pagaran_bunga kertas

Upload: mohd-abdul-aziz-azmee

Post on 08-Jul-2015

133 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2.2 POKOK PAGARAN Pokok hiasan yang seterusnya ialah daripada jenis pagaran. Pokok pagaran

merupakan unsur landskap yang penting bertujuan menentukan sempadan. Tujuan pagaran dibina ialah untuk pengasingan, hadangan daripada pandangan yang kurang elok dan sebagainya. Pokok Pagaran terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan. Penanaman pokok pagaran hendaklah sesuai dengan keseluruhan landskap dari segi ukuran, tekstur, warna dan bentuk., dan boleh dibina melengkok atau dibina untuk

ruang tanaman, corak dan bentuk dipilih untuk mengurangkan pemandangan yang membosankan serta pudar.

Rajah 5.0 Secara amnya fungsi pokok pagaran

Di Malaysia, bunga pagaran merupakan unsur landskap yang penting kerana menentukan sempadan kawasan rumah. Selain itu, tanaman pagaran dapat menimbulkan keindahan artistik dalam sesebuah taman dengan mencantas pucuk

tumbuhan bertunas hingga membentuk "bangunan" yang cantik. Ada pula pokok pagaran yang berbunga, mekar, hingga menampilkan kesan semarak dan bertenaga. Ukuran dan jenis tumbuhan yang dipilih biarlah sesuai dengan fungsi pagaran. Jika tersalah pilih tumbuhan, corak, bentuk, tekstur dan ukuran pagaran akan memburukkan landskap dan membazir wang sahaja kerana pembinaan pagaran

21

memang mahal perbelanjaannya. Pemilihan tumbuhan biarlah sesuai dengan keseluruhan landskap.

Rajah 5.1 Fungsi Pokok pagaran

Penanaman pokok jenis pagaran tidak perlu mengikut garisan sempadan kawasan. Pagaran boleh bentuk melengkok atau dibina untuk ruang tanaman, corak dan bentuk dipilih untuk mengurangkan pemandangan yang membosankan. Selain menggunakan menanam pokok renek jenis daun dan jenis berbunga , pagaran boleh dibina dengan besi keluli atau simen konkrit. Pokok jenis pagaran memang mudah disesuaikan dengan keseluruhan landskap, tetapi penjagaannya agak rapi, terutama jika pagaran ini di corak dalam pelbagai bentuk. Cantasan perlu dibuat setiap masa supaya pokok sentiasa kelihatan kemas dan menarik.

22

Bukan semua tumbuhan boleh digunakan untuk pagaran. Hanya tumbuhan yang mempunyai ciri berikut yang boleh dicadangkan untuk pokok pagaran:

Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca. Tidak beracun. Senang hidup dan tanah terhadap serangan serangga dan penyakit. Ciri-ciri tumbuhan yang sesuai dijadikan sebagai pagaran dalam tanaman hiasan Pertumbuhan yang lambat.

Mudah didapati, murah perbelanjaan menanam dan menyenggara. Mempunyai pertumbuhan daun dan ranting yang padat dan lebar. Tahan kepada pemangkasan.

Pemanaman pokok pagaran bukan sahaja melembutkan kawasan tetapi menggalakkan pergerakan udara sekeliling dan ini dapat menyejukkan

juga

suasana.

Ukuran ketinggian pagaran ini tertaluk kepada undang-undang kerajaan tempatan. Jika dalam bandar, tinggi yang paling sesuai ialah kurang daripada 2 meter. Ini bertujuan supaya pemandangan ke kawasan rumah tidak dihalang berterusan. Dalam

23

pelandskapan, pemandangan yang menarik di kawasan rumah perlu didedahkan untuk menikmati oleh pemerhati, sama ada dalam atau luar kawasan rumah. Tanaman pagaran juga boleh digunakan untuk tujuan hiasan,hadangan dan penentuan sempadan. Tanaman pagaran untuk hiasan ialah daripada pokok renek atau pokok hiasan yang berdaun lebat dan padat. Pokok renek yang lambat

pertumbuhannya dan tahan digunting atau dipangkas pendek mengikut kesesuaian dengan landskap amat sesuai untuk ditanam sebagai pagaran.

24

2.2.1 POKOK BUNGA KERTAS 2.2.1.1 Pengenalan Di Malaysia antara pokok jenis pagaran yang terkenal ialah pokok Bunga Kertas atau Kembang Kertas atau nama saintifiknya ialah bougainvillea spp. Ia adalah dari dari jenis pokok renek yang berbunga. Pokok yang tergolong dalam famili Nyctaginaceae mengandungi 28 genus dan terdiri daripada 250 spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvillea di Malaysia iaitu B. glabra, B spectabilis dan B. Mrs. Butt. Banyak kacukan dilakukan untuk menghasilkan pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak baik selapis ataupun banyak lapis.

Rajah 5.2 Bunga Bougainvillea

Pokok ini mempunyai bunga berwarna-warni yang berkembang sepanjang tahun. Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvillea, pula dinamakan sempena nama Louis Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman dan kawasan perumahan. Ia tumbuh menegak dan ada juga yang tumbuh memanjat. Justeru, ia menjadi pilihan tanaman hiasan tropika sangat popular kerana ia sangat menarik dan penjagaannya pula mudah. Ia juga ditanam kerana mampu mempamerkan bunganya yang cantik dalam pelbagai warna seperti ungu, jingga, putih, merah muda dan warna-warna baru yang unik hasil dari kacukan.25

Rajah 5.3 Tarikan Bunga Kertas yang pelbagai warna

Tarikan mempesonakan bunga ini menjadi perbualan penduduk di negara kita kerana bentuk dan warnanya yang menarik hati. Warna bunga ini terdiri daripada jingga, merah menyala, merah jambu, merah pucat, kuning, ungu, putih dan pelbagai campuran warna. Semasa pokok bunga kertas berbunga, adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga dan dahan-dahan yang menarik. Selain itu, ia juga mempunyai sudur yang rapat, daun yang lebar dan berbentuk bujur tirus yang mampu membentuk rimbunan pokok di kawasan halaman rumah atau juga sebagai tumbuhan pagar di kawasan yang menarik.

Rajah 5.4 Spesies B. Glabra

Rajah 5.5 Spesies B spectabilis

Rajah 5.6 Spesies B. Mrs Butt

26

2.2.1.2 Ciri Botani

PENGELASAN SAINTIFIK Alam : Divisi : Kelas : Order : Famili : Genus : Spesies : Tumbuhan Magnoliophyta Magnoliopsida Caryophyllales Nyctaginaceae Bougainvillea Bougainvillea buttiana Bougainvillea glabra Bougainvillea peruviana

Nama Biologi Bougaivillea spp.

27

2.2.1.3 Sifat Fizikal 2.2.1.3.1 Bunga Bunga ini juga mempunyai bahagian yang berwarna-warni yang dinamakan kelopak bunga yang mampu menjadikan bunga itu mempunyai kombinasi warna yang menawan pandangan mata sesiapa saja. Bunga kertas mempunyai tiga kelopak. Setiap kelopak disertai dengan tiub berbentuk tirus berkelopak kecil dihujungnya. Kelopaknya sangat nipis. Kelopak bunga ini ialah pengasuh bunga bract yang bertekstur seakan kertas, sesuai dengan nama jolokannya bunga kertas.

Rajah 5.7 Bunga Bougaivillea

Bunganya yang sebenar hanya kecil sahaja berbentuk silinder dengan kelopak bunga sebenar dihujungnya. Setiap bunga akan keluar dari dalam pengasuhnya. Terdapat juga spesies yang mempunyai bunga dwiwarna seperti merah muda dan putih dalam satu pokok. 2.2.1.3.2 Daun Daunnya berbentuk bulat bujur dan tirus pada bahagian hujungnya. Warna daunnya hijau tua. Terdapat juga pokok ini yang berdaun variegated iaitu corak atau tompokan berwarna putih berbelang hijau muda. Bougainvillea diistiharkan sebagai bunga rasmi untuk Bandar raya Ipoh.Rajah 5.8 Daun Bougaivillea

28

2.2.1.3.3 Batang Penjagaannya mudah, tidak memerlukan masa yang lebih kerana spesies tumbuhan ini sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika dan khatulistiwa seperti negara kita dan boleh memanjat hingga 10 meter tinggi . Batang pokok bunga itu agak keras, mempunyai duri yang tajam dan bercabang-cabang yang menjadikannya mudah dibiakkan di mana-mana. Pembiakannya pula hanya memerlukan keratan batang yang boleh disemai di dalam beg plastik ataupun pasu dengan cara mudah.

Rajah 5.9 Batang Bougaivillea

2.2.1.4 Amalan Kultur[5] Pokok bunga kertas boleh ditanam di atas tanah secara individu, berkelompok dan bersusun atau bergabung dengan tanaman hiasan lain. Walau bagaimanapun, jika cara penanaman hendaklah sesuai dengan fungus tanaman di sesuatu kawasan. Jika cara kawasan sempit, sebaik-baiknya satu pokok sahaja ditanam sebagai pokok specimen atau pokok berbentuk bonsai atau skulptur. Untuk kawasan luas yang memerlukan kesan daya tarikan, dua hingga sepuluh pokok boleh ditanam secara berkelompok. Penanaman secara berkelompok ini perlu dirancang terlebih dahulu kerana susunan pokok-pokok perlu sesuai dengan keseluruhan lanskap, luas kawasan, warna dan lokasi tertentu. Pokok-pokok yang ditanam secara berkelompok perlu sentiasa mendapat cahaya matahari dan kawasannya tidak ditengalami air.

29

2.2.1.4.1 Penyediaan Tanah Sebelum menyediakan kawasan tanaman pokok bunga kertas, tentukan kawasan tersebut terdedah kepad acahaya matahari dan kedudukannya sesuai dalam lanskap. Kemudian pancang tempat yang hendak ditanam pokok dan sediakan kawasan seperti berikut: a) Sediakan tanah campuran dalam nisbah tiga bahagian tanah, dua bahagian bahan organik seperti seperti tahi ayam yang reput dan satu bahagian pasir atau dua bahagian tanah dan satu bahagian bahan organik. Gaulkan campuran tanah ini dengan baja permulaan seperti Malameal seperti Malameal atau NPK hijau (1:15:15) kira-kira 500g dan masukkannya ke dalam lubangberukuran1m x 1m x 1m atau menngikut kadar yang dicadangkan oleh pembekal baja. Tanah campuran ini digaulkan dahulu atau dimasukkan terus ke dalam lubang setelah tanah asal dalam lubang asal dibuang. b) Gali lubang seluas sekurang-kurangnya dua kali ganda saiz perdu pokok. Jika kawasan tanah berpasir atau banyak tanah liat, sebaik-baiknya digali lubang yang lebih besar. Jika tanah jenis berbatu, buang tanah dan gantikannya dengan campuran tanah seperti yang dicadangkan. Masukkan batu kerikil hingga ke aras 1/3 kedalaman lubang untuk mengelakkan air siraman atau air hujan bertakung untuk mengelakan air siraman dan air hujan bertakung terutamanya di kawasan yang bertaniah liat.

Rajah 6.0 Penyediaan Tanah dengan gali lubang

30

c) Masukkan tanah campuran hingga 30 mm dari atas permukaan lubang. Susuan dan biarkan selama 2 7 hari.

Rajah 6.1 Penyediaan Tanah dengan campuran tanah dan baja

2.2.1.4 Penanaman. Bagi pokok yang ditanam di dalam bekas atau beg plastik, keluarkan pokok dari bekas tersebut. Jika tanah peroi, letakkan pokok terus ke dalam lubang sebelum dikeluarkan beg. Pokok bunga kertas boleh juga ditanam terus dengan bekas-bekasnya sekali jika bekas daripada pasu dan berukuran besar. Pecahkan bahagian bawah pasu sebelum pokok dan pasu ditanam di dalam lubang yang disediakan.

Rajah 6.2 Penanaman

31

d) Cantas dan buang akar bahagian bawah pokok hingga 100 mm dari pangkal pokok jika pokok di dalam bekas sudah tua.

Rajah 6.3 Penanaman dengan membuang akar

e) Letakkan pokok di tengah-tengah lubang.

Rajah 6.4 Penanaman medium di dalam tanah

f) Masukkan tanah dan padatkan tanah keliling pokok. Siram hingga basah. Jika tanah mendap, tambahkan tanah dan tekan keliling pokok dengan kuat.

32

2.2.1.4.3 Pembajaan Kesuburan dan pembungaan pokok bunga kertas bukan sahaja bergantung pada jenis pokok, cahaya dan air tetapi juga pada cara, jenis dan masa pembajaan. Jenisjenis baja mestilah sesuai untuk menggalakkan pokok berbunga. Jenis-jenis baja yang diperlukan ialah baja organik, dan baja kimia. Bagi pokok bunga kertas di dalam pasu sebagai baja permulaan dicadangkan satu sudu besar (10g) NPK Hijau yang dicampurkan dengan satu sudu besar (10g) TSP atau satu sudu besar (10g) Malameal untuk sebulan sekali. Bagi pokok yang ditanam di atas tanah, gunakan kira-kira 100 g NPK untuk tiga untuk tiga bulan sekali. Selain itu, pokok bunga kertas juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam yang reput sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kadar baja organik yang disyorkan ialah 10 kg sepokok. Kadar baja ini juga berbeza-beza mengikut kesuburan dan saiz serta keadaan tanah. Sebelum pembajaan, kawasan sekeliling pokok sebaik-baiknya dibersihkan daripada rumpai, dahan yang mati dan diserangi penyakit atau serangga, juga termasuk dahan-dahan yang terkeluar bentuk. Penjagaan sabaik-baiknya dilakukan selepas pokok berbunga. Baj ditabur dan digemburkan dalam tanah. Baja yang tidak digemburkan dalam tanah mungkin boleh dibawa oleh air semasa penyiraman. Elakkan baja daripada terkena daun atau pucuk muda. 2.2.1.4.4 Pengairan dan Penyiraman Pokok bung kertas memerlukan air yang secukupny untuk pertumbuhan yang subur terutama sekali apabila baru ditanam dan semasa pokok dalam peringkat tumbesaran. Keperluan air mungkin berbeza-beza antara tanaman. Apabila menggabungkan pokok bunga kertas dengan tanaman hiasan lain, pastikan pokokpokok yang lain itu memerlukan air yang sama banyak atau kurang.

[5 ]

.Siri Tanaman Bunga-Bungaan Dalam Lanskap, Bunga Kertas (1997, 86)

33

Pokok bunga kertas perlu disiram setiap hari terutamanya pada musim panas. Elakkan menyiram pokok pada waktu tengah hari kerana ini boleh melecurkan daun, bunga, atau dahan yang muda. Pastikan air yang disiram menyerap ke dalam tanah sedalam 130 150 mm dan tidak mengalir ke tempat lain. Jika tidak pasti, gemburkan tanah supaya air yang disiram mudah untuk menyerap ke dalam. Untuk kawsan yang luas. Sebaik-baiknya sistem pengairan percikan atau titisan automatik dipasang supaya dapat mengurangkan tenaga untuk penyiraman.

2.2.1.5 Penyakit dan Perosak 2.2.1.5.1 Penyakit 2.2.1.5.1.1 Penyakit Daun Berbintik

Rajah 6.5 Penyakit daun berbintik

Penyakit yang mudah menyerang Bougainvillea spectabilis disebabkan oleh kulat Cercosporidium bougainvilea. Bougainvillea glabra didapati lebih rintangan terhadap penyakit ini. Penyakit ini ditemui di Florida. Amerika Starikat. Untuk mengawal penyakit ini, gunakan ubat Menab atau cooper-A dengan kadar 1.5g/liter air disembur pada pokok yang berpenyakit. Penyemburan kedua dilakukan selepas 10 14 hari kemudian.

34

2.2.1.5.1.2 Penyakit Daun Bergulung

Rajah 6.6 Penyakit Daun Bergulung

Penyakit ini disebabkan oleh tungau, Phylocoptes bougainvillea eq. dari Brazil. Penyakit ini dikawal dengan menyembur akarisid. Penyakit daun bergulung ini juga disebabkan oleh kupu-kupu soft scaleCoccus hesperidum dari Amerika Syarikat. Untuk mengawalnya, Malanthion disembur pada pokok yang berpenyakit oleh pihak pengeluar. 2.2.1.5.2 Perosak 2.2.1.5.2.1 Aphid

Rajah 6.7 Aphid

35

Dikenali sebgai lalat hijau, lalat hitam atau lintah tumbuhan, aphid ialah sejenis serangga yang menjadikan tumbuhan sebagai makanannya. Serangga ini ialah musuh kepada ladybugs/ ladybirds/ lady beetles dan lacewings. Serangga yang kecil berbentuk melonjong, serangga penghisap dan selalunya muncul di dalam musim bunga untuk memakan daun-daun baru. Serangga ini meninggalkan lendir selepas makan daun di mana lendir ini akan menarik semut dan mnyebabkan tumbesaran kulat. Serangga ini boleh dikawal dengan cara semulajadi iaitu cari tanda gigitan serangga ini pada daun dan buangkannya. Gunakan sapu tangan dan buang aphid dari tanaman. Boleh juga digunaka semburan air yang kuat untuk menolak aphid dari daun. Letakkkan perangkap yang melekat berwarna kuning untuk menangkap aphid yang terbang lair. 2.2.1.5.2.2 Siput

Rajah 6.8 Perosak siput

Siput selalunya merosakkan daun di dengan memakannya di bahagian tengah dan dibahagian hujung. Ini akan menyebabkan daun berlubang-lubang. Siput boleh dikawal dengan menyiram air pada tanaman pada waktu pagi atau menggunakan paip saluran bawah tanah. Ini akan menyebabkan tanah kering dan tidak

36

menarik perhatian siput. Letakkan limau kering atau kapur kering di sekeliling tumbuhan. Campuran ini akan menyebabkan siput pergi ke tempat lain.

2.2.1.6 Kaedah Pembiakan 2.2.1.6.1 Kaedah keratan Batang Pokok bunga kertas menggunakan keratan batang sederhana keras dan bji benih yang boleh dibeli dari pusat tanaman. Walaubagaimanapun, pokok kertas selalunya dibiakkan menggunakan keratan batang. Keratan batang sederhana keras merupakan bahagian batang yang sederhana matang, dibuang semua daun pada batang ini dan hanya tinggalkan beberepa helai sahaja.

Rajah 6.9 Pemilihan keratan batang

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 - 20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk debu.

2.2.1.6.1 Faktor Kejayaan Faktor kejayaan teknik ini ialah boleh mendapatkan pokok yang seragam serta mempunyai ciri-ciri anak pokok yang menyerupai induknya. Selain itu, pokok akan cepat berbunga atau berbuah dan boleh dibiakkan sepanjang tahun. Pokok juga dapat37

dibiak dengan banyak dalam satu masa dan dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas.

2.2.1.7 Varieti Kaedah kacukan telah menghasilkan bunga kertas hybrid yang terdiri daripada berbagai-bagai variasi. Pokok bunga kertas hybrid mengeluarkan bunga yang mempunyai kelainan warna dan berbeza dengan bunga dari pokok asal. Terdapat juga dalam satu pokok bunga kertas yang mengeluarkan bunga berbagai-bagai warna seperti merah, putih dan ungu. Spesies bunga kertas hybrid juga turut menghasilkan warna daun yang berbezabeza. Contohnya daun yang hijau keputih-putihan atau hijau berbelang-belang putih. Gabungan bunga-bunga dan daun-daun yang unik ini sungguh menarik.

BOUGAINVILLEA ARICAN SUNSET

BOUGAINVILLEA APRICOT DREAM

BOUGAINVILLEA BADGEN BEAUTY

BOUGAINVILLEA BLONDIE

BOUGAINVILLEA

BOUGAINVILLEA BOMBAY

38

BLUEBERRY ICE

BURGUNDY

BOUGAINVILLEA BIOS DE ROSE

BOUGAINVILLEA GOLDEN ICEJadual 2.0 Jenis-jenis varieti pokok bunga kertas

BOUGAINVILLEA GOLDEN TANGO

2.2.1.8 Kegunaan

Walaupun bunga ini bersaiz kecil dan berbentuk corong namun terdapat pelbagai kegunaannya dalam bidang perubatan. Terdapat bahagian dari bunga ini yang berkhasiat seperti bunga dan batangnya yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Bunganya pula berkhasiat untuk menyegarkan badan. Selain itu, bunga kertas dianyam oleh segelintir masyarakat untuk dandanan rambut, Campuran bunga ini selalu digunakan untuk mandian pewangi dan sebagai kegunaan di upacara pengebumian bagi kaum Cina dan India.

Sebagai pokok pasuan untuk hiasan di dalam dan luar rumah. Selain itu ia sebagai tanaman hiasan berkelompok untuk daya tarikan. Bunga kertas juga ditanam sebagai tanaman bonsai di dalam pasu atau di atas tanah.Bunga kertas boleh digunakan sebagai tanaman campuran dengan pokok palma atau tanaman hiasan lain.. Selain itu, pokok ini boleh dikelaskan sebagai tanaman pinggir jalan, sebagai tanaman di atas pergola atau gezebo dan sebagai tanaman pagaran. Dan tidak lupa juga kaliks dan bunga kertas daripada pelbagai warna yang dikeringkan bolah dijadikan sebagai salah satu ramuan bunga kering atau dikenalli sebagai pot-pourri.39