kertas konsep sambutan bulan kemerdekaan 2014

4
KERTAS KONSEP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014 PENDAHULUAN Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. MATLAMAT Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang erti kemerdekaan. Melalui sambutan Bulan Kemerdekaan ini pelajar-pelajar dapat menghargai dan berbangga dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan membebaskan negara ini dari penjajah. Di samping itu sambutan Bulan kemerdekaan dapat mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan pelajar serta memupuk pertasaan cinta akan sekolah OBJEKTIF 1. Memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan 2. Melahirkan rasa cinta akan negara dan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga sekolah 3. Menanam minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu 4. Menunjukkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan bahan-bahan berunsurkan patriotik 5. Menghayati kemerdekaan negara dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan sekolah, bilik darjah dan rumah masing-masing 6. Mendidik dan membina warga sekolah umumnya dan murid sekolah sebagai generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara. 7. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan terdahulu

Upload: susillea-saharan

Post on 26-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bulan kemerdekaan, sekolah menengah, sambutan, kertas konsep, kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2014PENDAHULUAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden. MATLAMAT

Sambutan Bulan Kemerdekaan adalah untuk memupuk pemahaman dan kesedaran pelajar tentang erti kemerdekaan. Melalui sambutan Bulan Kemerdekaan ini pelajar-pelajar dapat menghargai dan berbangga dengan pengorbanan pejuang kemerdekaan membebaskan negara ini dari penjajah. Di samping itu sambutan Bulan kemerdekaan dapat mengukuhkan semangat kekitaan dan perpaduan di kalangan pelajar serta memupuk pertasaan cinta akan sekolah

OBJEKTIF

1. Memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan

2. Melahirkan rasa cinta akan negara dan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan warga sekolah3. Menanam minat terhadap sejarah sebagai satu disiplin ilmu

4. Menunjukkan kreativiti pelajar dalam menghasilkan bahan-bahan berunsurkan patriotik

5. Menghayati kemerdekaan negara dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan sekolah, bilik darjah dan rumah masing-masing

6. Mendidik dan membina warga sekolah umumnya dan murid sekolah sebagai generasi muda yang mempunyai rasa cinta kepada negara.7. Menyemai semangat patriotik dalam kalangan warga sekolah agar sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan terdahulu8. Membentuk semangat jati diri yang mantap dan jitu dalam kalangan warga sekolah sebagai bangsa Malaysia yang berdaulat9. Mempupuk semangat perpaduan dalam usaha membentuk kedamaian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.SASARAN

Semua pelajar Pendidikan Moral SMK Selayang Bharu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

TARIKH

15 Ogos sewhingga 12 September 2014

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat

: Pn. Arfah bt. Abd Rahman

Pengerusi

: Pn. Meriam Bi bt. Sulaiman

Naib Pengerusi

: Pn. Rohani bt. Jaafar

: En. Mohd Kassim b. Mohd Noor

: Pn. Sharifah bt. Shaik Mohamed

Penyelaras

: Pn Teo Gee Seow

Setiausaha

: Pn. Susillea bt SaharanNaib Setiausaha

: Pn. Nor Azua bt BakriAJK

: Semua Ahli Panitia Pendidikan Moral

AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN MORALBILAKTIVITINAMA GURUBIDANG TUGASSASARANPERUNTUKAN

1Pertandingan melukis Jalur GemilangPn Intan Anis Idayu bt Sudin Memberitahu pelajar dan guru mata pelajaran berkenaan aktiviti yang dijalankan.

Menyediakan bahan yang diperlukan untuk pertandingan.

Membuat laporan ringkas berkenaan aktiviti.Pelajar Pend. Moral tingkatan 1Hadiah Keseluruhan:

12 x RM 8 = RM86

2Teka Silang KataPn Nor Azua bt Bakri Menyediakan dan memperbanyakkan soalan

Memastikan guru menjalankan pertandingan

Membuat laporan ringkas

Pelajar Pend. Moral tingkatan 2Hadiah Keseluruhan:

12 x RM 8 = RM86

3Kuiz Kemerdekaan Pn Susillea Saharan En Jasmin b A. Jalil

Menyediakan soalan mengikut tingkatan Membuat laporan ringkasPelajar Pend. Moral tingkatan 3 dan 4Hadiah Keseluruhan:

18 x RM 8 = RM144

4Kuiz NilaiPn Sumitra a/p Santheran Menyediakan soalan Menyiapkan laporan ringkasHadiah Keseluruhan:

9 x RM 8 = RM72

JUMLAH PERBELANJAANRM 382.00

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan PCG Panitia Pendidikan Moral

PENUTUP

Sambutan Bulan Patriotik SMK Selayang Bharu 2014 diharapkan dapat menyemai semangat patriotism yang lebih mendalam dalam diri warga SMK Selayang Bharu. Diharapkan juga dengan sambutan di peringkat sekolah boleh memupuk perpaduan yang lebih erat antara pelajar dan guru daripada pelbagai kaum selaras dengan semangat 1 MALAYSIA yang sentiasa diuar-uarkan oleh pihak kerajaan.

Disediakan oleh;

Disahkan oleh;

.

(Pn Susillea Saharan)

(Pn Teo Gee Seow)

Ketua Panitia Pend. Moral

Guru Kanan Mata Pejaran Kemanusiaan