el tanggung kerja.t

32
PENGURUSAN PENANGGUNGAN KERJA Daripada : UNIT SARAAN & KEMUDAHAN Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pelajaran Malaysia

Upload: haryati1977

Post on 02-Jul-2015

1.587 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: El Tanggung Kerja.t

PENGURUSAN PENANGGUNGAN KERJA

Daripada :

UNIT SARAAN & KEMUDAHAN

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 2: El Tanggung Kerja.t

Pekeliling Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007 : Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam.

Peraturan 44 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantiakan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U.(A)176/2005]

Membatalkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993.

PUNCA KUASAPENANGGUNGAN KERJA

Page 3: El Tanggung Kerja.t

TAFSIRAN

‘Penanggungan Kerja’ bermaksud pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping menjalankan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

Page 4: El Tanggung Kerja.t

PERAKUAN PENANGGUNGAN KERJA

Perenggan 15.3 kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007

sekiranya kekosongan diketahui akan berlaku, permohonan kepada Pihak Berkuasa Melulus hendaklah dibuat sebelum berlaku kekosongan supaya kelulusan diperolehi sebelum pegawai menanggung kerja jawatan yang kosong itu. Walau bagaimanapun, sekiranya tindakan tersebut tidak dapat dilakukan kerana kekosongan jawatan berlaku secara tidak dijangka, maka permohonan kepada Pihak Berkuasa Melulus hendaklah dikemukakan dengan segera tidak lewat daripada tiga puluh (30) hari dari tarikh pegawai diarah menanggung kerja.

Page 5: El Tanggung Kerja.t

PIHAK BERKUASA MELULUSPIHAK BERKUASA MELULUS Surat Penurunan Kuasa Bil. KP(PP)0045/150(1)

GRED PEGAWAI KUASA MELULUS

Anggota Gred 41 dan ke atas dan JUSA di KPM

Ketua Setiausaha/ Tim. Ketua Setiausaha (P)Urus setia : Unit SK BPSM

Anggota Gred 41 dan ke atas di JPN

Ketua Pengarah Pelajaran M’sia/ Tim. KPPM(SOP)Urus Setia : Unit SK BPSM

Semua Anggota Kumpulan Sokongan di Kemen. Gred 1-40

Setiausaha Bahagian/ Pengarah Bahagian

Semua Anggota Kumpulan Sokongan di JPN Gred 1-40

Pengarah Pelajaran JPN Negeri

Page 6: El Tanggung Kerja.t

PERATURAN ETK1. Penanggungan kerja boleh dilaksanakan jika:

a. Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki iaitu sama ada penyandang kosongkan jawatan kerana kenaikan pangkat, bersara, meninggal dunia, meletak jawatan, ditamatkan perkhidmatan,bertukar dan seumpamanya;

b. Terdapat kekosongan secara operasi iaitu secara sementara kerana penyandang bercuti, berkursus, digantung kerja atau tidak hadir bertugas;

c. Tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

Page 7: El Tanggung Kerja.t

PERATURAN2. Arahan penanggungan kerja dibuat secara bertulis

oleh Ketua Jabatan ( Lampiran D )

3. Tempoh tidak melebihi 6 bulan, sekiranya perlu, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula;

4. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja adalah tarikh pegawai melaksanakan tugas dan bermula pada hari bekerja dan boleh berakhir pada hari cuti minggu dan kelepasan am;

5. Jika penanggungan kerja terputus selama 14 hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus.

Page 8: El Tanggung Kerja.t

Mengambil kira faktor“kemunasabahan” dan“beban tanggungjawab”

jawatan yang ditanggung kerja;

Tanggungjawab Ketua Jabatan dalam menimbangkan sesuatu perakuan

penanggungan kerja

Page 9: El Tanggung Kerja.t

Penjelasan isuMulai 1.7.2009 jawatan PembantuTadbir Rendah Gred N11/N14 dijumudkan (tetapi masih ada dalam sijil kelulusan perjawatan sekolah ).

Bolehkah;

1. Jawatan ini ditanggung kerja

2.Penyandang jawatan ini menanggung kerja jawatan lain.

1. Dengan berkuat-kuasanya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2009, jawatan Pembantu Tadbir Rendah telah dimansuhkan mulai 2 Julai 2009. Oleh itu, penanggungan kerja jawatan PTR tidak boleh dilaksanakan mulai tarikh tersebut.

2. Penyandang jawatan PTR( jumud) boleh menanggung kerja jawatan lain jika berlaku kekosongan jawatan lain dengan arahan Ketua Jabatan

Page 10: El Tanggung Kerja.t

Bolehkah Jawatan Guru Kanan Mata Pelajaran ditanggung kerja

TIDAK BOLEH

Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) merupakan perjawatan di dalam norma yang diambil daripada jawatan guru KBSM di sesebuah sekolah. Pada masa ini, sebarang kekosongan sama ada kekosongan hakiki atau kekosongan operasi bagi jawatan guru KBSM tidak dilaksanakan melalui kaedah penanggungan kerja sebaliknya dilaksanakan melalui kaedah pengisian oleh Guru Sandaran (Terlatih/Tidak terlatih) dan Guru Ganti. Walau bagaimanapun, tugasan berkaitan bidang berkenaan harus dilaksanakan oleh mana-mana guru KBSM yang diarahkan oleh Ketua Jabatan sehingga penyandang yang layak dilantik.

Page 11: El Tanggung Kerja.t

Menanggung kerja jawatan yang sama Pegawai pernah diluluskan menanggung kerja jawatan PK1 dan diperakukan untuk

1.Menanggung kerja PK HEM di sekolah yang sama selama 18 hari ( Sebab hari ke 19 cuti Cuti penggal bermula. Adakah keadaan ini Boleh ditafsirkan jawatan yang sama.

2, Pernah menanggung kerja jawatan yang sama 5 tahun yang lalu. Adakah tempoh ini masih diambil kira bagi tujuan ini.

“jawatan yang sama” bermaksud pegawai pertama kali menanggung kerja jawatan Penolong Kanan 1 (PK 1)

1.Bagi kali kedua pegawai yang sama menanggung kerja jawatan yang sama PK 1. Jika pegawai yang sama diarah menanggung kerja jawatan Penolong Kanan HEM bermakna pegawai perlu melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama 28 hari berturut-turut bagi kali pertama.

 

2. boleh diambil kira.

Page 12: El Tanggung Kerja.t

Menanggung Kerja Jawatan Penolong KananPenolong Kanan menanggung kerja jawatan PK lain dalam tempoh cuti penggal persekolahan

Pada prinsipnya, penanggungan kerja bermaksud pelaksanan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri.

Guru Penolong Kanan (PK) yang sedang bercuti tidak melaksanakan tugas jawatannya sendiri kerana berkelayakan mendapat cuti penggal persekolahan. Oleh hal yang demikian, PPP tidak boleh diarah menanggung kerja jawatan PK yang kosong dalam tempoh cuti penggal persekolahan

Page 13: El Tanggung Kerja.t

PEGAWAI YANG LAYAK

Page 14: El Tanggung Kerja.t

Jawatan yang dibenarkan 1. Jawatan wujud dalam Anggaran Belanja Mengurus atau

waran perjawatan;

2. Jawatan sama atau lebih tinggi tarafnya;

3. Jawatan yang ditanggung kerja tidak melangkau dua (2) gred/lapisan yang lebih tinggi;

4. Pegawai yang lebih tinggi grednya boleh tanggung kerja jawatan yang lebih rendah grednya dengan syarat tidak ada hubungan taraf tinggi rendah;

Page 15: El Tanggung Kerja.t

Tafsiran ‘Hubungan Tinggi Rendah’

bermaksud pertalian antara jawatan dalam satu susunan kuasa (span of control) yang berbeza taraf atau grednya, di mana jawatan yang lebih tinggi itu bertanggungjawab secara langsung menyelia jawatan yang lebih rendah

Page 16: El Tanggung Kerja.t

Jawatan yang dibenarkan 5. Jawatan berada dalam struktur organisasi dan lokasi

yang sama;

6. Dalam keadaan tertentu, Ketua Jabatan boleh membuat perakuan khas jika organisasi berada di lokasi yang berlainan tetapi dalam lingkungan 25 km dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan pelaksanaan tugas;

Page 17: El Tanggung Kerja.t

Jawatan Yang Memerlukan Kemahiran Bagi jawatan yang tugasnya memerlukan kemahiran khas, kelayakan, kepakaran, pentauliahan, sijil kemahiran yang khusus, pegawai yang menanggung kerja hendaklah memenuhi syarat dan keperluan tersebut.

Contoh : Jawatan Juruteknik (elektrik) Gred J17 boleh ditanggung

kerja oleh pegawai dalam perkhidmatan yang sama atau berlainan yang mempunyai sijil kemahiran elektrik yang diiktiraf.

Page 18: El Tanggung Kerja.t

Jawatan Yang Tidak Dibenarkan

1. Jawatan yang tiada senarai tugas secara khusus. Contohnya jawatan kumpulan;

2. Jawatan yang pelaksanaan tugasnya mengikut giliran atau syif. Contohnya Jururawat dan Pengawal Keselamatan, Pembantu Pengurusan Murid

3. Jawatan yang bentuk tugasnya tidak membenarkan atau tidak praktikal dilakukan secara penanggungan kerja. Contohnya Pemandu, Guru /Pensyarah yang mengajar.

Page 19: El Tanggung Kerja.t

SYARAT PEMBAYARAN ETK

1. Pegawai melaksanakan tugas selama 28 hari berturut-turut termasuk hati cuti minggu, kelepasan am dan cuti rehat atas sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul tidak melebihi 5 hari bekerja;

2. Penanggungan kerja terhenti sekiranya pegawai mengambil cuti atau meninggalkan jawatan yang ditanggung kerja selama 14 hari atau lebih berturut-turut.

3. Pegawai boleh dibayar ETK bagi tempoh tidak kurang 14 hari berturut-turut sekiranya menanggung kerja kali kedua bagi jawatan yang sama yang pernah ditanggung kerja sebelumnya;

4. Seorang pegawai hanya layak satu ETK sahaja pada satu masa.

Page 20: El Tanggung Kerja.t

SYARAT PEMBAYARAN ETK

5. Jawatan wujud secara KUP boleh ditanggung kerja tetapi bayaran elaun berdasarkan gred hakiki pegawai penyandang atau gred hakiki jawatan KUP mana yang lebih rendah.

6. Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas dua(2) jam lima belas(15) minit daripada waktu bekerja pejabat.

7. Bagi jawatan Fleksi Gred 41/44 – pembayaran adalah berasaskan gaji gred 41.

Page 21: El Tanggung Kerja.t

PERGIRAAN PERGIRAAN ETKETK

25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja. Formula asas pergiraan adalah seperti berikut :

ETK = gaji permulaan jawatan X 25 % yang di tanggung kerja

Page 22: El Tanggung Kerja.t

PERKIRAAN ETKPERKIRAAN ETK

1. Bagi jawatan yang menetapkan mata gaji permulaan pelbagai, ETK dikira berdasarkan gai permulaan terendah bagi skim jawatan berkenaan. Contoh : Akauntan Gred W41 menanggung kerja jawatan akauntan Gred W41.

Gaji permulaan jaw. Akauntan W41 boleh ditetapkan pada P1T8 atau P1T9 atau P1T10. Bagi perkiraan ETK, gaji permulaan pada mata gaji terendah Akauntan Gred 41, P1T8 ialah RM2345.69ETK = RM2345.69 X 25 % RM586.42 s.b.

Page 23: El Tanggung Kerja.t

PERKIRAAN ETKPERKIRAAN ETK

2. Penanggung kerja jawatan yang mempunyai gred fleksi. ETK dikira berdasarkan gred gaji terendah.

Contoh : Jurutera Gred J41 menanggung kerja jawatan Jurutera Gred fleksi J44/J48. ETK berdasarkan gaji P1T1 J44 iaitu RM3026.12

ETK = RM3026.12 X 25 % RM756.53 s.b.

Page 24: El Tanggung Kerja.t

PERKIRAAN ETKPERKIRAAN ETK3. Bagi jawatan yang ditanggung kerja itu adalah jawatan terbuka, ETK dikira berdasarkan kpd. gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka. Contoh : Pegawai Undang2 Gred L48 menanggung kerja jawatan Gred L52 (terbuka).

ETK dikira berdasarkan kpd. gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja . Iaitu Skim Perk di. Perundangan dan Kehakiman, Gred L52 iaitu RM4939.43.ETK = RM4939.43 X 25 % RM1234.85 s.b.

Page 25: El Tanggung Kerja.t

DOKUMEN PERAKUAN

Page 26: El Tanggung Kerja.t

PERTIMBANGAN DAN KEPUTUSAN

1. Pihak Berkuasa Melulus membuat pertimbangan;

2. Menyampaikan keputusan kepada Ketua Jabatan dan salinan kepada pegawai; dan

3. Kelulusan direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai.

Page 27: El Tanggung Kerja.t

LAMPIRAN D

Kesilapan1.Tarikh2.Pinda T.Tangan3.KJ tanda tangan selepas tarikh penanggungan kerja

Page 28: El Tanggung Kerja.t

LAMPIRAN F

Kesilapan.1.Gred jawatan tak selari dengan perjawatan ikut waran.2.Tiada catatan no. butiran waran perjawatan3.Tarikh lantikan pertama4.Tarikh sah jawatan5.pelangkauan

Page 29: El Tanggung Kerja.t

LAMPIRAN F

Page 30: El Tanggung Kerja.t

LAMPIRAN G

Page 31: El Tanggung Kerja.t
Page 32: El Tanggung Kerja.t

SEKIAN

TERIMA KASIHWan Zaleha bte. Wan Mahayudin