kesalahan bahasa yang lazim

Upload: muhamad-hashir-mat-zain

Post on 06-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Mengedit kesalahan bahasa

TRANSCRIPT

MENGEDIT KESALAHAN BAHASA YANG LAZIM

Mengedit Kesalahan Bahasa Yang Lazim

1.0. TELAH

1.1. 99 % TELAH perlu dibuang.

TELAH mesti dibuang apabila dalam situasi berikut:

a. TELAH yang salah daripada segi logik realitinya.

Saya telah memeluk Islam pada 1994. [salah]Saya memeluk Islam pada 1994. [betul]

Dunia telah berubah [salah]Dunia berubah [betul]

Malaysia telah merdeka [salah]Malaysia merdeka [betul]

Dr. Mahathir telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siti Hasmah [salah]Dr. Mahathir mendirikan rumah tangga dengan Dr. Siti Hasmah. [betul]

b. TELAH yang datang daripada nahu Inggeris dan Arab bagi unsur past tense (was, -ed).

c. TELAH yang menjadi ciri gaya bahasa klasik.

d. TELAH yang menyebabkan tambahan beban maklumat (information overloading).

Darwin adalah saintis pertama yang telah mengemukakan teori evolusi. [salah]Darwin ialah saintis pertama yang mengemukakan teori evolusi. [betul]

Pearl Harbour telah dibom pada 1947. [salah]Pearl Harbour dibom pada 1947. [betul]

Muhammad telah dilahirkan pada Tahun Gajah [salah]Muhammad dilahirkan pada Tahun Gajah [betul]

Malaysia telah merdeka pada 1957. [salah]Malaysia merdeka pada 1957. [betul]

Dia telah mati sebelum Perang Dunia II. [salah]Dia mati sebelum Perang Dunia II. [betul]

Allah telah berfirman [salah]Allah berfirman [betul]

Lautan telah kucipta untukmu. [salah]Lautan kucipta untukmu. [betul]

Rasullah telah bersabda [salah]Rasullah bersabda [betul]

1.2 Makna telah yang betul: Perkara itu berlaku sekali sahaja. Ia sudah tamat, tidak berlaku lagi saat ini.

Contoh: telah ditelan zaman

2.0. SETELAH

2.1. Tukar SETELAH dengan SELEPAS bagi makna masa.

Setelah Merdeka barulah negara ini membangun. [salah]Selepas Merdeka barulah negara ini membangun. [betul]

Setelah Rasulullah wafat [salah]Selepas Rasulullah wafat [betul]

Setelah berkahwin [salah]Selepas berkahwin [betul]

Setelah tamat persekolahannya [salah]Selepas tamat persekolahannya [betul]

2.2. Ganti SETELAH dengan SESUDAH bagi makna PROSES.

Setelah mereka makan [salah]Sesudah mereka makan [betul]

Setelah mereka menyiapkan kerja [salah]Sesudah mereka menyiapkan kerja [betul]

Setelah mandi dia menukar pakaian. [salah]Sesudah mandi dia menukar pakaiannya. [betul]

3.0. AKAN

3.1. 99% AKAN boleh dibuang. AKAN mesti dibuang dalam situasi berikut:

a. AKAN yang datang daripada nahu Inggeris dan Arab bagi unsur future tense (will).

b. AKAN yang menyebabkan tambahan beban maklumat (information overloading).

c. AKAN yang salah daripada segi logik realitinya.

3.2. Makna akan yang betul: Perkara itu belum pernah berlaku tetapi diramalkan akan berlaku.

Dunia akan kiamat. [betul]Manusia akan tinggal di bulan. [betul]Kiamat tetap akan berlaku. [betul]

3.3. Kekalkan AKAN dalam frasa berikut sahaja:

Akan tetapi [betul]Pada masa akan datang [betul]Tidak faham akan Islam [betul]

4.0. BAHAWA

99% BAHAWA boleh dibuang.

Rasional:

a. Ia ciri gaya bahasa klasik.b. Ia membebankan (information overloading).

5.0. TERTENTU

99% TERTENTU boleh buang.

Rasional:

a. Ia menunjukkan pengarang tak tahu dengan tepat maklumat itu.b. Ia bukan ciri asli BM.

5.2. Ganti TERTENTU dengan FRASA lain.

Dalam tempoh tertentu [salah]Mengikut tempoh yang ditetapkan. [betul]

6.0. MERUPAKAN

99% MERUPAKAN boleh ganti dengan ADALAH

Rasional:

a. MERUPAKAN adalah salah terjemahan. b. Makna merupakan tiada kaitan dengan rupa.

perbuatan itu merupakan dosa besar [salah]perbuatan itu adalah dosa besar [betul]

Kemiskinan merupakan masalah serius [salah]Kemiskinan adalah masalah serius [betul]

7.0. TERHADAP

7.1. 99% TERHADAP boleh ganti dengan PADA apabila ia datang daripada nahu Inggeris ataupun Arab

Kesilapannya terhadap gurunya [salah]Kesilapannya pada gurunya. [betul]

beriman terhadap Tuhan [salah]beriman pada Tuhan [betul]

sikap permusuhan terhadap Islam [salah]sikap permusuhan pada Islam {betul]

7.2. Buang TERHADAP

Rasional:

a. TERHADAP adalah salah terjemahan.b. Makna terhadap tiada kaitan dengan hadap.

Tidak faham terhadap isu maslahat umum [salah]Tidak faham isu maslahat umum [betul]

8.0. TERSEBUT

8.1. 99% ganti dengan ITU

9.0. BERKENAAN

9.1. 50% ganti dengan ITU

10.0 SATU dan SUATU dan SESUATU

10.1. 99% dapat dibuang kerana ia adalah terjemahan article Inggeris a dan an dan katanama umum something

10.2. Makna SATU (numerical: nombor 1, 2, 3)10.3. Makna SUATU (article) dan SESUATU (indefinite)

10.4. Gantikan SESUATU yang bermakna something dengan katanama konkrit BENDA atau PERKARA

11.0. SEORANG dan SEBUAH dan SEEKOR

11.1. 99% dapat dibuang apabila ia bermakna a ataupun an.

11.2. Buang 99% penjodoh bilangan yang datang daripada article Inggeris a dan an

Sebagai seorang pemimpin [salah]Sebagai pemimpin [betul]

Sebagai sebuah negara merdeka [salah]Sebagai negara merdeka [betul]

Sebagai seekor haiwan pemangsa [salah]Sebagai haiwan pemangsa [betul]

11.3. Ganti SESEORANG dengan ORANG

seseorang yang belum layak [salah]orang yang belum layak [betul]

11.4. Makna SEORANG ialah (1 orang = one person)

11.5. Makna SESEORANG ialah (mana-mana orang = anybody, anyone, whoever)

11.6. Bahasa Melayu tidak banyak menggunakan artikel seseorang, BM lebih banyak menggunakan katanama konkrit orang

A person who has gone abroadSeorang yang pernah keluar negeri [salah] Seseorang yang pernah keluar negeri [salah] Orang yang pernah keluar negeri [betul]

12.0. DI

12.1. Gantikan DI dengan PADA bagi makna masa

Di waktu pagi [salah]Pada waktu pagi [betul]

Di tahun 70-an [salah]Pada tahun 70-an [betul]

di bulan Syawal [salah]pada bulan Syawal [betul]

Di suatu masa dahulu [salah]Pada suatu masa dahulu [betul]

Di zaman dahulu [salah]Pada zaman dahulu [betul]

Di usia itu [salah]Pada usia itu [betul]

Di saat itu [salah]Pada saat itu [betul]

12.2. Gantikan DI dengan PADA apabila benda itu melekat di tempat itu

Cat di dinding [salah]Cat pada dinding [betul]

Tompok-tompok di permukaan bulan [salah]Tompok-tompok pada permukaan bulan [betul]

Tenunan di kain songket [salah]Tenunan pada kain songket [betul]

12.3. Gantikan DI dengan PADA bagi makna tahap

di tahap menengah [salah]pada tahap menengah [betul]

di peringkat awal [salah]pada peringkat awal [betul]

di permulaan [salah]pada permulaan [betul]

di fasa satu [salah]pada fasa satu [betul]

di awal kata [salah]pada awal kata [betul]

13.0. BILA dan APABILA

13.1. 99% ganti BILA dengan APABILA

bila hari hujan [salah]apabila hari hujan [betul]

13.2. Kekalkan BILA untuk pertanyaan

Bila kamu datang?Bilakah isu ini patut diselesaikan?

14.0. BOLEH dan DAPAT

14.1. 99% ganti BOLEH dengan DAPAT bagi boleh yang bermakna dapat dilakukan

Semua hidupan boleh dibahagikan ke dalam 4 jenis. [salah]Semua hidupan dapat dibahagikan ke dalam 4 jenis.[betul]

14.2. Kekalkan BOLEH bagi maksud diizinkan

Sembahyang wajib boleh diqada [betul]Warga asing boleh memohon permit [betul]

15.0. JIKAKALAUJIKALAUSEANDAINYA

15.1. 99% Ganti JIKA, KALAU dan JIKALAU dengan APABILA bagi makna syarat (conditional).

Rasional:

a. Islam tidak membenarkan skrip kalau dan ini terbukti pada gaya bahasa al-Quran dan hadith Nabi Muhammad SAW.

b. Pakar psikologi komunikasi tidak menggalakkan penggunaan perkataan IF atas alasan ia perkataan lemah yakni tidak persuasif.

15.6. Kekalkan KALAU bagi maksud hipotetikal.

kalau orang mati dapat hidup kembali. [betul]kalau manusia dapat meramalkan masa depannya sendiri dengan tepat. [betul]kalau manusia dapat mencipta walau sebiji atom sekalipun. [betul]

16.0. AGAR dan SUPAYA

16.1. 100% ganti AGAR dengan SUPAYA

Rasional:

a. Perkataan AGAR tidak menerangkan makna logik pada ayat.b. AGAR adalah perkataan lemah.c. AGAR sesuai untuk karya sastera.

17.0. DARI dan DARIPADA

17.1. Kekalkan DARI apabila ia diikuti oleh tempat dan benda dan masa.

dari luar negara [betul]dari sebelah kiri [betul]dari tingkat atas [betul]dari hujung rambut [betul]dari lubuk hati [betul]dari Tuhan [betul]dari permulaan [betul]dari dahulu [betul]dari hadith [betul]

17.2. Ganti DARI dengan DARIPADA bagi makna asal-usul dan perbandingan.

diperbuat dari tepung dan gula [salah]diperbuat daripada tepung dan gula [betul]

18.0. SAMPAI dan HINGGA

18.1. Kekalkan SAMPAI bagi maksud antara 2 titik.

dari tingkat bawah hingga tingkat atas [salah]dari tingkat bawah sampai tingkat atas [betul]

dari timur hingga ke barat [salah]dari timur sampai ke barat [betul]

dari dahulu hingga sekarang [salah]dari dahulu sampai sekarang [betul]

dari kecil hingga besar [salah]dari kecil sampai besar [betul]

dari hidup hingga mati [salah]dari hidup sampai mati [betul]

dari awal hingga akhir [salah]dari awal sampai akhir [betul]

dari mula hingga tamat [salah]dari mula sampai tamat [betul]

18.2. Ganti SAMPAI dengan SEHINGGA bagi maksud sampai pada suatu keadaan atau (to the extent).

sampai dia jatuh miskin [salah]sehingga dia jatuh miskin [betul]

sampai habis duitnya [salah]sehingga habis duitnya [betul]

sampai sanggup berperang [salah]sehingga sanggup berperang [betul]

19.0. KERANA dan SEBAB

KERANA digunakan bagi maksud alasan dan rasional.

SEBAB digunakan bagi maksud faktor penyebab dan punca.

Beliau berpisah sebab pada pendapatnya itu lebih baik. [salah]Beliau berpisah kerana pada pendapatnya itu lebih baik. [betul]

20.0. DALAM

20.1. Kekalkan DALAM apabila diikuti oleh katanama abstrak.

di dalam organisasi [salah]dalam organisasi [betul]

di dalam ingatan saya [salah]dalam ingatan saya [betul]

di dalam sejarah [salah]dalam sejarah [betul]

di dalam hati [salah]dalam hati [betul]

di dalam perhatian polis [salah]dalam perhatian polis [betul]

di dalam alam fabtasi [salah]dalam alam fantasi [betul]

di dalam pertubuhan [salah]dalam pertubuhan [betul]

di dalam peringkat [salah]dalam peringkat [betul]

di dalam mimpi [salah]dalam mimpi [betul]

di dalam angan-angan [salah]dalam angan-angan [betul]

di dalam ujikaji [salah]dalam ujikaji [betul]

di dalam teori [salah]dalam teori [betul]

di dalam perjalanan [salah]dalam perjalanan [betul]

20.2. Ganti DALAM dengan DI DALAM bagi katanama konkrit.

dalam bakul [salah]di dalam bakul [betul]

dalam bangunan [salah]di dalam bangunan [betul]

dalam lautan [salah]di dalam lautan [betul]

dalam pembuluh darah [salah]di dalam pembuluh darah [betul]

20.3. Buang DALAM

masalah dalam ekonomi negara [salah]masalah ekonomi negara [betul]

pendekatan dalam pengajaran [salah]pendekatan pengajaran [betul]

21.0. ATAU dan ATAUPUN

21.1. Kekalkan ATAU bagi 2 perkataan yang serupa maknanya.

wanita atau perempuan [betul]kegiatan atau aktiviti [betul]satu atau esa [betul]kronik atau teruk [betul]khunsa atau pondan [betul]

22.2. Ganti ATAU dengan ATAUPUN bagi 2 perkataan yang lain maknanya.

lelaki ataupun perempuan [betul]satu ataupun lebih [betul]hari ini ataupun besok [betul]baik ataupun buruk [betul]lulus ataupun gagal [betul]hidup ataupun mati [betul]haram ataupun halal [betul]

23.0. PADA

1. Ganti PADA dengan KEPADA apabila ada gerak antara dua titik iaitu dari satu tempat ke tempat lain.

Cintaku padamu [salah]Cintaku kepadamu [betul]

Ingatanku padamu [salah]Ingatanku kepadamu [betul]

Percaya pada Islam [salah]Percaya kepada Islam [betul]

24.0. KEPADA

24.1. Buang KEPADA yang datang daripada nahu Inggeris ataupun Arab.

berasaskan kepada data 1991 [salah]berasaskan data 1991 [betul]

berdasarkan kepada teori evolusi [salah]berdasarkan teori evolusi [betul]

menjadi penghalang kepada kemajuan [salah]menjadi penghalang kemajuan [betul]

bertindak sebagai pendukung kepada cita-cita nasional [salah]bertindak sebagai pendukung cita-cita nasional [betul]

24.1. Ganti KEPADA dengan BAGI apabila kepada diikuti oleh benda yang dirujuk (subjek)

Kepada orang Melayu, perkara itu baik. [salah]Bagi orang Melayu, perkara itu baik. [betul]

Kepada UMNO Islam lain, politik lain. [salah]Bagi UMNO Islam lain, politik lain. [betul]

pandangan ini tidak sesuai kepada orang Melayupandangan ini tidak sesuai bagi orang Melayu

24.2. Ganti KEPADA dengan PADA

bergantung kepada [salah]bergantung pada [betul]

berharap kepada [salah]berharap pada [betul]

berdasarkan kepada [salah]berdasrkan pada [betul]

tumpukan perhatian kepada pelajar [salah]tumpukan perhatian pada pelajar [betul]

25.0. DARIPADA

25.1. Buang DARIPADA

mengelakkan daripada gangguan [salah]mengelakkan gangguan [betul]

25.0. UNTUK

25.1. Buang UNTUK apabila ia datang daripada nahu Inggreis ataupun Arab.

dengan tujuan untuk menambah pendapatan [salah]dengan tujuan menambah pendapatan [betul]

alasan untuk [salah]alasan [betul]

objektifnya adalah untuk mengekalkan prestasi [salah]objektifnya adalah mengekalkan prestasi [betul]

matlamat untuk [salah]matlamat [betul]

niat untuk [salah]niat [betul]

cuba untuk menjadi wira [salah]cuba menjadi wira [betul]

mengambil keputusan untuk mencari [salah]mengambil keputusan mencari [salah]

supaya lebih selamat untuk bergerak dengan bebas [salah]supaya lebih selamat bergerak dengan bebas [betul]

25.2. Gantikan UNTUK dengan BAGI apabila ia diikuti oleh tujuan.

Untuk meningkatkan produktiviti [salah]Bagi meningkatkan produktiviti [betul]

Untuk memasarkan hasil perkilangan [salah]Bagi memasarkan hasil perkilangan [betul]

25.3. Gantikan UNTUK dengan SUPAYA apabila ada hubungan sebab-akibat.

25.4. Gantikan UNTUK dengan DEMI apabila diikuti oleh matlamat.

Pengorbanan ini adalah untuk kepentingan negara saya. [salah]Pengorbanan ini adalah demi kepentingan negara saya. [betul]

25.5. Gantikan UNTUK dengan BAGI apabila ia diikuti oleh subjek yang dirujuk.

Untuk mereka yang belum mendaftar, sila isi borang ini. [salah]Bagi mereka yang belum mendaftar, sila isi borang ini. [betul]

26.0. IALAH dan ADALAH

26.1. Ganti IALAH dengan ADALAH apabila ialah diikuti oleh penerangan.

Nuh ialah manusia pertama mencipta kapal besar. [salah]Nuh adalah manusia pertama mencipta kapal besar. [betul]

Peristiwa 11 September ialah alasan Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. [salah]Peristiwa 11 September adalah alasan Amerika menyerang Afghanistan dan Iraq. [betul]

26.2. Ganti ADALAH dengan IALAH apabila adalah diikuti oleh definisi.

Kebahagiaan adalah rasa puas hati. [salah]Kebahagiaan ialah rasa puas hati. [betul]

Angin adalah udara yang bergerak. [salah]Angin ialah udara yang bergerak. [betul]

Yang disebut sebagai syariah itu adalah segala suruhan Tuhan. [salah]Yang disebut sebagai syariah itu ialah segala suruhan Tuhan. [betul]

26.3. Buang ADALAH

Ujian Turing hari ini adalah membolehkan [salah]Ujian Turing hari ini membolehkan [betul]

Keadaan ini adalah tertakluk pada iklim [salah]Keadaan ini tertakluk pada iklim [betul]

Kecerdasan tiruan adalah tertumpu pada [salah]Kecerdasan tiruan tertumpu pada [betul]

27.0. KATA-KATA SERUAN (exhortative words)

HENDAKLAHWAJIBLAHMESTILAHPERLULAH

27.1. Ganti kata-kata seruan dengan PERLU

Sikap ini hendaklah disemai sejak kecil. [salah]Sikap ini perlu disemai sejak kecil. [betul]

27.2. Ganti SEPATUTNYA dan SEHARUSNYA dengan SEBAIK-BAIKNYA ataupun LEBIH BAIK

28.0. PENEKAN MAKSUD

28.1. Buang semua penekan maksud:

PALINGAMATTERAMATSANGATTERSANGATTERLALUSUNGGUH, SUNGGUH-SUNGGUH

Rasional:

a. Perkataan-perkataan penekan maksud menunjukkan penulis terlibat dengan subjek, emosional dan tidak objektif.

b. Ia menambah pembaziran kata.

29.0. ATASDI ATASKE ATAS

29.1. Kekalkan ATAS apabila ia merujuk pada subjek.

mengucapkan terima kasih di atas kehadiran tuan-tuan [salah]mengucapkan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan [betul]

meminta maaf di atas kesilapan [salah]meminta maaf atas kesilapan [betul]

meminta maaf di atas kesilapan [salah]dia menerimanya atas alasan agama [betul]

29.2. Ganti DI ATAS dengan ATAS apabila ia merujuk pada subjek

dia kesal di atas apa yang berlaku [salah]dia kesal atas apa yang berlaku [betul]

29.3. Kekalkan KE ATAS bagi maksud menimpa

Serangan ke atas Iraq [betul]Allah menimpakan bala ke atas kaum Lut [betul]

30.3 NAMA AM dan NAMA KHAS

Sultan Melaka [salah] sultan Melaka [betul]

Raja Cina [salah] raja Cina [betul]

Maharaja Rom [salah] maharaja Rom [betul]

Perdana Menteri India [salah] perdana menteri India [betul]

sebagai seorang Perdana Menteri [salah] sebagai seorang perdana menteri [betul]

s.w.t [salah] SWT [betul]s.a.w [salah] SAW [betul]

r.a. [salah] ra [betul]

Kitab Al Quran [salah] kitab al-Quran [betul]

Surah Al-Baqarah [salah]surah al-Baqarah [betul]

Surah At-Taubah [salah] surah at-Taubah [betul]

tahun 100 S.M. [salah]tahun 100 SM [betul]

31.0. PULA

80 % PULA dapat dibuang.

John pula adalah guru besar. [salah]John adalah guru besar. [betul]

32.0. BERMAKSUD

Ganti BERMAKSUD dengan IALAH apabila ia diikuti oleh definisi.

Nabi bermaksud orang yang menerima wahyu. [salah]Nabi ialah orang yang menerima wahyu. [betul]

33.0. MERUJUKMERUJUK KEPADA

70 % MERUJUK dapat diganti dengan ADALAH (bagi keterangan) dan IALAH (bagi definisi)

34.0. TANDA BACAAN

Lakukan ini akhir sekali.

Penulis dan penterjemah selalu salah menggunakan:

a. space barb. peraturan tanda bacaan

Gunakan SEARCH AND REPLACE

-- (2 space) ganti dengan (1 space) ULANG berkali-kali hingga 0 is found.

-. (space + noktah) ganti dengan . (noktah sahaja) ULANG

-, (space+koma) ganti dengan , (koma sahaja)

(- (open bracket+space) ganti dengan ( (open bracket sahaja)-) (space+close bracket) ganti dengan ) (close bracket sahaja)

-: (space+colon) ganti dengan : (colon sahaja)

-; (space+semicolon) ganti dengan ; (semicolon sahaja)

-? (space+?) ganti dengan ? (tanda soal sahaja)

-! (space+!) ganti dengan ! (tanda seru sahaja)

!. (!+.) ganti dengan ! (! sahaja)

?. (?+.) ganti dengan ? (? sahaja)

-... (open qoute+space) ganti dengan (open qoute sahaja)...- (space +close qoute) ganti dengan (close qoute sahaja)

begitulah keadaannya........ (.... 4 noktah sahaja bagi ayat yang tak bernoktah)

10