kertas konsep pelaksanaan kbat negeri

6
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN KURSUS PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SAINS BAGI PENGETUA DAN KETUA PANITIA SAINS _________________________________________________________________ _____________ 1. TAJUK Pelaksanaan kursus Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Sains bagi Pengetua dan Ketua Panitia Sains 2. LATAR BELAKANG 2.1 Laporan Awal Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mendapati bahawa prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA telah menurun secara ketara. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat mengambil langkah menangani isu tersebut. Satu jawatankuasa petugas Higher Order Thinking Skills in Science and Mathematics (HOTsSM) yang diurus setia oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan pelaksanaan tindakan untuk meningkatkan pencapaian prestasi Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran TIMSS dan PISA. 2.2 Pada peringkat kebangsaan SEAMEO RECSAM telah melaksanakan Program Penerapan Kemahiran Berfikir

Upload: devaki-subramaniam

Post on 14-Dec-2015

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nm

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Konsep Pelaksanaan KBAT Negeri

KERTAS KONSEP

PELAKSANAAN KURSUS PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM PENGAJARAN SAINS BAGI PENGETUA DAN KETUA PANITIA

SAINS ______________________________________________________________________________

1. TAJUK

Pelaksanaan kursus Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Sains bagi Pengetua dan Ketua Panitia Sains

2. LATAR BELAKANG2.1 Laporan Awal Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

telah mendapati bahawa prestasi Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dan PISA telah menurun secara ketara. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang giat mengambil langkah menangani isu tersebut. Satu jawatankuasa petugas Higher Order Thinking Skills in Science and Mathematics (HOTsSM) yang diurus setia oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan pelaksanaan tindakan untuk meningkatkan pencapaian prestasi Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran TIMSS dan PISA.

2.2 Pada peringkat kebangsaan SEAMEO RECSAM telah melaksanakan Program Penerapan Kemahiran Berfikir Beraras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Sains pada 2 – 20 September 2013.

2.3 Bagi pelaksanaan Program Penerapan Kemahiran Berfikir Beraras Tinggi (KBAT) dalam Pengajaran Sains di peringkat negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya untuk Pengetua dan Ketua Panitia setiap sekolah.

Page 2: Kertas Konsep Pelaksanaan KBAT Negeri

3. ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Di Malaysia, percubaan yang lebih eksplisit untuk mengajar kemahiran-kemahiran pemikiran di sekolah telah bermula pada tahun 1993 dan di maktab-maktab perguruan pada tahun 1994. Namun, sehingga sekarang terdapat kajian yang menunjukkan bahawa tahap kemahiran pemikiran pelajar-pelajar tidak ada pada tahap yang diihasratkan. Prestasi Malaysia dalam TIMSS menunjukkan penurunan antara tahun 1999 dan tahun 2007. Keputusan PISA 2009+ juga menunjukkan pretasi yang kurang memerangsangkan iaitu Malaysia berada dalam kelompok sepertiga terbawah, serta lebih rendah daripada purata antarabangsa dan OECD. Keputusan TIMSS 2007 dan PISA 2009+ telah menunjukkan bahawa sebilangan besar pelajar kita tidak dapat membuat interpretasi maklumat yang lebih kompleks dan gagal menunjukkan keupayaan berfikir bagi mengenal pasti strategi penyelesaian yang sesuai serta mempamerkan proses kognitif aras tinggi dalam penyampaian keputusan.

3.2 Guru-guru pada umumnya memahami kepentingan mengajar kemahiran-kemahiran pemikiran berfikir aras tinggi kepada pelajar-pelajar. Namun, mereka menghadapi pelbagai masalah dan mendapati agak sukar melaksanakan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kelas. Antara kegagalan menerapkan kemahiran pemikiran aras tinggi di kalangan guru-guru mungkin disebabkan kelemahan dalam penguasaan teori-teori dan konsep-konsep asas yang berkaitan dengan kemahiran berfikir. Ramai guru juga kurang pengetahuan dan pengalaman berkenaan dengan pelbagai pendekatan, strategi, teknik dan alatan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi. Guru-guru perlu dilatih dan diberi pengetahuan serta pengalaman menerapkan kemahiran pemikiran aras tinggi oleh golongan fasilitator yang berkebolehan serta berpengalaman.

3.3 Bagi memastikan semua guru sains mendapat pendedahan penerapan KBAT dan melaksanakannya dalam pengajaran dan pembelajaran, pihak Jabatan Pendidikan Negeri perlu mengadakan program ini di peringkat negeri masing-masing.

Page 3: Kertas Konsep Pelaksanaan KBAT Negeri

4. OBJEKTIF KURSUS

Secara umum, kursus ini bertujuan meningkatkan kompetensi para pendidik sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains menggunakan pemikiran beraras tinggi. Objektif kursus termasuk:

a. memahami maksud dan konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), falsafah dan teori-teori asas KBAT

b. meningkatkan kemahiran KBAT melalui pemahaman prinsip-prinsip berkaitan dengan KBAT, meningkatan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah kontemporari bagi sains,

c. menambah dan meluaskan informasi/pengetahuan tentang pedagogi pengajaran sains serta kaedah pentaksiran yang mengambil kira KBAT,

d. mempraktikkan pemikiran sains yang dapat memupuk kreativiti, pemikiran kritis dan pemikiran inkuiri, dan

e. memahami objektif pentaksiran Lembaga Peperiksaan, TIMSS dan PISA dan mengaitkannya kepada kurikulum dan amalan kelas

5. MEKANISME LATIHAN

Mekanisme latihan yang dicadang adalah berbentuk “cascade” dengan bantuan sokongan dan pemantauan yang rapi.

5.1 Kumpulan pertama terdiri daripada Pengetua di seluruh negeri yang akan diberi pendedahan tentang Program KBAT selama tiga hari. Selepas mendapat pendedahan, Pengetua diharapkan memberi sokongan dan memastikan program KBAT Sains dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing.

5.2 Kumpulan kedua yang terdiri daripada ketua panitia mata pelajaran Sains akan diberi latihan selama lima hari. Ketua panitia akan mengadakan latihan dalaman selama lima hari di peringkat sekolah dan memberi sokongan kepada guru-guru sains di sekolah masing-masing.

5.3 Kedua-dua kumpulan akan dilatih oleh jurulatih utama. 5.4 Pengetua bersama dengan ketua panitia akan memantau pelaksanaan Program

KBAT di peringkat sekolah.

Page 4: Kertas Konsep Pelaksanaan KBAT Negeri

6. Metodologi Latihan

6.1 Metodologi latihan untuk kursus lima hari meliputi kuliah, bengkel, kerja projek dan pembentangan.

6.2 Untuk kursus tiga hari, Pengetua akan didedahkan dengan transformasi pentaksiran oleh Lembaga Peperiksaan dan yang berorientasi TIMSS dan PISA. Pedagogi penerapan KBAT secara umum juga akan dibincangkan.

6.3 Untuk kursus lima hari, oleh kerana ketua panitia akan terlibat secara langsung dengan latihan guru-guru di sekolah, penghayatan yang lebih terperinci dicadangkan dengan memberikan masa yang lebih untuk ”Theory into Practice” di mana peserta berpeluang menyediakan bahan pengajaran dan item pentaksiran KBAT.

6.4 Butir-butir aktiviti dan strategi yang digunakan di dalam kursus diisenaraikan dengan lengkap di dalam kandungan kursus (Lampiran A)

7. Tenaga Pengajar

Jurulatih Utama

8. Kumpulan Sasaran

Kumpulan 1: Pengetua

Kumpulan 2: Ketua panitia mata pelajaran sains

9. Tempat Kursus

Akan ditentukan oleh JPN

10. Tarikh/Tempoh Kursus

10.1 Kursus lima hari diadakan sekali bagi setiap kumpulan ketua panitia

Cadangan tarikh tentatif untuk 2013: 14 – 18 Oktober atau 13 – 17 Oktober 2013

10.2 Kursus tiga hari diadakan sekali bagi setiap kumpulan Pengetua

Cadangan tarikh tentatif untuk 2013: 14 – 16 Oktober 2013

Dicadangkan pemantauan oleh Nazir, JPN, PPD dan Pengetua dijalankan secara berkala bagi menjamin pelaksanaan Program KBAT berterusan di peringkat sekolah.

Page 5: Kertas Konsep Pelaksanaan KBAT Negeri

11. Pensijilan

Peserta akan dianugerahkan sijil oleh Jabatan Pendidikan Negeri

12. Urus Setia

BPG, JPN dan PPD

13. Kewangan

Peruntukan kewangan disediakan oleh BPG yang disalurkan ke JPN.

Disediakan oleh:JPNSeptember 2013