Salim drpd bapanya. Al-bukhari berkata : sanad paling sahih = riwayat Malik drpd Nafi drpd Ibn Umar yang ekorannya = Ahmad drpd al-Shafi’I drpd Malik yang dikenali sebagai Silsilah al-Dhahabiyyah (rangkaian emas )

Drpd Ali menurut Ibn al-Madini & al-Fallas = Ibn Sirin drpd Ubaydah drpd Ali. Amr bin Dinar drpd Jabir bin Abdullah

Madinah : Malik drpd Nafi drpd Ibn Umar

Mesir : Al-Layth bin Saad drpd Yazid bin Abu Hubayb drpd Abu al-Khayr drpd ‘Uqbah bin ‘Amir

Dikalangan Ahl al-Bayt adalah Zayd bin ‘Ali drpd bapanya ‘Ali bin Husayn drpd Husayn drpd ‘Ali r.a

Hadith Hasan Salah satu daripada jenis hadith yang diterima pakai. Para muhadhithin tidak sekata dalam memberikan definisi hadith hasan disebabkan kedudukan di antara hadith sahih dan hadith da’if. Malah Ibnu Kathir berkata sukar untuk menjelaskan.Para muhadhithin dan golongan mutaqaddimin tidak menyebut mengenai hadith hasan dalam konteks yang difahami oleh golongan muta’akhirin. Buktinya Qadi Hasan bin Abd al- Rahman al- Ramharmuzi (260-360 masihi) dalam karyanya, Muhaddith al- Fasil. Al- Khatib (392463H) dalam al- Kifayah tidak memberikan definisi hasan.Istilah hadith hasan dikenali sebagai salah satu daripada jenis hadith. Tetapi ia telah digunakan sebelum itu, namun penggunaanya hanyalah daripada sudut bahasa sahaja bukan berbentuk istilah. Ia juga dugunakan untuk merujuk pada hadith sahih atau hadith gharib.Pemakaian hadith hasan sebagai salah satu daripada jenis hadith hanya dilakukan oleh para muhaddithin dari kalangan mutaakhirin, pendapat yang masyhur menyebut , tokoh yang pertama memberikan definisi hadith hasan adalah Imam al- Tirmidhi.

Imam al- Tirmidhi menyebut hadith hasan ialah, “ Hadith yang tidak terdapat pada sanadnya perawi yang dituduh berdusta, bukanya hadith syaz dan diriwayatkan juga melalui jalan yang lain.”Definisi ini bertepatan disebutkan sebagai hadith hasan li ghayrih.Al- Khatabi (219-388), juga mendifinisikan bahawa “Hadith diketahui tempat ambilnya, terkenal perawinya, berlegar di sekitar hadith – hadith yang banyak, diterima oleh kebanyakan ulama ‘ dan diterima pakai oleh kalangan fuqaha’. Definisi diatas gagal menjelaskan keadaan sebenar hadith hasan dan tidak membezakan di antara hadith hasan dengan hadith sahih kerana hadith juga diketahui tempat ambilnya , seolah – seolah dimaksudkan ialah hadith yang tidak mencapai darjat sahih.

Hadith hasan mempunyai dua bahagian

Pertama

Hadith yang tidak sunyi sanadnya daripada perkara yang terlindung tidak tercapai keahlian periwayatan hadith, asal sahaja perawinya tidak termasuk dalam kalangan yang banyak kesalahan dalam apa yang diriwayatkannya, tidak berdusta atau sebab- sebab lain yang menyebabkan beliau fasiq di samping ia diriwayatkan melalui jalan yang lain.

Kedua

Hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang terkenal dan benar lagi amanah, namun tidak sampai ke peringkat perawi hadith sahih kerana kekurangan daripada segi hafazan dan ketelitian.

Pembahagian HadithTerbahagi kepada dua :-Hasan li DhatihHasan li Ghayrih

Hukum hadith hasan

Hadith hasan tetap diterima sebagai hujah, sandaran hukum dan beramal dengannya oleh fuqaha ‘ , ke banyakan muhaddhithin dan usuliyyin.

Peringkat hadith hasan

Peringkat yang paling tinggi : Hadith hasan yang diriwayatkan oleh Bahz bin Hakim daripada bapanya daripada datuk –nya, Amr bin Suayb daripada datuknya. Ibn Ishaq dan al-Taymi dan seumpamanya, dan apa yang dikatakan ia adalah sahih, iaitu tingkatan sahih yang paling rendah.

Hadith yang terdapat perselisihan dalam menentukan diantara hasan atau da’if seperti hadith yang diriwayatkan oleh a- harithbin Abdullah, ‘ Asim bin Dhamrah dan Hajaj bin Artha ‘ at .

HADITH AZIZDari segi bahasa: bermaksud sedikit dan nadir.Dari segi istilah: bermaksud terdapat berbagai definisi di kalangan muhaddithin

(Ibn al-mandah)Hadith yang diriwayatkan daripada seorang imam oleh dua atau tiga orang.

(Ibn Kathir)Ada satu hadith diriwayatkan secara bersendirian oleh seorang perawi, ia adalah hadith gharib.

BENTUK-BENTUK HADITH AZIZ

Hadith aziz mempunyai dua bentuk:

Riwayat dua orang perawi daripada dua orang sanad hingga ke penghujung sanad.

Tidak diriwayatkan oleh kurang daripad dua orang perawi lain daripada awal sanad sehingga ke hujungnya.

HUKUM-HUKUM HADITH AZIZ

Hadith mashyur, hadith aziz tidak semestinya sahih.

Hadith aziz yang hasan dan ada juga yang da’if.

Bukan semua hadith aziz adalah sahih da bukan semua hadith sahih itu aziz.

Hadith aziz adalah wajib di terima dan beramal dengannya.

Hadith Gharib Dari segi bahasa : Bersendirian

atau jauh daripada kerabatnya. Dari segi istilah : Hadith yang

diriwayatkan oleh seorang perawi dalam seluruh sanadnya atau setengahnya.

Kebanyakan ulamak menamakan hadith Gharib dengan hadith Al-Fard, walaupun terdapat golongan yang memisahkannya.

Gharib Mutlaq Hadith yang didapati pada awal

lapisan sanad seorang perawi sahaja.

Perawi yang bersendirian pada peringkat awal sanad adalah peringkat tabi’in.

Jika perawi bersendirian adalah sahabat, maka tak jejaskan kedudukan hadith kerana sahabat adalah adil.

Contoh hadith : إنما األعمال بالنيات (Setiap amalan itu bergantung kepada niat)

Hadith ini diterima daripada Rasulullah SAW secara bersendirian oleh Umar Al-Khattab, lalu diriwayatkan daripada beliau Alqamah Bin Waqqas bersendirian pula, diambil daripada beliau oleh Muhammad Bin Ibrahim Al-Taymi sahaja, kemudian daripada beliau oleh Yahya Bin Sa’ad Al Ansari bersendirian.

Gharib NisbiHadith yang diriwayatkan oleh

seorang perawi di pertengahan sanadnya.

Pada mulanya ia diriwayatkan oleh ramai perawi hanya di pertengahan sanad dan terdapat seorang perawi sahaja yang meriwayatkannya.

Contohnya hadith yang diriwayatkan oleh Malik dan Al Zuhri daripada Anas RA.

“Bahawa Rasulullah SAW memasuki Mekah dan di atas kepalanya penutup kepala.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Malik bersendirian daripada al Zuhri.

Hukum Hadith GharibApabila perawi bersendirian

meriwayatkan hadith itu thiqah, maka hadith tersebut sahih.

Jika perawi bersendirian yang meriwayatkan tidak mencapai tahap ingatan sempurna, hadith diriwayatkan adalah hasan.

Jika tahapnya turun dari tahap kedua di atas tiada sifat dabit, maka hadith itu da’if dan tidak boleh dijadikan hujah/pegangan.

Kesimpulannya, hadith gharib, sama seperti hadith ‘Aziz dan masyhur, ada yang sahih, ada yang hasan, dan ada juga da’if, terhenti kepada keadaan perawi yang meriwayatkan hadith tersebut,