kertas kerjasx.doc

22
KERTAS KERJA PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS,KUANTAN TAHUN 2015 TARIKH 3,4 dan 5 April 2015 TEMPAT TAMAN PERTANIAN KUANTAN 1

Upload: insan-kelana

Post on 21-Dec-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perkhemahan bersepadu

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJAsx.doc

KERTAS KERJA

PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU

UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS,KUANTAN

TAHUN 2015

TARIKH

3,4 dan 5 April 2015

TEMPAT

TAMAN PERTANIAN KUANTAN

1

Page 2: KERTAS KERJAsx.doc

PROGRAM PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SK. SAINT THOMAS,KUANTAN 2015

1. Rasional

Aktiviti perkhemahan adalah di antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara “hands on” dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong menolong berdisplin, dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing, di samping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu, secara langsung atau tidak, akan mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, efektif, dan psikomotor masing-masing. Misalnya, dengan menjalani aktiviti merentas atau meredah hutan (jungle tracking),para peserta bukan sahaja mendapat pengetahuan tambahan mengenai fauna dan flora yang membina ekosistem hutan, tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran-kemahiran kreatif yang berkaitan dengan ikhtiar hidup dalam keadaan yang kritikal dan terdesak serta mencabar.

2. Matlamat

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing khususnya dari

2

Page 3: KERTAS KERJAsx.doc

segi kepimpinan, dan kreativiti, di samping memperkukuhkan disiplin kendiri, semangat bekerjasama, dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.

Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, adalah dihasratkan agar para peserta memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan alam sekitar, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya juang yang tinggi, menghargai dan mencintai nilai-nilai budaya warisan bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.

3. Objektif

3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.3.2 Membentuk sahsiah dan disiplin diri di kalangan pelajar.3.3 Membentuk semangat berkerjasama, kepimpinan dan berdikari3.4 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.3.5 Membentuk jati diri dan menanamkan sifat keyakinan pada diri melalui aktiviti-

aktiviti yang di jalankan.3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti.

4. Tema

“Pelajar Cergas, Pelajar Cerdas”.

5. Konsep pelaksanaan

Perkhemahan akan dilaksanakan berasaskan konsep “pembelajaran melalui aktiviti”. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah dirangka dengan menggabungkan unsur-unsur berikut:5.1 Pemupukan semangat berkerjasama dan berpasukan.5.2 Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi.5.3 Pemantapan dan pengukuhan disiplin kendiri dan berpasukan.5.4 Pembinaan daya saing dan daya juang.

3

Page 4: KERTAS KERJAsx.doc

5.5 Penyemaian ciri-ciri kepimpinan.5.6 Penerapan nilai-nilai murni kemanusiaan dari segi jasmani intelek rohani emosi

dan sosial. 5.7 Penggayaan kemahiran manipulative dalam konteks memanfaatkan bahan-

bahan dari sumber semulajadi secara optimum.5.8 Pemupukan perasaan sukakan alam flora dan fauna.

6. Kumpulan sasar

Seramai 100 orang murid terdiri daripada tahun 4, 5 dan 6

7. Tarikh dan masa pelaksanaan

3,4 dan 5 April 2015 (Jumaat ,Sabtu dan Ahad)

8. Tempat

Taman Pertanian Kuantan.

4

Page 5: KERTAS KERJAsx.doc

9. Anggaran perbelanjaan

5

PERKARA

1.PENERIMAAN

a) Kutipan peserta RM 45 X 50 b) Bajet kokurikulum

RM 2,250RM 1,875

JUMLAH RM 4125

2.PEMBAYARAN

1.Sewaana) Penginapan peserta RM 5 x 50 (orang)b) Kabin (penginapan guru) RM 40 x 2 hari x 2 unit

c) 4 Aktiviti i. Flying fox = RM 7 x 50

ii. Jungle tracking = RM 5 x 50iii. Solo Walk = RM 5 x 50iv. Water convident = RM 5 x 50

d) Permit aktiviti (1 kumpulan) = RM 200 e) Jurulatih (kem komandan)f) Jurulatih (latihan kecemasan)

2. Makanan dan minuman RM 18 x 2 hari x 50 (orang)

3. Hadiah i. Malam kebudayaan -3 hadiah

Tempat pertama = RM 25 Tempat kedua = RM 20 Tempat ketiga = RM 20

ii. Peserta terbaik -1 hadiah RM 20)

iii. Perasmi =RM 80

4. Luar jangka

RM 250RM 160

RM 350RM 250RM 250RM 250

RM 200RM 200RM 200

RM 1800

RM 85

RM 80

RM 50

JUMLAH RM 4125

Page 6: KERTAS KERJAsx.doc

10. Cadangan aktiviti

1) Ais breaking2) Aktiviti air3) Malam kebudayaan4) Senaman5) Amalan kerohanian/Bina Insan6) Flying fox7) Latihan kecemasan8) Jungle trekking9) Burung hantu

*Tertakluk pada perubahan

6

Page 7: KERTAS KERJAsx.doc

7

Page 8: KERTAS KERJAsx.doc

JAWATANKUASA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM SK. SAINT THOMAS, KUANTAN 2015

PENGERUSI : Dato Haji Mohamed Sabri b. Mohd Arsad.TIMB. PENGERUSI : Encik Kamaruddin b. Mat AliNAIB PENGERUSI Puan Halimaton bt. Ariffin

Encik Muzalmi bin Shamsi

SETIAUSAHA :Encik Mohamad Famir b. Zakaria BENDAHARI :Puan. Norahiza bt. ZaidKEM KOMANDAN :Encik Azman b. Mat YasinTIMB. KEM KOMANDAN :Encik Norhisham b. Kamaluddin

8

URUSETIA 1. En. Wan Azeman b. Wan Muhammad 2. En. Khairul Effendi b. Abdullah3. En. Baderishan b. Kasim4. En. Mohd Nazir b. Awang Hamat

PENDAFTARAN PESERTA1. Pn.. Sushila Kaur

2. Pn. Rozita bt. Ismail 3. Pn. Anna Thong

JURU ACARA1. Pn. Rohana bt Abd Jalil

BROSUR DAN DOKUMENTASI1. Pn. Zuraidah bt Mohd Yatim Hassan2. En. Sheikh Mustaqim b. Sikh Nawawi

3.HADIAH DAN CENDERAMATA1. Pn. Najiba bt. Abd Ghani2. Pn. Wan Suzi bt Wan Mohd Zawil Abidin

KECEMASAN DAN RAWATAN MURID1. En. Khairul Effendi

2. En. Baderishan b. Kasim

MAKANAN /MINUMAN PESERTA1. Pn. Norliza bt. Md. Noor 2. Pn. Azrina bt Othman3. Pn. Wan Rasyidah bt Wan Sulong 4. Pn. Rozaini bt. Che Kob

ALATAN 1. En. Mohamad Famir b. Zakaria2. En. Norhisham b. Kamaluddin

BINA INSAN1. En. Mohd Nazir b. Awang Hamat2. En. Mohd Famir b. Zakaria 3. En. Sheikh Mustaqim b. Sikh Nawawi4. Pn. Sushila Kaur (murid moral)5. Pn. Anna Thong (murid moral)

FOTOGRAFI DAN SIARAYA

1. En. Wan Roslan b. Wan Seman

2. En. Mohd Nazir b. Awang Hamat

3. En. Rozlan b. Nasir

Page 9: KERTAS KERJAsx.doc

PENYELARAS AKTIVITI

9

ICE BREAKING 1. En. Juraimi b. Mohamad (k)2. Pn. Mona a/p Manoharan3. En. Norhisham b. kamaluddin4. Pn. Noorainshah bt. Mohd Hashim

SENAMAN PAGI/SUKAN1. En. Wan Azeman b. Wan Muhammad 2. En. Rozlan b. Nasir

LATIHAN KECEMASAN1. En. Norhisham b. Kamaluddin 2. En. Mohamad Famir b. Zakaria 3. Pn. Rohana bt Abd Jalil

JUNGLE TREKKING1. En. Nazir bin Awang Hamat 2. En. Shikh Mustaqim b. Sikh Nawawi

FLIYING FOX /AKTIVITI AIR1. En. Baderishan b. Kasim2. En. Khairul Effendi b. Abdullah

3. Pn. Mona a/p Manoharan

4. Pn. Noorainshah bt. Mohd Hashim

BURUNG HANTU 1. En. Wan Roslan b. Wan Seman2. En. Samsul Anuar b. Mat Saat

KAWAD KAKI /LAUNGAN AGUNG PENGAKAP1. En. Azman b. Mat Yasin 2. En. Juraimi b. Mohamad

LATIHAN PERSEMBAHAN MURID (FASILITATOR)1. Pn. Norzaihan bt Zakaria (kumpulan 1)2. Pn. Noraini bt. Talib (kumpulan 2)3. Pn. Norabidah bt. Mohd Hatar (kumpulan 3)4. Pn. Norahiza bt. Zaid (kumpulan 4)5. Pn. Roselin bt. Abd Latif (kumpulan 5)

MALAM KEBUDAYAAN/PENGHAKIMAN1. Pn. Rozita bt. Ismail 2. En. Kamaruddin b. Ali3. En. Muzalmi b. Shamsi4. En. Baderishan b. Kasim (pengacara)

GOTONG ROYONG

1. En. Samsul Anuar b. Mat Saat2. Pn. Wan Suzi bt Wan Mohd Zawil Abidin 3. Pn. Azrina bt Othman4. Pn. Rozaini bt. Che Kob

5. Pn. Norliza bt. Md. Noor 6. Pn. Wan Rasyidah bt Wan Sulong

MAJLIS PENUTUP1. Semua guru 2. jawatankuasa hadiah, juru acara dan brosur

BERMALAM DITAPAK PERKHEMAHAN

MALAM SABTU 1. En. Norhisham b. Kamaluddin 2. En. Wan Azeman b. Wan Muhamad 3. En. Mohamad Famir b.Zakaria

MALAM AHAD1. En. Juraimi b. Mohamad.2. En. Azman b. Yasin 3. En. Roslan b. Nasir

Page 10: KERTAS KERJAsx.doc

12.BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

KEM KOMANDAN/TIMBALAN KEM KOMANDAN

Mengumpulkan peserta dan memberi taklimat sebelum menjalankan aktiviti. Memastikan perjalanan program perkhemahan berjalan lancar mengikut jadual. Bertanggungjawab terhadap keselamatan peserta semasa berkhemah. Memastikan peserta dapat menjalankan setiap aktiviti dengan baik dan selamat.

URUSETIA

Menyediakan buku catatan perkhemahan. Menyediakan borang pemarkahan dan diserahkan kepada AJK hadiah. Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk setiap aktiviti. Menyerahkan setiap peralatan kepada penyelaras aktiviti dan pertandingan. Memastikan setiap peralatan yang digunakan diserahkan semula dan disimpan.

PENASIHAT UNIT BERUNIFORM (PEMILIHAN PESERTA)

Membuat persediaan awal kepada peserta dengan asas-asas perkhemahan Membahagikan peserta mengikut aktiviti yang disertai dan memaklumkan kepada setiausaha. Menjadi guru pengiring bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Memastikan peserta dapat menjalankan aktiviti dengan baik serta mendapat makanan yang

mencukupi. Bekerjasama dengan kem komanden dan setiap AJK lain agar setiap aktiviti berjalan lancar.

PENDAFTARAN

Mencatat kehadiran peserta dan diserahkan kepada setiausaha. Mengedarkan buku catatan perkhemahan kepada peserta. Mengiringi pelajar semasa pergi dan balik dari program.

JURU ACARA

Mendapatkan nama pemenang daripada setiausaha dan urusetia serta bekerjasama dengan AJK hadiah .

10

Page 11: KERTAS KERJAsx.doc

Mengacara majlis perasmian penutupan dengan lancar mengikut aturcara.

BROSUR

Membuat brosur program. Mengagihkan brosur program. Lampiran dokumentasi.

HADIAH DAN CENDERAMATA

Menyediakan hadiah dan cenderamata untuk pemenang pertandingan dan perasmi. Menyelaras bahagian penyampaian hadiah dan cenderamata semasa majlis perasmian penutup.

KECEMASAN DAN RAWATAN MURID

Memastikan first aid kit dapat digunakan dan dibawa ke tempat perkhemahan. Memberi rawatan awal kepada peserta yang sakit Menghantar peserta ke hospital jika perlukan rawatan segera

MAKANAN/MINUMAN PESERTA

Menyelia makan dan minum pelajar. Memastikan makanan dan minuman mencukupi untuk peserta Memastikan kebersihan persekitaran selepas makan.

ALATAN /KEBERSIHAN

Memastikan khemah sekolah (4 buah) di bawa ke tempat perkhemahan dan dibawa balik ke sekolah.

Menyediakan beg plastik sampah Memastikan kebersihan terjaga sepanjang aktiviti dijalankan.

BINA INSAN

Menjadi imam, memastikan peserta solat berjemaah dan mendengar tazkirah untuk pelajar Islam.

Mengawasi pelajar bukan Islam dan mengadakan aktiviti (lembaran kerja) dari modul kaunselor semasa murid Islam bersolat.

FOTOGRAFI , SIARAYA DAN TEKNIKAL

Mengambil gambar sepanjang aktiviti dijalankan. Memastikan peralatan siaraya dapat digunakan semasa aktiviti dan majlis penutupan Menyimpan semula peralatan yang telah digunakan.

11

Page 12: KERTAS KERJAsx.doc

ICE BREAKING

Menyelaras aktiviti ice breaking yang sesuai dan berkesan kepada peserta perkhemahan. Pembahagian kumpulan Bendera kumpulan Barang amanah Brain wash/penerapan nilai.

LARI BERHALANGAN/JUNGLE TREKKING

Menyelaras dan mengendalikan aktiviti. Menyediakan peralatan dan tempat aktiviti. Memberikan taklimat aktiviti. Mengendali dan mengawasi peserta semasa aktiviti dijalankan. Memastikan peralatan disimpan semula. Memastikan kebersihan kawasan aktiviti dijalankan.

LATIHAN PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

Menyelaras peserta –peserta untuk persembahan kebudayaan. Memberi taklimat kepada peserta. Mengundi untuk menentukan peserta persembahan. Melatih peserta-peserta membuat persembahan.

MEMBINA MENARA Mengambil peralatan daripada urusetia serta mengedarkan kepada peserta Memberi taklimat,mengendali dan mengawasi peserta perkhemahan semasa aktiviti dijalankan. Memastikan peralatan disimpan semula setelah tamat pertandingan. Memastikan kebersihan kawasan pertandingan selepas aktiviti dijalankan.

KAWAD KAKI Mengendali aktiviti kawad kaki Memberi penerangan kepada murid.

12

Page 13: KERTAS KERJAsx.doc

SENAMAN PAGI/BURUNG HANTU/GOTONG ROYONG* Memberikan taklimat,mengendali, mengawasi aktiviti . Mengawasi pergerakan dan keselamatan murid-murid semasa aktiviti berlangsung.

Harapan

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.Demikian juga, sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kapada kejayaan program ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(MOHAMAD FAMIR BIN ZAKARIA ) (DATO HAJI MOHAMAD SABRI BIN MOHD ARSAD ) Setiausaha, Guru Besar, Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform . Sk. Saint Thomas Kuantan.

13

Page 14: KERTAS KERJAsx.doc

PERATURAN PERKHEMAHAN

1. Setiap peserta / murid dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar kawasan perkhemahan tidak akan di layan.

2. Tiada sesiapa peserta pun yang akan dibenarkan meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kebenaran pengerusi atau setiausaha J/Kuasa pelaksana di atas sokongan Kem Komanden atau urusetia / pegawai bertugas.

3. Semua peraturan disiplin yang dikuatkuasakan di sekolah – sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia akan dikuatkuasakan di sepanjang perkhemahan.

4. Peserta – peserta juga tidak dibenarkan membawa makanan dari luar (kecuali bahan-bahan yang telah ditetapkan oleh J/Kuasa Pelaksana) atau membeli makanan di luar kawasan perkhemahan.

5. Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang.

6. Para peserta juga dilarang membawa barang-barang kemas atau barang-barang lain yang berharga, termasuklah peralatan elektronik.

7. Para peserta ditegah sama sekali daripada memasuki kawasan –kawasan larangan yang ditandakan atau yang ditetapkan oleh J/Kuasa Pelaksana, termasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai bertugas.

8. Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan –arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa khususnya semasa melaksanakan aktiviti – aktiviti di sepanjang perkhemahan.

9. Semua peserta perlu sensitif dan bertanggunjawab kepada keperluan keselamatan sepanjang masa.

14

Page 15: KERTAS KERJAsx.doc

IKRAR PERKHEMAHAN

KAMIPARA PESERTA PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMASDENGAN PENUH KEIKHLASAN DAN TAKZIMNYA

BERIKRAR

*BAHAWA KAMI AKAN MENYERTAI PERKHEMAHAN INI DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.

*MENJALANI SEMUA AKTIVITI YANG DITETAPKAN. DENGAN TABAH DAN PENUH SEMANGAT.

*MEMANFAATKAN PELUANG YANG DIBERI, UNTUK MEMPERKAYA PENGETAHUAN, DAN KEMAHIRAN KAMI, SERTA MEMPERERATKAN LAGI PERPADUAN DI ANTARA KAMI.

*MENGHARGAI, DAN MENJUNJUNG TINGGI SEGALA PANDUAN, NASIHAT DAN TUNJUK AJAR, YANG BAKAL KAMI PEROLEHI.

*MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN, DENGAN PENUH KESEDARAN DAN TANGGUNGJAWAB.

*MENGHADAPI SETIAP KESUKARAN DAN MASALAH SEBAGAI CABARAN DAN UJIAN.

*KEMBALI DENGAN SEMANGAT JUANG YANG TINGGI

DAN KAMILAH PENDUKUNG CITA-CITA NEGARA MALAYSIA

15

Page 16: KERTAS KERJAsx.doc

SENARAI BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID

1. Pakaian seragam unit beruniform2. T-shirt – 4 helai (baju kokurikulum dan baju sukan sekolah)3. Seluar trek – 2 helai4. Kasut -2 pasang (kasut untuk aktiviti lasak dan kasut sekolah) 5. Selipar6. Kelengkapan solat*7. Selimut / bantal/ Sleeping bag8. Kelengkapan kendiri / mandi9. Tikar kecil/ kertas surat khabar10. Alat tulis/pensil warna11. Lain-lain keperluan

16

Page 17: KERTAS KERJAsx.doc

SENARAI SEMAK JAWATANKUASA

(URUSETIA)1. Borang pendaftaran2. Borang markah -untuk aktiviti membina menara dan malam kebudayaan3. Borang markah –peserta terbaik4. Buku catatan/laporan aktiviti5. Senarai peserta6. Surat kebenaran ibu bapa murid

KEPERLUAN PERALATAN- (A.J.K PERALATAN)

1. Belerang – 4 kampit2. Lampu picit – 43. Hailer – 24. Tali plastik – 4 gulung5. Tikar6. first aid kit7. Beg plastic8. Ubat nyamuk9. Parang/pisau10. Straw, gunting, sellotape, -untuk aktiviti membina menara (10 kumpulan)11. Kertas majong, pen maker,pensil warna dan alat tulis - untuk aktiviti ice breaking

(10 kumpulan)12. Borang semak peralatan 13. Lain-lain keperluan

17