kertas krja mural maths

9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN 2, PETALING JAYA KERTAS KERJA SUDUT MATEMATIK ANJURAN

Upload: suri

Post on 28-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Krja Mural Maths

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN 2, PETALING JAYA

KERTAS KERJA SUDUT MATEMATIK

ANJURAN

GURU PELATIH IPG

KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

AMBILAN JANUARI 2010

Page 2: Kertas Krja Mural Maths

1.0 PENDAHULUAN

Internship adalah satu tempoh latihan dan penilaian yang berterusan dan guru

pelatih perlu sentiasa berada di sekolah pada waktu persekolahan yang

ditetapkan. Sepanjang tempoh Internship guru pelatih boleh mengikuti

pertandingan, kusus, bengkel atau mesyuarat (yang berkaitan) di luar sekolah

di bawah pemantauan pihak guru besar. Internship adalah latihan wajib bagi

semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

Semester 8 ambilan Januari 2010. Bagi memenuhi kriteria untuk lulus

cemerlang dalam latihan Internship ini, kami guru pelatih IPG Kampus Bahasa

Antarabangsa yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun

2 telah merancang beberapa program untuk dilaksanakan sepanjang latihan

ini. Salah satunya ialah Projek Mural Matematik.

2.0 TUJUAN

2.1 Kertas cadangan ini memohon pertimbangan dan kelulusan Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2 mengenai cadangan projek

sudut melukis mural berkaitan mata pelajaran Matematik seperti sifir dan

rumus matematik.

2.2 Butiran mengenai projek yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Tajuk projek : Mural Matematik

Tarikh cadangan : 8-24 Julai 2013

Tempat : Laluan tangga berhampiran kantin sekolah

3.0 MATLAMAT

Matlamat sudut lukisan mural Matematik adalah untuk mendedahkan murid

dengan pelajaran yang mereka sudah pelajari dan belum pelajari supaya mereka

dapat mengakses ilmu pengetahuan pada bila-bila masa. Projek sudut

matematik ini menekankan aplikasi matematik dalam kehidupan seharian. Antara

elemen yang akan diterapkan dalam sudut matematik ini adalah rumus

matematik, kotak sifir dan bentuk geometri. Oleh itu, pembinaan sudut matematik

Page 3: Kertas Krja Mural Maths

ini boleh digunakan untuk pembelajaran matematik yang lebih berkesan dan

menarik di samping menceriakan kawasan sekolah.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menyemai perasaan cintakan Matematik dalam kehidupan seharian.

4.2 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk menimba ilmu dan

pengalaman dalam penghasilan sudut ilmu untuk kegunaan

murid-murid.

4.3 Memberi peluang kepada guru-guru pelatih untuk mencipta sendiri cara

untuk menarik minat murid terhadap matematik.

4.4 Mendedahkan para guru pelatih tentang ciri-ciri penhasilan sudut

Matematik yang baik dan perancangan yang dibuat.

4.5 Guru pelatih dapat mengutip maklumat serta segala pengalaman yang

berguna untuk dijadikan panduan kelak.

4.5 Memberi peluang kepada murid untuk menghayati pembelajaran melalui

lukisan mural matematik

5.0 JAWATANKUASA

Rujuk Lampiran 1.

6.0 PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran 2.

7.0 PENUTUP / SYOR

Kami selaku guru pelatih Matematik meminta jasa baik pihak tuan agar

mempertimbangkan usul dan peruntukan yang kami pohon. Semoga usaha yang

dirancang dalam melaksanakan projek ini dapat memberi manfaat kepada

semua warga Sekolah Kebangsaan Taman Dato’ Harun 2. Justeru, segala

perhatian dan jasa baik pihak tuan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman

Dato’ Harun 2 dalam memberi kelulusan terhadap usul dan peruntukan yang

dipohon amatlah dihargai.

Page 4: Kertas Krja Mural Maths

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

___________________ ______________________ (NABIHAH AB MANAF) (NASRIAH HUSNA MOHD FATHIL)

Guru Pelatih, Guru Pelatih,

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa IPG Kampus Bahasa Antarabangsa

Disemak oleh, Disemak oleh,

_____________________ ___________________

(EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR) (EN ZAMRI B HASHIM)

Guru Pembimbing, Ketua Panitia Matematik,

SK Taman Dato’ Harun 2 . SK Taman Dato’ Harun 2.

Disokong oleh,

______________________

(EN RAHIM B MOHD RAMLI)

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

SK Taman Dato’ Harun 2.

Page 5: Kertas Krja Mural Maths

Ulasan Guru Besar:

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

Diluluskan oleh,

___________________

(EN HASSAN B TASLIM)

Guru Besar,

SK Taman Dato’ Harun 2.

Page 6: Kertas Krja Mural Maths

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PROJEK MURAL MATEMATIK

PENGERUSI : ENCIK HASSAN B TASLIM

NAIB PENGERUSI : EN RAHIM B MOHD RAMLI

PN ROSELILAWATI BT MAARIF

PN HJH RABIAH ADAWIYAH BT BAHAROM

GURU PENASIHAT : EN ZAMRI B. HASHIM

EN MOHD REDZUAN B MOHD NOR

PENYELARAS PROGRAM : NASRIAH HUSNA MOHD FATHIL

PENOLONG PENYELARAS : NABIHAH AB MANAF

Page 7: Kertas Krja Mural Maths

LAMPIRAN 2

PERBELANJAAN

No Perkara Harga seunit

(RM)

Kuantiti Jumlah

(RM)

1. Penyembur warna kuning 8.50 2 17.00

2. Penyembur warna merah 8.50 2 17.00

3. Penyembur warna biru 8.50 2 17.00

4. Kertas A3 15.00 1 set 15.00

5. Cat kelabu 5 litre 35.00 1 35.00

6. Thinner 4.50 1 4.50

7. Bekas cat 5.00 1 5.00

8. Berus cat 12.00 2 22.00

9. Pelaka kuning dan merah 15.00 2 30.00

Jumlah RM 162.50