kertas kerja2

Upload: laz-caliphs

Post on 07-Jul-2015

321 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN MAFATIHUL ULUM 220, JALAN JATI, KAMPUNG MELAYU 68000 AMPANG SELANGOR 03-4266 3199 www.tahfizmukm.com

KERTAS KERJA:

PERMOHONAN DANA PENDIDIKAN DAN PENGAJIAN SERTA PENEMPATAN BARU PELAJAR

BAGI SESSI:

2011/2012

DI BAWAH SOKONGAN:

PERSATUAN INSTITUSI TAHFIZ AL-QURAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN

Tuan PERMOHONAN BANTUAN DANA DAN SOKONGAN KEWANGAN Perkara di atas dirujuk; Untuk makluman Tuan, Maahad Tahfiz Al -Quran Mafatihul Ulum merupakan maahad yang berdaftar dengan PITAS bernombor 2010-003-093 (SEL/HL) dengan jumlah pelajar seramai 20 orang adalah pusat Tahfiz Al Quran yang telah beroperasi sejak 5 Januari 2010. Di Ampang kami telah ditumpangkan 2 unit bangunan rumah 2 tingkat yang beralamat di 220 Jalan Jati, Kampung Melayu, 68000 Ampang, Selangor, yang dapat menjadi asrama dan kelas sebagai sebuah pusat pendidikan Al Quran. Di atas keperluan perbelanjaan deposit dan ubahsuai bangunan bagi melengkapkan prasarana dan kemudahan asas seperti kelas pengajian , asrama, dewan makan, dapur dan bilik air pelajar-pelajar, maka disini saya memohon jasa baik pihak Tuan untuk menyumbang sejumlah dana bagi menampung kos tersebut. Untuk keterangan terperinci berhubung dengan keperluan Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul Ulum, maka disini saya sertakan bersama dokumennya untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Diharapkan dengan sumbangan dan pembiayaiaan dari pihak Tuan akan dapat membantu kesempurnaan pendidikan anak -anak tahfiz Al Quran di sini yang sebahagiannya terdiri daripada anak-anak yang datang daripada golongan miskin dan berpendapatan sederhana malah beberapa orang daripadanya adalah anak -anak yatim. Sebarang sumbangan bo leh di masukkan ke akaun Mafatihul Ulum berikut atau berhubung terus di talian di bawah: Ustaz Abdul Majeed Bin Abdul Aziz 012 6528 675 Ustaz Mohd Shukri Bin Sanusi 019 223 7080 Mohammad Wariszan Bin Abdullah Wafa 017 373 4676

Bank Maybank MAFATIHUL ULUM : 5643 8840 0690

1.0

TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan sumbangan dana dan bantuan kewangan bagi memberi keselesaan kepada pelajar dengan adanya penempatan baru yang lebih luas dan lengkap berikutan dari bilangan pelajar yang semakin bertambah serta pemintaan ibubapa yang semakin ramai untuk menghantar anak mereka untuk belajar disini .

2.0

PENGENALAN

2.1

LATAR BELAKANG

MAFATIHUL ULUM ditubuhkan bertujuan melaksanakan tuntutan ISLAM agar seluruh umat Islam dapat menguasai pembacaan Al Quran dengan betul dan penghafazan yang mantap. Ia merupakan sebuah Maahad Tahfiz Al-Qur'an yang baru dibuka pada 05/01/2010 yang mampu menampung seramai 26 orang pelajar. Di samping mendidik anak-anak yang masih muda, kami juga menawarkan pengajian bagi golongan dewasa dan ibu bapa dengan penawaran pelbagai pakej -pakej pengajian. 2.2 KEPENTINGAN

Dalam menempuhi peredaran zaman yang semakin maju dengan teknologi maklumat, kebanyakan individu dan institusi kekeluargaan kurang mementingkan pendidikan dan pendedahan agama terutama ilmu Al-Quran yang mana dapat di lihat ramai individu dalam masyarakat masih tidak menguasai pembacaan dan pemahaman Al Quran. Perkara ini menyebabkan pegangan agama menjadi sumber terakhir dalam membuat keputusan yang mana seharusnya di utamakan dalam setiap aspek kehidupan.1

2.3

KERJASAMA

Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor ( PITAS ), telah ditubuhkan pada 13hb November 200 3 dengan pendaftaran ROS 1660-03-7. PITAS adalah sebuah NGO yang bergerak dan berperanan sebagai tempat rujukan, penghubung tara dan jurubicara penyampai maklumat yang telus kepada semua pihak untuk mengetengahkan pandangan, cadangan atau apa sahaja yang berkaitan dan bertujuan mewakili suara Institusi Tahfiz Persendirian seluruh Negeri Selangor . PITAS sentiasa berusaha dan bersikap pro aktif dalam menangani dan menyelesaikan segala permasalahan demi meningkat dan memartabatkan kalam Allah dan memperkasa jill al-quran. Oleh yang demikian PITAS sentiasa memastikan setiap Institusi Tahfiz yang ada di negeri Selangor sentiasa berdaya saing untuk memangkin peningkatan dan penguasaan ilmu duniawi dan ukhrawi. PITAS dengan pengalaman dan keyakinan yang begitu tinggi, Insya Allah, yakin akan lahir cendikiawan dan ilmuan professional pewaris zaman kegemilangan dari Institusi Tahfiz negeri Selangor.

3.0

OBJEKTIF Dalam melahirkan generasi muda yang m emiliki ilmu Al-Quran disamping menyediakan pendidikan integrasi antara hafazan al Quran, pengajian kitab-kitab agama dalam suasana kehidupan yang selesa bagi pertumbuhan minda dan perkembangan akhlak pelajar.Melahirkan generasi Al Quran Profesional yang mahir dengan keilmuannya beriman, beramal, bersepadu, berakhlak mulia, berdaya saing,

2

berketerampilan, kukuh dengan nilai islam seiring dengan perkembangan arus perdana dunia kini.

4.0

JUSTIFIKASI Sumbangan dana adalah untuk memberikan keselesaan dan kemudahan para pelajar dari segi penginapan, pembelajaran dan pemakanan para pelajar yang mana bilangan pelajar yang semakin bertambah menyebabkan lebih banyak kewangan diperlukan bagi menampung perbelanjaan makan dan peralatan pelajar .

4.1

PENGINAPAN

Bilangan pelajar yang semakin bertambah menyebabkan kediaman pelajar semakin sempit dan kurang selesa. Oleh itu pihak Maahad cuba untuk mendapatkan penempatan baru yang lebih luas dan selesa kepada pelajar. Kediaman para pelajar perlu diubahsuai bersesuaian dengan bentuk asram a supaya para pelajar mendapat keselesaan dari segi tempat tidur dan tempat makan. Bagi para pelajar pula, kediaman ini bukan sahaja dijadikan sebagai kediaman mereka malah sebagai pusat kegiatan pelajaran termasuk sesi ulangkaji dan sebagainya. Banyak kelengkapan seperti mesin basuh, kipas angin, pemanas air, peti ais dan peralatan lain. 4.2 PEMBELAJARAN

Kelas memerlukan kelengkapan seperti papan putih, rak kitab, rehal, karpet dan lain-lain lagi bagi membolehkan pelajar dapat keselesaan sekaligus dapat menumpukan perhatian pada pembelajaran. 4.3 PEMAKANAN

3

Sumber makanan dan minuman dari sumber yang halal dan berkhasiat membolehkan para pelajar dapat memberikan tumpuan di dalam kelas.

5.0

LOKASI PENGAJIAN Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul Ulum beralamat di: 220, Jalan Jati , Kampung Melayu 68000 Ampang , Selangor

6.0

PAKEJ PENGAJIAN PAKEJ KELUARGA BAHAGIA 1. TEMPOH 2. SEMINGGU 3. SEBULAN 4. WAKTU 5. HARI : 2 Jam Persessi : 1 Kali : 4 kali : Boleh dibincangkan : Boleh dibincangkan

6. BILANGAN PELAJAR: No Limit (termasuk ibu bapa) PAKEJ ANAK SOLEH DAN SOLEHAH 1. TEMPOH 2. SEMINGGU 3. SEBULAN 4. WAKTU 5. HARI 6. BILANGAN PELAJAR : 1 Jam Persessi : 2 Kali : 8 Kali : Boleh dibincangkan : Boleh dibincangkan : 1-3 0rang

SESI PENGAJIAN SEPENUH MASA4

1. MASA 2. MAKAN 3. SEMINGGU 4. TEMPOH PERCUBAAN

: Sepenuh Masa : 3X Sehari (Pagi, Tengah hari, Malam) : 5 hari : 3 Bulan

SESI PENGAJIAN SEPARUH MASA (PAGI & PETANG SAHAJA) 1. MASA 2. MAKAN 3. SEMINGGU 4. TEMPOH PERCUBAAN : 8.30 am - 5.30 pm : 1 x sehari (tengah hari) : 5 hari : 4 bulan

SESI PENGAJIAN 1 MASA SAHAJA ( PAGI/PETANG /MALAM ) 1. MASA : i. Pagi ; 8.30am-11.00am ( jam Kelas tambahan) ii. Tengahari; 2.30pm-5.00pm ( jam tambahan muzakarah) iii.Malam 2. MAKAN 3. SEMINGGU 4. TEMPOH PERCUBAAN ; 7.00pm-9.30pm

: Atas permintaan (tambahan Rm50) : 5 kali : 5 bulan

5

7.0

JADUAL PENGAJIAN KITAB

HARI / MASA

11.00 am HINGGA 11.30 am

JAM SEBELUM ASAR DOA DAN ADAB MURAJA AH BAHASA ARAB MUHADDASAH JAWI MURAJA AH

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU 8.0

TAJWID FEQAH HADITH NAHU SOROF MURAJA AH JADUAL AKTIVITI AKTIVITI Bangun Dari Tidur

WAKTU 4.30a.m 5.00a.m 5.00am Solat Subuh

Solat Tahajud, Doa, Hafal, Memantapkan Pelajaran Baru Solat Subuh Berjemaah Membaca Pelajaran Baru Di Hadapan Ustaz Rehat Dan Sarapan Memantapkan Dan Membaca Pelajaran Baru Yang Merangkumi 3 @ 5 Pelajara n Terakhir Yang Hampir Dengan Pelajaran Terkini Memantapkan Dan Tasmi 2 Juzuk Daripada Pelajaran Yang Lama Pengajian Asas Fardhu Ain Rehat Dan Tidur Tengah Hari Solat Zuhur Berjemaah Dan Makan Tengah Hari Murajaah Atau Mengulangkaji Semua Pelajaran-Pelajaran Lama Asas fardhu ain Solat Asar Berjemaah Taqlim Fadhail, Tazkirah Daripada Ustaz, Khidmat Dan Riadah6

Mengikut Waktunya 6.30a.m 7.30a.m 8.30a.m 7.30a.m 8.30a.m 9.30a.m

9.30a.m 11.00a.m 11.30a.m

11.00a.m 11.30a.m Solat Zuhur

Mengikut Waktunya 2.30p.m Solat Asar

jam sebelum asar Mengikut Waktunya Selepas Solat Asar

JAM PERSIAPAN MAGHRIB 15 minit Sebelum Maghrib: Mesyuarat Program, Targhib Dan Muzakarah Dikalangan Pelajar Solat Maghrib Berjemaah Hafal Pelajaran Baru Solat Isya Berjemaah Makan Malam Muraja ah Pelajaran Yang Lama Dan 1 Juzuk Pelajaran Baru Rehat Dan Tidur Mengikut Waktunya Selepas Solat Maghrib Mengikut Waktunya Selepas Solat Isya Selepas Makan Malam 10.30p.m

9.0

KITAB PENGAJIAN

Kitab-kitab Pengajian:Kitab Tajwid

Ilmu tajwid cara mudah & berkesan karangan Ustaz Haji Asad Humam.

7

Tajwidulquran Rasm Uthmani karangan Haji Abdul Qadir (Al-Azhar).

Hidayatul Mustafid Fi Akhamuttajwid karangan Sheikh Muhammad Mahmud An-Najar (Abi Rimah). Feqah

8

Kitab Safinatunnajah Fi Usuluddin Wal Fiqhi karangan Sheikh Al-Alim Al-Fadhil Salim Bin Samir Al Hahdrami Mazhab Imam Syafie rah.

Kitab Hadith

Kitab Fadhail Amal karangan Sheikhulhadith Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi rah.

9

Kitab Matan Arbain karangan Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif An-Nawawi rah.

Bahasa Arab

Kitab Al-Muhaddasatul Arabiyyah Peringkat Asas karangan Haji Mustafa Umar, B.A Universiti Al Azhar Mesir

10

Nahu

Nahu-Kitab Miftahuddhomir Fi Tarjamati Nahu Mir karangan Sheikh Mir Sayyid Syarif Zainuddin Abu Al-Hassan Ali Al-Jurjani.

Sorof

Sorof-Kitab Miftahush Sharaf Fi Tarjamati Mizanussorfi karangan Ust. Abdul Hamid, Ust. Husnul Hizam dan Ust. Amir bin Hamzah Miftahul Ulum Sri Petaling

11

Doa Dan Adab

Kit

10 0 CARTA

RGANI ASI

LAKSANA

PENASIHATUstaz Mohd Khairul Anuar Bin Khairuddin

NAIB MUDIRUstaz Mohd Shukri Bin Haji Sanusi 12

Us

Abd

Majeed Bin Abd

CARTA

Doa Dan Adab Sunnah Rasullullah S.A.W karangan Muhammad Asheek Ilahi

RGANISASI

AN AHLI AWATANKUASA

MUDIR Aziz

PEGAWAI TADBIRMohammad Wariszan Bin Che Abdullah Wafa

AHLI JAWATANKUASA Tn. Dr. Syed Abdurrahman AJK PERUBATAN Tn. Haji Mohd Ismail Bin Noorbat AJK PERALATAN DAN KEPERLUAN En. Rustam Bin Roshandin AJK PUBLISITI

Mud

MUKM13

USTAZ ABDUL

AJEED BIN ABDUL AZIZ

11 0 T NAGA

NGAJAR T TAP

Biodata: Belajar Nazirah di Madrasah Tahfiz Al -Quran Nahdatulislamiah Seksyen 3, Shah Alam dari tahun 1991 sehingga 1992. Setelah itu, meneruskan pembelajaran di Madrasah Tahfiz Al -Quran di Batu Pahat, Johor dalam bidan g Nazirah dan Tahfiz, dan telah mendapat shahadah mengkhatam 30 Juzuk (1993 - 1998). Pada tahun 1999 hingga 2005, belajar kitab dari I'dadi (Tahun Satu) sehingga tahun 6 (Mishkat) di Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur. Menamatkan pelajaran kitab tahun akhir (Dauratulhadis) di Madrasah Tahfizul Quran Tabi Masjidinnur Yala, Selatan Thailand. Pernah berkhidmat di Madrasah Tahfiz Al-Quran Shah Alam selama 8 bulan dan berkhidmat di sekolah Al-Imtar Tahfiz Centre selama 6 bulan.

MUHAMMAD SHUKRI BIN HAJI SANUSI Naib Mudir MUKM Biodata: Belajar tahfiz selama 3 tahun di Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling Kuala Lumpur. Setelah i tu meneruskan pembelajaran mentelaah kitab selama 2 tahun di Kampung Baru dan 2 tahun di Madrasah Dato' Salehuddin, Hulu Langat, Selangor. Pernah berkhidmat mengajar di Sekolah Rendah Islam Al-Imtar dalam bidang tahfiz.14

IMPLIKASI KEWANGAN Pendapatan Maahad Bil Pelajar Yuran Pelajar 1orang/bulan 20 RM 200.00 4000.00

JUMLAH PENDAPATAN (A)

Yuran pelajar adalah bergantung kepada kemampuan keluarga. Perbelanjaan Maahad RM Makanan Pelajar Belanja Alat Tulis Belanja Utiliti Belanja Pejabat Belanja Asrama Belanja Dapur Belanja Pengangkutan Belanja Aktiviti Gaji Pekerja 1orang/bulan 1orang/bulan 1orang/bulan 1 bulan 1 bulan 1 bulan 1 bulan 1 bulan 1 bulan 364.00 x 20 10.00 x 20 15.00 x 20 150.00 300.00 150.00 175.00 300.00 1500.00 x 3 Jumlah(RM) 7280.00 200.00 300.00 150.00 300.00 150.00 175.00 300.00 4500.00 13355.00 RM(-9355.00)

JUMLAH PERBELANJAAN (B) BAKI (A)-(B)

Laporan Perbelanjaan Terperinci RM Makanan Pelajar Pagi Tengah Hari Malam 3.00 5.00 5.0015

Jumlah(RM)

13.00

Belanja Utiliti Elektrik Air Belanja Pejabat A4 Paper Refill Printer Pen Marker Belanja Asrama Penyapu Mop Lantai Pencuci Lantai Ajax Sabun Basuh Baju Sabun Mandi DLL Belanja Dapur Katleris / Sudu / Garpu Gas Memasak Beras Gula Kopi Dan Teh Belanja Pengangkutan Minyak Kenderaan Belanja Aktiviti Riadah Dan Lawatan

12.00 3.00 14.00 x 3 50.00 x 2 8.00

15.00

150.00

300.00

300.00

150.00 175.00 300.00

150.00 175.00 300.00

Bantuan dana dan sumbangan amat di perlukan bagi melancarkan proses pengurusan dan penginapan pelajar.

11.0 ULASAN PENASIHAT

16

MAFATIHUL ULUM ditubuhkan bertujuan melaksanakan tuntutan ISLAM agar seluruh umat Islam dapat menguasai pembacaan Al Quran dengan betul dan penghafazan yang mantap. Ia merupakan sebuah Maahad Tahfiz Al -Qur'an yang baru dibuka pada 05/01/2010 yang mampu menampung seramai 26 orang pelajar.Di samping mendidik anak-anak yang masih muda, kami juga menawarkan pengajian bagi golongan dewas a dan ibu bapa dengan penawaran pakej seperti Pakej Keluarga Bahagia dan Pakej Anak Soleh dan Solehah. Kami juga bermatlamat melahirkan para huffaz yang mempunyai sifat yang mulia, yang bertakwa kepada ALLAH dan mengikuti Sunnah Nabi Rasullullah S.A.W dala m kehidupan seharian sama ada dari segi zahir dan batin. Sentiasa menjaga solat 5 waktu secara berjemaah di mana tempat azan dilaungkan sama ada di masjid atau surau yang berdekatan di mana jua kita berada. Sentiasa ada keinginan untuk menimba ilmu dengan alim ulama, ustaz-ustaz dan guru-guru yang murshid (mendapat petunjuk daripada ALLAH) . Insyaallah. Alhamdulillah, bersyukur kehadhrat Illahi dan ucapan jazakumu llah khairan kathirah kepada seluruh pendukung Institusi Tahfiz Al -Quran negeri Selangor. Semoga kerjasama, kepercayaan serta komitmen dari para pendukung akan menjadikan Institusi Tahfiz Al -Quran negeri Selangor mampan, berketerampilan malah menjadi pengeluar ilmuan rabbaniy bukan lagi setanding malah punya daya saing, proaktif dan menjadi model kepada genarasi ilmu serta institusi pendidikan lain. Kepada sahabat-sahabat pendukung, ana berkeyakinan bahawa para huffaz yang akan dilahirkan dari perut institusi tahfiz kita bukan dari kalangan pengingat atau penghafaz sahaja. Dari itu kebolehan membaca, melancar, menghafaz hendaklah diteruskan dengan penguasaan kefahaman kepada peningkatan penguasaan ilmu -ilmu al-Quran dapat ditanam tuai dan dibugarkan serta dihayati dalam kehidupan seharian , memastikan bahawa17

pengajian inilah yang akan menjadi batas, as as dan teras kepada kemampanan daya serap ilmu-ilmu akademik lain ( shumul ta'alim al -Quran ).

Genarasi rabbaniy yang akan kita lahirkan bersama adalah sebagai ashrafalulum ( terdidik dengan al -Quran dan al-Sunah) dan ashrafal-amal ( prihatin dan tekun mendalami ilmu yang bermanfaaat ). Insya'Allah, natijahnya kita akan dapat melahirkan para muslih ( sila rujuk surah Hud ayat 88 ), ulubaqiyyah ( sentiasa berusaha menghapus kefasadan di muka bumi - sila rujuk surah Hud ayat 116 ) dan sebagaimana yang disimpulkan oleh Ibn A'bbas bahawa genarasi rabbaniy adalah seba gai hukama', ulama' yang takut, harap dan cinta kepada rabbul jalil :

Inilah harapan dan cita -cita kita bersama demi memperkasa jill al -Quran. Dari itu, ana berharap agar kita para pendukung Institusi Tahfiz al -Quran menjadikan Persatuan Institusi Tahfiz Al -Quran Negeri Selangor ( PITAS ) ini sebagai tempat rujukan, penghubung tara dan jurubicara penyampai maklumat yang telus kepada semua pihak.

Marilah kita merungkai ke terbatasan sikap dan pendirian, menjalin erat ukhuwah kita dengan konsep usrah, ta'aruf, mahabbah, musyawaraah dan takaful untuk terus maju menongkah gelombang cabaran dunia langit terbuka tanpa sempadan dengan lebih bijak, berketerampilan, cemerlang, ceka l penuh tawakal kepada rabbul jalil. Perjuangan kita ini tidak mungkin dapat dilaksanakan melainkan dengan wehdah al -fikriyyah dan 'amal jama iyyah.

" Kesepakatan membawa kerahmatan Allah dan Perpecahan membawa kehancuran serta keazaban " - Ana mengajak sahabat-sahabat pendukung institusi tahfiz al-Quran negeri Selangor, bersama menggembeling tenaga bagi memantapkan lagi keupayaan serta pencapaiaan. Marilah kita bersama18

merubahan rungkai dan menambah bugar cita -cita bening lagi murni, meningkatan ilmu dengan diikuti program berbentuk dan bersifat menyedar, membimbing, menerang dan melatih. Semoga dengan kejituan ilmu kita akan dapat memperkasa pelajaran, pembelaj aran pelajar kearah melahirkan j ill alquran professional yang mahir dengan keilmuaannya.. Kita renungi nasihat Umar bin Abd Aziz :

Sesiapa yang bekerja tanpa ilmu, tentu kerosakan daripadanya lebih banyak daripada kebaikan. Akhri kalam - Penghargaan dan ucapan jazakumull ahu Khayran kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor ( MAIS ) yang telah menubuhkan dan melantik pengerusi dan penasihat PITAS menduduki Jawatankuasa Tahfiz Al -Quran Negeri Selangor, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan dengan melantik penger usi PITAS menganggotai Majlis Pendidikan Islam Selangor ( MAPPIS ), Jabatan Agama Islam Negeri Selangor 9 ( JAIS ), Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) seluruh barisan pimpinan PITAS para pendukung, mudir, guru, para pelajar institusi tahfiz al -Quran dan seluruh masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan samada dalam be ntuk maddiy atau ma'nawiy :

dan semoga dengan usaha ini, Insya'Allah kita, rakyat negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya sentiasa dirahmati Allah Ta'ala :

19

12.0 PENEMPATAN BARU PELAJAR Pihak Mafatihul Ulum telah me ncari bangunan baru bagi menempatkan pelajar dan warden, bangunan baru tersebut memenuhi spesifikasi yang diperlukan untuk dijadikan tempat tinggal dan pengajian pelajar yang mana kedudukan bangunan tersebut sangat berhampiran dengan masjid. Ini membolehkan para pelajar dapat menjaga solat fardhu berjemaah di masjid serta dapat mengikuti program yang dijalankan oleh pihak masjid. Dalam perancangan kami, Idaman Place akan disewa sehingga kami dapat mengumpul dana untuk membolehkan bangunan tersebut menjadi hak milik penuh Maahad Ta hfiz Mafatihul Ulum.

Disini disertakan butiran, gambar dan anggaran perbelanjaan sewa bulanan bagi bangunan tersebut.

Alamat: Idaman Place, Lot 2A, Jalan Pinang, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor. Deposit : RM 30,000 Anggaran Belanja Sewa Sebulan : RM 5000 Anggaran Harga Beli : RM 850,000 Bilangan Rumah : 6 Unit Bilangan pelajar yang boleh ditempatkan : 60 orang 80 orang

20

Pandangan Hadapan

Pandangan Laman bertentangan Masjid

21

Pandangan Dalam Kelas

Ruang Bilik Pentadbiran

22

13.0 PENUTUP MAFATIHUL ULUM merupakan sebuah Maahad Tahfiz Al-Qur'an yang baru dibuka pada 05/01/2010 yang bertempat di No.220, Jalan Jati, Kampung Melayu, 68000 Ampang Selangor berdekatan dengan LRT Ampang. Sehubungan dengan itu kami memerlukan sumbangan dari individu yg ingin membantu. Kami akan menerima apa -apa sahaja sumbangan sama ada berupa barangan atau wang, kami akan menerima sumbangan ikhlas anda dengan besar hati dan dengan tangan yang terbuka. Allah Azza wa Jalla berfirman : Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang -orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. (QS.2:271) Kami berharap ada individu yang ingin membantu kami untuk memberi keselesaan kepada para pelajar madrasah disini. Allah Azza wa Jalla berfirman: Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuin ya. (QS.3:92) Semoga kita menjadi sebahagian daripada orang -orang yang beriman.... Allah Subhanahu wa Ta ala berfirman menerangkan kriteria orang -orang beriman yang sempurna dengan mensifatkan mereka dengan as -sidiq. Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul -Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar. (QS.49:15) Bandingan (pahala) orang -orang yang membelanjakan harta mereka (termasuk wakaf) pada jalan ALLAH seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki -Nya dan Allah Maha Luas Kurnia Lagi Maha Mengetahui. (QS.2:261) Bersamalah kita beramal... Semoga Allah membalas setiap sumbangan anda dengan sebaik-baik balasan... Insyallah

23

Di

i

l

:

i Bi A ll f i P t Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul lum .............................................

Di

g l

:

t K i lA Bi K i P i t Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul .............................................

i lum

Di

l

:

t S i Bi ji S i N i i Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul .............................................

lum

P

il l

l

:

A l j Bi A lA i i Maahad Tahfiz Al-Quran Mafatihul

t

lum

............................................

(Sila lihat lampiran)

24

25

26

27

28