kertas konsep.docx

4
KERTAS KONSEP TAJUK: TERAPI BERMAIN DAN IMPLIKASI TERHADAP KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS NAMA: AMINAH BINTI BUJANG

Upload: natasha-nadya

Post on 09-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP.docx

KERTAS KONSEP

TAJUK: TERAPI BERMAIN DAN IMPLIKASI TERHADAP KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

NAMA: AMINAH BINTI BUJANG

Page 2: KERTAS KONSEP.docx

Terapi Bermain dan Implikasi: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

ABSTRAK

Kertas konsep ini mengumpul, mendapatkan maklumat dan membincangkan secara

meluas tentang terapi bermain khususnya pendidikan bermain visual pendidikan khas.

Penerangan secara sepintas lalu tentang sejarah terapi bermain, kepentingan terapi

bermain,peranan terapi bermain, jenis-jenis terapi bermain, bidang bermain visual yang

boleh digunakan

dalam terapi bermain juga dinyatakan. Atas kesedaran bahawa kaedah terapi bermain

merupakan satu cabang yang pratikal dan memberi kesan positif kepada kana-kanak

pendidikan khas. Terapi ini juga tidak menggunakan sebarang pengaruh ubatan atau

pembedahan dan berurusan dengan cara ini pemulihan dapat dilakukan secara

semulajadi. Fokus utama yang ingin diketengahkan dalam kertas konsep ini adalah

kepentingan dan implikasi terapi kepada kanak-kanak pendidikan khas terutama

dengan menggunakan bermain visual seperti menggambar, membuat corak dan rekaan,

membentuk dan membuat binaan serta pengenalan kepada kraf tradisional. Implikasi

terapi bermain kepada kanak-kanak pendidikan khas ini adalah bertindak sebagai medium

Page 3: KERTAS KONSEP.docx

komunikasi untuk meningkatkan keupayaan berinteraksi, meluahkan perasaan,

meningkatkan kreativiti, mengawal tingkahlaku, membantu perkembangan psikomotor

serta dapat mempertingkat potensi serta kreativiti kanak-kanak pendidikan khas. Terapi

ini memberi banyak faedah walau bagaimanapun kita perlu bersedia membimbing

kanak-kanak ini sebaik mungkin. Hal ini kerana kita akan berhadapan dengan banyak

masalah sewaktu menjalankan. Antara masalah yang bakal kita hadapi adalah

masalah komunikasi, sosiolisasi, imaginasi, emosi dan penerimaan serta kesediaan

mereka untuk diberi rawatan terapi bermain ini. Akhirnya terapi bermain ini mempunyai nilai

teraputik dan keistimewaan yang luar biasa terhadap pemantapan emosi dan sahsiah.

Kata kunci: Terapi , Bermain, Implikasi, Kanak-kanak berkeperluan khas