kesan

4
1. KESAN-KESAN PENDATANG ASING Isu pendatang asing di Malaysia sememangnya sudah lama diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh media massa mahupun media elektronik. Pendatang asing yang datang ke Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pendatang asing berpermit dan pendatang asing tanpa permit ataupun disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Kedatangan pendatang asing ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pendatang asing berpermit yang datang ke Malaysia lazimnya bertujuan untuk menimba ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, melancong, berniaga, dan majoritinya adalah untuk bekerja sebagai buruh dan sebagainya. Lain pula halnya dengan PATI, mereka kebanyakannya datang untuk bekerja atas dasar keperluan hidup yang mendesak. Mereka tidak memilih pekerjaan, makanan, dan tempat tinggal. Kedatangan pendatang asing dapat meningkatkan taraf ekonomi negara apabila matawang negara mereka mengalir masuk ke negara kita apabila mereka belajar, melancong, dan berniaga di sini. Apabila mereka kembali ke negara asal mereka, mereka pasti akan menceritakan tentang keistimewaan dan keunikan Malaysia pada saudara dan sahabat-handai. Lantas, memberi imej baik kepada Malaysia dan seterusnya dapat terus memacu pembangunan dan ekonomi negara dengan lebih pesat. Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi 2. yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera

Upload: prem-kumar

Post on 18-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kesan

TRANSCRIPT

1. KESAN-KESAN PENDATANG ASING Isu pendatang asing di Malaysia sememangnya sudah lama diperkatakan dan digembar-gemburkan oleh media massa mahupun media elektronik. Pendatang asing yang datang ke Malaysia terbahagi kepada dua iaitu pendatang asing berpermit dan pendatang asing tanpa permit ataupun disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI). Kedatangan pendatang asing ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pendatang asing berpermit yang datang ke Malaysia lazimnya bertujuan untuk menimba ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, melancong, berniaga, dan majoritinya adalah untuk bekerja sebagai buruh dan sebagainya. Lain pula halnya dengan PATI, mereka kebanyakannya datang untuk bekerja atas dasar keperluan hidup yang mendesak. Mereka tidak memilih pekerjaan, makanan, dan tempat tinggal. Kedatangan pendatang asing dapat meningkatkan taraf ekonomi negara apabila matawang negara mereka mengalir masuk ke negara kita apabila mereka belajar, melancong, dan berniaga di sini. Apabila mereka kembali ke negara asal mereka, mereka pasti akan menceritakan tentang keistimewaan dan keunikan Malaysia pada saudara dan sahabat-handai. Lantas, memberi imej baik kepada Malaysia dan seterusnya dapat terus memacu pembangunan dan ekonomi negara dengan lebih pesat. Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga buruh negara yang memuncak. Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi

2. yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya. Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik. Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Di samping itu, imej negara turut meningkat kerana sudah pasti masyarakat antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini adalah kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang. Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya dan contoh negara yang maju dalam ekonominya. Negara juga akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai cita-cita negara. Bukankah ini satu pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita? Namun, di sebalik kebaikan kedatangan pendatang asing, terselit seribu satu keburukan. Kehadiran pekerja asing terutama secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat. Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan melakukan jenayah menjadi alternatif untuk mereka memperoleh sedikit wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk

3. meningkatnya jenayah di negara kita. Sudah pasti kejadian jenayah ini akan menyukarkan kehidupan rakyat. Selain itu, pekerja asing yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asing itu. Wang negara digunakan untuk membiayai kehidupan keluarga pekerja asing itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam kegawatan ekonomi. Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terus melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari. Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa

4. izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka yang berasal dari kawasan mundur dan kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan meningkatkan kes jangkitan AIDS. Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air. Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam

5. perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita. Kesimpulannya, kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin.