kertas konsep program jejak maklumat · web viewpenyediaan format pemarkahan menjalankan...

13
KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT Peringkat Negeri Melaka 2006 Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Km.9, Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, 75450 Melaka

Upload: vuongbao

Post on 16-Mar-2018

288 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

KERTAS KERJA PELAKSANAAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT

Peringkat Negeri Melaka 2006

Pusat Sumber Pendidikan Negeri MelakaBahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia

Km.9, Jalan Tun Kudu,Bukit Katil, 75450 Melaka

Page 2: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMATKempen Membaca Peringkat Negeri

1. PENGENALAN

Program Jejak Maklumat adalah berbentuk pertandingan yang berkonsepkan ‘Treasure Hunt’ atau ‘Explore Race’. Pertandingan ini adalah berasaskan pembacaan yang mencabar minda dan kreativiti setiap murid bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bahan bacaan. Pertandingan ini turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

2. OBJEKTIF

Objektif Pertandingan Jejak Maklumat adalah seperti berikut:

2.1 Memberi pendedahan dan kemahiran murid-murid dalam pencarian maklumat dengan menggunakan koleksi yang terdapat di Pusat Sumber Sekolah khususnya dan sumber ilmu lain amnya.

2.2 Mendekatkan murid- murid dengan perpustakaan serta menjadikan kunjungan ke perpustakaan satu rutin sebagai asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.

2.3 Menyedarkan murid-murid tentang kepentingan perpustakaan dalam proses pembelajaran.

2.4 Merangsang rasa ingin tahu bagi mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu.

3.0 KAEDAH

3.1 Program Jejak Maklumat akan bermula dengan mesyuarat, pembinaan soalan dan program tinjauan lokasi di sekolah yang terpilih Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan termasuk:-

i) Taklimat dan membangunan soalan untuk klu segmen-segmen dan klu utama oleh Jawatan Kuasa Permufakatan GPM Sekolah Menengah dan Rendah.

ii) Penyediaan format pemarkahaniii) Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari.

3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan Melaka akan menyempurnakan Majlis Penutup Program Jejak Maklumat.

3.3. Tarikh yang dicadangkan untuk Program ini ialah pada 7 dan 8November 2006. Sekolah yang dicadangkan untuk menerima Program Jejak Maklumat adalah :

2

Page 3: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

i) SMK Seri Mahkota (7 November 2006)ii) SK Durian Tunggal (8 November 2006)

3.4Seramai 96 orang peserta dari sekolah yang terpilih seperti berikut: i) 16 Sekolah Menengah dari ahli PKG Melaka

16 SMK x 3 pelajar = 48 orang ii) 16 Sekolah Rendah dari ahli PKG Melaka 16 SR x 3 pelajar = 48 orang

Jumlah = 96 orang

3.5Di samping itu, terdapat beberapa pegawai lain yang turut terlibat dalam menjayakan program khidmat bantu ini. Perincian pegawai yang terlibat terdiri daripada:

i) Pegawai BTP dan JPM = 10 orang

ii) Pegawai PSPN Melaka = 20 orang

iii) Pegawai PKG, PSPN Melaka = 16 orang

iv) GPM Sekolah (Guru Pengiring) = 32 orang

iv) Pengetua / Guru Besar dan guru sekolah = 26 orang

Jumlah = 104 orang

4.0 PELAKSANAAN

Pelaksanaan pertandingan Jejak Maklumat adalah seperti berikut:

4.1 Sebanyak 32 kumpulan ( 16 SM dan 16 SR) yang mengandungi 3 orang akan dipilih bagi menyertai pertandingan yang mencabar ini.

4.2 Setiap kumpulan akan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan yang memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (checkpoint) ke satu perhentian untuk mendapatkan klu utama dan klu segmen. Klu utama perlu dikumpulkan dan klu segmen perlu diselesaikan di setiap perhentian.

4.3 Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan tersebut bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi halangan tersebut.

4.4 Kumpulan pertama dapat menyelesaikan klu utama adalah johan pertandingan ini. Bagi memenangi pertandingan ini peserta memerlukan pembacaan, persediaan, ketahanan dan strategi yang terancang.

4.5 Terdapat lima (5) perhentian yang meliputi lima (5) segmen yang perlu dilalui oleh para peserta secara individu dan berkumpulan. Segmen yang dicadangkan adalah seperti berikut:

3

Page 4: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

i) Perhentian Pertama: Segmen Ketahanan Fizikal (Individu)Segmen Ketahanan Fizikal memerlukan peserta secara individu menempuh halangan-halangan secara fizikal yang telah ditetapkan.

Contoh Halangan:Peserta perlu menempuh halangan fizikal seperti lari berhalangan yang telah ditetapkan.

ii) Perhentian Kedua: Segmen Isu Semasa (Individu)Segmen Isu Semasa memerlukan peserta secara individu mempunyai pengetahuan mengenai isu-isu semasa dalam negara dan luar Negara

Contoh Halangan:Peserta perlu mendapatkan keratin akhbar beserta rujukan tentang isu semasa yang diperlukan.

iii) Perhentian Ketiga:Segmen Pemikiran Kreatif (individu atau berkumpulan)Segmen Pemikiran Kreatif memerlukan peserta secara individu atau berkumpulan menyelesaikan masalah dalam bentuk puzzle.

Contoh Halangan:Peserta perlu mencantumkan semula gambar dalam bentuk jigsaw puzzle.

iv) Perhentian Keempat: Segmen Uji Minda (bekumpulan)Segmen Uji Minda memerlukan peserta secara berkumpulan menyelesaikan Teka Silangkata (Cross word Puzzle) / Cari Perkataan (Word Maze) ( Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) yang telah ditetapkan.

v) Perhentian Kelima: segmen Pembacaan (berkumpulan)Merupakan segmen utama pertandingan ini di mana para peserta secara berkumpulan akan menyelesaikan kesemua klu utama yang telah dikumpul. Klu utama tersebut melibatkan bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.

Contoh Halangan:Peserta perlu mendapatkan maklumat atau jawapan seperti makna perkataan dan lain-lain melalui bahan-bahan di Pusat Sumber Sekolah.

4.6 Bagi segmen individu, ketiga-tiga peserta perlu berbincang bagi memastikan siapakah di antara mereka yang mempunyai kemahiran untuk melepasi halangan di perhentian pertama, kedua atau ketiga. Ini kerana setiap peserta secara individu boleh menyelesaikan halangan segmen di perhentian pertama, kedua atau ketiga SEKALI sahaja ( setiap kumpulan mempunyai 3 orang peserta).

4.7 Manakala bagi segmen berkumpulan, ketiga-tiga orang peserta perlu bekerjasama untuk menyelesaikan halangan segmen di perhentian keempat dan kelima.

4.8 Secara ringkas pergerakan peserta adalah seperti berikut.

i) Semua peserta secara berkumpulan akan bermula di perhentian (check point) pertama bagi menerima 2 sampul surat yang mengandungi klu utama dan klu segmen. Klu utama tidak boleh dibuka dan perlu dikumpulkan sehingga ke

4

Page 5: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

perhentian kelima. Manakala klu segmen perlu dibuka dan diselesaikan untuk mendapat mata.

ii) Setiap kumpulan perlu menyelesaikan klu segmen dengan melalui pelbagai halangan sama ada secara individu atau berkumpulan dari satu perhentian ke satu perhentian bagi mendapatkan 5 klu utama di mana sebanyak 2 klu utama akan diberikan di perhentian keempat.

iii) Kelima-lima klu utama tersebut hanya boleh dibuka di perhentian kelima iaitu di Pusat Sumber Sekolah di mana setiap kumpulan perlu menyelesaikan kesemua klu tersebut dengan menggunakan bahan-bahan di pusat Sumber Sekolah tersebut.

5.0 KRITERIA

Kriteria Pemilihan Sekolah :

i) Sekolah yang mempunyai tahap PSS yang baik dan cemerlang ii) GPM Sekolah yang pro-aktif dan berwibawa iii) Sekolah yang telah dapat menajlankan Program NILAM yang

menggalakkan.

6.0 SASARAN

Pertandingan Jejak Maklumat mensasarkan golongan peserta iaitu:

5.1 Murid sekolah rendah tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6 )

5.2 Murid sekolah menengah ( Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 )

5

Page 6: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM JEJAK MAKLUMAT SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA 2006.

A. JK PROJEK KHIDMAT BANTU NEGERI MELAKA 2006

Penaung : YBhg. Dato’ Yusoff bin HarunPengarah,Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Penasihat : Pn. Azizah. bt. Abd. GaniPengarah Pelajaran Melaka

: En. Zulkiflee bin Mohd SaidPemangku Pengarah PERPUSTAM

Pengerusi : Tn. Hj. Mohd. Nor b. Hj. AbuKetua Penolong Pengarah, PSPN

Naib Pengerusi En. Rahmat b. Md. NorPenolong Pengarah, PSPN

Tn. Hj. Amir b. BasarPenolong Pengarah, PSPN

Setiausaha : Cik Halimah bt Hj. JantanPenolong Pengarah, PSPN

Pen. Setiausaha 1 En. Mohd. Kalip b. Md. TapPegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Pen. Setiausaha 1 En. Hanafiah bin Othman Pegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Bendahari: Tn. Haji Khalib bin TakimPegawai Teknologi Pendidikan, PSPN Melaka

Ahli Jawatankuasa

1. Pn. Hjh Maimon binti Subuh - Pengetua, SMK Seri Mahkota 2. En. Abu Bakar bin Hj. Tamam - Guru Besar SK Durian Tunggal3. Ketua Unit Bahasa4. PPD Melaka Tengah 5. PPD Alor Gajah 6. PPD Jasin 7. En. Mustafar Kamal b. Abu Bakar - PTP PKG M. Tanah8. En. Mohd Kamarudin bin Kasim - PTP PKG Ayer Molek

6

Page 7: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

9. En. Sulaiman bin Abd. Rahim - PTP PKG Jasin10. Pn. Zalina binti Kamis - GPM SMK Seri Mahkota11. Pn. Salmah binti Md. Ali - GPM SMK Rahmat12. Pn. Samsiah binti Yusoff - GPM SMK Telok Mas13. Pn. Salina binti Abdul Aziz - GPM SK Durian Tunggal14. Pn. Zanariah binti Ali - GPM SK Jasin15. En. Abd. Azizi bin Mohd Din - GPM SK Kg. Gelam16. Cik Adnida Diah binti Jaffar - Perpustam

B. JK KERJA PROJEK KHIDMAT BANTU NEGERI MELAKA 2006

Penaung : Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

Penasihat : Ketua Penolong Pengarah Pusat Sumber Pendidikan Negeri Melaka

Pengerusi : Cik Halimah binti Jantan PP PSPN Melaka

Naib Pengerusi: Pengetua SMK Seri Mahkota

Urus setia : Pn. Zalina binti Kamis - GPM SMK Seri Mahkota En. Hanafiah bin Othman - PSPN Melaka

Cik Adnida Diah binti Jaffar - PERPUSTAM

JAWATANKUASA

Jawatankuasa Tempat dan Peralatan:1. En. Salleh bin Lempah - SMK Seri Mahkota2. En. Mohd Kalip bin Md. Tap - PSPN Melaka

Jawatankuasa Pengadil1. En. Sulaiman bin Abd. Rahim (K) - PKG Jasin2 Semua PTP PKG Negeri Melaka

Jawatankuasa Siaraya dan Dokumentasi1. En. Rahmat bin Md. Nor (K) - PP PSPN Melaka

Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata1. Pn. Normah binti Hashim (K) - PSPN Melaka

Jawatankuasa Jamuan1. Tn. Hj. Khalib bin Takim (K) - PSPN Melaka2. Pn. Norafidah binti Abdullah - SMK Seri Mahkota3. Pn. Zaimah binti Sayuti - SMK Seri Mahkota

Jawatankuasa Keselamatan1. En. Azman bin Shafie (K) - SMK Seri Mahkota2. Kadet Polis SMK Seri Mahkota.

7

Page 8: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

8.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM JEJAK MAKLUMAT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2006

BIL PERKARA TINDAKAN TARIKH STATUS TINDAKANa Perbincangan dengan KPP

PSPN MelakaPP UPSP 6 Oktober 2006

b Menaip Surat ke sekolah terlibat

SETIAUSAHA PROGRAM

6 Oktober 2006

c Surat panggilan JK Pembina Soalan dan Format Markah

S/USAHA PROGRAM

6 Oktober 2006 11 Oktober di SKDT 16 Oktober 2006 diSMKSM

d Mengedarkan surat-menyurat yang berkaitan Menghubungi GPM terlibat.

PTP UPSP 9 OKTOBER 2006

e Perjumpaan dengan Guru Besar dan Pengetua Sekolah yang terlibat

PP UPSP 10 OKTOBER 2006

f Menjalankan Bengkel Pembinaan SoalanPerbincangan Konsep Pemarkahan di SKDT

PP UPSPTOT Program

11 OKTOBER 2006

Lawatan ke tapak program

g Menjalankan Bengkel Pembinaan SoalanPerbincangan Konsep Pemarkahan di SMKSM

PP UPSPTOT Program

16 OKTOBER 2006

Lawatan ke tapak program

h Taklimat Program Jejak Maklumat Pegawai / Pengadil

TOT Program 6 NOVEMBER 2006

i Program Jejak Maklumat berlangsung di SMKSM

TOT Program 7 NOVEMBER 2006

j Program Jejak Maklumat berlangsung di SKDT

TOT Program 8 NOVEMBER 2006

8

Page 9: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

9. CARTA ALIRAN AKTIVITI JEJAK MAKLUMAT

9

TERIMA 1. KLU SEGMEN 2. KLU UTAMA

TERIMA1. KLU SEGMEN2. KLU UTAMA

1. SEGMEN KETAHANAN FIZIKAL

2. SEGMEN ISU SEMASA

3. SEGMEN PEMIKIRAN KREATIF

TERIMA 1. KLU SEGMEN 2. KLU UTAMA

4. SEGMEN UJI MINDA

TERIMA 1. KLU SEGMEN 2. KLU UTAMA

5. SEGMEN PEMBACAAN1. JAWAP KLU UTAMA2. LAPORAN

Page 10: KERTAS KONSEP PROGRAM JEJAK MAKLUMAT · Web viewPenyediaan format pemarkahan Menjalankan Program Jejak Maklumat 2 hari. 3.2 Yg Bhg. Ketua Penolong Pengarah, Pusat Sumber Pendidikan

* STATUS LAPORAN PELAKSANAAN PSPN MELAKA - DALAM PROSES PELAKSANAAN YANG AKAN DIADAKAN PADA :

a. 07 NOVEMBER 2006 DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAHb. 08 NOVEMBER 2006 DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

10