kesan el-nino

Upload: spy-green

Post on 06-Jul-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KESAN EL NINO DAN LA NINA

KESAN EL NINO

Kemarau yang panjang - kemarau ialah kekurangan air yg dialami oleh sesuatu tempat samada kekurangan air dalam atmosfera atau dalam simpanan air semula jadi. - berlakunya kenaikan suhu Lautan Pasifik yang mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang selama ini membawa hujan lebat khususnya di Asia Tenggara. Hujan turun di lautan dan bukannya daratan. -Simpanan air berkurangan. Contohnya, di Empangan Gates dan Klang Gates/ - Di Korea, kemarau menyebabkan penghasilan pertanian makanan berkurangan.

Jerebu- berlaku di Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura dari September 1997 hingga awal 1998. El-Nino memungkinkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi. - jerebu menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti menyebabkan pelbagai penyakit seperti radang paru-paru, asma, sakit mata dan kulit. - jerebu turut mengganggu jadual penerbangan , pergerakan kapal laut dan melumpuhkan sistem pengangkutan akibat jarak penglihatan yang buruk.

Kebuluran- cuaca kering dan panas menyebabkan pengeluaran tanaman berkurangan. El-nino telah mengurangkan 28% pengeluaran bijirin di Australia, mengancam pengeluaran kopi dan padi di Indonesia serta ladang jagun dan kelapa di Filipina. - di Selatan Filipina (Kepulauan Mindano) penduduknya diancam kebuluran sehingga mereka terpaksa memakan ubi dan keladi hutan sehingga menyebabkan keracunan makanan yang membunuh 40 orang.

Di Malaysia, sawah padi di Delta Kelantan, Kedah dan Perlis kering kontang malah empangan seperti Empangan Muda dan Empangan Kemubu tidak berfungsi seperti sediakala. Di Kelantan, penduduk terpaksa bergotong royong membentengi Sungai Kelantan bagi membolehkan Loji Empangan Kemubu berfungsi mengairi sawah. Berlakunya krisis air di Lembah Klang. El-nino menyebabkan taburan hujan yang sedikit di kawasan tadahan seperti kawasan tadahan Langat, Semenyih dan Klang Gates. Sumber hidupan akuatik terancam. Pembiakan plankton di perairan Peru dan Chile merosot. Rantaian makanan hidupan laut musnah. Hasil tangkapan nelayan merosot.

KESAN LA-NINA

Kejatuhan suhu Lautan Pasifik menyebabkan tekanan udara menjadi tinggi. Ini menyebabkan angin bertiup dari laut ke darat dengan membawa wap-wap air yang banyak untuk dilepaskan sebagai hujan. Banjir besar di Bandar Itaqui di Selatan Brazil. 9000 penduduk dipindahkan dan 2000 hektar tanaman musnah. Bandar Santiago di Chile ditenggalami air menyebabkan 17 kematian dan 14000 orang terjejas.

Banjir di Ecuador menyebabkan 97 orang terkorban dan kerugian 2.28 billion. 100 orang mati dan 25000 orang kehilangan tempat tinggal akibat banjir lumpur dan banjir kilat di bandar Ica, Peru. Garisan pantai peranginan Copacabana di Rio de Jeneiro terhakis antara 30-50 meter akibat angin kencang dan ombak besar. 23 Febuari 1998, 12 siri puting beliung melanda Semenanjung Florida selama 18 jam. Taufan ini bergerak selaju 333 km/j hingga 418km/j dan membunuh 40 orang.