kertas konsep bicara irama

Upload: yahoobijak

Post on 08-Mar-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syarat bicara irama sekolah rendah

TRANSCRIPT

KERTAS KONSEP BICARA BERIRAMA SEKOLAH RENDAHKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 PENDAHULUAN

Bicara Berirama diperkenalkan sebagai satu pertandingan atau persembahan bahasa puisi/prosa dalam bentuk berkumpulan. Pasukan akan membentuk satu paduan suara tematik yang menghayati hasrat atau tema untuk diperdengarkan kepada audiens. Kesepaduan dan keseragaman bersuara ini akan dikawal oleh seorang peserta yang bertindak sebagai konduktor.

Aktiviti ini melibatkan pelbagai bentuk suara individu yang disatukan untuk menyampaikan mesej pasukan atau kumpulan. Dalam kumpulan/pasukan itu akan ditonjolkan pelbagai intonasi suara seperti suara-suara halus dan garau, lembut dan kasar, lelaki atau perempuan, seruan dan laungan yang nyaring serta berbagai-bagai lagi. Suara individu boleh digunakan sebagai suara solo.

2.0PENGENALAN

Bicara Berirama adalah pertandingan yang dianjurkan oleh Sub Unit Bahasa Melayu, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan pertandingan ini akan dapat menggalakkan dan meningkatkan penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu Baku dan bahasa Melayu yang indah dalam kalangan murid-murid sekolah menengah khasnya.

3.0SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Sasaran Pertandingan ini terbuka untuk murid Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga 6 sahaja). Setiap kumpulan/pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

3.2 Masa Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

3.3 KumpulanSetiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 30 orang termasuk seorang konduktor). Setiap kumpulan/pasukan mestilah diiringi oleh 3 orang guru pengiring.

3.4 Teks/Skrip3.4.1. Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa yang dikarang/reka sendiri dan autentik. 3.4.2. Skrip yang dikarang/reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang. 3.4.3. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur dalam lima salinan selewat-lewatnya seminggu sebelum pertandingan.3.4.4. Markah kreativiti dinilai berdasarkan persembahan fizikal buku skrip dan isi kandungannya.3.4.5. Skrip yang dikarang/reka hendaklah mempunyai sinopsis, kerangka cerita, segmen dan nombor mengikut ujaran.3.4.6. Setiap pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan bertulis semasa membuat persembahan.

3.5 Pakaian Semua peserta diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah (pakaian pengawas/pengawas pusat sumber/uniform asrama dibenarkan). Hanya konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih.

3.6 AlatanPenggunaan mikrofon adalah dibenarkan. Mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada peserta.

3.7 SokonganSebarang alatan/sokongan seperti lakonan, berdrama, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak dibenarkan. Nyanyian hanya dibenarkan tidak melebihi 3 minit sepanjang persembahan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada segmen permulaan dan penutup persembahan tetapi tiada sebarang markah diberi.

3.8 PentasSusunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris. Pergerakan setempat sahaja dibenarkan.

4.0 LARANGAN

Peniruan bunyi dan suara dibenarkan tetapi tidak menyentuh sensitiviti kaum, agama dan budaya masyarakat Malaysia secara langsung.

5.0 KRITERIA PENGHAKIMAN5.1 Persembahan Ujaran (30 markah)Idea cerita (idea berdasarkan isu semasa menjadi keutamaan), kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai.

5.2 Keseragaman persembahan (15 markah) Formasi/gerakan badan berbentuk objek seperti bulatan, segi empat dan sebagainya serta pergerakan setempat.

5.3 Kreativiti (10 markah)Kesesuaian kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang bermakna serta rakaman muzik minus one yang sesuai.

5.4 Kesan bunyi (5 markah)Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki dan lain-lain lagi.

5.5 Penghayatan (10 markah)Ekspresi mimik muka (tanpa bantuan alat solek) dan bahasa tubuh.

5.6 Tempo dan ritma (10 markah)Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara segmen, ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA RAMAI 5.7 Konduktor (20 markah)Keselarasan gerak tangan, mimik muka, bahasa badan yang bersopan, tempo dan kepimpinan.

5.8 Penalti (tolak 10 markah)Sekiranya menyentuh isi-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan.

5.9 Skrip

5.9.1 Gagasan idea/Tema/Mesej (10 markah)Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai kehendak audiens.

5.9.2 Bahasa (40 markah)Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan. Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

5.9.3 Cerita (30 markah)Ada kesinambungan cerita. Jalan cerita jelas dan menampakkan keaslian.. Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas dan difahami

5.9.4 Watak (10 markah)Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI. Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran.

5.9.5 Kreativiti (5 markah)Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita,menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak dan sesuai dengan tema.

5.9.6 Markah Bonus (5 markah) Menyediakan sinopsis.

6.0KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

7.0HAL-HAL LAIN Pertandingan akan dijalankan menerusi sistem juri. Pemarkahan persembahan dan skrip dua kategori berbeza dan tidak boleh dicampurkan untuk menentukan pemenang. Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat pertandingan pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan keputusan adalah muktamad.

9.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia.