laporan kesalahan penggunaan bahasa - madetmadet.my/malb/malb113.pdf · kesalahan-kesalahan dari...

41
MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT TUGASAN BERKUMPULAN 2 LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA AHLI KUMPULAN : NAMA ID MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA SW091981 TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI SW092787 AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH SW092923 MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID SW092341 MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD SW091740 MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI SW092340 FIRMA : MERCEDES-BENZ SEKSYEN : 01 PENSYARAH : DR. MARNIYATI BINTI MOHD. NOR TARIKH HANTAR : 28 MAC 2014

Upload: nguyenkhanh

Post on 06-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT

TUGASAN BERKUMPULAN 2

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

AHLI KUMPULAN : NAMA ID

MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA SW091981 TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI SW092787

AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH SW092923 MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID SW092341

MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD SW091740

MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI SW092340

FIRMA : MERCEDES-BENZ SEKSYEN : 01 PENSYARAH : DR. MARNIYATI BINTI MOHD. NOR TARIKH HANTAR : 28 MAC 2014

Page 2: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 2

DAFTAR ISI

PROFIL AHLI KUMPULAN ......................................................................................................................... 3

MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA ........................................................................................ 4

TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI .............................................................................................. 5

AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH ............................................................................................. 6

MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID ........................................................................................................... 7

MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD ................................................................................................... 8

MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI ......................................................................... 9

PENGHARGAAN ..................................................................................................................................... 10

PENGENALAN ........................................................................................................................................ 12

ISU SEMASA ........................................................................................................................................... 14

ISU 1 - JANGAN REMEHKAN ISU BAHASA ....................................................................................... 15

ISU 2 - PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA KINI SEMAKIN MEROSOT ............................................ 17

ANALISIS ................................................................................................................................................ 19

Rajah 1 ............................................................................................................................................... 20

Rajah 2 ............................................................................................................................................... 21

Rajah 3 ............................................................................................................................................... 22

Rajah 4 ............................................................................................................................................... 23

Rajah 5 ............................................................................................................................................... 24

Rajah 6 ............................................................................................................................................... 25

Rajah 7 ............................................................................................................................................... 26

Rajah 8 ............................................................................................................................................... 27

Rajah 9 ............................................................................................................................................... 28

Rajah 10 ............................................................................................................................................. 29

Rajah 11 ............................................................................................................................................. 30

Rajah 12 ............................................................................................................................................. 31

Rajah 13 ............................................................................................................................................. 32

Rajah 14 ............................................................................................................................................. 33

Rajah 15 ............................................................................................................................................. 34

RUMUSAN ............................................................................................................................................. 35

RUJUKAN ............................................................................................................................................... 37

LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 39

Page 3: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 3

PROFIL AHLI

KUMPULAN

Page 4: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 4

MOHAMAD FAKHRUL SYAFIQ BIN CHE YA

ID SW091981

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 012-2170944

PRINSIP HIDUP Tiada halangan, hanya peluang, merealisasikan

impian.

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Apabila melanjutkan pada peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), skop utama

yang ditekankan adalah pembelajaran dan pengajian berkaitan teknikal mengenai program yang

diambil dan sangat berkait rapat dengan hala tuju bagi pengaplikasian apa yang telah dipelajari

setelah bergraduasi kelak. Namun, aspek bahasa sering dipandang remeh dan diabaikan oleh

kebanyakan mahasiswa. Mendengar nama subjek “Bahasa Melayu Korporat” sahaja sudah pasti

membosankan. Tetapi apabila berada di dalam kuliah, perasaan bosan itu bertukar menjadi

menyeronokkan kerana pensyarah yang mengajar merupakan seorang yang sangat berpengalaman

dan mempunyai kelayakan khusus dalam bidang Bahasa Melayu. Sesungguhnya, subjek MALB113 ini

sangat penting untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja yang bergelar mahasiswa IPT. Semoga apa yang

telah dipelajari akan memberi manfaat dalam kehidupan buat selama-lamanya kerana “Bahasa Jiwa

Bangsa”.

Page 5: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 5

TUAN NAIM MIQDAD BIN TUAN ZAWI

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Pendapat saya pada mulanya kursus Bahasa Melayu Korporat ini sangat menarik. Melalui kelas

ini,saya dapat belajar tentang sejarah bahasa Melayu dan pengetahuan yang sangat penting tentang

penggunaan bahasa melayu. Selain itu, tugasan yang diberikan oleh Dr. Marniyati sangat

menyeronokkan. Pelbagai pengalaman baru yang saya dapat semasa menyiapkan tugasan yang

diberikan. Dr. Marniyanti sangat menyeronokkan kerana pandai menyampaikan sesuatu

pembelajaran.

ID SW092787

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 012-9649514

PRINSIP HIDUP Jadilah orang berguna untuk masa

depan,bangsa,negara.

Page 6: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 6

AHMAD AZUDDIN BIN AHMAD SALLEH

ID SW092923

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 018-4747551

PRINSIP HIDUP Gunakan Hayat Ini Sebaiknya

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Pada pendapat saya, kursus Bahasa Melayu Korporat ini merupakan kelas yang paling riang dan

menarik kerana antara minat saya ialah mendalami bahasa-bahasa di dunia dan Bahasa Melayu

terutamanya. Secara jujurnya saya sangat suka memasuki kelas bahasa. Bagai orang mengantuk

disorongkan bantal. Selepas memasuki kelas pada hari pertama yang diajar oleh Dr. Marniyati, saya

berasa teruja kerana kelas ini diajar oleh seorang yang cukup berpengalaman menekankan konsep

praktikal berbanding teoretikal. Selain itu, kursus ini juga merupakan antara kursus yang boleh

menolong dalam peningkatan kadar GPA(Gred Purata) untuk semester ini.

Page 7: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 7

MOHD ALLIF SYAZLY BIN SUID

ID SW092341

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 019-3346921

PRINSIP HIDUP Jangan mengaku kalah sebelum rebah

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Pada pendapat saya,kursus MALB113 ini merupakan sebuah subjek yang sangat penting. Mungkin

kita tidak nampak akan hasilnya buat masa ini namun saya percaya bahawa segala teori dan praktikal

yang telah diajar oleh Dr. Marniyati akan membuahkan hasil yang sangat baik. Modul-modul yang

disediakan juga sangat menarik dan produktif. Walaupun saya hanya sempat mengikuti kursus ini

dalam jangka masa yang sangat singkat namun saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara

daripada kursus ini.

Page 8: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 8

MOHAMAD MAHADIR BIN AHMAD

ID SW091740

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 017-5618221

PRINSIP HIDUP Kejayaan tidak akan datang tanpa ketekunan

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Pendapat saya pada mulanya kursus Bahasa Melayu Korporat ini akan menjadi kelas yang bosan dan

tidak menarik memandangkan minat saya terhadap perkara-perkara yang lebih kepada teknikal.

Secara jujurnya saya sangat tidak suka memasuki kelas bahasa. Walaubagaimanapun selepas

memasuki kelas hari pertama oleh Dr. Marniyati saya dapati pendapat saya tidak tepat kerana Dr.

lebih menekankan konsep praktikal berbanding teoritikal. Sebagai contoh peperiksaan dan kuiz

ditukar kepada aktiviti yang lebih bermanfaat.

Page 9: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 9

MOHAMED ARSHAD ALI BIN MOHAMED NAZIR ALI

Pandangan terhadap kursus MALB113 Bahasa Melayu Korporat :-

Pada awalnya saya berpendapat bahawa subjek Bahasa Melayu Korporat ini adalah sama seperti apa

yang saya pelajari pada peringkat sekolah menengah dahulu. Walaupun intipatinya sama, namun

gaya penyampaian dan cara penerangannya adalah sangat berbeza. Saya ingin mengucapkan jutaan

terima kasih kepada Dr. Marniyati kerana menjadikan situasi pembelajaran Bahasa Melayu yang

selalunya membosankan kepada sesuatu yang sangat menyeronokkan. Cara pembelajaran yang lebih

praktikal dan tidak menekankan konsep teori, membolehkan pelajar memahami sendiri mesej yang

disampaikan. Perubahan persekitaran yang holistik ini telah menarik minat saya untuk mempelajari

Bahasa Kebangsaan ini dengan lebih mendalam lagi. Setiap kali saya menghadiri kelas MALB113 saya

berasa sangat gembira dan teruja kerana pensyarah sentiasa mengajar sesuatu yang menarik dan

membuatkan kita berfikir tentang perkara tersebut. Setiap topik yang diajar dalam kelas dapat saya

aplikasikan aktiviti harian saya.

ID SW092340

ALAMAT E-MEL [email protected]

NOMBOR TELEFON 017-6177006

PRINSIP HIDUP Tinggikan dirimu setinggi bintang di langit, rendahkan dirimu serendah

mutiara di lautan.

Page 10: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 10

PENGHARGAAN

Page 11: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 11

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah Firma kami menyiapkan

tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada, pensyarah kami iaitu Dr.

Marniyati Bte. Mohd Nor kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar, panduan dan bantuan

kepada kumpulan kami sepanjang menjalankan tugasan dan membantu kami dalam menyiapkan

laporan.

Akhir sekali, kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama

membantu secara langsung atau tidak langsung dalam membuat kajian dan laporan tugasan kami.

Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat diaplikasikan pada masa hadapan dan kami

amat menghargainya. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup baik bagi kumpulan kami yang

tidak boleh dilupakan.

SEKIAN TERIMA KASIH

Page 12: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 12

BAB I

PENGENALAN

Page 13: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 13

Laporan kesalahan penggunaan bahasa ini adalah tugasan yang perlu dilakukan bagi memenuhi

sukatan pelajaran Bahasa Melayu Korporat bagi pengaplikasian komunikasi bertulis.

Di dalam tugasan ini, kami dikehendaki menulis laporan berkenaan kepelbagaian aspek kesalahan

bahasa yang terdapat pada papan tanda atau papan iklan serta memberi analisis yang sewajarnya.

Kesalahan penggunaan bahasa Melayu yang berlaku pada papan tanda dan papan iklan sangat

membimbangkan. Kesalahan bahasa sering berlaku sama ada disedari ataupun tanpa disedari.

Kesalahan bahasa pasti berlaku jika kita tidak mengetahui hukum tatabahasa yang tepat. Kesalahan

bahasa yang dikenal pasti sering berlaku bukan sahaja salah dari segi ejaan namun terdapat juga

kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak

tepat dan sebagainya. Kesalahan bahasa ini jika tidak diambil serius akan mendatangkan keburukan

kepada generasi muda khususnya selain akan merendahkan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa

Kebangsaan.

Page 14: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 14

BAB II

ISU SEMASA

Page 15: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 15

ISU 1 - JANGAN REMEHKAN ISU BAHASA

KUALA LUMPUR 3 Mei - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim

menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya bahasa Melayu tidak sesuai diangkat untuk subjek

teknikal atau bidang profesional. Beliau berkata, bahasa Melayu pada hakikatnya boleh berada di

tahap itu sekiranya ia disertai kelengkapan dan kemudahan yang cukup selain penggunaannya

diwajibkan di bidang profesional.

"Saya tidak setuju jika kita kata bahasa Melayu tidak boleh berada di tahap teknikal, sebenarnya

boleh. Lantaran kita tidak mempunyai cukup fasiliti atau kemudahan terjemahan, maka kita tidak

dapat bergerak sedemikian.

"Kedua, kita tidak mewajibkan bahasa Melayu dalam bidang kejuruteraan, perubatan, bidang

teknologi yang rumit misalnya teknologi nano.Ini semua sebenarnya boleh diatasi sebab Bahasa

Jepun, Korea dan Mandarin misalnya sudah berjaya, kenapa tidak Bahasa Melayu," katanya. Rais

berkata demikian ketika ditemu ramah Radio24 Bernama dalam program 'Mentari Minda' yang

dikendalikan penyampai Shuhadah Armawan di sini, hari ini. Rais menarik perhatian kepada usaha

mengangkat martabat bahasa Melayu, melalui pelbagai kempen dan saluran yang digunakan

kementerian itu termasuk bantuan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), penterjemah dan

penulis di negara ini.

Beliau menegaskan isu bahasa bukan perkara remeh sebaliknya soal pokok yang perlu diberi

keutamaan kerana bahasa menjadi cermin kepada tamadun manusia selain mampu menyatukan

masyarakat."Kenapa Inggeris gagah? Mereka gagah bukan sebab senapang atau meriam tapi oleh

kerana bahasa mereka telah dikomersil dan diantarabangsakan, diteknikal dan dicantikkan menerusi

penulisan William Shakespeare dan sebagainya.

Rais menekankan bahawa masyarakat harus sedar dengan kombinasi bahasa yang digunakan di

Malaysia dan Indonesia yang dituturkan tidak kurang daripada 300 juta orang, ia wajar menjadi

bahasa dunia serta bahasa rasmi di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Page 16: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 16

Menurutnya, kecenderungan masyarakat bertutur dengan mencampuradukkan bahasa Melayu dan

Inggeris juga tanpa disedari boleh melenyapkan cara berkomunikasi yang betul, menghilangkan

budaya bangsa, menyebabkan perbendaharaan kata menjadi semakin terhad dan akhirnya dilabelkan

se bagai orang yang berbahasa pinjaman.

Artikel Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130504/dn_06/Jangan-remeh-isu-bahasa---

Rais#ixzz2YuoPKEot

Page 17: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 17

ISU 2 - PENGGUNAAN BAHASA MALAYSIA KINI SEMAKIN MEROSOT

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Penggunaan Bahasa Malaysia kini semakin merosot dan

terpinggir, malah ia juga semakin tidak dihormati oleh rakyat negara ini berbanding bahasa Inggeris,

demikian menurut beberapa orang pakar bahasa di sini hari ini.

Mereka berkata keghairahan menggunakan bahasa Inggeris oleh 500 buah institusi pengajian swasta

di seluruh negara sekarang menjadikan seolah-olah bahasa itu bahasa utama negara.

Isu bahasa ini dibincangkan hangat pada "Forum Merdeka: Sembang Kopi `O' Nasi Lemak" anjuran

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Gabungan Persatuan Penulis

Nasional (Gapena).

Panel menganggap masalah tersebut sebagai `malang' bagi sebuah negara yang telah merdeka

selama 50 tahun. Turut dibincangkan ialah masalah integrasi kaum di peringkat sekolah.

Seorang anggota panel, bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah

berkata penggunaan bahasa Malaysia atau lebih selesa beliau sebut bahasa Melayu kini tidak

seunggul dulu malah semakin ketinggalan. Beliau berkata walaupun negara mencapai kemajuan

dalam bidang kokurikulum berbanding negara Afrika namun dari sudut sistem persekolahan,

Malaysia gagal menjadikan bahasa Malaysia sebagai `bahasa penyatuan dalam sistem persekolahan

kebangsaan'.

"Perjuangan bahasa Melayu dulu sangat hebat hingga bekas Menteri Pelajaran Tun Abdul Rahman

Yakub pada 1969 pernah membuat satu keputusan mengejutkan untuk memansuhkan aliran bahasa

Inggeris secara berperingkat walau tanpa keizinan kabinet," katanya.

"Pengasingan kaum sekarang amat buruk di sekolah-sekolah. Jika dulu kita dapat lihat pelajar

Melayu, India dan Cina boleh makan sekali kini budaya itu tidak lagi wujud. Kita perlu lihat masa

depan generasi kita," katanya.

Pensyarah Linguistik Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Dr Awang Sariyan, yang

Page 18: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 18

memberi pandangan yang sama berkata keadaan semakin parah apabila generasi muda gagal

menguasai bahasa Malaysia dan menerimanya sebagai bahasa rasmi seperti yang terkandung dalam

kontrak sosial.

Seorang lagi pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim pula berkata tidak wajar

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta untuk menggunakan Inggeris kerana bahasa

Malaysia adalah bahasa pengantar utama dari sekolah rendah ke peringkat tertinggi.

-- BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=281358

Page 19: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 19

BAB III

ANALISIS

Page 20: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 20

Rajah 1

Rajah 1 memaparkan papan tanda “PENGUMUMAN PASTIKAN MOTOSIKAL AND DIKUNCIKAN

DENGAN KUNCI TAMBAHAN”. Kesalahan bahasa yang terdapat pada Papan tanda pada rajah adalah

percampuran Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu.

Ayat yang betul adalah “PENGUMUMAN PASTIKAN MOTOSIKAL ANDA DIKUNCIKAN DENGAN KUNCI

TAMBAHAN”.

Page 21: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 21

Rajah 2

Pada Rajah 2 iaitu perkataan “Meningkat” adalah kata kerja seterusnya tidak boleh berada di

permulaan ayat. Ayat bahasa Melayu yang betul perlulah bermula dengan subjek.

Ayat yang dicadangkan adalah “Kadar Metabolisme Dapat Ditingkatkan Serta Mengurangkan

Keletihan”.

Page 22: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 22

Rajah 3

Terdapat kesalahan bahasa pada Rajah 3. Notis yang dipaparkan berbunyi “AWAS!!! HATI 2 JIKA

BERLAKU SEBARANG KEROSAKAN ANDA DIKIRA BELI. TERIMA KASIH!”. Kesalahan yang paling jelas di

situ, penggunaan nombor 2 bagi menggantikan kata ganda untuk hati iaitu hati-hati. Selain itu, pada

pendapat kami ayat yang digunakan agak kurang sesuai walaupun bertujuan untuk memberi amaran.

Pembetulan ayat yang dicadangkan seperti berikut “AWAS! SILA BERHATI-HATI ANDA DIKIRA

MEMBELI SEKIRANYA BERLAKU KEROSAKAN TERIMA KASIH.”

Page 23: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 23

Rajah 4

Rajah 4 memaparkan papan tanda peringatan yang terdapat kesalahan percampuran bahasa Inggeris

dan bahasa Melayu. Ayat papan tanda “PARKING UNTUK PELAWAT”. Ayat yang tepat adalah “PARKIR

UNTUK PELAWAT”.

Page 24: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 24

Rajah 5

Rajah 5 menunjukkan papan tanda barang atau dokumen yang dilarang untuk disimpan ke dalam

bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Kesalahan bahasa adalah dari segi ejaan

pada label wang yang dieja dengan “uang”.

Page 25: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 25

Rajah 6

Rajah 6 juga menunjukkan papan tanda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Penggunaan “Bilik Tunggu Ulang-alik” kurang sesuai dan ayat yang lebih baik adalah “tempat

menunggu kenderaan ulang-alik”.

Page 26: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 26

Rajah 7

Kata pemeri adalah perlu hadir sebelum kata sifat atau kata sendi. Pada Rajah 7 penggunaan

perkataan adalah pada awal ayat amat tidak tepat iaitu “Adalah ditegah membawa keluar dari

Langkawi mengikut Perintah Kastam”. Ayat yang sepatutnya “Membawa keluar adalah ditegah dari

Langkawi mengikut Perintah Kastam”.

Page 27: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 27

Rajah 8

Rajah 8 adalah label tanda pada teksi yang mengandungi kesalahan ejaan “KEDAH DARULAMAN”.

Ejaan yang betul ialah “Kedah Darul Aman”.

Page 28: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 28

Rajah 9

Pada Rajah 9 ayat yang digunakan adalah “Matikan Telefon Bimbit Anda Sehingga Pengumuman di

Buat Oleh Kakitangan Kabin”. Perkataan “di” digunakan sebagai kata sendi dalam ayat namun

sekiranya digabung dengan kata kerja akan membentuk imbuhan.

Ayat yang tepat sepatutnya diguna pada rajah 9 ialah “Matikan Telefon Bimbit Anda Sehingga

Pengumuman Dibuat Oleh Kakitangan Kabin”.”

Page 29: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 29

Rajah 10

Seperti rajah sebelum ini, kata sendi “di” digunakan bagi merujuk lokasi contohnya di dalam, di atas

dan di antara. Ayat “SOS BOLEH JUGA DI DAPATI DI TINGKAT ATAS”. Penggunaan kata sendi pada

perkataan di dapati adalah tidak tepat sama sekali kerana akan merujuk kepada lokasi dapati,

sebaliknya yang dimaksudkan adalah didapati iaitu kata imbuhan.

Ayat yang tepat sepatutnya ditulis “SOS JUGA BOLEH DIDAPATI DI TINGKAT ATAS”.

Page 30: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 30

Rajah 11

Papan tanda pada rajah 11 terdapat kesalahan ejaan “TULIN”. Ejaan Tulin adalah dari bahasa sukuan

Melanau Mukah yang membawa maksud jati, asli atau sah. Namun ejaan selepas pelarasan bahasa

Melayu sepatutnya menurut kamus dewan bahasa adalah “TULEN”.

Page 31: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 31

Rajah 12

Rajah 12 juga terdapat kesalahan ejaan “MAR MAR”. Perkataan “MAR MAR” sepatutnya dirapatkan

iaitu marmar yang membawah maksud batu kapur yang keras yang digunakan untuk membuat lantai

atau dinding sesudah dilicinkan.

Page 32: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 32

Rajah 13

Dalam Rajah 13 ayat “DISYORKAN UNTUK PEROKOK BAGI MENGGEMBALIKAN..” terdapat kesalahan

ejaan. Perkataan yang ingin disampaikan sepatutnya adalah mengembalikan yang membawa maksud

memulangkan atau memberi balik.

Page 33: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 33

Rajah 14

Pada Rajah 14 terdapat kesalahan penggunaan perkataan “dengan” pada ayat “TERIMA KASIH

DENGAN KERJASAMA ANDA”. Penggunaan kata “dengan” perlulah merujuk perbuatan

menggunakan sesuatu contohnya “Dia membelah kayu dengan menggunakan kapak”.Ayat yang betul

sepatutnya “TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA”.

Page 34: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 34

Rajah 15

Rajah 15 memaparkan perkataan “GORENG PISANG”. Goreng adalah kata kerja manakala pisang

adalah kata nama bagi buah. Goreng pisang membawah maksud kerja atau perbuatan menggoreng

pisang.

Walau bagaimanapun, ayat yang sepatutnya ialah “Pisang Goreng” kerana label pada rajah ingin

menyampaikan maksud makanan pisang goreng.

Page 35: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 35

BAB IV

RUMUSAN

Page 36: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 36

Selepas melakukan tugasan ini, kami bersyukur kerana barulah kami sedar terdapat banyak

kesalahan-kesalahan bahasa yang sering ada pada papan-papan tanda di premis awam yang selama

ini dianggap tidak penting. Tugasan ini juga membuka mata kami bahawa Bahasa Melayu sebagai

bahasa Kebangsaan seharusnya dijaga dengan baik agar ia terus terpelihara. Kami juga berharap agar

pihak-pihak yang bertanggungjawab membuat iklan dan papan tanda dan pihak kerajaan peka

dengan masalah yang semakin membimbangkan ini seterusnya mengambil langkah yang sepatutnya

Selain itu, masalah ini jika tidak dibendung akan membawa kesan yang tidak baik kepada

masyarakat khususnya kepada kanak-kanak kerana mereka akan menyangka perbuatan kesalahan

bahasa seperti campuran bahasa rojak atau kesalahan ejaan ini satu benda yang kecil. Kanak-kanak

juga mungkin akan mengaplikasikan kesalahan ini di dalam penulisan mereka kerana menganggap

ianya betul. Kami berharap masyarakat akan lebih peka dan serius dalam menangani masalah ini

supaya kesalahan bahasa ini dapat diatasi

Di samping itu, negara kita akan hilang kedaulatannya apabila Bahasa Kebangsaan yang

digunakan boleh sesuka hati dicampur aduk dan salah ejaannya digunakan untuk papan-papan

tanda. Bahasa Melayu yang digunakan sebagai Bahasa Kebangsaan harus dijaga dengan baik di dalam

membina negara yang mempunyai identiti tersendiri. Oleh hal demikian, pihak kerajaan dan pihak

berwajib yang lain seharusnya mengambil tindakan ke atas individu atau syarikat yang sesuka hati

menggunakan papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa. Walaupun terdapat pelbagai alasan

yang dikemukan oleh pengiklanan namun demi memartabatkan Bahasa Kebangsaan tindakan harus

juga diambil.

Page 37: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 37

RUJUKAN

Page 38: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 38

1. Utusan Malaysia Online, Arkib 16/06/2008, Kenal pasti kesalahan bahasa penerbitan,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec

=Rencana&pg=re_06.htm

2. Utusan Malaysia Online, Arkib 06/10/2010, Patuhi bahasa Melayu di papan tanda, iklan,

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1006&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Page 39: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 39

LAMPIRAN

Page 40: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 40

Rajah 16

Page 41: LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA - Madetmadet.my/malb/MALB113.pdf · kesalahan-kesalahan dari segi tatabahasa, percampuran rojak bahasa asing, struktur ayat yang tidak tepat dan

LAPORAN KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA

MALB113 BAHASA MELAYU KORPORAT | FIRMA MERCEDES-BENZ 41

Rajah 17