kesalahan tatabahasa media jelata

24
BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ] 1.1 PENGENALAN Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai himpunan peraturan umum struktur bahasa yang merangkumi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa mempunyai konsep dan hukum yang perlu dipatuhi oleh penulis atau penutur dalam memastikan penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Kertas kerja ini mengkaji tentnag aspek penggunaan tatabahasa oleh media jelata sama ada teratur ketika mengungkapkan sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri di dalam konteks intelektual. Perbincangan kertas ini akan berpusar pada kesalahan tatabahasa Melayu dengan melihat aspek-aspek morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah kata yang berasal dari morphememxe yang bermaksud the minimal meaningful unit of language. Ini bermakna unit-unit tatabahasa yag menjadi unsure perkataan itulah yang dinamakan morfem. Dengan kata lain morfem ialah unit bahasa yang terkecil, dan dapat melaksanakan tugas tatabahasa berfungsi gramatis, manakala sintaksis itu pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep 1 | MS

Upload: nor-izzati-haduri

Post on 23-Jun-2015

8.014 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

1.1PENGENALAN

Tatabahasa dapat ditakrifkan sebagai himpunan peraturan umum struktur

bahasa yang merangkumi bidang morfologi dan sintaksis. Tatabahasa mempunyai

konsep dan hukum yang perlu dipatuhi oleh penulis atau penutur dalam memastikan

penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Kertas kerja ini mengkaji tentnag aspek

penggunaan tatabahasa oleh media jelata sama ada teratur ketika mengungkapkan

sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri di dalam konteks intelektual.

Perbincangan kertas ini akan berpusar pada kesalahan tatabahasa Melayu

dengan melihat aspek-aspek morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah kata yang

berasal dari morphememxe yang bermaksud the minimal meaningful unit of

language. Ini bermakna unit-unit tatabahasa yag menjadi unsure perkataan itulah

yang dinamakan morfem.

Dengan kata lain morfem ialah unit bahasa yang terkecil, dan dapat

melaksanakan tugas tatabahasa berfungsi gramatis, manakala sintaksis itu pula

ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna,

konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.

Kedua-dua bidang inilah yang biasanya dikaji oleh pelbagai jenis tatabahasa.

1 | M S

Page 2: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

1.2OBJEKTIF

Untuk mengenalpasti bentuk kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh

media massa pada masa kini mengikut hukum tatabahasa yang betul dari sudut

morfologi dan sintaksis. Membetulkan kesilapan dan kesalahan tatabahasa.

1.3KAEDAH KAJIAN

Kajian terhadap kesalahan tatabahasa ini dijalankan dengan cara membaca

bahan bacaan dan mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam bahan bacaan

tersebut, kesilapan yang telah dikenal pasti di kaji aspek kesalahannya, kemudian

pembetulan akan dilakukan bagi memperbetul kesilapan tersebut. Dalam kajian

yang dijalankan ini, saya memilih sebuah majalah nombor satu Malaysia iaitu

majalah Mastika sebagai bahan kajian. Mastika merupakan bahan bacaan yang

popular di kalangan pembaca kerana kisah yang di tulis adalah memaparkan

tentang isu semasa, kisah teladan, sejarah dan juga pengetahuan am.

Namun begitu dari sudut ketepatan nahu dan tatabahasa, penulis adakalanya

melakukan beberapa kesilapan. Kajian yang dilakukan ini dapat mengenal pasti jenis

kesalahan bahasa yang dilakukan oleh penulis. Artikel yang dikaji bertajuk “ Ini amal

jariah untuk saham akhirat” ditulis oleh wartawan Khairul Anwar Yusop.

2 | M S

Page 3: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

1.4 BATASAN

Skop kajian ini mencakupi penggunaan bahasa dari beberapa aspek seperti

morfologi, sintaksis, dan pembentukan kata dalam ilmu tatabahasa melayu. Huraian

dilakukan tentang morfem terikat dan morfem bebas. Kesalahan dalam ayat

dikenalpasati dan faktor-faktor yang menjadikan ayat tersebut salah dari segi

tatabahasa.

1.5 DEFINIS KONSEP

Perkataan tatabahasa atau nahu adalah terjemahan daripada perkataan kata

‘grammar’. Perkataan grammar berasal daripada kata Greek, yang bermaksud ‘satu

seni bacaan dan penulisan’. Kemudian perkataan ini digunakan sebagai istilah

umum untuk kajian dan pemerian bahasa.

Abdullah Hassan (1993:1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan

petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat manakala Arbak Othman

(1981:1)pula menyatakan ciri-ciri bahasa melayuyang teratur dan kemas dipanggil

oleh ahli-ahli bahasa sebagai system yang berperaturan. Peraturan-peraturan

system pengucapan itulah yang di fahamkan sebagai tatabahasa.

3 | M S

Page 4: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

2.0 PENGGUNAAN BAHASA DARI SUDUT MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur,

bentuk dan penggolongan kata. ( Nik Safiah Karim, Tatabahasa Dewan Edisi ketiga)

Morfologi mengkaji bidang ilmu bahasa yang berkaitan struktur, bentuk dan

penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang

menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa

sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan

dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam

golongan yang sama.

Morfem bebas ialah morfem yang boleh wujud dengan sendiri. Setiap

perkataan yang wujud mempunyai satu morfem atau lebih, contohnya kata jalan,

terdiri daripada satu morfem, namun kata berjalan terdiri daripada dua morfem, kata

menjalani terdiri dari tiga jenis morfem. Morfem terikat ialah morfem yang wujud

bersama-sama morfem lain seperti kata berjalan. Kesimpulannya, proses

pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut

peraturan sistem morfologi bahasa itu.

4 | M S

Page 5: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:

Awalan - Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca,

menghafal.

Akhiran -Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Misalnya bisikan,

bualan.

Sisipan -Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak),

keruping.

Apitan -Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya

imbuhan

per.......an, laut.....an,

Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan

Dapat berdiri sendiri, misalnya:

  minum, cuti, sekolah, periksa

Bentuk imbuhan, misalnya:

  mem, per, kan, ber

Mempunyai maksud sendiri.

Tidak mempunyai makna tetapi

mempunyai fungsi tatabahasa atau

nahu. Boleh mengubah makna sesuatu

kata dan seterusnya makna ayat.

5 | M S

Page 6: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

2.1 Imbuhan awalan.

Imbuhan merupakan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-

bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan merangkumi

bentuk-bentuk berikut awalan, akhiran, sisipan, apitan morfem kosong dan bentuk

fleksi. Berdasarkan ayat yang dipetik daripada artikel yang terdapat di dalam

majalah mastika, di dapati tidak meletakkan kata imbuhan men dan mem pada kata

kerja. Berdasarkan artikel yang dikaji hanya terdapat satu kesalahan imbuhan yang

telah dikenal pasti. Ayat tersebut adalah seperti berikut.

Salah

Kak Pah perlu memberitahu kerana Kak Pah hendak cari

dana untuk bantu anak-anak tahfiz ini.

Betul

Kak Pah perlu memberitahu kerana Kak Pah hendak

mencari dana untuk membantu anak-anak tahfiz ini.

2.2 Ayat

Bahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud

yang sama. Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa

yang sentiasa hidup serta menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan

akan timbul rasa jemu pada pembaca. Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang

baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain, sesuai dengan keperluan.

6 | M S

Page 7: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Jenis-jenis ayat bahasa Melayu dapat digolongkan kepada empat ragam:

a- Ayat Penyata

b- Ayat Tanya

c- Ayat Perintah

d- Ayat Seruan

2.2.1 Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat penyataan. Ayat

penyata mempunyai tujuan menyatakan atau member keterangan tentang sesuatu

hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Ayat penyata yang

salah

Kak Pah percaya apa yang Kak Pah lakukan ini merupakan

saham akhirat

Ayat penyata yang

betul

Kak Pah percaya perkara yang Kak Pah lakukan ini

merupakan saham akhirat.

Ulasan kesalahan :

Kesalahan yang terdapat pada ayat tersebut ialah penggunaan kata Tanya ‘apa’

pada ayat penyata. Kata Tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.

7 | M S

Page 8: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

2.2.2 Ayat Tanya

Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat Tanya

digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya

dengan unsur tanya.

Salah Siapa mereka untuk menghukum?

Betul Siapakah mereka untuk menghukum?

Ulasan kesalahan :

Kesalahan ayat tanya tersebut berlaku kerana tidak meletakkan partikel ‘kah’ pada

unsur yang dikedepankan.

2.2.3 Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu

tindakan. Perintah juga ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata

ganti nama kedua seperti awak, kamu engkau, dan sebagainya. Ayat perintah boleh

dibahagikan kepada empat jenis ayat berikut iaitu

8 | M S

Page 9: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

a- Ayat suruhan

b- Ayat larangan

c- Ayat silaan

d- Ayat permintaan.

Berdasarkan artikel yang saya pilih , terdapat beberapa ayat yang menunjukkan

penggunaan Ayat Perintah.

Ayat

permintaa

n

Jadi, marilah kita sama-sama berkongsi pahala tersebut dengan

membantu mereka.

Ayat

permintaa

n

Kak Pah mahu lebih ramai pendakwah yang boleh bantu sebarkan

dakwah guna cara psikologi.

Ayat

permintaa

n

Ya Allah, Berilah Kak Pah rasa bagaimana sakitnya melahirkan anak.

2.2.4 Ayat Seruan.

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan

untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub,

geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam ulisan dengan

katab seru ( ! )

Berdasarkan artikel yang saya pilih , terdapat hanya satu ayat yang menunjukkan

penggunaan Ayat Seruan.

9 | M S

Page 10: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

“ Inilah anak yang Kak Pah kandungkan selama Sembilan bulan. Beginilah jadinya!’

3.0 PENGGUNAAN BAHASA DARI SUDUT SINTAKSIS

Bidang sintaksis lebih tertumpu pada pembentukan ayat dan rangkai kata.

Ahli- ahli linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-

unsur dalam ayat. Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada

konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian

ini dikenali sebagai konsitituen terdekat. Contohnya:

Ali bermain bola di padang

Selain itu ayat juga dianggap sebagai satu ujaran yang mengandungi idea yang

lengkap, mempunyai intonasi tertentu dan dibentuk berdasarkan pola-pola ayat

asas(kernel sentence). Asmah Hj Omar (1968) membahagikan pola ayat asas ini

kepada tujuh. Pembahagian pola-pola asas ini adalah berdasarkan strukturalnya.

Kesalahan pembentukan kata telah dikenalpasti ialah dari segi

a- Penggunaan kata

b- Pembentukan kata

c- Frasa

10 | M S

Page 11: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

d- Struktur ayat

3.1 Penggunaan kata

Kesalahan dari segi penggunaan kata iaitu penggunaan kata ganti diri, kata

bilangan, penjodoh bilangan,kata sendi, kata kerja tak transitif, kata kerja transitif,

kata Tanya dan kata hubung. Berdasarkan artikel “Ini amal jariah untuk saham

akhirat “ yang telah saya kaji, terdapat banyak kesalahan penggunaan kata

terutamanya kata sendi dan kata hubung yang digunakan.

Ayat pertama

Salah Dan bila Allah anugerahkan seorang anak yang cintakan agama,

Kak Pah rasa ia lebih bermakna.

Betul Apabila Allah anugerahkan seorang anak yang cintakan agama,

Kak Pah rasa ia lebih bermakna.

Ayat kedua

Salah Pada Kak Pah , ini amalan Kak Pah, ini tanggungjawab kak Pah

pada Allah.

Betul Pada Kak Pah , ini amalan Kak Pah, ini tanggungjawab kak Pah

kepada Allah.

11 | M S

Page 12: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Ulasan kesalahan :

Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat

tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat. Kata

hubung ‘dan’ sama sekali tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Ayat kedua

pula menunjukkan penggunaan kata ‘pada’ dan ‘kepada’. Kata ‘pada’ digunakan

tidak tepat kerana kata ‘pada’ adalah merujuk tempat, masa.

3.2 Pembentukan kata

Pembentukan kata melibatkan pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan yang

terdapat dalam ayat. Imbuhan dapat mengubah bentuk, tugas, makna dan sesuatu

kata. Kesalahan dari segi pengimbuhan berlaku jika tidak mengetahui aspek-aspek

imbuhan, tugas dan maknanya.

Salah Kak Pah masih ingat masa kandungkan Aliff ...........

...........

Betul Kak Pah masih ingat masa mengandungkan Aliff ........

.......

12 | M S

Page 13: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

3.3 Frasa

3.3.1 Frasa nama

Frasa nama merupakan kata nama atau sekumpulan kata yang kata utamanya kata

nama. Frasa nama dapat berutgas sebagai subjek, objek atau predikat dalam ayat.

Kesalahan umum yang biasanya yang berlaku pada dua aspek iaitu

a-bentuk jamak

b-hukum DM

3.3.2 Frasa Adjektif

Kata adjektif dapat menjadi frasa adjektif apabila bertugas sebagai predikat dalam

ayat. Frasa adjektif dalam ayat boleh disertakan dengan kata penguat. Contohnya

agak besar, paling hebat, indah nian,dan sebagainya.

13 | M S

Page 14: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Ulasan kesalahan:

Kata penguat sangat tidak perlu diletakkan pada ayat tersebut kerana predikat

berbangga sudah ditunjukkan sebagai penerang. Penulis meletakkan imbuhan

pada ayat yang telah mempunyai kata penguat. Perkataan sangat sudah membawa

maksud yang kuat tentang kata yang diterangkan. Oleh itu apabila kata adjektif yang

berawalan ber digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak lagi diperlukan.

3.3.2 Frasa kerja Tak Transitif

Frasa kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat

tanpa objek atau sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja tak transitif sebagai

kata kerja utamanya. Contohnya kata kerja yang berapitan ber....kan tidak boleh

disertai kata sendi kerana akhiran –kan telah mewakili kata sendi dengan, atau,

pada atau tentang.

salah Selepas selesai bersiap, Aliff biasanya akan terus pergi ke

masjid.

14 | M S

Frasa Adjektif yang

salah

Sekarang Kak Pah adalah ibu yang sangat berbangga, Alif

bercakap bahasa arab dengan fasih dan lancar.

Frasa Adjektif yang

betul

Sekarang Kak Pah adalah ibu yang sangat bangga kerana

Alif boleh bercakap bahasa arab dengan fasih dan lancar.

Page 15: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Betul Selesai bersiap Aliff biasanya akan terus pergi ke masjid

Atau

Selepas bersiap, Aliff biasanya akan terus pergi ke masjid

Ulasan kesalahan:

Frasa kerja Tak Transitif selepas dan selesai digunakan pada keadaan yang sama.

Salah satu Frasa kerja Tak Transitif tersebut harus digugurkan supaya tidak

membawa maksud yang bertindan.

3.4 Struktur ayat

Mengenalpasti ayat tergantung dan kesalahan dari segi perbendaharaan kata. Ayat

terdiri daripada subjek dan predikat. Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjeknya

atau predikat bukan lah ayat. Contoh ujaran yang tidak ada subjek ialah ‘Diseluruh

dunia mengalami kemelesetan ekonomi’

Salah Kak Pah bergiat dalam bidang nyanyian.

Betul Kak Pah bergiat aktif dalam bidang nyanyian

15 | M S

Page 16: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Ulasan kesalahan:

Struktur ayat tidak lengkap menjadikan sesuatu ayat tersebut tidak dapat di

sampaikan maknanya. Kesalahan yang terdapat pada ayat di atas ialahayat tersebut

tidak mempunyai subjek. Kehadiran subjek ‘bergiat aktif’ telah melengkap kan ayat

tersebut sebagai subjek dan dalam bidang nyanyian sebagai predikat.

4.0 PENUTUP

4.1 Kesimpulan

Daripada perbincangan di atas kesimpulan yang dapat diambil tentang hal ini ialah

pengetahuan ilmu tatabahasa oleh penulis dan penutur bahasa melayu sangat

penting. Kesalahan tatabahasa diambil mudah oleh segelintir pihak dan tiada

penguatkuasaan dan pemantauan dan akta yang mensabitkan kesalahan

tatabahasa ini menyebabkan kesalahan ini terus berlaku terutamanya di peringkat

pentadbiran negara dan media jelata.

4.2 Cadangan

DBP perlu diberi kuasa undang-undang untuk menegur kesilapan yang dilakukan

oleh peslaah bahasa, manakala pihak berwajib juga harus merujuk dengan pakar

dan guru bahasa sebelum menggunkan satu istilah yang baru suapaya ia tidak

terpesong dari tatabahasa melayu.

16 | M S

Page 17: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

Bibliografi

Asmah Haji Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka

Asraf dan Siti Aminah (2009 ) Bahasa Malaysia, Bangi. Sasbadi Sdn Bhd.

Analisis Kesalahan Bahasa Melayu http://bmstpm.blogspot.com/2007/05/analisis-kesalahan-bahasa.html

Azhar Salleh 2010 “Morfologi bahasa Melayu” http://witra.blogspot.com/2009/01/sk-

taman-bukit-mewah.html

John Jensen 1995 “ Morfologi struktur kata dalam nahu generative “ Dewan Bahasa

dan pustaka.

“Kesalahan Umum Bahasa Melayu” http://c.1asphost.com/kelas/latih/betul.htm

“Kesalahan Bahasa Malaysia” http://bmalaysia.wordpress.com/

Liow Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994) Nahu Melayu Moden. Kuala Lumpur

Fajar bakti

17 | M S

Page 18: Kesalahan Tatabahasa Media Jelata

BBM 3203 Nor Izzati B t Mohd Haduri [ J40822 ]

“Morfologi bahasa Melayu 2009 “

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu.

“Perihal imbuhan meN” 2007 http://mindabahasa.wordpress.com

“ Pusat Rujukan Melayu’”http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hukum&d=10

18 | M S