kesalahan tatabahasa

4
Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu By MAB on 19 Februari 2012 1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di… dengan imbuhan di … salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang) betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan 2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih 3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada dari – rumus ATM A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan) T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin) M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang) daripada – rumus KABOS K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

Upload: noraziah-bidin

Post on 29-Jul-2015

170 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesalahan tatabahasa

Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu

By MAB on 19 Februari 2012

1    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …

salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di Ampang)

betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan

2    Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

3    Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada

dari – rumus  ATM

A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)

T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)

M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)

daripada – rumus KABOS

K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

A – asal  (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)

B – banding /beza  (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)

O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)

Page 2: Kesalahan tatabahasa

S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

4    Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)

salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5    Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan

salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6    Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan

salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7    Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)

salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8    Pembentukan ayat pasif

Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah) Surat itu telah kami hantar. (betul) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah) Laporan itu perlu anda siapkan. (betul) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah) Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian, dan tuanku).

Page 3: Kesalahan tatabahasa

9    Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan

salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman

salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang

betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang

betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

11  Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti

Pada berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku

itu ada pada Encik Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)

bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu)

bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)

Kepada menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/

Acapan sentiasa  menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya) menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air

Sungai Ampang meningkat kepada paras bahaya) menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa

kumpulan)