kertas pertandingan dart (1)

9
PERTANDINGAN DART CERIATON 2014 ANJURAN BERSAMA PIBG DAN PROGRAM RIMUP SK ASYAKIRIN, BINTULU. 1. PENGENALAN 1.1 Kejohanan Dart Ceriaton 2014 Anjuran Bersama PIBG dan Program RIMUP SK Asyakirin. 2. TUJUAN 2.1 Kertas kerja ini disediakan untuk memberi maklumat persiapan kepada setiap Pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini serta mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Ceriaton. 3. OBJEKTIF 3.1 Pertandingan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim diantara semua warga SK Asyakirin dengan semua lapisan masyarakat . 3.2 Mendapatkan dana bagi memenuhi keperluan sekolah dan memenuhi kalendar aktiviti PIBG dan Program RIMUP SK Asyakirin. 4. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN 4.1 Tarikh yang dicadangka n adalah pada 26 April 2014 ( Sabtu ). 4.2 Pert andin gan akan diadaka n di d a l a m kela s pad a aras bawa h SK Asyakirin, Bintulu. 5. PENDAFTARAN PASUKAN 5.1 Terbuka kepada mana-mana lapisan masyaraka t yang berwarganegara Malaysia  yang berminat untu k menyertai acara ini.

Upload: -mohd-zaidi-ismail

Post on 18-Oct-2015

1.525 views

Category:

Documents


164 download

DESCRIPTION

Dart

TRANSCRIPT

PERTANDINGAN DART CERIATON 2014 ANJURAN BERSAMA PIBG DAN PROGRAM RIMUP SK ASYAKIRIN, BINTULU.

1. PENGENALAN

1.1 Kejohanan Dart Ceriaton 2014 Anjuran Bersama PIBG dan Program RIMUP SK Asyakirin.

2. TUJUAN

2.1 Kertas kerja ini disediakan untuk memberi maklumat persiapan kepada setiap Pasukan yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini serta mendapat kelulusan daripada Ahli Jawatankuasa Ceriaton.

3. OBJEKTIF

3.1 Pertandingan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama setiakawan dan mengeratkan silaturahim diantara semua warga SK Asyakirin dengan semua lapisan masyarakat.3.2 Mendapatkan dana bagi memenuhi keperluan sekolah dan memenuhi kalendar aktiviti PIBG dan Program RIMUP SK Asyakirin.

4. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN

4.1 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 26 April 2014 ( Sabtu ).4.2 Pertandingan akan diadakan di dalam kelas pada aras bawah SK Asyakirin, Bintulu.

5. PENDAFTARAN PASUKAN

5.1 Terbuka kepada mana-mana lapisan masyarakat yang berwarganegara Malaysia yang berminat untuk menyertai acara ini.6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

6.1 Mana-mana lapisan masyarakat yang berumur 16 tahun ke atas dan berwarganegara Malaysia dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan yang ditetapkan oleh penganjur tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

7. BAYARAN PENYERTAAN

7.1 Setiap Pasukan yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM 70.00 ( Tujuh Puluh Sahaja ).7.2 Bayaran penyertaan boleh dibuat melalui bayaran tunai dibuat sebelum atau semasa hadir taklimat pengurus-pengurus pasukan dan cabut undi.

8. HADIAH

i. JOHAN - Wang Tunai RM 300.00 & Cenderahati. ii. N/ JOHAN - Wang Tunai RM 200.00 & Cenderahati. iii. KETIGA - Wang Tunai RM 100.00 & Cenderahati.iv. KEEMPAT - Wang Tunai RM 50.00 & Cenderahati.10. BORANG PENYERTAAN DAN PERTANYAAN

Borang penyertaan boleh didapati dan yang lengkap diisi hendaklah dihantar :

Dan Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :

I. EN. MORISSON : XXX-XXXXXXX II. MOHD ZAIDI B. ISMAIL : 016-8955859

PERTANDINGAN DART CERIATON 2014 ANJURAN BERSAMA PIBG DAN PROGRAM RIMUP SK ASYAKIRIN, BINTULU.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN DART

1. Peraturan dan Undang-Undang

1.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut Peraturan dan Undang-undang Gabungan / Persekutuan Dart Antarabangsa / Kebangsaan dan Peraturan Am Pertandingan Dart Tempatan Malaysia .1.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tersedia dalam peraturan dan segala keputusan adalah muktamad.

2. Sistem, Syarat Dan Peraturan Pertandingan

2.1 Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara liga yang mana akan dipecahkan kepada beberapa 8 kumpulan ( round robin ) pada peringkat awal dan top kumpulan sahaja akan masuk pada peringkat seterusnya dan akan dijalankan secara kalah mati. (rujuk carta)2.3 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar tidak lebih daripada dua ( 2 ) orang pemain dan satu (1) simpanan sahaja sama ada bergu lelaki atau bergu perempuan atau bergu campuran.2.4 Semua perlawanan akan dijalankan secara best of three ( 3 ) set dengan menggunakan kiraan 501 bergu lelaki atau bergu perempuan atau bergu campuran.2.5 Borang perlawanan hendaklah diserahkan kepada pengadil yang bertugas lima belas minit ( 15 ) sebelum perlawanan bermula.2.6 Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut diserahkan kepada pengadil perlawanan.2.7 Permainan di mulakan dengan undian secara Toss Coin ( lambung syiling ).Pasukan yang menang undian akan memulakan permainan dan diikuti oleh pihak lawan pada perlawanan berikutnya dan seterusnya secara timbal balik.2.8 Didalam semua perlawanan, kiraan Bust akan digunakan apabila jumlah scoremelebihi dan menyemai jumlah bakinya tanpa checkout.2.9 Semua pemain akan dimulakan secara Mula Terus ( straight start ) dan diakhiri dengan kiraan Angka Ganda Dua (Double To Finish).2.10 Pemain dibenarkan bertanya kepada chalker jumlah score dan baki balingan dart pertama dan kedua.2.11 Sebarang salah perkiraan yang dilakukan oleh chalker hendaklah diperbetulkan sebelum balingan selepasnya dibuat.2.12 Pemain tidak dibenarkan melengahkan permainan atau membuat sesuatu yang boleh mengganggu lawannya.2.13 Kemenangan pasukan ditentukan dengan jumlah banyak set yang dimenangi.2.14 Setiap pasukan yang bertanding akan diberikan mata permainan seperti berikut :

i. Menang - 1 mata ii. Kalah - 0 mata2.15 Sebarang keputusan Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan adalahmuktamad.2.16 Pertandingan ini juga tertakluk kepada Peraturan dan Undang-Undang yang ditetapkan oleh Malaysia Dart Federation.

3. Penukaran Pemain

3.1 Selepas undian dijalankan, pasukan yang ingin menukarkan pemain boleh berbuat demikian secara bertulis oleh Pengurus sebelum pertandingan bermula. Pasukan tidak lagi boleh menukar pemainnya selepas ini.4. Tatatertib

4.1 Setiap pemain hendaklah sentiasa menjaga tatasusila semasa pertandingan dijalankan. Mengambil makanan / minuman, merokok dan mengeluarkan perkataan yang kurang sopan adalah dilarang semasa pertandingan dijalankan. Pemain-pemain juga dilarang bermain dibawah pengaruh arak dan alkohol.4.2 Pemain dilarang berbincang dengan penyokong dan diminta tidak membuat bising semasa pertandingan dijalankan.4.3 Pemain dilarang keluar dari gelanggang semasa pertandingan sedang berlangsung.4.4 Sekiranya didapati pemain atau pasukan yang gagal mematuhi peraturan & undang-undang ini, Penganjur Pertandingan berhak membatalkan penyertaan pasukan yang terlibat.

5. Pakaian

5.1 Pakaian hendaklah sesuai dengan permainan dart. Jeans, seluar pendek, T- Shirt Round Neck, Singlet & selipar tidak dibenarkan.5.2 Penggunaan T-Shirt Collar, Track Botton dan berkasut adalah digalakkan.

6. Kelewatan, Penangguhan Dan Kemenangan Percuma

6.1 Tiada masa menunggu diperuntukan kepada semua pasukan.6.2 Setiap pengurus pasukan bertanggungjawab untuk memastikan pasukan masing-masing berada di venue mengikut masa yang telah ditetapkan.6.3 Kegagalan pasukan untuk berada di gelanggang venue masing-masing akan dianggap sebagai kalah ( walk-over ) dan kemenangan percuma (3-0) akan diberikan kepada pihak lawan.6.4 Hanya pihak Jawatankuasa Penganjur sahaja yang berhak untuk menangguhkan sesuatu perlawanan atas sebab-sebab yang difikirkan wajar.6.5 Sekiranya pengadil perlawanan memutuskan untuk menangguhkan sesuatu perlawanan, maka Jawatankuasa Pengelola akan menentukan tarikh dan masa perlawanan tersebut.

7. Bantahan

7.1 Sebarang bantahan mestilah dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Penganjur dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan tersebut dan disertakan dengan cagaran wang tunai sebanyak RM 300.00 ( Ringgit : Tiga Ratus Sahaja ).7.2 Sekiranya bantahan tersebut diterima oleh Jawatankuasa Bantahan dan rayuan diterima wang bantahan akan dikembalikan.7.3 Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah seperti berikut :

i. Pengerusi Pertandingan

ii. Setiausaha Pertandingan

iii. Ahli Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal iv. 2 orang ahli Jawatankuasa Ceriaton7.4 Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan adalah muktamad.

8. Pengadil

8.1 Pengadil Khas ( luar ) seorang sahaja yang digunakan.

9. Perkara-Perkara Lain

9.1 Jawatankuasa Penganjur Pertandingan tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kemalangan / kecederaan / kerugian harta benda pemain sebelum, semasa dan selepas pertandingan.9.2 Jika terdapat sebarang masalah yang tidak dijelaskan dalam peraturan- peraturan ini. Jawatankuasa pertandingan akan memutuskan dan keputusan adalah muktamad.9.3 Pihak penganjur berhak menambah atau membuat perubahan ke atas peraturan-peraturan yang dianggap perlu demi melicinkan perjalanan pertandingan ini.9.4 Pihak penganjur berhak meminda jadual dan tarikh pertandingan sekiranya perlu dan notis pindaan akan diberitahu dari masa kesemasa.PERTANDINGAN DART CERIATON 2014 ANJURAN BERSAMA PIBG DAN PROGRAM RIMUP SK ASYAKIRIN, BINTULU.

1. Nama PBT/Pasukan :

Alamat :

:

: No.Tel/Fax : 2. Nama Pengurus : No.Telefon (H/P) : 3. Nama Peserta :

BIL.NAMA PESERTANO.K/PNO.PEKERJA

1.

2.

3.

*3. Ada nama khas untuk pemain simpanan (jika tiada sila abaikan).

PENGAKUAN DIRISaya pengurus pasukan seperti nama di bawah dengan ini bersetuju mengikut segala undang-undang dan peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan pasukan saya mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tandatangan :___________________________Nama :__________________________________Tarikh :_____________

PENGAKUAN PEMBAYARAN YURANAdalah dengan ini saya ____________________ selaku pengelola pertandingan Street Soccer Ceriathon edisi 02/2014 telah menerima yuran pertandingan sebanyak RM_______ daripada daripada pengurus pasukan __________________.

Tandatangan :___________________________No.Resit : _____________Nama :__________________________________Tarikh :_____________

PERBENTANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN

1) PAPAN DARTKEPERLUAN 2 BIJI PAPAN (KUALITI STANDARD PERTANDINGAN)KOS RM250 (SEBIJI) = RM250 X 2 = RM500

Rumusan Perbelanjaan

BilPecahan KeperluanKuantitiHarga seunitJumlah

1Bola Street soccer2Rm250RM500

2Banner Iklan pertandingan1 (8mx3m)RM180RM180

Jumlah keseluruhanRM680