peranandansumbangan perpustakaan negara … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan...

10
SEKIT AR PERPU STAKAAN Bll. 37 / 2003 PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DAN PERPUSTAKAAN AWAM DALAM PROGRAM NILAM * oleh Siti Aishah Sheikh Kadir** dan Harlecza Abu Hu si n*** ,----------- 11 RlNGKASAN _____ Kertas ini membicarakan mengenai sumbangan dan peranan Pcrpustakaan Negara Malaysia dan Pcrpustakaan Awam Ncgeri dalam program pcmbacaan dan literasi maklumat khususnya tcrhadap program NILAM. Perpustakaan Negara Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam menyelaras program galakan membaca di seillruh negara manakala Perpustakaan Awam Nege ri bel1anggllngjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di negeri masing-masing. lni adalah selaras dengan matlamat program NILAM bagi membina tabiat membaca yang berterusan di kalangan murid dan pelajar melalui pelbagai aktiviti yang disediakan sarna ada di peringkat sekolah sendiri atau melalui Perpustakaan Negara Malays ia dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri. Pengenalan W awasan kerajaan adalah untuk melahirkan komllniti yang bcrilmu dan bermaklumat menjelang tahun 2020. Sejajar dengan wawasan tersebut, Malaysia perlu memupuk masyarakat yang gemar membaca bagi melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu se rt a sentiasa ghairah mendampingi ilmu. Ma syaraka t ya ng berilmu akan dapat menghasilkan karya yang kreatif untuk ter us memperkayakan ihnu bangsa. Perpustakaan merupakan komponen yang amat penting dalanl perancangan jangka panjang program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan keb udayaan negara. Perpustakaan yang mempunyai sumber ilmu yang terkini dalam pelbagai bidang perkara akan dapat membantu menyediakan ilmu pengetahuan dan maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat. Pendedahan pelbagai sumber ilmll ini akan menyokong ke arah penganjakan dari e konomi berasaskan pembuatan (p-ekollomi) kepada ekonomi berasaskan ilmu (k- ekonomi). I Perkembangan perpustakaan di Malaysia kini tclah mula mencapai tahap yang boleh dibanggakan, sejajar dengan peranan perpustakaan sebagai pusat masyarakat. Sehingga 31 Disember 2002, terdapat 900 buah perpllstakaan awam di Malaysia termasuk perpustakaan negeri, cawangan, desa dan bergerak. Perpustakaan Negara Malaysia Perpustakaan Negara Malaysia merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malay sia. la ditubuhkan di bawah Akta Perpustakaan Negara (Akta 80) yang diluluskan pada I September 1972. Akta ini kemudiannya dipind a pada tahun 1987 se lara s den ga n pembangunan dan perkembangan perkhidmatan maklumat di Malays ia . \. Kcrtas kcrja dibcntangkan di Kon ve nsycn Pembacaan dan Literasi Ma klumat Negeri Pcrak, 28- 29 April 2003 di Pulau Pangkor. Pcrak an juran l abatan Pendidikan Ncge ri Per ak dan Pusa l Sumber P end id ikan Neger i Pcrak . 2·· Timbalan Pengarah Gerakan Literas i Maklumat , Pcrpu stakaan Negara Malay sia 3"· Pcno long Pengarah Gcraka n Literasi Makllll11at , Pcrpustak aa n Ncgara Mala ys ia 25 Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 14-Nov-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAR PERPU STAKAAN Bll. 37 /2003

PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA DAN

PERPUSTAKAAN AWAM DALAM PROGRAM NILAM *

oleh Siti Aishah Sheikh Kadir**

dan Harlecza Abu Husi n***

,-----------11 RlNGKASAN ~I---------_____

Kertas ini membicarakan mengenai sumbangan dan peranan Pcrpustakaan Negara Malaysia dan Pcrpustakaan Awam Ncgeri dalam program pcmbacaan dan literasi maklumat khususnya tcrhadap program NILAM. Perpustakaan Negara Malaysia memainkan peranan yang amat penting dalam menyelaras program galakan membaca di seillruh negara manakala Perpustakaan Awam Negeri bel1anggllngjawab untuk menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di negeri masing-masing. lni adalah selaras dengan matlamat program NILAM bagi membina tabiat membaca yang berterusan di kalangan murid dan pelajar melalui pelbagai aktiviti yang disediakan sarna ada di peringkat sekolah sendiri atau melalui Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri-negeri .

Pengenalan

Wawasan kerajaan adalah untuk melahirkan komllniti yang bcrilmu dan bermaklumat

menjelang tahun 2020. Sejajar dengan wawasan tersebut, Malaysia perlu memupuk masyarakat yang gemar membaca bagi melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu serta sentiasa ghairah mendampingi ilmu . Masyaraka t yang berilmu akan dapat menghasilkan karya yang kreatif untuk terus memperkayakan ihnu bangsa.

Perpustakaan merupakan komponen yang amat penting dalanl perancangan jangka panjang program pendidikan, literasi, penyediaan maklumat dan kebudayaan negara. Perpustakaan yang mempunyai sumber ilmu yang terkini dalam pelbagai bidang perkara akan dapat membantu menyediakan ilmu pengetahuan dan maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat. Pendedahan pelbagai sumber ilmll ini akan menyokong ke arah penganjakan dari

ekonomi berasaskan pembuatan (p-ekollomi) kepada ekonomi berasaskan ilmu (k-ekonomi). I

Perkembangan perpustakaan di Malaysia kini tclah mula mencapai tahap yang boleh dibanggakan, sejajar dengan peranan perpustakaan sebagai pusat masyarakat. Sehingga 31 Disember 2002, terdapat 900 buah perpllstakaan awam di Malaysia termasuk perpustakaan negeri, cawangan, desa dan bergerak.

Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia merupakan sebuah jabatan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malays ia . la ditubuhkan di bawah Akta Perpustakaan Negara (Akta 80) yang diluluskan pada I September 1972. Akta ini kemudiannya dipinda pada tahun 1987 se laras dengan pembangunan dan perkembangan perkhidmatan maklumat di Malaysia.

\. Kcrtas kcrja dibcntangkan di Konvensycn Pembacaan dan Literasi Maklumat Negeri Pcrak, 28-29 April 2003 di Pulau Pangkor . Pcrak anjuran labatan Pendidikan Ncgeri Perak dan Pusal Sumber Pendid ikan Negeri Pcrak.

2·· Timbalan Pengarah Gerakan Literas i Maklumat, Pcrpustakaan Negara Malaysia 3"· Pcnolong Pengarah Gcrakan Literasi Makllll11at , Pcrpustakaan Ncgara Malaysia

25

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITA R PERPUSTAKAAN all . 3712003

Hakikat pengwujudan Perpustakaan Negara Malaysia adalah untuk menjadi jambatan antara masyarakat dan ilmu pengetahuan melalui pembaeaan. Petpustakaan Negara Malaysia berdiri teguh sebagai wadah maklumat, pendidikan dan penyelidikan yang dinamik dan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman teknologi maklumat dan komunikasi. Petpustakaan Negara Malaysiajuga mempunyai peranan yang penting dalam menyelaras program galakan membaca di seluruh negara.

• Objektif ObjektifPetpustakaan Negara Malaysia seperti yang tertakluk dalam Akta Perplistakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian /I Seksyen 3 ialah: a) Menyediakan bagi penggunaan generasi

masa kini dan masa depan koleksi sumber­sumber perpustakaan di per ingkat kebangsaan.

b) Memudahkan penggunaan di seluruh negara sumber-sumber petpustakaan yang terdapat di dalam dan di luar negara.

e) Mengadakan kepimpinan dalam perkara­perkara yang berkaitan dengan petpustakaan.

• Fungsi Oi antara fungsi Ketua Pengarah Petpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perplistakaan Negara (Pindaall) 1987 (Akta A667) Bahagianll Seksyen 4(2) mialah: "menggalakkan dan memlldahkall penallaman sifal gemar membaca"

• Bahagian Gerakan Literasi Maklumat Oi bawah penyusunan semula struktur organisasi Petpustakaan Negara Malaysia yang diluluskan pada tahun 2002, program gerakan membaea dan Iiterasi maklumat peringkat kebangsaan dimantapkan dengan tertubuhnya Bahagian Gerakan Literasi Maklumat. Bahagian ini mempunyai tanggungjawab yang besar ke arah usaha merealisasikan has rat kerajaan untuk menjadikan amalan membaea sebagai budaya masyarakat Malaysia. Justeru itu, antara fungsi Bahagian Gerakan Literasi

26

Maklumat adalah seperti berikut: (a) Meraneang dan menyelaras program

gerakan membaea dan literasi maklumat di seluruh negara.

(b) Meraneang dan menyelaras serta melaksana program Bulan Membaea di peringkat kebangsaan.

(e) Menyelaras projek gerakan membaea dan literasi maklumat yang dijalankan di peringkat negeri/zon supaya beIjalan lancar.

(d) Memberi khidmat kepakaran dan latihan dalam bidang galakan membaea dan literasi maklumat.

• Dasar Galakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia Oasar ini diwujudkan pada 3 Oisember 2002. la bertujuan untuk memastikan program galakan membaea yang teraneang dan berterusan dilaksanakan di seluruh negara bagi memupuk minat membaea serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat ke arah mewujudkan masyarakat berbudaya membaea dan eintakan ilrnu.

• Pelan Strategik Salah satu dari 7 strategi utama dalam Pelan Strategik Petpustakaan Negara Malaysia 200 I - 2005 adalah :

"Memperillaskan program pembudayaan Umu dall makLumat di seluruh Ilegara seLaras dengan dasar k-ekonomi"

Antara pelan tindakan utama dalam pelan strategik ini adalah bagi mewujudkan mekanisme bagi memantapkan hubungan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan program galakan membaea dan literasi maklumat dijalankan seeara berterusan di Perpustakaan Negara Malaysia dan di peringkat kebangsaan.

PerpustakaanAwam Negeri

Semua petpustakaan awam negeri di Malaysia keeuali Sabah dan Sarawak merupakan sebuah badan berkanun dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Petpustakaan awam didefinisikan sebagai sebuah petpustakaan yang menyediakan perkhidmatan alas dasar khidmat

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAA PEAPUSTAKAAN SIL. 37 /2003

akses yang adil dan saksama kepada semua tanpa mengira umur, bangsa,jantina, agama, kerakyatan, bahasa atau pangkat. Penggunaannya adalah tidak terhad kepada mana-mana kelas orang perseorangan di dalam masyarakat dan pada dasarnya ia disediakan secara percuma. Perpustakaan Awam juga melibatkan secara keseluruhan atau sebahagian daripada belanjawan awam. la merupakan tanggungjawab kerajaan pusat dan negeri dan didokong melalui perundangan dan dibiayai oleh kerajaan negeri tersebut.

Perpustakaan Awam Negeri-negeri ini berperanan sebagai institusi yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di seluruh negeri masing-masing. Tanggungjawab ini termaktub dalam enakmen penubuhan bagi negeri masing-masing. Bagi mendekatkan pembacaan, maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat setempat, Perpustakaan Awam Negeri­negeri ini telah berusaha memperluaskan rangkaian perkhidmatan termasuk penubuhan perpustakaan cawangan, perpustakaan pekan, perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak. Contoh yang boleh diambil di sini tentang peranan, matlamat dan dasar sesebuah perpustakaan awam negeri ialah seperti berikut:

• Perpustakaan Awam Negeri PerpustakaanAwam Negeri bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan perpustakaan awam di seluruh negeri masing-masing. Tanggungjawab ini termaktub dalam Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri­negen.

Matlamat am sesebuah Perpustakaan Awam Negeri adalah untuk: (a) Menggalakkan penggunaan bahan bacaan

dan maklumat di perpustakaan pusat, cawangan, des a dan bergerak sebagai rujukan dan pinjaman.

(b) Menolong dan menggalak minat membaca di kalangan penduduk negeri masing­masing.

(c) Menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada penduduk luar bandar yang bertujuan untuk meningkatkan mutu dan tarafilmu pengetahuan setanding dengan

27

masyarakat bandar. (d) Memperlengkapkan perolehan bahan

perpustakaan dalam pelbagai bentuk terutama bahan yang berkaitan dengan negeri masing-masing.

Peranan Perpustakaan Negara Malaysia Dalam Program Pembacaan dan Literasi Maklumat

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang telah dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 mendapati bahawa kadar literasi masyarakat Malaysia ada lab sebanyak 93% tetapi hanya 87% sahaja yang mengamalkan membaca. Oari Laporan Kualiti Hidup Malaysia tahun 2002 yang diterbitkan oleh Unit Perancang Ekonomi, kadar literasi sehingga tahun 2002 sebanyak 93.8%. Menurut kajian tersebut, rakyat Malaysia membaca secara purata dua (2) buah buku setahun. Kajian itu juga mendapati jenis bahan yang diakses berbentuk bacaan ringan seperti surat khabar (79%), buku (52%), majalah (47%) dan komik (32%). Oi antara sebab-sebab yang diberi mengapa tidak membaca ialah tidak berminat dan tidak mempunyai masa lapang.

• Jawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan Perpustakaan Negara Malaysia merupakan Urus Setia lawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan sejak tahun 1991 untuk menyelaras dan melaksana program gerakan membaca kepada masyarakat Malaysia di peringkat kebangsaan. Antara program gerakan membaca adalah seperti Program Bacaan Kegemaran Saya, Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri dan Kebangsaan, Projek Rintis Perpustakaan Awam Negeri, Bengkel Galakan Membaca Luar Bandar dan sumbangan bah an bacaan kepada institusi terpilih.

lawatankuasa Gerakan Membaca Kebangsaan ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri PendidikanMalaysia dan ahIinya terdiri dari Y.B. Pengerusi lawatankuasa Gerakan Membaca Negeri dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Kementerian Pendidikan Malaysia,

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAA PEAPUSTAKAAN SIL. 37 /2003

Dewan Bahasa dan Pus taka , Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Persatuan Penjual Buku Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia.

• Bulan Membaea Kebangsaan Jemaah Menteri telah meluluskan Bulan Ogos sebagai Bulan Membaca Tahunan pada 7 September 1994 di mana sambutan Bulan Membaea Kebangsaan secara rasminya telah bermula pada tahun 1995 dengan temanya yang pertama iaitu 'Mari Membaca Bersama '. Sambutan Bulan Membaca Kebangsaan kemudiannya telah diubah dari bulan Ogos kepada bulan Julai mulai tahun 200 I untuk mengelakkan pertindihan dengan program sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca dirangka dan dilaksanakan di seluruh negara sarna ada di peringkat Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri atau di peringkat kebangsaan.

Sambutan Bulan Membaca berlangsung selama sebuJan mulai dari I Julai sehingga 31 Julai setiap tahun. Objektif utama sambutan Bulan Membaca Kebangsaan adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan membaca serta menggalakkan masyarakat Malaysia mengamalkan pembacaan dan menjadikannya sebagai satu gaya hidup.

• Perpustakaan Keluarga Perpustakaan Negara Malaysia memberi sumbangan kepada setiap negeri untuk menganjurkan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri bermula pada tahun 2000. [ni diikuti dengan Pertandingan Perpustakaan Keluarga Peringkat Kebangsaan yang diadakan sekali dalam tempoh dua tabun bermula pada tahun 200 l. Pertandingan ini memberi fokus kepada masyarakat luar bandar dalarn memastikan kesinambungan masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Objektif Perpustakaan Keluarga ialah: (a) Untuk menanam minat membaca secara

berterusan di kalangan ahli keluarga. (b) Memberi anak-anak pendedahan kepada

28

buku dan ilmu di peringkat umuryang masih muda.

(e) Menjadikan kegiatan membaca sebagai aktiviti lazim keluarga.

(d) Menanam sikap menghargai dan menilai bahan baeaan dan ilmu di kalangan keluarga.

(e) Membantu ahli keluarga dalam proses pembelajaran semasa di rumah.

(f) Menggalakkan bahan baeaan dan ilmu dikumpul dan disusun dengan teratur agar ia senang dan mudah digunakan pada bila­bila masa.

Sebagai pendedahan kepada masyarakat bandar dan luar bandar supaya lebih memahanli tentang konsep dan keperluan penubuhan Sudut/Perpustakaan Keluarga di rumah, Bengkel Perpustakaan Keluarga diadakan setiap tahun oleh Perpustakaan Awam Negeri-negeri.

• Baeaan Kegemaran Saya Program ini telah diadakan buat pertama kalinya di Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2000 sebagai projek perintis. Pada tahun 200 I, program ini telah diperJuaskan ke peringkat negeri. Program ini kemudiannya telah didokumentasikan dalam bentuk buku bertajuk "Bacaan Kegemaran Saya: Program Perin tis " / "My Favourite Read: Pi/otProgramme" danjuga dalam bentuk CD Multimedia bertajuk "Bacaan Kegemaran Saya" / "My Favourite Read".

Objektif program ini adalah: (a) Mempopularkan pembaeaan di kalangan

rakyat Malaysia. (b) Melibatkan orang ramai di dalarn program

membaea. (e) Menggalakkan pembaeaan melalui

baeaan-baeaan yang digemari. (d) Mengadakan saluran perkongsian ilmu

mengenai pembaeaan. (e) Mengumpul dan menerbitkan Baeaan

Kegemaran Rakyat Malaysia.

• Sumbangan Bahan Baeaan Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan sejumlah peruntukan bennula dari Raneangan Malaysia ke Tujult bagi pembelian

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAA PEAPUSTAKAAN aiL. 37/200 ,

bahan bacaan untuk disumbangkan kepada institusi luar bandar dan golongan kurang bemasib baik. la bertujuan untuk memberi kesedaran kepada institusi luar bandar dan golongan kurang bernasib baik tentang kepentingan pembacaan demi memantapkan tahap pembacaan di kalangan institusi dan golongan kurang bemasib baik. Institusi-institusi terpilih ini merupakan institusi yang tidak mempunyai peruntukan bagi pembelian bahan bacaan untuk ditempatkan di pusat-pusat bacaan institusi terse but. Antara institusi tersebut adalah FELDA, Agensi Dadah Kebangsaan (Pusat Serenti), Jabatan Kebajikan Masyarakat (Pusat Pemulihan dan Pusat Perlindungan), Jabatan Penjara (Pusat Penjara) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

• 8engkel Galakan Membaca Perpustakaan Negara Malaysia tUTUt menjalankan bengkel galakan membaca kepada penggalak pembaca di luar ban dar sebagai salah satu usaha untuk mengalakkan

, masyarakat Malaysia terutamanya bagi masyarakat luar bandar mengamalkan membaca sebagai gaya hidup seharian. la juga sebagai usaha yang berterusan untuk melatih penggalak pembaca yang mengendal ikan aktiviti galakan membaca untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat luar bandar.

• Pembelajaran Elektronik Pusat Hipermedia Perpustakaan Negara Malaysia yang merupakan gerbang dunia informasi hipermedia berperanan meningkatkan kesedaran literasi maklumat dengan penggunaan teknologi maklumat di kalangan masyarakat.

Antara aktiviti yang terdapat di Pusat Hipermedia ini ialah pembelajaran secara digital melalui penggunaan multimedia dalam bentuk penerangan 'self-tutorial'. Penggunaan CD dan video terpilih yang dimuatkan ke dalam server boleh diakses secara digital. Ia dilaksanakan melalui penggunaan internet, pangkalan data dalam talian yang disediakan melalui portal MYLIB.

29

Portal MyLib adalah sebuah pangkalan data elektronik yang merupakan salah satu daripada komponen perkbidmatan yang disediakan dalam projek Sistem Perpustakaan Digital Nasional (PERDANA). MyLib menyediakan akses kepada sumber ilmu digital untuk faedah masyarakat. Pangkalan data ini akan rnemudahkan semua lapisan masyarakat terutama pelajar, IPT dan tenaga pengajar mendapatkan maklumat mengenai sebarang tajuk penyelidikan. Pangkalan data ini disalurkan kepada perpustakaan awam, institusi pengajian tinggi , kementerian dan jabatan kerajaan merangkumi maklumat seperti penerbitan, perundangan, kewangan dan lebih 3,000 jumal. Contoh pangkalan data elektronik yang dilanggan ialah ProQuest, EBSCO, CU, NSTP e Media, E-Book, Encyclopedia Britannica, Bond, Blis, Palmoilis, Masticlink dan Asia Online.

• . 'E-Library User Education Module' Merupakan projek yang telah dibangunkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia atas pembiayaan UNESCO dan baru dilancarkan pada21 April 2003. Projek ini adalah berasaskan laman web dan direkacipta menerusi pakej e­pembelajaran orang ramai . la bertujuan untuk mendidik pembaca menjadi pengguna perpustakaan yang mahir termasuk meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam teknik pencarian maklumat. Projek ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kebolehan kursus belajar sendiri (self learning course) menerusi multimedia interaktif dan menguasai kemah iran e-learning ke arah masyarakat berilmu. Antara kandungan modul e-library user education adalah: • Sistem OPAC (Online Public Access

Catalogue) • Pangkalan Data Atas Talian • Perpustakaan Maya • Pekerja Berilmu • Pencarian Melalui Internet • Mencipta Laman Web

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKtTA R PERPUSTAKAAN Bll. 3712003

Sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Awam Negeri Dalam Program NILAM

• Perpustakaan Negara Malaysia (a) Pinjaman Berkelompok

Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan pinjaman berkelompok yang bermula pada bulan Mac 1979. Perkhidmatan ini diberi kepada bilik-bilik baeaan dan perpustakaan-perpustakaan kecil di bawah pengendalian pertubuhan­pertubuhan, persatuan-persatuan dan institusi-institusi tertentu yang menitikberatkan perkhidmatan kepada orang ramai di kawasan-kawasan yangjauh dan terpeneil dari pusat bandar.

Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk memberi galakan dan sokongan kepada pertubuhan, persatuan dan institusi dalam usaha menyediakan kemudahan membaca dan seterusnya memupuk minat membaea di kalangan masyarakat. Perkhidmatan inijuga dapat menampung koleksi sumber-sumber perpustakaan yang sedia ada di bilik-bilik baeaan dan perpustakaan-perpustakaan keeil yang tidak mempunyai peruntukan buku yang lengkap. Sebanyak 300 naskah buku boleh dipinjam pada tiap-tiap satu masa bagi tempoh 3 bulan. Sebanyak 13 buah sekolah menengah dan 23 buah sekolah menengah eli sekitar Lembah Kelang telah menjadi ahIi bagi pinjaman berkelompok di bawah Program NILAM.

(b) Program Bacaan Kegemaran Saya Program ini telah mendapat kerjasama yang am at baik daripada Kementerian Penelidikan khususnya Bahagian Teknologi Penelidikan untuk mempromosikan program ini kepada pelajar-pelajarprojek NILAM. Seramai 20 orang pelajar program NILAM telah menyertai program ini buat pertama kalinya pada tahun 2002 semasa Bulan Membaea tahun tersebut.

(c) Kem Galak Betia Membaca Kern Galak Belia Membaca bagi tahun 2002 telah diadakan pada 20 September hingga

30

22 September 2002 eli Hutan Rekreasi Ayer Keroh , Melaka. Ia bertujuan untuk menggalakkan belia membaea tidak kira di mana sahaja dan pada bila-bila masa, melahirkan remaja yang peka dengan keperluan maklumat global dan terkini serta mewujudkan golongan belia yang menjadikan budaya membaea sebagai satu gaya hidup. Seramai 150 orang peserta yang berusia di antara 15 hingga 30 tahun telah dipilih bagi menyertai kern ini. Para peserta terdiri dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, labatan Belia dan Sukan Negeri, Majlis Olimpik Malaysia, Maktab dan Politeknik, pengguna perpustakaan dan para pelajar dari 4 buah sekolah terpilih.

Pada tahun ini, Kern Galak Belia Membaea 2003: Siri Latihan Untuk lurulatih akan dilaksanakan pada 18 lulai hingga 22 lulai 2003 dan bertujuan untuk menjelaskan peranan penggalak pembaea tentang kepentingan menggalakkan pembaeaan kepada masyarakat, membolehkan peserta merekabentuk dan melaksana program-program yang sesual kepada masyarakat dan melengkapkan peserta dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan daIam melaksanakan program yang telah diraneangkan. Golongan sasaran adalah golongan belia yang berumur 25 hingga 35 tahun yang terlibat dengan aktiviti pembaeaan di seluruh negara terutamanya dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, labatan Pendidikan Negeri (guru sekolah menengah), Maktab Perguruan, Politeknik dan Pusat Matrikulasi yang berminat. Perpustakaan Negara Malaysia akan bekerjasama dengan Bahagian Sekolah, Kementerian Penelidikan Malaysia untuk mendapatkan penealonan dari negeri-negeri.

(d) Info-Hunt Pertandingan ini mula dilaksanakan pada I lulai sehingga 31 lulai 2002 sempena dengan Bulan Membaea Kebangsaan. la bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa maklumat boleh diperolehi dari pelbagai sumber, untuk membina kemahiran eli kalangan masyarakat supaya lebih kreatif dan eekap dalam penearian maklumat, menggalakkan penggunaan IT ke arah membentuk e-komuniti dan memupuk

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAA PEAPUSTAKAAN elL. 37 /2003

budaya membaca sebagai gaya hidup. Pertandingan ini juga telah diadakan pada bulan Ogos 2002 sebagai salah satu aktiviti sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Perpustakaan Negara Malaysia akan memberi kerjasama kepada Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menganjurkan aktiviti Khemah Membaca Kebangsaan 2003 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2003. Perpustakaan N egara terlibat dalam mengadakan sesi Info-Hunt bagi 200 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah serta guru termasuk 53 orang pelajar NlLAM yang akan diadakan pada 24 Mei 2003 di Perpustakaan Negara Malaysia.

• Perpustakaan Awam Negeri (a) Bookathon

Program ini telah dilaksanakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam N egeri Perak dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kerian. Objektif program ini adalah seperti berikut:

Untuk menyemai minat membaca supaya ia boleh dijadikan gaya hidup untuk diamalkan oleh semua keluarga. Sebagai modul menggalak minat membaca. Menyedarkan kepada masyarakat terutama kepada peserta program bahawa membaca merupakan aktiviti yang sihat dan menyeronokkan. Melalui pendekatan kaunseling berkelompok diharapkan dapat meneroka sebab dan punca kurang minat membaca di kalangan peserta supaya kesedaran ini dapat mengubah persepsi diri.

Kumpulan sasaran program ini adalah terdiri dari pelajar tahap II yang minat membacanya adalah sederhana dari setiap sekolah rendah di daerah Kerian, 2 orang ahIi keluarga yang terdiri dari ayah dan ibu,

31

64 orang guru-guru Pusat Sumber Sekolah Rendah Daerah Kerian dan 44 orang pegawai-pegawai dari PTD, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, JPN serta Ketua-ketua 1abatan peringkat daerah berkaitan.

(b) Program Jejak Maklumat Program ini telah dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis . Ia terdiri dari dua program berasingan yang telah dijalankan secara serentak sempena sambutan Bulan Membaca Kebangsaan 200 I. Program pertama ialah Bengkel 1ejak Maklurnat dan kedua ialah Peraduan 1ejak Maklumat.Bengkel 1ejak Mak lumat bertujuan untuk mendedahkan kepada orang ramai tentang kepentingan maklurnat, melatih para peserta kemahiran menjejak maklumat dan kemah iran menggunakan bahan rujukan serta mendedahkan kepada peserta berkenaan sumber-sumber maklurnat. Antara peserta bengkel ini ialah guru-guru, para pelajar dan wakil-wakil jabatan di seluruh negeri Perl is. Peraduan 1ejak Maklurnat pula adalah terbuka kepada golongan remaja berusia 13 hingga 19 tahun dan golongan dewasa berumur 20 tahun ke atas.

(c) Bookstart Projek ini telah dijalankan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur.la merupakan projek gerakan membaca untuk keluarga dan anak yang berumur I hingga 4 tahun. Keluarga dipilih adalah dari dua kawasan perumahan awam DBKL iaitu kawasan perumahan Awam Gombak Setia dan 1alan 1elatek. Projek ini dijalankan dalam masa satu tahun iaitu dari bulan Ogos 200 I sehingga bulan Ogos 2002. Pada peringkat awal ibubapa akan diberi penerangan mengenai kanak-kanak melalui beberapa siri ceramah dan bengkel sementara anak­anak pula akan diberikan pendedahan awal menggunakan perpustakaan melalui aktiviti­aktiviti di dalam perpustakaan.

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAA PEAPUSTAKAAN elL. 37/ 2003

(d) Read ToMe Projek ini merupakan projek yang telah dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Projek ini merupakan projek untuk melibatkan orang dewasa (ibubapa dan ahli keluarga) serta anak-anak di rumah. Projek ini bertujuan untuk menggalakkan seluruh anggota keluarga berjinak-jinak dengan buku dan bahan­bahan bacaan lain yang dijadikan sebagai salah satu aktiviti keluarga. Pelaksanaan program adalah dalam bentuk bengkel kepada fasilitator yang telah dipilih dan juga peserta-peserta yang terdiri dari ibubapa. Latiban intensif dalam bentuk ceramah dan bengkel telah diadakan meliputi tajuk-tajuk kepentingan membaca, proses membaca, pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran membaca para peringkat kanak-kanak.

(e) Program e-remaja@PKL Program ini merupakan program yang dilaksanakan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur khusus untuk golongan remaja yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun bagi mempelajari bidang IT. la mendedahkan para remaja dengan bengkel-bengkel dan kursus-kursus asas berkaitan teknologi makIumat bagi mewujudkan keseimbangan pengetahuan IT di kalangan remaja yang tidak berkemampuan di Kuala Lumpur. la merupakan salah satu usaha ke arah merapatkan jurang digital di kalangan pelbagai lapisan masyarakat kbususnya golongan remaja. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 52 orang peserta remaja di sekitar Kuala Lumpur.

Perancangan Masa Depan

Perpustakaan Negara Malaysia akan meneruskan usaha ke arab merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat berilmu dengan perancangan program seperti berikut:

• Pangkalan Data Pembacaan dan Literasi Maklumat Malaysia Pembinaan Pangkalan Data Pembacaan dan Literasi MakIumat Malaysia akan dilaksanakan

32

oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama dari Perpustakaan Awam Negeri dan institusi-institusi terlibat. Pangkalan data ini berasaskan laman web dan berbentuk interaktif bagi membolehkan orang ramai memberi atau berkongsi pengalaman dan pendapat bagi tujuan penambahbaikan atau perubahan agar program galakan membaca yang lebih berkesan dapat dijaJankan.

la secara asasnya akan mengandungi maklumat-maklumat berkaitan program atau projek galakan membaca, penerbitan, taburan perpustakaan awam di Malaysia, penggiat pembacaan, kajian, dasar, kalendar aktiviti, persepakatan pintar, glosari dan lain-lain aktiviti yang dijalankan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan-perpustakaan awam dan lain-lain institusi/agensi yang terlibat. Objektif pangkalan data ini ialah:

(a) Untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti pembacaan dan literasi maklumat yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, PerpustakaanAwam Negeri dan lain-lain.

(b) Untuk menggalak orang ramai menyertai aktiviti-aktiviti galakan membaca yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam N egeri dan pihaklain.

(c) Sebagai platform untuk melahirkan penggiat pembacaan yang berminat melakukan aktiviti galakan pembacaan dan literasi makIumat.

(d) Sebagai wadah menjalinkan persepakatan pintar dengan pihak swasta, pertubuhan­pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.

Perpustakaan Negara Malaysia juga bercadang untuk memasukkan maklumat berkaitan program NILAM ke dalam pangkalan data ini supaya masyarakat lebih memahami konsep dan pelaksanaan program NILAM.

• Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia Kedua Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia telah dilaksanakan buat pertama kali pada tahun 1996. la telah dijadikan sebagai salah satu

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAR PERPUSTAKAAN Sll . 37 / 2003

sumber utama dalam mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang boleh membaca dan mengamalkan membaca di samping beberapa maklumat lain yang berkaitan dengan pembacaan. Kini, setelah 7 tahun kajian ini dijalankan dan dengan perkembangan leknologi yang semakin meluas, kajian kedua perlu dijalankan pada tahun 2004 untuk mendapatkan stalistik len tang pembacaan di kalangan rakyal Malaysia yang lerkini selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan kini.

• Peruntukan Tambahan Kajisemula RM8 Bagi memastikan kesinambungan usaha kerajaan dalam mewujudkan masyarakal berilmu dan bermaklumat menjelang tahun 2020, Perpustakaan Negara Malaysia akan memohon peruntukan tambahan di bawah Kajian Semula Peruntukan Pembangunan Rancangan Malaysia ke 8. Ini adalah penting dalam meneruskan pelbagai program gerakan membaca dan literasi maklumat kbasnya di peringkat kebangsaan termasuk program promosi dan publisi bagi memberi kesedaran kepada masyarakal ten tang kepenlingan pembacaan di dalam kebidupan.

Kesimpulan

Adalah menjadi hakikat bahawa melalui pembacaan pelbagai ilmu pengetahuan dan maklumat dapal dicapai. Pengelahuan adalah modal ulama dalam kemajuan ekonorni yang didorong oleh penguasaan dan penjanaan ilmu. Kekukuhan sesebuah negara berganlung kepada keupayaan rakyat untuk mempelajari dan menerapkan ilmu pengetahuan.

Teknologi maklumat dan komunikasi alau ICT berperanan penting sebagai alaI untuk menyimpan, menganalisis dan menyebarkan maklumat. Kemajuan pesat ICT telah meresap dalam hampir kesemua bidang. Oleh itu adalah amat penting bagi rakyat Malaysia mempunyai tahap lilerasi yang baik kbasnya literasi maklumat dan literasi digital.

33

Bibliografi

I. Ab. Rahim Selamat dan Ismail Haji Adnan. Pusat sumber pendidikan negeri, daerah dan seko lah. Kuala Lumpur : Nurin Enterprise, 1990.

2. Adeline Leong and Wong Vui Yin. Creating a reading society in Sabah. Seminar Pembacaan Kebangsaan 20 - 21 , 1994. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1994.

3. Ahmad Bakeri Abu Bakar. An Investigation into the relationship between patterns of governance and public library development in Malaysia. London: University of Winsconsin - Madison, 1988.

4. Books for all : proceedings of the Asean Conference on Books Development, Kuala Lumpur, 13 - 15 August, 1996. Sumangala Pillai (ed.) Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1997.

5. Mariam Abdul Kadir, Dalin & Rosham Abdul Shukor. Literacy in Malaysia : innovation and development to meet vis ion 2020. Sekitar Perpustakaan 24 (1997) 1- 10.

6. Murison, W.J. Thepublic library : its origins, purpose and significance. London : Clive Bingley, 1988.

7. Program Nilam : konsep dan panduan pelaksanaan di sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Teknologi Pendidikan, [199?].

8. Reading motivates the mind : towards a learned society. Proceedings of the national seminar in the promotion of reading habits in Malaysia. Shahar Banun Jaafar and Primalani M. Kukanesan. (eds.) Kuala Lumpur : Perpuslakaan Negara Malaysia, 1995.

9. Shahar Banun Jaafar. Acculturation of information technology through library services: the Malaysia experience. Sekitar Perpustakaan 27 (1998) 17 - 30.

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 10: PERANANDANSUMBANGAN PERPUSTAKAAN NEGARA … · 2016. 3. 30. · sambutan kemerdekaan. la merupakan agenda tahunan di mana pada bulan Julai setiap tahun pelbagai aktiviti Bulan Membaca

SEKITAR PERPUSTAK.AAN Sll . 37 / 2003

10. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Kamaruddin Hj. Husin. Pusat sumber sekolah untuk sekolah rendah dall menengah . Kuala Lumpur : Kumpulan Budirnan, 1997.

II. Snape, Robert. Leisure and the rise of the public library. London : Library Association Publishing, 1995

12. Standards for Public libraries. The Hague, [FLA,1973.

13. The Public library: circumstances and prospects . Rayward, W. Boyd (ed.) Chicago : University of Chicago Press, 1978.

14. The Regional seminar on the promotion of reading habit by Asean libraries . Proceedings .. .. SoekarmanK. .. . eta!. (eds). Jakarta: The Asean Committee on Culture & Information, 1995.

15. Totterdell, Barry and Bird, Jean. The effective library : report and the Hillingdon project on public library effectiveness. London: Library Association, 1976.

16. Towards achieving high perfomance libraries : vision for the future. Proceedings . . .. Norma Balui .. . et a!. (eds.) Kuala Lumpur. Persatuan Perpustakaan Malaysia, 1994.

17. Usherwood, Bon. The Public library as public knowledge. London: The Library Association, 1989.

18. Wan Emelyn Wan MatAli. Promotion of the library and its services : an analytical review. Sekitar Perpustakaan 33 (2002) : 48 - 65.

34

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2003 - Perpustakaan Negara Malaysia