teks amanat pengurusan risda 2009 ok• cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, la...

51
1 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 DISAMPAIKAN OLEH Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN KETUA PENGARAH RISDA DI AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH IBUPEJABAT RISDA TARIKH: 15 JANUARI 2009 TEMA: MEMANTAPKAN ”BACK TO BASICS” Bismilahirahmanirahim Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera 1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, pada hari ini sekali lagi saya dapat meyampaikan Amanat Pengurusan RISDA bagi tahun 2009. Amanat yang akan disampaikan pada hari ini amat penting kepada setiap warga RISDA kerana ianya akan menjadi panduan kepada halatuju dalam merancang program-program RISDA bagi tahun 2009. Dalam penyediaan amanat pengurusan 2009 ini, beberapa perkara seperti berikut telah dijadikan panduan asas pembentangan. Antaranya; Senario Sosio-ekonomi dan Politik yang boleh mempengaruhi kesejahteraan pekebun kecil, Prestasi RISDA dalam tahun 2008, dan

Upload: others

Post on 08-Dec-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

1

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009

DISAMPAIKAN OLEH

Y.BHG. DATO’ MOHAMMAD IZAT HASAN

KETUA PENGARAH RISDA

DI AUDITORIUM SULTAN AHMAD SHAH

IBUPEJABAT RISDA

TARIKH: 15 JANUARI 2009

TEMA: MEMANTAPKAN ”BACK TO BASICS”

Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

1. Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan

izinnya, pada hari ini sekali lagi saya dapat meyampaikan Amanat

Pengurusan RISDA bagi tahun 2009. Amanat yang akan disampaikan

pada hari ini amat penting kepada setiap warga RISDA kerana ianya akan

menjadi panduan kepada halatuju dalam merancang program-program

RISDA bagi tahun 2009. Dalam penyediaan amanat pengurusan 2009 ini,

beberapa perkara seperti berikut telah dijadikan panduan asas

pembentangan. Antaranya;

• Senario Sosio-ekonomi dan Politik yang boleh mempengaruhi

kesejahteraan pekebun kecil,

• Prestasi RISDA dalam tahun 2008, dan

Page 2: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

2

• Bajet 2009 dan Siling RMKe-9

SENARIO SOSIO-EKONOMI DAN POLITIK

2. Adalah dijangka untuk tahun 2009 dan 2010 keadaan ekonomi dunia

adalah tidak stabil. Keadaan ini sudah tentu akan memberi kesan kepada

pertumbuhan ekonomi, penurunan harga komoditi dan seterusnya akan

menjejaskan pendapatan pekebun kecil. Pelantikan Perdana Menteri baru

yang dijangka pada Mac 2009, dijangka akan menggubal dasar dan

mengambil langkah yang boleh mengurangkan kesan negatif terhadap

liberalisasi, ekuiti sosial dan perbelanjaan awam. Dari segi sistem

penyampaian pula, rakyat dan pemimpin sudah tentunya akan

mengharapkan ianya dapat ditambah baik berbanding dari tahun sebelum

ini. Hubungan antara kaum yang agak longgar dan sensitiviti tuntutan

pelbagai kaum juga menjadi cabaran yang akan mempengaruhi senario

sosio-ekonomi dan politik negara.

ISU EKONOMI SEMASA - KRISIS EKONOMI SEMASA

3. Hampir kebanyakan negara-negara maju mengalami kemelesetan

ekonomi (recession) yang mengakibatkan negara-negara tersebut

mengurang atau memberhentikan pembelian komoditi utama negara

seperti getah dan sawit. Akibatnya harga komoditi telah mengalami

Page 3: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

3

kejatuhan drastik selepas melalui paras harga yang tinggi sebelum ini.

Akibat daripada krisis ekonomi global juga telah meyebabkan peningkatan

kadar pengangguran dan penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar

(KDNK). Adalah dijangka KDNK akan terus menurun pada tahun 2007

hingga tahun 2009 bagi beberapa negara termasuk Malaysia. Negara

Amerika Syarikat diramal mengalami unjuran KDNK yang terendah iaitu di

tahap 0.8% pada tahun 2009 berbanding pada tahun 2007 sebanyak

2.2%. Bagi Malaysia peratus KDNK adalah diramal pada paras 5.4% pada

tahun 2009 berbanding 6.3% pada tahun 2007. Negara China pula

merupakan negara yang akan memperoleh KDNK tertinggi iaitu pada

tahap 9.8% pada tahun 2009 berbanding 11.9% pada tahun 2007.

ISU EKONOMI SEMASA - KESAN KEPADA SEKTOR PEKEBUN KECIL

4. Krisis ekonomi global juga telah memberi kesan secara langsung kepada

sektor pekebun kecil. Harga getah dan kelapa sawit telah menurun hingga

ke peringkat ladang. Ada di kalangan pembeli-pembeli di peringkat ladang

menawarkan harga yang lebih rendah daripada yang sepatutnya (discount

game) bagi mengelakkan daripada mengalami kerugian akibat kejatuhan

harga yang berterusan. Akibatnya pekebun kecil memperoleh pendapatan

yang berkurangan dan bilangan mereka yang miskin dan miskin tegar

kembali bertambah. Bebanan ini ditambah pula dengan kos

pembangunan dan menyenggara ladang yang masih kekal tinggi

Page 4: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

4

walaupun berlaku penurunan harga minyak mentah di pasaran. Bagi

pekebun kecil sambilan pula mereka terpaksa mencari pilihan lain yang

boleh memberi pulangan yang lebih baik daripada menjadi pekebun kecil

sambilan.

INDUSTRY OUTLOOK GETAH

5. Sepanjang tahun 2008 harga SMR 20 FOB berada pada kedudukan yang

tidak stabil. Bulan Julai telah mencatatkan harga tertinggi iaitu pada paras

1022.46 sen/kg dan harga terendah pula dicatatkan pada bulan Disember

pada paras 427.13 sen/kg.

6. Untuk tempoh 1 ogos 2008 sehingga 12 januari 2009 harga getah SMR

20 telah jatuh 51.5% dari harga tertinggi pada 3 Julai 2008 sebanyak

RM10.51/kg dan harga pada 14 Januari 2009 sebanyak RM5.09/kg.

Harga getah di ladang (skrap) pula telah jatuh 61.4% dari harga tertinggi

RM4.66/kg pada 3 Julai 2008 kepada harga RM1.80/kg pada 12 Januari

2009.

FAKTOR PENYEBAB KEJATUHAN HARGA GETAH

7. Terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan kejatuhan

harga getah di pasaran;

Page 5: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

5

• Kelembapan sentimen dan permintaan ekonomi global.

• Permintaan tayar berkurangan ekoran kelembapan pasaran automotif

dunia.

• Aktiviti spekulator dalam forward buying and selling dan Contract

Default oleh pembeli dari Negara China.

• Kejatuhan harga minyak mentah yang menyebabkan kejatuhan harga

getah tiruan.

• Pengimport tidak dapat mengeluarkan LC kerana Bank pengeluar

menghadapi masalah kredit.

OUTLOOK JANGKA PENDEK

8. Harga getah dijangka akan terus rendah dengan petunjuk pasaran yang

masih tiada permintaan dan sentimen pasaran yang masih lemah. Menurut

IRSG dan ANRPC pemintaan getah akan jatuh sebanyak 3.3% bagi tahun

2009.

9. Tindakan bagi menangani masalah kelembapan ekonomi oleh beberapa

negara seperti rangsangan daripada negara China sebanyak USD 600

billion untuk tempoh 2 tahun dijangka akan dapat mengurangkan

kelembapan ekonomi semasa. Begitu juga dengan tindakan Kerajaan

Thailand yang akan membeli getah sekiranya harga jatuh ke paras USD1

(RM3.68) sekilogram. Petanda positif ini dapat dilihat melalui peningkatan

Page 6: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

6

harga getah semasa sebanyak 15% kepada RM5.09 berbanding RM4.45

pada akhir tahun 2008. Pelantikan Presiden baru Amerika Syarikat pada

penghujung Januari 2009 serta keyakinan kepada Perdana Menteri baru

yang bakal dilantik juga diharap akan dapat membantu memulihkan

ekonomi negara, di samping Pakej Rangsangan Ekonomi Negara yang

telah diluluskan oleh kerajaan berjumlah RM7 billion.

10. Bagi tahun 2010 ANRPC mengunjurkan pertumbuhan penggunaan getah

dunia sebanyak 7.7% atau 24,256,000 MT berbanding -3.3% atau

22,521,000 MT pada tahun 2009. Penggunaan bagi tahun 2008 adalah

sebanyak 23,296,000 MT dengan pertumbuhan sebanyak 1.9%.

11. Untuk tempoh 2009 sehingga 2020 IRSG mengunjurkan akan berlaku

peningkatan harga SMR 20 dan skrap hingga ke paras 1,000 sen/kg.

12. Sebagai unjuran pendapatan pekebun kecil pemilik pengusaha getah yang

memiliki kebun seluas 2.3 hektar dengan harga SMR 20 berada di paras

650sen/kg adalah sebanyak RM1,524.00 sebulan. Jumlah ini adalah

berasaskan andaian hasil yang diperoleh sebanyak 1,500 kg/hek/tahun dan

kadar diskaun sebanyak 120 sen/kg.

Page 7: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

7

INDUSTRY OUTLOOK SAWIT

13. Harga bulanan MSM dari Januari hingga Disember 2008 menunjukan harga

tertinggi ialah pada bulan Mac iaitu sebanyak RM3,695/mt dan harga

terendah pula ialah pada November pada harga RM1,520.50/mt. Harga

MSM telah jatuh 53.9% dari harga tertinggi pada 4 Mac 2008 sebanyak

RM4,179.50/mt dan harga pada 12 Januari 2009 sebanyak RM1,925.00/mt.

Manakala harga BTS di ladang pula telah jatuh 62.6% dari harga tertinggi

RM770 pada 4 Mac 2008 kepada RM288 pada 12 Januari 2009.

FAKTOR PENYEBAB KEJATUHAN HARGA SAWIT

14. Kejatuhan harga sawit di pasaran berpunca daripada beberapa faktor

seperti berikut;

• Kelembapan ekonomi dunia

• Aktiviti spekulator

• Pengeluaran minyak dan stok yang tinggi. Setakat 31 Disember 2008,

terdapat 1.99 juta tan stok. Ini tidak termasuk pertambahan stok baru

sedangkan eksport bulanan hanya sekitar 0.22 juta MT

• Default Contract oleh Negara India dan China sebanyak 100,000 hingga

200,000 MT yang bernilai RM1.2 billion

Page 8: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

8

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA MINYAK SAWIT MENTAH

15. Terdapat beberapa elemen yang boleh mempengaruhi harga minyak

sawit mentah negara, antaranya;

• Persaingan penawaran minyak sawit dengan;

- lain-lain jenis minyak seperti minyak sayuran dan minyak

haiwan.

- pengeluar-pengeluar dari Negara yang tidak mengenakan

duti eksport bagi MSM seperti Indonesia.

- peningkatan pengeluaran minyak sayuran lain seperti

minyak soya.

• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La

Nina, El Nino dan sebagainya

16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food diets) dari negara-

negara membangun seperti China dan India dapat memberi kesan ke atas

pemintaan minyak sawit negara. Harga sawit juga telah menunjukan

peningkatan sebanyak 15% dari RM1,630/tan pada 31 Disember 2008

kepada RM1,875/tan sekarang. Tindakan kerajaan menyediakan Pakej

Rangsangan Ekonomi Negara sebanyak RM7 billion dan juga Pakej

Rangsangan oleh Kerajaan Amerika Syarikat diharap dapat membantu

meningkatkan permintaan minyak sawit negara. Unjuran MPOB

Page 9: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

9

menunjukkan harga MSM dan BTS sehingga 2020 dijangka akan berlaku

peningkatan harga untuk tempoh beberapa tahun mendatang.

OUTLOOK JANGKA PENDEK

17. Keadaan pasaran minyak sawit masih tidak menentu dan permintaan

daripada pedagang-pedagang. Bagi pasaran hadapan MSM harga bagi

bulan hadapan masih diskaun sehingga November 2009. Pengimport juga

masih tidak dapat mengeluarkan LC disebabkan ketiadaan Bank yang

boleh mengeluarkan ‘Confirmed Irrevocable Letter of Credit’.

18. Unjuran harga MSM dan BTS sehingga tahun 2020 menunjukkan akan

berlaku peningkatan harga untuk tempoh beberapa tahun mendatang.

Pengeluaran minyak sawit juga dijangka akan terus meningkat dari tahun

2009 sehingga tahun 2020.

19. Bagi unjuran pendapatan pekebun kecil sawit yang mempunyai keluasan

2.5 hektar dengan harga MSM sebanyak RM1,620/mt dan harga BTS

sebanyak RM243 mereka dijangka memperoleh pendapatan sebanyak

RM419.00 sebulan dengan andaian hasil 15 MT/hek/tahun.

Page 10: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

10

PENCAPAIAN UTAMA RISDA 2008

20. Secara keseluruhan pencapaian prestasi perbelanjaan bagi 13

program utama Bantuan Langsung Kerajaan adalah 99.88% dengan

perbelanjaan sebanyak RM205,077,000.00 berbanding peruntukan

sebanyak RM205,321,458.00. Manakala prestasi perbelanjaan untuk

Sumber Dalaman pula adalah sebanyak 59.60% dengan perbelanjaan

sebanyak RM68,332,975.75 berbanding peruntukan sebanyak

RM114,652,964.00.

21. Setakat November 2008 prestasi fizikal untuk lima program utama RISDA

adalah sebagaimana berikut;

• TSGGI Semasa pencapaian sebanyak 77%

• TSGL Semasa pencapaian sebanyak 87%

• Latihan Formal pencapaian 48% untuk bilangan latihan dan 61% untuk

bilangan peserta

• Latihan In-Formal pencapaian 101% untuk bilangan latihan dan 153%

untuk bilangan peserta dan

• AET pencapaian 100%

Page 11: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

11

ADUAN PEKEBUN KECIL

22. Sepanjang tahun 2008 sebanyak 154 aduan pekebun kecil telah diterima.

Kebanyakan aduan adalah berkisar kepada senario semasa iaitu mengenai

pulangan pendapatan yang rendah walaupun pada harga komoditi yang

tinggi. Walau bagaimanapun sebanyak 149 aduan tersebut telah selesai

dan bakinya masih dalam tindakan.

PENCAPAIAN DALAM KONTEKS THE BASIC CROP

23. Tanaman getah dan sawit adalah merupakan tanaman komoditi penting

yang menjadi tugas utama RISDA untuk diberi perhatian. Untuk tahun

2008 dan 2009 beberapa usaha telah dan akan dijalankan bagi

meningkatkan lagi pengetahuan kakitangan dalam kedua-dua bidang

tersebut dan juga melaksanakan beberapa aktiviti bagi menambahbaik

teknologi dan produktiviti kedua-dua komoditi ini. Antaranya adalah;

• Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam

teknologi getah dan sawit dengan menghantar beberapa orang

pegawai untuk mengikuti latihan jangka pendek di Institut Pertanian

Bogor. Manakala untuk tempoh jangka panjang RISDA telah

menawarkan biasiswa kepada staff untuk melanjutkan pelajaran ke

peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana.

Page 12: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

12

• Menambah tiga (3) formulasi baja untuk sawit dan getah tanah

marginal dan 1 baja organik di samping formulasi yang sedia ada.

• Meningkatkan harga ladang melalui sebaran maklumat harga dengan

menubuhkan Bahagian Khidmat Pemasaran dan menambah

pembinaan 23 Depo dan 6 Pusat Timbang Dan Stor.

• Melaksanakan Tanam Semula Sawit Ke Sawit (TSSS) kurang

2.5.hektar dengan bajet RM4.4 juta untuk 2,000 hektar dalam tahun

2009, dan

• Membina Makmal Tisu Kultur Sawit di Bangi, Selangor

PENCAPAIAN DALAM KONTEKS THE BASIC TARGET GROUP

24. Bagi tahun 2008 (kecuali di akhir 2008) pekebun kecil telah mendapat

harga komoditi yang tinggi. Secara purata harga skrap ialah RM3.54/kg

dan sawit RM428.00/MT. Manakala pendapatan purata pekebun kecil bagi

kawasan getah dan sawit seluas 2.5 hektar adalah masing-masing

RM2,200 sebulan dan RM1,400 sebulan. Purata dividen RPSB ialah

RM352.51 untuk getah, RM378.60 untuk sawit dan RM420 bagi Orang

Asli.

25. RISDA juga telah berjaya melatih seramai 140,764 orang pekebun kecil

dalam latihan formal dan 507,253 orang dalam latihan in-formal. Bagi

meningkat dan memperkasakan institusi pekebun kecil pula RISDA telah

Page 13: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

13

meluluskan Geran Pelancaran AJK TSB. Bagi Projek Aktiviti Ekonomi

Tambahan (AET), seramai 1,014 orang pekebun kecil telah menerima

bantuan AET dalam pelbagai projek seperti tanaman, ternakan dan

industri desa.

26. Tahun 2008 juga merupakan tahun pertama di mana RISDA telah berjaya

melaksanakan Projek Pembangunan Agropolitan di Gahai, Pahang.

Seramai 50 orang pekebun kecil miskin tegar telah ditempatkan di projek

tersebut. Pelbagai usaha pembasmian kemiskinan yang lain juga telah

dilaksanakan di sepanjang 2008. Seramai 1,144 orang pekebun kecil

daripada kelompok miskin dan miskin tegar telah berjaya dibebaskan dari

belenggu kemiskinan.

PENCAPAIAN DALAM KONTEKS THE BASIC FUNCTION

27. Dalam tahun 2008 juga, RISDA telah berjaya dalam tugas utama program

penanaman semula. Seluas 16,672 hektar telah ditanam dengan tanaman

getah dan 6,638 hektar dengan tanaman sawit. Di samping itu, RISDA

juga meneruskan kerja-kerja menguruskan tugas menanam semula getah

yang diluluskan sebelum tahun 2008 seluas 88,131 hektar dan 23,394

hektar bagi kelapa sawit. Bahagian Khidmat Pemasaran yang diwujudkan

pada Mei 2008 diharap akan dapat membantu memberi khidmat

pemasaran kepada pekebun kecil khususnya kepada 33 pengusaha PTS

Page 14: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

14

yang telah dibina di seluruh negara. Bantuan prasarana asas bernilai

RM11.5 juta pada tahun 2008 juga telah dapat memberi manfaat kepada

pekebun kecil dalam bentuk pembinaan projek jalan pertanian, parit dan

pembentung.

PENCAPAIAN DALAM KONTEKS THE BASIC DELIVERY SYSTEM

28. Bagi memantapkan sistem penyampaian RISDA khususnya kepada

pekebun kecil seramai 552 orang kakitangan baru telah dilantik. Mereka

terdiri daripada 33 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan Dan

Profesional dan 519 orang dari kumpulan Sokongan I,II dan III. Tahun

2008 pihak pengurusan juga telah berjaya dalam urusan kenaikan

pangkat melibatkan 122 orang kakitangan, iaitu 67 orang untuk kumpulan

Pengurusan Dan Profesional dan 55 orang untuk kumpulan Sokongan I,II

dan III. Dalam usaha untuk memantapkan pejabat-pejabat RISDA stesen

seramai 104 orang kakitangan baru gred N11 telah ditempatkan di pejabat

RISDA stesen. Seramai 341 orang pegawai dan kakitangan baru pula di

tempatkan di PRN dan PRD/PRJ. RISDA juga tidak ketinggalan dalam

usaha meningkatkan pengetahuan dan kerjaya kakitangan yang sedia

ada dengan menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dan

memberi latihan dalam pelbagai bidang. Seramai lima (5) orang telah

ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan dua (2)

orang peringkat Sarjana.

Page 15: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

15

29. Dari segi Teknologi ICT penggunaanya telah dikembangkan hingga ke

peringkat stesen. Ini merangkumi penggunaan ICT untuk e-TS, e-Kebun,

Teknologi GIS, e-benih dan e-Baja. Piagam Pelanggan yang baru untuk

Program Tanam Semula yang menetapkan tempoh masa yang lebih

pendek bagi urusan permohonan, keluasan dan bayaran telah

dilaksanakan. Usaha ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan terbaik

kepada pekebun kecil. RISDA juga telah mengembangkan operasinya ke

Sarawak mulai Oktober 2008 dengan pembukaan sebuah Pejabat

Pengarah Negeri di Kuching dan pejabat RISDA Bahagian di Betong.

30. Dua Bahagian iaitu Bahagian Pengembangan Dan Kesejahteraan Rakyat

serta Bahagian Peningkatan Ekonomi masing-masing telah berjaya

menerbitkan sebuah buku bertajuk Teknologi dan Pengurusan Getah dan

buku Panduan Ternakan Lembu Feedlot.

31. Untuk 13 tahun berturut-turut RISDA masih dapat mengekalkan anugerah

Sijil Bersih Kewangan dan diharapkan ianya akan dapat diteruskan untuk

tahun-tahun yang akan datang. Untuk tujuan itu penglibatan semua

peringkat kakitangan adalah perlu dalam mematuhi semua prosedur

kewangan yang ada.

Page 16: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

16

32. Bagi memastikan semua ladang yang diurus oleh anak syarikat RISDA

mematuhi amalan pertanian yang baik (GAP) RISDA telah melantik

Visiting Agent bagi membuat lawatan di ladang-ladang yang diurus oleh

ESPEK dan juga RPSB. Untuk tahun 2008 sebanyak 40 buah ladang

telah berjaya dilawat.

33. RISDA juga memberi tumpuan untuk memperkemaskan pengurusan anak

syarikat. RISDA Plantation Sdn. Bhd. diminta untuk memperbaiki sistem

akaun peserta dari akaun berkelompok kepada akaun individu dan juga

agihan dividen peserta-peserta TSK dan Mini Estet. RSSB diminta

menyelesaikan masalah backlog benih getah dan sawit manakala SHDC

pula perlu revitalize atau rebranding bagi memulihkan semula imej SHDC.

Di samping memperkemaskan pengurusan Anak-anak Syarikat yang

sedia ada RISDA juga telah mendapat kelulusan untuk menubuhkan

sebuah anak syarikat iaitu RISDA Baja Sdn. Bhd. bertanggung jawab

untuk membekalkan baja kepada RISDA dan juga anak syarikat.

PENCAPAIAN DALAM MEMBENTUK TEAM RISDA

34. Dalam membentuk semangat berpasukan, beberapa program telah

djalankan sepanjang tahun 2008. Sukan Kebangsaan RISDA yang

diadakan dua tahun sekali telah diadakan pada bulan Disember. Hari

Page 17: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

17

Keluarga RISDA telah diadakan pada bulan Oktober dan Gala Night

RISDA pada Disember.

35. Program Hari Kualiti dan Anugerah Khidmat Cemerlang masih diteruskan

bertujuan bagi menghargai kakitangan yang telah memberikan

perkhidmatan yang cemerlang dan dalam masa yang sama RISDA juga

telah mengadakan wacana Melayu Baru.

PENCAPAIAN DALAM MEMBENTUK IMEJ POSITIF RISDA

36. Sepanjang tahun 2008 RISDA telah terlibat dalam beberapa persidangan

antarabangsa dan juga tempatan samada sebagai pembentang kertas

kerja atau peserta persidangan. RISDA juga telah menerima kunjungan

tetamu-tetamu dari luar negara dan memberi taklimat berhubung

pencapaian pelaksanaan program-program pembangunan RISDA.

37. Briged Seni RISDA telah dapat ditubuhkan bertujuan untuk mengambil

bahagian dan membuat persembahan seni budaya dalam sebarang majlis

anjuran RISDA dan juga Kementerian agar setanding dengan kumpulan

seni agensi-agensi lain.

38. MOU antara RISDA dengan institusi luar negara juga telah diadakan.

Antaranya dengan Institut Pertanian Bogor, Indonesia dalam bidang

Page 18: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

18

pendidikan pertanian dan juga dengan Corte d’Voire Ivory Coast dalam

industri getah.

39. Beberapa anugerah telah diterima samada oleh RISDA, Anak Syarikat

mahupun Koperasi Pekebun Kecil RISDA. Ini termasuklah Anugerah Anak

Syarikat Terbaik KKLW oleh Kolej RISDA, Anugerah Koperasi Terbaik

KKLW oleh KPK Tanah Merah, berjaya ke peringkat akhir bagi Anugerah

Kualiti Pengurusan Kewangan 2008 dan pengiktirafan RPSB sebagai

1,000 Syarikat Terunggul di Malaysia.

PENCAPAIAN DAN PELABURAN ANAK SYARIKAT

40. Sehingga Bulan November 2008 keuntungan keseluruhan Anak-anak

Syarikat berjumlah RM16.762 juta berbanding RM22.58 juta pada tempoh

yang sama tahun 2007. RPSB mencatatkan keuntungan tertinggi iaitu

sebanyak RM8.154 juta dan diikuti oleh ESPEK sebanyak RM4.197 juta.

Manakala dua syarikat mengalami kerugian iaitu BENARIS sebanyak

RM1.039 juta dan PROTAC sebanyak RM0.031 juta.

KEGAGALAN RISDA 2008

41. Walaupun secara keseluruhannya RISDA telah berjaya dalam banyak

perkara sepertimana yang telah dinyatakan, masih terdapat beberapa

Page 19: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

19

kelemahan dan kegagalan yang perlu diperbaiki dan diatasi. Antaranya

ialah kegagalan melaksanakan penubuhan IKPK Sawit di Negeri Johor

yang sepatutnya dilaksanakan dalam tahun 2008. Penubuhan IKPK Sawit

ini bertujuan untuk menjadikan tempat melatih kakitangan dan juga

pekebun kecil dalam bidang kelapa sawit.

42. Kerugian berterusan Kilang Sawit Ulu Kratong, Pahang yang berterusan

perlu dikaji. Pihak ESPEK perlu meyakinkan RISDA untuk terus

mengendalikan kilang tersebut sebelum RISDA mengambil keputusan

samada untuk menjual atau menyewakan kilang tersebut.

43. TSGL semasa tidak mencapai sasaran. Daripada 7,673 hektar matlamat

hanya 6,638 hektar atau 87% sahaja dapat dilaksanakan. Manakala

perbelanjaan daripada Sumber Dalaman hanya mencapai 69.6% sahaja.

Kesemua kelemahan-kelemahan ini perlu diambil perhatian dan diperbaiki

dalam perancangan dan pelaksanaan pada tahun 2009.

TUMPUAN AMANAT PENGURUSAN 2009

44. Dalam Amanat Pengurusan RISDA 2009 ini, saya ingin memberi

penekanan dan tumpuan kepada kaedah untuk memperkemas dan

menambahbaik pelaksanaan pendekatan Back to Basics. Pendekatan ini

perlu diperkemaskan lagi sejajar dengan hasrat kita untuk melahirkan

Page 20: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

20

inisiatif-inisiatif baru sebagai pelengkap dan pelaksanaan Back to Basics. Di

samping itu, saya juga akan memberi fokus kepada pelan

konsolidasi/pengukuhan jentera pentadbiran anak syarikat supaya

matlamatnya untuk mencapai keuntungan dapat direalisasikan. Team

RISDA juga perlu dimantap dan diperkasakan supaya semangat

berpasukan tersemai dalam diri setiap kakitangan. Justeru itu, kakitangan

yang berkualiti dan berdaya saing, berperanan penting dalam

mencerminkan persepsi positif sesama kakitangan dan juga pihak luar

terutamanya pekebun kecil itu sendiri.

Hadirin dan hadirat sekalian,

BACK TO BASICS

45. Sukacita saya ingin menerangkan berkenaan Pendekatan Back to Basics

yang pertamanya adalah merujuk kepada Basic Target Group.

Sebagaimana yang kita telah maklum, pekebun kecil getah dan sawit

sebagai kumpulan sasar yang perlu dibangun dan dimajukan oleh RISDA.

Keduanya, Basic Crops iaitu getah dan sawit yang merupakan tanaman

utama yang diusahakan oleh pekebun kecil bagi menjana pendapatan

keluarga. Ketiganya, fungsi RISDA merangkumi 5P dalam Basic

Functions iaitu aktiviti-aktiviti Pengembangan, Pembangunan,

Pengeluaran, Pemprosesan dan Pemasaran. Pendekatan Basic Delivery

Page 21: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

21

System adalah komponen Back to Basic yang terakhir iaitu menjurus

kepada 3 sub ataupun 3-ware iaitu Hardware yang merujuk kepada

infrastruktur dan logistik, Software pula bermaksud sistem dan peraturan

manakala Humanware adalah warga kerja itu sendiri.

BASIC TARGET GROUP

46. Saya ingin menjelaskan bahawa tanaman sawit kini menjadi

tanggungjawab RISDA di samping tanaman getah. Kumpulan sasar kita

adalah kepada pekebun kecil sawit yang seramai 137,320 orang

berbanding 276,399 orang pekebun kecil getah yang merangkumi Ketua

Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR). Tumpuan adalah kepada

pemilik pengusaha yang berjumlah 166,567 orang. Dalam konteks ini,

penoreh atau pekerja upahan tidak dikategorikan sebagai pemilik

pengusaha sepertimana yang dijelaskan di dalam Pindaan Akta RISDA.

Data terperinci pekebun kecil ini disimpan di dalam Sistem Maklumat

Pekebun Kecil (SMPK) dan dijadikan sebagai sumber

data/perangkaan/maklumat pendapatan serta profail kebun dan pekebun

kecil. Institusi-institusi yang mewakili pekebun kecil getah dan sawit

adalah Koperasi Pekebun Kecil (KPK), Perkumpulan Wanita Pekebun

Kecil (PWPK) dan Ahli Jawatankuasa Tanam Semula Berkelompok serta

Tanam Semula Komersial. Contoh program khusus untuk Ahli Isi Rumah

(AIR) adalah Program Tuisyen Desa yang bertujuan memberi kemudahan

Page 22: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

22

kepada anak-anak pekebun kecil untuk meningkatkan prestasi pendidikan

dan berdayasaing dengan pelajar di bandar.

BASIC CROP

47. Pada tahun ini kita akan memberi fokus kepada tanaman sawit sebagai

sebahagian daripada Basic Crop selain daripada tanaman getah. Justeru

itu, ilmu berkaitan tanaman sawit perlu diperluaskan meliputi bidang

agronomi, pasaran dan ekonomi, risiko dan juga kualiti serta penggredan.

THE BASIC FUNCTION – TANAM SEMULA

48. Bagi tahun 2009, Program Pembangunan Tanam Semula Getah terus

dipergiatkan dan kini telah melebarkan sayap kepada Program

Pembangunan Tanam Semula Sawit ke Sawit pula. Matlamat program

Tanam Semula Getah ke Getah Integrasi (TSGGI) bagi Bantuan Semasa

adalah sebanyak 21,700 hektar, Tanam Semula Getah ke Tanaman Lain<

5.0 hektar (TSGL<5.0 hek.) adalah 8,800 hektar, Tanam Semula Berturut

adalah 126,769 hektar dan Tanam Semula Sawit ke Sawit <2.5 hektar

(TSSS<2.5 hek.) adalah 2,000 hektar. Basic Function turut memberi fokus

kepada matlamat Tanam Semula Berkumpulan. Sekurang-kurangnya

20% daripada matlamat tanam semula TSGGI dan TSGL hendaklah

dibangunkan secara berkumpulan. Di samping itu, penyatuan projek

Page 23: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

23

berkumpulan peringkat matang akan melibatkan 9 buah jawatankuasa

iaitu 5 buah untuk tanaman getah manakala 2 buah untuk sawit di setiap

negeri dan sementara itu, sebuah lagi di Perlis dan di Melaka.

49. Meningkatkan bilangan permohonan TSGGI, TSGL dan TSSS <2.5 hektar

melalui strategi yang lebih proaktif dengan cara mengesan kebun yang

layak menggunakan data SMPK dan mempelawa pemilik kebun

berkenaan menyertai Program Tanam Semula dengan menyertakan

brosur panduan e-TS. Selain itu, kempen perlu dipergiatkan melalui

peranan media di peringkat Kebangsaan, Negeri, Daerah dan Stesen

untuk menarik minat pekebun kecil untuk membuat pendaftaran

permohonan tanam semula. Antara kempen tersebut adalah menerusi

program pelancaran, siaran radio nasional dan tempatan, promosi dalam

bentuk banner, poster, brosur dan flyer, dan juga dengan cara melayari

laman web RISDA.

50. Saya juga ingin menyarankan supaya mempercepatkan kelulusan

permohonan dan bayaran bantuan Tanam Semula melalui kaedah

lawatan kebun yang dibuat secara kelompok dan serentak, penggunaan

emel atau faks, mewujudkan One Stop Assessment Centre (OSAC) dan

juga membangunkan e-TS yang menggabungkan komponen sistem e-

Kebun, e-Tanah, e-Baja dan e-Benih.

Page 24: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

24

51. Selain daripada itu, kita juga perlu meningkat dan memantapkan

pelaksanaan projek berkumpulan melalui pemberian insentif dan

penentuan kawasan. Pemberian insentif adalah dalam bentuk Bantuan

Premium Tanah (BPT), Bantuan Tabung Pelancaran (BTP), Bantuan

Tanah Kosong (BTK) dan Prasarana Dalam Ladang (PDL) manakala

untuk menentukan kesesuaian kawasan adalah dengan kaedah Kajian

Kesesuaian (Viability Study) dan Site Yield Potential (SYP).

52. Melaksanakan program baru bagi aktiviti tanam semula iaitu Tanam

Semula Sawit ke Sawit (TSSS) <2.5 hektar, Prasarana Dalam Ladang

(PDL), Bantuan Bencana Alam (BBA) dan Pakej Bantuan Tambahan

(PBT) <2.5 hektar.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

THE BASIC FUNCTION – PENGEMBANGAN

53. Tumpuan 2009 adalah untuk membuat pembaharuan menyeluruh dalam

pendekatan dan pelaksanaan aktiviti Pengembangan bagi

mengembalikan semula kegemilangan RISDA sebagai Agensi

Pengembangan tersohor. Oleh itu, tahun 2009 diisytihar sebagai tahun

Transformasi Pengembangan. Aktiviti pengembangan merupakan

intipati dan kekuatan RISDA sebagai tulang belakang kemajuan pekebun

Page 25: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

25

kecil dan perlu ditambahbaik untuk meningkatkan keberkesanan peranan

pengembangan itu sendiri.

54. Seterusnya, kita akan membuat kajian untuk Reengineering dan

Rebranding Program Pengembangan melalui penerapan kaedah-kaedah

dan aplikasi ICT dalam aktiviti pengembangan.

55. Sistem e-Pengembangan akan diwujudkan selari dengan inisiatif untuk

penjenamaan semula atau rebranding Bahagian Pengembangan Dan

Kesejahteraan Rakyat (BPKR) kepada Bahagian Pengembangan Dan

Pemindahan Teknologi (BPPT).

56. Sistem e-Pengembangan akan diwujudkan dan penjenamaan semula

BPKR akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada Jun 2009.

57. Saya berharap kerja-kerja khidmat pengembangan dan pendampingan

difokuskan di peringkat bawahan kerana ia merupakan nadi dan penjana

aktiviti pengembangan di lapangan. Kursus-kursus mesti dipertingkatkan

dengan melaksanakan kursus-kursus formal sebanyak 6 kali setahun bagi

setiap PPR kawasan manakala kursus informal sebanyak 4 kali sebulan

bagi setiap PPR kawasan termasuk PPRW.

Page 26: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

26

58. Program pengembangan juga perlu dimantapkan dengan menggunakan

agen pengembangan iaitu Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil (PMPK)

dan individu-individu lain yang dikenalpasti sebagai Significant Village

Individual (SVI) dalam program pembangunan masyarakat setempat.

59. Setiap PPR Kawasan/PPRW mendampingi sekurang-kurangnya seramai

190 orang pekebun kecil pemilik pengusaha dengan menggunakan

kaedah tunjukajar, bimbingan, melaksanakan program pemindahan

teknologi, memberi khidmat nasihat dan juga melaksanakan kursus in-

formal dan formal. Seterusnya, memberi penjelasan mengenai sebarang

perubahan yang berlaku, termasuk penurunan harga komoditi dan juga

berhubung terus dengan pekebun kecil sekurang-kurangnya lima (5) kali

setahun untuk mengeratkan perhubungan antara RISDA dengan pekebun

kecil supaya memudahkan lagi pelaksanaan program-program

pembangunan RISDA kepada mereka.

60. Dalam usaha memantapkan pelaksanaan program Peningkatan

Produktiviti Getah, berikut adalah kaedah-kaedah yang akan

dilaksanakan :

i) Menghapuskan kebocoran dari segi pemilihan peserta.

ii) Peserta yang dikenalpasti mestilah yang berkelayakan dan berdaya

maju. Keutamaan diberi kepada pekebun kecil yang menjual hasil

Page 27: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

27

getah melalui sistem berkelompok di PTS dan Depo serta peserta

projek berkumpulan.

iii) Peserta yang telah memanfaatkan bantuan 100%, layak diberi

bantuan 3 tahun berturut-turut dengan syarat ada peningkatan hasil

tahunan.

iv) Memperkenalkan komponen baru Vitex iaitu bahan vitamin yang

boleh memulihkan masalah kering kulit getah.

v) Memastikan GAP diamalkan untuk mencapai produktiviti 2,000

kg/hektar/tahun.

vi) Peserta dikehendaki mengikuti kursus formal dan informal untuk

memantapkan kemahiran dan ilmu sedia ada.

vii) Memantau pelaksanaan teknologi di lapangan melalui Program

Pemantauan Teknologi 3:3:1:3.

61. Mengukuh dan memantapkan institusi sosial sedia ada seperti PWPK,

GDW, KPK dan AJK TSB. Tumpuan dan penekanan kepada KPK adalah

melalui penubuhan Unit Projek Berkumpulan (UPB) yang merangkumi 5

skop utama iaitu :

i. Pemasaran getah dan sawit

ii. Pembangunan dan pengurusan ladang

iii. Kontrak am

iv. Bekalan input pertanian

v. Pengangkutan

Page 28: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

28

62. Bagi mencapai perolehan pendapatan KPK yang berkesan, 30 buah KPK

disasarkan memperolehi keuntungan kasar sebanyak RM300,000 dengan

cara smart partnership dan Unit Projek Berkelompok.

63. Selaras dengan itu, penguatkuasaan Klausa 64, Akta Koperasi 502

menjelaskan tentang kebenaran kepada RISDA untuk menyemak

perakaunan dan perjalanan KPK.

64. Saya juga menyarankan pihak pengurusan KPK RISDA untuk kembali ke

dalam NARSCO dan mengikut peraturan yang sediapakai.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

65. PMPK merupakan role model yang harus dicontohi oleh pekebun kecil di

lapangan. Peranan dan keterampilan PMPK boleh ditingkatkan melalui

kaedah-kaedah berikut :

i) Melaksanakan Projek Contoh atau Projek Angkat di kawasan

masing-masing (Satu PMPK Satu Projek Contoh)

ii) Memantau Program Pembasmian Kemiskinan di kawasan masing-

masing

iii) Berperanan sebagai Focal Point atau Pekebun Kecil Contoh

iv) Mempunyai kemahiran teknikal dan ciri-ciri kepimpinan.

Page 29: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

29

THE BASIC FUNCTION – BEKALAN INPUT PERTANIAN

66. Fungsi utama RISDA dalam pembekalan input pertanian perlu

dilaksanakan dengan lebih efisien, mengikut kesesuaian masa, berkualiti

serta mencukupi. Keperluan tahun 2009 bagi benih getah ialah sebanyak

11.4 juta dan 1.4 juta benih sawit untuk memenuhi permintaan Program-

program Tanam Semula - TSGGI/TSGL/TSSS.

67. Saya yakin dengan menubuhkan 10 buah lagi pusat semaian transit getah

(7 buah) dan sawit (3 buah) pada tahun 2009 ini, akan dapat

meningkatkan sistem penyampaian dan mutu bekalan input pertanian di

lapangan .

68. Justeru, Auditan Semaian Pusat RISDA akan dipertingkatkan pada tahun

2009 bagi memastikan kemantapan sistem penyampaian benih dan

pencapaian KPI (minimum 2 kali setahun) berjalan dengan sempurna.

69. Kursus teknikal benih khususnya Pemverifikasi Klon Getah dan Benih

Sawit akan di tingkatkan bagi memastikan setiap PT mempunyai dua (2)

orang pegawai yang mahir dan mampu memberikan khidmat nasihat

kepada pekebun kecil.

Page 30: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

30

70. Membekal sebanyak 150,000MT baja RISDA untuk memenuhi keperluan

bantuan baja bagi program Tanam Semula, PPG, AET (Tanaman) dan

Anak Syarikat.

71. Merancang penubuhan Kilang Baja RISDA yang akan beroperasi

sepenuhnya pada awal tahun 2011 bertujuan :

i) Memastikan pekebun kecil memperolehi baja yang bertepatan

dengan kuantiti, kualiti dan masa ianya diperlukan.

ii) Mengembangkan aktiviti pembekalan baja keluaran anak syarikat

RISDA kepada lain-lain agensi kerajaan dan syarikat perladangan.

72. Sehingga tertubuhnya Kilang Baja RISDA, langkah-langkah jangka

pendek yang akan diambil adalah seperti berikut :

i) Mendapatkan rakan kongsi untuk mengimport bahan mentah bagi

tujuan pengeluaran baja

ii) Mendapatkan rakan kongsi untuk pemprosesan / pengilangan baja

secara tolling

iii) Mewujudkan rantaian dengan pedagang baja dunia

73. Pembinaan Makmal Tisu Kultur RISDA di Bangi telah bermula pada bulan

November 2008 dan dijangka siap pada Jun 2009. Pengeluaran pertama

benih dari makmal tersebut akan bermula pada Jun 2011.

Page 31: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

31

74. Menubuhkan Ortet Garden di Ladang ESPEK seluas 1,000 hektar. dan

Ladang Skim 56/59 seluas 1,900 hektar. secara berperingkat bagi

membekalkan cabbage untuk kegunaan pengeluaran benih tisu kultur

kepada pekebun kecil berasaskan known pedigree dan known

performance.

75. Memberi tumpuan ke atas pengurusan stor-stor peringkat PT secara lebih

sistematik. Sebanyak 12 buah stor baru akan dibina di peringkat PT bagi

menggantikan stor-stor sedia ada.

• Sebanyak 4 buah stor pusat juga akan dibina di peringkat zon. Stor

Pusat akan berperanan sebagai stor transit dari kilang ke stor-stor

RISDA, anak syarikat dan pihak luar.

THE BASIC FUNCTION – PEMPROSESAN DAN PEMASARAN

GETAH/SAWIT

76. Memantapkan aktiviti pemasaran dengan penubuhan JK Pelaksana di

setiap PTS & Depo Pembelian untuk urusan jualan berkelompok secara

sistem tender melibatkan KPK,RPSB dan usahawan tempatan.

77. Melaksanakan mekanisma baru pembelian getah pekebun kecil secara

berterusan bagi menjamin semua hasil pekebun kecil dapat dipasarkan

setiap masa pada harga berpatutan (fair and remunerative).

Page 32: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

32

78. Memperluaskan jualan secara berkumpulan melalui 218 depo dan 49 PTS

terus ke kilang supaya dapat memendekkan rantaian pemasaran

seterusnya mengurangkan eksploitasi oleh orang tengah.

79. Meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran pekebun kecil

dalam mengeluarkan hasil getah dan sawit yang berkualiti tinggi supaya

mendapat harga yang baik dan berpatutan.

80. Membina 12 pusat memproses getah crepe bagi memberi nilai tambah

kepada produk getah pekebun kecil supaya mereka mendapat harga yang

lebih baik, produk berkualiti serta KGK yang lebih tinggi.

81. Membina 2 buah Pusat Pengeluaran Pekebun Kecil (PPPK) dan 8 buah

Pusat Timbang Dan Setor (PTS). Saya harap kajian dibuat terhadap

impak pembinaan PPPK dan PTS ini dan keberkesanannya kepada

kumpulan sasar.

82. PTS dan Depo dijadikan Pusat Pembelian Berkelompok Terselia dalam

melaksanakan skim bantuan kerajaan.

Page 33: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

33

THE BASIC FUNCTION – MEMPELBAGAIKAN SUMBER PENDAPATAN

83. Untuk mencapai sasaran pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga,

pekebun kecil perlu melaksanakan aktiviti sampingan bagi menjana

pendapatan tambahan disamping pendapatan yang diterima daripada

aktiviti utama iaitu penanaman getah atau sawit.

84. Mensasarkan 870 orang pekebun kecil melaksanakan lebih daripada 50

aktiviti yang boleh menjana pendapatan tambahan di luar bandar. Aktiviti

tersebut termasuklah perniagaan makanan ringan; kraftangan; ternakan

kambing dan lembu, tanaman nanas, jagung, pisang dan lain-lain.

85. Matlamat ini dicapai melalui :

i) Penglibatan pekebun kecil yang berupaya dan berminat dalam

projek yang berdaya maju dan mempunyai potensi kekuatan

pemasaran.

ii) Memastikan bakal peserta ini diberi latihan perubahan sikap dan

penambahan pengetahuan serta kemahiran.

iii) Membantu peserta mendapatkan input, infrastruktur, modal dan

pemasaran.

iv) Pegawai dan kakitangan perlu meningkatkan ilmu pengetahuan

dan kemahiran.

Page 34: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

34

86. Menyediakan modal pembiayaan melalui :

i) Bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan - Keutamaan diberi kepada

miskin dan miskin tegar

ii) Tabung Pembangunan Sosio-Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) -

Pinjaman untuk pekebun kecil yang berupaya.

iii) Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) – Pinjaman untuk

pekebun kecil yang memerlukan pembiayaan lebih besar.

87. Membekalkan 1,500 ekor anak kambing boer kepada 100 orang peserta

bagi tujuan penggemukan melalui 6 buah Pusat Pembakaan kambing

boer RISDA di Kg Awah, Pahang dan Tanjung Genting, Kedah; Johor,

Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

88. Membekalkan 300 ekor lembu kepada 60 orang pekebun kecil bagi tujuan

ternakan melalui 6 buah pusat pembakaan lembu RISDA di Bera, Pahang;

di Bukit Kota 1 dan 2, Perak; di Palong 1 dan 2, Negeri Sembilan dan di

Terengganu Tengah.

89. Menganjurkan aktiviti promosi dan pameran produk pekebun kecil di

Pusat pasaran strategik seperti di TESCO, Jusco, Mydin, Galeri Warisan

Putrajaya, OTOP, Expo Kraftangan, SIHAS, MIHAS dan MAHA untuk

memberi pendedahan kepada usahawan pekebun kecil mengenai

Page 35: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

35

peluang dan jaringan pemasaran produk di peringkat nasional dan

antarabangsa.

90. Melahirkan 2,500 orang usahawan pekebun kecil dalam pelbagai bidang.

Keutamaan diberikan kepada usahawan muda yang melaksanakan

perusahaan getah dan sawit memandangkan RISDA mempunyai

kekuatan dalam bidang ini.

91. Mewujudkan Kelab Usahawan dan jaringan di kalangan pengusaha

pekebun kecil di peringkat daerah dan negeri untuk memesatkan gerakan

usahawan di kalangan pekebun kecil.

92. Membudayakan semangat dan sifat keusahawan tulen di kalangan

pekebun kecil bagi mengubah pemikiran pekebun kecil dari seorang

pengeluar kepada seorang peniaga yang lebih berjaya. Dengan adanya

aktiviti sampingan dan semangat keusahawanan pekebun kecil diharap

dapat memperoleh pendapatan tambahan sekurang-kurangnya RM600

sebulan.

93. Menyediakan kemudahan pinjaman dan bantuan sebanyak RM1.34 juta

melibatkan 550 orang peserta melalui Tabung Pembangunan Sosio

Ekonomi Pekebun Kecil (TPSEPK) untuk modal perniagaan, pembelian

Page 36: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

36

komputer, pinjaman perniagaan tinggi, kemajuan keluarga, bantuan untuk

orang hilang upaya, bencana alam dan pendidikan anak pekebun kecil.

94. Mewujudkan retail outlet yang tetap di lokasi yang strategik, bagi

membantu memasarkan produk pekebun kecil secara berterusan.

THE BASIC TARGET GROUP - RTBB

95. Mengemaskini senarai pewaris RTBB melalui kaedah pembahagian

pusaka kecil supaya pembayaran dividen atau keuntungan dikeluarkan

kepada pewaris yang sah.

96. Menamatkan keahlian peserta RTBB bagi pewaris telah meninggal dunia

melalui pemulangan modal awal.

97. Penyerahan modal awal dan keuntungan terkumpul peserta RTBB yang

tidak dapat dikesan pada 31 Disember 2008 ke akaun wang tidak dituntut.

THE BASIC TARGET GROUP – TABUNG TANAM SEMULA DAN KREDIT

PEKEBUN KECIL

98. Pemulangan wang Tabung Tanam Semula kepada peserta-peserta yang

telah dimuktamadkan pada 31 Disember 2008.

Page 37: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

37

99. Pemulangan wang peserta tabung tanam semula yang tidak dapat

dikesan ke akaun wang tidak dituntut.

100. Penutupan akaun kredit pekebun kecil berikutan keputusan pelupusan

hutang pekebun kecil kepada RISDA.

THE BASIC FUNCTION – PEMBANGUNAN MODAL INSAN

101. Mengguna kaedah Training Need Analysis (TNA) bagi pelaksanaan

program latihan pekebun kecil yang lebih berkesan iaitu dari segi peserta,

jenis kursus dan tempoh kursus.

102. Mempergiatkan latihan kepada generasi muda pekebun kecil dalam

bidang pertanian terutama getah dan sawit bagi mengurangkan

kebergantungan kepada Pendatang Dengan Izin (PADI).

103. Memantau pekebun kecil yang telah diberi latihan keusahawanan bagi

mewujudkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian.

104. Menubuhkan IKPK di Sarawak bagi memberi latihan/kursus asas getah

kepada pekebun kecil di sana.

Page 38: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

38

105. Memperkemas pelaksanaan program latihan kakitangan berasaskan 5

tahap kompetensi :

i) Pendedahan - Berkhidmat kurang dari tiga (3) tahun

ii) Penerapan - Berkhidmat kurang dari tiga (3) tahun

iii)Pembangunan & Peningkatan - Berkhidmat daripada 3 hingga 10

tahun

iv)Pengukuhan - Berkhidmat lebih dari 10 tahun

v) Peralihan Kerjaya - Tempoh 2 tahun sebelum bersara

106. Mewujud/membangunkan Inhouse trainer di IKPK/RISTEC dalam

memberi latihan kepada pekebun kecil dan staf dalam semua bidang bagi

mengelakkan kebergantungan kepada tenaga pengajar luar.

107. Melaksanakan program Tuisyen Desa kepada pelajar-pelajar SPM dari

kalangan anak pekebun kecil luar bandar. PMPK dan Pembantu Pertanian

RISDA bertanggungjawab untuk mengesan pelajar yang berkenaan.

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PRODUKTIVITI

108. Meningkatkan produktiviti kebun ke arah mencapai tahap industri :

i) Getah – daripada 80% kepada 90% Tahap Pencapaian Industri -

1,500kg/hek/tahun kepada 1,620kg/hek/tahun

Page 39: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

39

ii) Sawit – daripada 75% kepada 85% Tahap Pencapaian Industri -

15mt/hek/tahun kepada 17mt/hek/tahun.

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PEMBANGUNAN ICT

109. Melaksanakan projek baru ICT RISDA iaitu :

i) Sistem Tanam Semula Online (e-TS) diwujudkan untuk

meningkatkan sistem penyampaian kepada pekebun kecil.

Permohonan tanam semula boleh dibuat secara online di PRS dan

MID.

ii) Bagi fasa pertama, e-TS diintegrasikan dengan SMPK dan SMB.

Seterusnya bagi fasa kedua, integrasi dengan e-Kebun dan e-

Tanah.

110. Sistem Maklumat Geografi Kebun Kecil (e-Kebun)

i) Mengenalpasti lot-lot kebun getah mengikut umur : remaja, matang,

tua dan senile.

ii) Melaksanakan fasa pertama di 3 buah negeri iaitu Melaka, Negeri

Sembilan dan Selangor.

iii) Mengadakan kerjasama dengan MACRES melalui projek perintis di

Mukim Johol, Negeri Sembilan.

Page 40: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

40

111. Menambahbaik Sistem Maklumat Estet (SME) dengan memperkenalkan

e-Estet bagi program Pemulangan Wang Ses Estet.

112. Membangunkan Sistem Maklumat e-Latihan dalam usaha memantapkan

pengurusan latihan merangkumi perancangan kursus, permohonan

/pencalonan, panggilan peserta, pendaftaran dan pelaporan kewangan /

fizikal.

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PENGURUSAN KEWANGAN

113. Memantapkan lagi sistem pengurusan perolehan secara tender,

sebutharga dan pembelian terus dengan melaksanakan kursus

pengurusan perolehan yang melibatkan 2 orang pegawai berkaitan dari

setiap PT.

114. Memantapkan lagi prestasi penyediaan Penyata Kewangan RISDA 2008.

Ketua PT hendaklah mematuhi jadual penyediaan sepenuhnya supaya

penyata dapat diserahkan kepada audit negara pada 20 April 2009.

115. Menerimapakai Financial Reporting Standards (FRS) mulai Penyata

Kewangan Tahun 2009 iaitu piawaian antarabangsa yang digunapakai

oleh entiti yang melapor kepada Bank Negara dan/atau Suruhanjaya

Sekuriti.

Page 41: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

41

116. Menguruskan wang tunai (cash management) secara lebih cekap dan

profesional supaya RISDA memperoleh pulangan maksimum.

117. Memastikan setiap PT dan Anak Syarikat mengemaskini rekod akaun

dan hutang piutang supaya menepati peraturan yang ditetapkan.

118. Pengurusan aset yang cekap hendaklah dilaksanakan supaya dapat

memastikan aset sentiasa berada dalam keadaan sempurna dan selamat

digunakan. Sehubungan itu, Ketua PT diminta mematuhi tatacara

pengurusan aset RISDA yang baru dan lebih sistematik.

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

119. Mewujudkan bahagian baru iaitu Bahagian Program Khas yang

bertanggungjawab ke atas program-program kesejahteraan masyarakat

luar bandar.

120. Melaksanakan Fasa ketiga operasi HRMIS dengan perpindahan

maklumat SISPEN ke HRMIS. Dengan ini, semua maklumat kakitangan

dapat diintegrasikan dengan semua jabatan dan agensi seperti hospital,

Jabatan Pendaftaran Negara, LHDN dan berbagai lagi.

Page 42: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

42

121. Memperkemaskan rekod cuti kakitangan secara online dalam buku

perkhidmatan melalui Sistem e-Cuti.

122. Mewujudkan program khidmat kaunseling menggunakan pendekatan

Perkhidmatan Siber-K melalui laman web .

• 25 orang kakitangan RISDA telah ditauliahkan sebagai rakan

pembimbing perkhidmatan awam (AKRAM) oleh JPA.

123. Mewujudkan Bank Soalan (e- Soalan) iaitu simpanan soalan peperiksaan

secara sistematik dan sentiasa dikemaskini berdasarkan arahan dan

dasar yang terkini melalui penginputan data :

i) Kategori dan bidang

ii) Soalan dan jawapan

iii) Tahap dan gred soalan

iv) Penggubal dan pemeriksa

Page 43: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

43

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PENINGKATAN KUALITI

PERKHIDMATAN

124. Meningkatkan lagi kecekapan dan mutu kerja RISDA melalui tindakan

berikut :

i. Mendapatkan pensijilan kualiti MS ISO 9001:2008

ii. Menyediakan dan mengedarkan manual prosedur kerja (MPK) bagi 18

program

iii. Memastikan setiap pegawai mempunyai fail meja

iv. Melaksanakan KMK di setiap bahagian

v. Memperkasakan disiplin dengan mematuhi peraturan dan

tatakelakuan, pakaian dan etika kerja.

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – KHIDMAT KEJURUTERAAN

125. Menyiapkan pembinaan prasarana asas meliputi jalan pertanian,

pembetung, parit dan jambatan selewat-lewatnya pada bulan Oktober

2009.

126. Membina bangunan pejabat baru :

i. PRD Segamat, Johor

ii. PRD Perak Tengah,Seri Iskandar, Perak

iii. PRS Tepoh, Terengganu

Page 44: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

44

iv. PRS Gual Ipoh, Kelantan

v. PRS Kuala Berang, Terengganu

vi. PRN Kelantan (tambahan)

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – INSPEKTORAT DAN AUDIT

127. Memberi fokus terhadap program/projek yang mempunyai risiko tinggi

bagi memelihara imej dan integriti RISDA.

128. Memperkasa Unit Kawalan Dalaman dengan mewujudkan mekanisme

pelaporan sebagai semakan dan ketersediaan (alertness) dan BIAD

bertindak sebagai watch dog dan help desk.

129. Mengadakan penanda aras bagi semua PT untuk Indeks Akauntabiliti

Kewangan.

130. Mengadakan manual auditan program/projek sebagai amalan berterusan

dan dinamik kepada perubahan.

131. Mengadakan seminar bertemakan ”Meningkatkan Akauntabiliti dan

Integriti Melalui Audit Dalaman Yang Berkualiti dan Berkesan”.

Page 45: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

45

MEMPERKASA IMEJ RISDA – KOMUNIKASI KORPORAT

132. Meningkatkan imej korporat RISDA melalui strategi berikut :

i) Melancarkan Lagu korporat RISDA hasil ciptaan komposer

profesional

ii) Menganjurkan Malam RISDA Bersama Media

iii) Menerbitkan Akhbar Sisipan RISDA bersama Akhbar Berita Harian

iv) Melancarkan ‘Coffee Table Book’

v) Menerbitkan Buletin RISCOM

vi) Menerbitkan video korporat & video teknologi.

vii) Menganjurkan Liga Ragbi

viii) Memantapkan kombo dan Briged Seni RISDA

ix) Menambahbaik Galeri RISDA

133. Memberi pendedahan kepada Pengarah Program dan PRN dalam

segmen bualbicara di Siaran Program Pembangunan RISDA melalui

Rancangan Bestani di Radio Klasik Nasional. Peluang ini perlu

dimanfaatkan sebagai medium untuk menyalurkan informasi berkaitan

RISDA kepada masyarakat umum dan pekebun kecil seluruh negara.

Page 46: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

46

134. Meningkatkan imej korporat RISDA melalui strategi berikut :

• Peringkat Global

i) Pembentangan kertas kerja dalam Persidangan Getah

Antarabangsa

ii) MOU Antarabangsa

iii) CSR bagi anak syarikat

iv) Penulisan dalam jurnal

135. Imej warga RISDA melambangkan imej RISDA :

i) Pakaian pejabat

ii) Tatacara menghadiri mesyuarat luar dan majlis formal

iii) Ketrampilan warga RISDA

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – PEMBANGUNAN KORPORAT

136. Konsolidasi semua anak syarikat di bawah satu pengurusan ke arah

memaksimumkan nilai (create value) bagi meningkatkan kecekapan,

keberkesanan kos dan keuntungan syarikat.

137. Revitalize SHDC dan memantapkan perniagaan teras supaya lebih

berdaya maju.

Page 47: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

47

THE BASIC DELIVERY SYSTEM – KAJIAN DAN PENYELIDIKAN

138. Melaksanakan Kajian Impak berikut :

i) Kajian Indeks Kesejahteraan Pekebun Kecil

ii) Kajian Pendapatan dan Kesejahteraan Pekebun Kecil

iii) Kajian Perbandingan Ekonomi Pengeluaran Getah Skrap vs Keping

vs Lateks

iv) Kajian Keberkesanan PMPK

v) Kajian Keberkesanan Program Tanam Semula

THE NEW FRONTIER – RANCANGAN PEMBANGUNAN RISDA SARAWAK

139. Membuka 2 Pusat Tanggungjawab baru di Bahagian Samarahan dan

Sibu.

140. Membina Model Pusat Memproses Getah Berkumpulan (PMGB) dan

Rumah Asap Mini (RAM) di salah sebuah IKPK bagi tujuan latihan dan

pengeluaran getah keping bermutu (RSS1) keluaran pekebun kecil.

141. Konsep PPPK diperluaskan ke Sarawak dengan pendekatan asal iaitu

sebagai Pusat Pembangunan Pekebun Kecil yang merangkumi komponen

alat dan bangunan Pusat Memproses Getah Berkelompok (PMGB).

Page 48: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

48

142. Melaksanakan 300 hektar Program Tanam Semula TSGGI.

143. Melaksanakan projek agropolitan ubahsuai ala Sarawak bagi tanah NCR.

RANCANGAN PEMBANGUNAN RISDA SARAWAK

MATLAMAT PEMBANGUNAN

PROGRAM FIZIKAL PERUNTUKAN

TSGGI 300 Hek 690,000

PRASARANA ASAS - 500,000

PEMBANGUNAN MANUSIA DAN

INSTITUSI 7,980 Org 150,000

PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH 300 Hek 50,000

PUSAT TIMBANG DAN STOR 1 Unit 100,000

PMPK 55 Org 200,000

AET 2 Projek 50,000

Page 49: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

49

PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SUMBER KERAJAAN 2009

PROGRAM PERUNTUKAN (RM)

TANAM SEMULA BERTURUT 35,000,000

TANAM SEMULA GETAH KE GETAH (TSGGI) 53,200,000

TANAM SEMULA GETAH KE TANAMAN LAIN

5.0 HEKTAR DAN KE BAWAH 50,000,000

PRASARANA ASAS 11,500,000

PRASARANA ASAS PEMBIAKBAKAAN 3,500,000

PEMBANGUNAN MANUSIA DAN INSTITUSI 6,000,000

AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN (AET) 8,700,000

PENINGKATAN PRODUKTIVITI GETAH (PPG) 5,600,000

KEMUDAHAN PENGURUSAN 2,500,000

TUISYEN DESA 400,000

PEMB. PEMASARAN HASIL 1,100,000

PMPK 1,400,000

RISDA* NET 1,500,000

GERAN PELANCARAN PROJEK BERKUMPULAN (KSP) 200,000

PRASARANA DALAM LADANG (KSP) 4,000,000

TANAM SEMULA SAWIT KE SAWIT <2.5 HEK. (KSP) 4,400,000

JUMLAH 189,000,000

BANTUAN TANAH KOSONG (PINJAMAN) 4,500,000

JUMLAH BESAR 193,500,000

Page 50: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

50

PERUNTUKAN RISDA 2009

PERUNTUKAN

KUMPULAN

WANG RISDA

RM

Tanam Semula Getah Kepada 56,500,000.00

TSGL 5 hektar ke atas 3,500,000.00

Geran Pelancaran Projek

~ Geran Pelancaran Pentadbiran 500,000.00

~ Bantuan Premium Tanah 100,000.00

Prasarana Dalam Ladang 1,000,000.00

Ranc. Khas Pekebun Kecil (RKPK) 4,500,000.00

Bantuan Bencana Alam 500,000.00

Pakej Bantuan Tanam Semula 2,500,000.00

Peningkatan Produktiviti Getah 2,400,000.00

Khidmat Pengembangan / 4,000,000.00

Pembangunan Pemasaran Hasil 450,000.00

Pemaju Masyarakat Pekebun Kecil 350,000.00

PROGRAM

PERUNTUKAN

KUMPULAN

WANG RISDA

RM

Kemudahan Pengurusan

- Tanah 1,200,000.00

- Bangunan 12,070,000.00

- Kenderaan 640,000.00

- ICT 1,700,000.00

- Peralatan Pejabat 1,360,000.00

- Penyenggaraan Pejabat 6,645,000.00

Pemulangan Wang Ses Estet 5,000,000.00

Tuntutan Gantirugi 8,165,000.00

Kajian Pekebun Kecil 300,000.00

Pengeluaran Kultur Tisu Sawit 36,000.00

Semaian Transit 840,000.00

Latihan Pekebun Kecil 4,200,000.00

Latihan Pembangunan Eksekutif 1,447,000.00

JUMLAH 119,903,000.00

PROGRAM

Page 51: TEKS AMANAT PENGURUSAN RISDA 2009 ok• Cuaca yang tidak menentu sepert banjir, taufan, kemarau, La Nina, El Nino dan sebagainya 16. Peningkatan permintaan makanan sihat (better food

51

PENUTUP

144. Saya yakin dalam situasi ekonomi yang gawat ini, pelbagai cabaran

mendatang dalam tahun 2009 akan kita harungi dan diharap kita akan

sama-sama menempuhnya dengan tabah dan perancangan yang rapi.

145. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah kurnianya maka

kita dapat meneruskan khidmat bakti untuk membangunkan masyarakat

pekebun kecil negara. Semoga usaha murni kita ini diberkati dan

dipermudahkan-Nya insyaAllah.

146. Amanat kali ini adalah amanat saya yang terakhir sepanjang tempoh

perkhidmatan saya di RISDA. Pelbagai perkara yang perlu dititikberatkan

sepertimana dalam skop amanat 2009 ini. Oleh yang demikian, semua PT

perlu menggunakan amanat ini sebagai asas untuk menyediakan pelan

tindakan dan SKT pegawai di bawah seliaan masing-masing. Sekian,

selamat melaksanakan amanah dan tugasan di samping menjalani rutin

ibadah. Wabillahitaufiq walhidayah, wassalam.