kertas kerjamiicema2010 aniza

22
Perbezaan Bantuan Modal Zakat Dan Kesannya Keatas Kejayaan Usahawan Asnaf Di Malaysia 1 Oleh Aniza Hussin 2 , Sanep Ahmad 3 Abstrak Nilai bantuan modal kepada asnaf adalah berbeza antara individu. Tidak ada jumlah tertentu yang ditetapkan tetapi bergantung kepada individu dan permohonan perniagaan yang berbeza. Bagi memastikan kejayaan perniagaan asnaf maka telah timbul persoalan sama ada perlu memberi jumlah modal yang kecil sahaja atau pun sejumlah modal yang besar. Adakah jumlah modal yang besar dapat memastikan kejayaan dan sebaliknya modal kecil akan mengakibatkan kegagalan. Adakah perbezaan jumlah modal yang diberi mempunyai kesan keatas kejayaan atau kegagalan perniagaan asnaf. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meneliti perbezaan nilai bantuan modal yang diberi kepada asnaf dan seterusnya menilai kesannya keatas kejayaan perniagaan mereka. Kajian dilakukan keatas asnaf yang telah menerima bantuan modal dan dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah modal yang berbeza sedikit sebanyak mempunyai kesan keatas kegagalan atau kejayaan perniagaan asnaf. Secara umumnya modal yang terlalu kecil atau pun terlalu besar mempunyai peratus kegagalan yang tinggi. Nilai modal sederhana akan menghasilkan peratus kejayaan yang tinggi. Rumusan penting kajian ialah penentuan jumlah modal yang optimum amat penting bagi memastikan kejayaan usahawan asnaf. Kata Kunci: Kejayaan usahawan, usahawan asnaf, bantuan modal zakat, modal optimum. 1

Upload: khairulrazi6226

Post on 29-Jun-2015

285 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Perbezaan Bantuan Modal Zakat Dan Kesannya Keatas Kejayaan Usahawan Asnaf Di Malaysia1

Oleh

Aniza Hussin2,Sanep Ahmad 3

Abstrak

Nilai bantuan modal kepada asnaf adalah berbeza antara individu. Tidak ada jumlah tertentu yang ditetapkan tetapi bergantung kepada individu dan permohonan perniagaan yang berbeza. Bagi memastikan kejayaan perniagaan asnaf maka telah timbul persoalan sama ada perlu memberi jumlah modal yang kecil sahaja atau pun sejumlah modal yang besar. Adakah jumlah modal yang besar dapat memastikan kejayaan dan sebaliknya modal kecil akan mengakibatkan kegagalan. Adakah perbezaan jumlah modal yang diberi mempunyai kesan keatas kejayaan atau kegagalan perniagaan asnaf. Sehubungan itu kajian ini bertujuan meneliti perbezaan nilai bantuan modal yang diberi kepada asnaf dan seterusnya menilai kesannya keatas kejayaan perniagaan mereka. Kajian dilakukan keatas asnaf yang telah menerima bantuan modal dan dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa jumlah modal yang berbeza sedikit sebanyak mempunyai kesan keatas kegagalan atau kejayaan perniagaan asnaf. Secara umumnya modal yang terlalu kecil atau pun terlalu besar mempunyai peratus kegagalan yang tinggi. Nilai modal sederhana akan menghasilkan peratus kejayaan yang tinggi. Rumusan penting kajian ialah penentuan jumlah modal yang optimum amat penting bagi memastikan kejayaan usahawan asnaf.

Kata Kunci: Kejayaan usahawan, usahawan asnaf, bantuan modal zakat, modal optimum.

_________________________________________1 Kertas kerja dibentangkan di Malaysia-Indonesia International Conference on Economics, Management

and Accounting 2010: “Regional Development in an Era of Global Innovation Economy”. Anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia, Universitas Syiah Kuala Banda Acheh, Universitas Bengkulu, Universitas Muhammadiah Surakarta, dan Universitas Pertanian Bogor pada 25-26 November 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Malaysia.

2 Pelajar PhD, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi.3 Prof Madya, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, 43600 UKM Bangi.

1

Page 2: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Pengenalan

Zakat merupakan satu pendekatan yang digunakan dalam Islam bagi merapatkan jurang

di antara golongan kaya dan golongan miskin ataupun mengurangkan jurang pendapatan

di antara masyarakat dalam sesebuah sistem ekonomi. Zakat turut bermatlamatkan

pembasmian dan pengurangan tahap kemiskinan mutlak, menghapuskan kesusahan, serta

menjana sumber ekonomi terutamanya kepada delapan golongan asnaf. Zakat

merupakan kewajipan kepada setiap muslim yang memiliki harta yang telah memenuhi

syarat haul dan nishabnya. Allah S.W.T berfirman;

“Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dan zakat itu kamu membersihkan

dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu

itu (menjadi) ketenteraman bagi jiwa mereka. Dan Allah maha mendengar lagi

maha mengetahui (Surah At-Taubah,103)“

Di antara golongan yang layak menerim zakat ini termasuklah asnaf fakir dan miskin.

Tujuan pengagihan zakat kepada golongan ini untuk membantu mereka meningkatkan

taraf hidup yang dalam kemiskinan. Malalui agihan zakat, asnaf fakir dan miskin yang

mempunyai kemahiran, bakat serta minat dalam menerokai bidang keusahawan boleh

memohon daripada Baitulmal untuk mendapat suntikan modal yang membolehkan diri

mereka berkecimpong dalam bidang perniagaan.

Di dalam Islam aspek keusahawan ini bukanlah sesuatu yang asing malah Rasulullah

S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “sembilan daripada sepuluh punca rezeki itu

datangnya daripada perniagaan“. Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah menghalang

sahabat mengumpul kekayaan, malah jika diamati sejarah penyebaran Islam pada zaman

jahiliah kekuatan Islam banyak dibina berlandaskan harta benda dan kekayaan yang

dimiliki oleh para sahabat. Ini jelas memperlihatkan Islam mendidik umatnya agar

berusaha keras serta gigih dan mengelakkan diri setiap individu dari minta-minta

sebaliknya mengajar mereka supaya menjadi individu yang berdikari. Ini menunjukkan

Islam meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembangunan bidang keusahawanan.

2

Page 3: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Isu dan Objektif Kajian

Kejayaan seseorang usahawan asnaf melepasi had kifayah iaitu garisan kecukupan bagi

kadar keperluan asas minimum yang telah ditetapkan oleh lembaga pusat zakat

membuktikan bantuan modal yang telah diberikan oleh pusat zakat telah membuahkan

hasil yang diingini yang membolehkan golongan asnaf ini terkeluar daripada kelompok

asnaf dan menjadi individu yang layak mengeluarkan zakat. Sungguhpun begitu

pemberian percuma dari bantuan modal zakat untuk tujuan melahirkan usahawan

daripada golongan asnaf sesuai dengan jenis perniagaan yang dipilih oleh usahawan itu

sendiri menunjukkan ianya masih belum membuahkan kejayaan yang boleh dibanggakan

dari aspek mengeluarkan golongan asnaf dari belenggu kemiskinan dan melepasi had

kifayah tersebut.

Dalam senario keusahawanan dan situasi perniagaan dari sudut ekonomi yang sebenar

penglibatan usahawan asnaf dalam dunia perniagaan merupakan satu fenomena baru

kepada golongan ini dan perlu menempohi pelbagai dugaan dan halangan serta

persaingan yang sengit dengan mana-mana usahawan lain yang telah lama bertapak dan

mempunyai ilmu pengetahuan serta pengalaman yang luas dalam bidang ini. Ciri-ciri

yang wujud dalam sesebuah pasaran ekonomi khususnya pasaran persaingan sempurna

termasuklah sifat barangan yang seragam, ramai penjual serta pembelinya, mobiliti dalam

faktor pengeluarannya, persaingan dari segi kebebasan keluar masuk ke dalam pasaran

dan pengetahuan yang sempurna tentang selok belok pasaran oleh kedua-dua belah pihak

samaada dari pihak penjual mahupun dari pihak pembeli oleh usahawan yang telah lama

bertapak merupakan satu tamparan yang hebat serta perlu ditangani oleh usahawan asnaf

yang baru sahaja terdedah dalam bidang keusahawanan ini.

Sejauh mana kemampuan usahawan asnaf untuk menangani dan menempohi cabaran

dunia perniagaan sebenar bergantung kepada kekuatan dari segi mental dan fizikalnya

serta semangat yang ada dalam diri mereka. Ini kerana kegagalan dalam bidang

perniagaan yang baru sahaja diceburi dalam jangka masa yang terlalu pendek merupakan

3

Page 4: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

perkara yang amat mendukacitakan seterusnya boleh mematahkan semangat usahawan

asnaf yang baru sahaja ingin menceburi bidang keusahawanan ini.

Di antara faktor utama yang mempengaruhi sesebuah perniagaan itu adalah faktor modal.

Walaupun faktor penentuan modal untuk memulakan perniagaan bukanlah merupakan

faktor tunggal, tetapi kecukupan modal kepada usahawan yang baru bertapak merupakan

faktor yang terpenting bagi membolehkan perniagaan dapat terus beroperasi sekurang

kurangnya dalam jangka masa pendek ekonomi pasaran berada di titik pulang modal

sehinggalah usahawan itu berjaya mencapai keuntungan normal dan seterusnya

memperolehi keuntungan yang lebih untuk jangka masa panjang.

Secara umumnya terdapat berbagai tahap bantuan yang diberikan, meliputi dari jumlah

kecil sebanyak RM1,000 sehingga jumlah besar menjangkau RM20,000.

Walaubagaimanapun hakikatnya ialah kegagalan tetap berlaku sama ada kepada asnaf

yang menerima bantuan yang jumlahnya kecil mahu pun bantuan yang jumlahnya besar.

Jadi adakah jumlah bantuan ini mempunyai kaitan dengan kadar kegagalan sebagaimana

tanggapan bahawa jumlah yang kecil menjadi punca utama kegagalan perniagaan.

Namun demikian timbul juga persoalan iaitu sama ada jumlah bantuan yang besar boleh

menjamin kejayaan kerana asnaf yang menerima jumlah bantuan yang besar juga ada

yang mengalami kegagalan.

Permasalahan ini perlu dihalusi dan amat menarik untuk dijadikan bahan kajian supaya

kegagalan dalam menghasilkan usahawan asnaf dari bantuan modal zakat untuk

perniagaan dapat diminimumkan. Kajian semula secara terperinci perlu dilaksanakan

terutamanya kepada pihak pengurusan zakat dari aspek pengagihan modal kepada

usahawan ini supaya kedua-dua belah pihak boleh memperolehi kejayaan daripada

pengagihan modal tersebut. Di mana dari aspek pusat zakat, kejayaan mereka

memberikan sejumlah bantuan modal yang mencukupi setelah membuat penelitian dan

perkiraan yang tepat telah berjaya menghasilkan usahawanan dari golongan asnaf ini.

Manakala dari aspek usahawan asnaf pula dengan bantuan modal zakat secara percuma

oleh pusat zakat membolehkan mereka memperolehi sumber pendapatan untuk isirumah

4

Page 5: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

mereka serta melepasi had kifayah yang telah ditetapkan seterusnya mengeluarkan

mereka dari golongan asnaf zakat dan menjadikan diri mereka individu yang layak

membayar zakat.

Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk menilai semula jumlah bantuan

modal zakat untuk perniagaan bagi memastikan kejayaan kepada usahawan asnaf. Secara

khususnya kajian akan melihat perkaitan antara jumlah bantuan modal dengan kejayaan

perniagaan yang telah dipilih oleh usahawan asnaf. Hasil kajayaan ini diharap boleh

memperbaiki kelemahan perkiraan dan peruntukkan dari struktur pengagihan modal

terhadap usahawan asnaf yang lain dengan mengambilkira jumlah modal yang

seharusnya diperuntukkan untuk jenis-jenis perniagaan yang lain supaya kegagalan

usahawan yang telah diberikan suntikan modal ini dapat dikurangkan.

Kajian Lepas berkenaan bantuan modal

Kajian terhadap keberkesanan agihan zakat lazimnya hanya mengambil kira sesetengah

aspek sahaja. Hairunizam Wahid. et.al (2001) hanya menilai aspek kualiti hidup sahaja.

Fuad Johari (2004) melihat kesan dari aspek agihan pendapatan, dan Patmawati Ibrahim

(2005) menilai dari aspek kesaksamaan agihan pendapatan. Mujaini Tarimin (2005) juga

menilai kesan dari aspek pendapatan tetapi kearah pengurusan yang profesional,

manakala Ahmad Fuad Mohammad (2006) menilai hanya dari aspek pendapatan sahaja.

Keberkesanan agihan perlu dinilai dari aspek yang lebih luas bagi memenuhi maqosid al-

syariah dan dianggap sebagai satu penilaian yang komprehensif (Rosbi et.al, 2010).

Dalam program agihan zakat ini institusi yang terlibat secara langsung ini adalah

Baitulmal. Baitulmal ini telah ditugaskan sebagai institusi kewangan Islam yang

bertanggungjawab membantu golongan asnaf antaranya golongan fakir dan miskin bagi

mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi dalam sesebuah isirumah. Ini

merupakan satu tanggungjawab sosial untuk membantu golongan miskin memperbaiki

hidup terutama sekali dalam membasmi kemiskinan (Zarqa 1988, Ahmad 2003, Sidiqqi

5

Page 6: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

2004). Bantuan dalam bentuk modal merupakan bentuk bantuan yang paling sesuai bagi

memenuhi maksud tersebut.

Bantuan modal zakat terutamanya kepada goongan asnaf fakir dan miskin adalah untuk

membantu mereka supaya menjadi seorang usahawan yang akhirnya akan melahirkan

pembayar zakat dari golongan yang asalnya adalah asaf. Kaedah bantuan ini (Rosbi 2008,

Mohd Abd Wahab Fatoni 2008) telah membuka ruang kepada golongan fakir dan miskin

memperolehi sumber pendapatan tetap dan seterusnya boleh menjana kepada sumber

ekonomi mereka dan turut meningkatkan taraf hidup individu terbabit.

Satu kertas kerja yang dibincangkan oleh Azman Ab Rahman (2009) penjanaan ekonomi

asnaf fakir dan miskin melalui program usahawan zakat di Lembaga Zakat Selangor

meninjau sejauhmana keberkesanan dan kejayaan program usahawan zakat ini dalam

menjana ekonomi fakir dan miskin di Selangor. Melalui kertas kerja ini beberapa

cadangan telah dikemukakan oleh penulis antaranya termasuklah, menggalakkan asnaf

fakir dan miskin menjalankan perniagaan yang berbentuk kecil-kecilan pada peringkat

permulaan dengan penggunaan modal minimum. Sekiranya mereka menunjukkan

kejayaan maka perniagaan mereka akan dikembangkan.

Satu tinjauan terhadap mobilisasi zakat dalam pewujudan usahawan asnaf (Mohd Abd

Wahab Balwi dan Adibah Hasanah Abd Halim, 2008) oleh institusi yang terlibat, boleh

memberikan satu impak yang positif kepada golongan yang layak menerimanya

khususnya kepada golongan asnaf. Bantuan zakat yang diberikan kepada golongan asnaf

fakir dan miskin yang bertujuan untuk memajukan diri mereka dengan menceburkan diri

dalam bidang keusahawanan boleh dilaksanakan dengan adanya bantuan modal yang

disediakan oleh institusi zakat yang terlibat. Bantuan sedemikian adalah perlu

memandangkan golongan asnaf fakir dan miskin ini, tidak mampu untuk bergerak sendiri

memandangkan kekurangan kewangan yang dialami.

6

Page 7: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Keupayaan usahawan bumiputera untuk melaksanakan kemahiran keusahawan adalah

agak rendah. Kajian mendapati hanya 50% usahawan mempunyai persepsi bahawa

mereka mempunyai keupayaan rendah ke sederhana untuk melaksanakan kemahiran

yang spesifik berkaitan dengan kewangan dan pemasaran. (Zaidatol Akmaliah Lope Pihei

dan Habibah Elias, 2004). Usahawan baru juga didapati mempunyai banyak kelemahan,

diantaranya ialah seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran,

kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan

kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis

perniagaan yang sesuai.

Pembiayaan modal merupakan aspek yang paling rumit dalam memulakan suatu

perniagaan kecil (Ang, 1991; Ang 1992). Cabaran untuk mendapatkan pembiayaan

modal di kalangan perusahaan kecil banyak dibincangkan dan didokumenkan oleh

beberapa penyelidik dan penulis (Auken, 2002). Kekurangan pembiayaan merupakan

punca utama sebuah perusahaan kecil gagal. Tanpa pembiayaan yang mencukupi

seseorang usahawan kecil tidak mampu untuk membeli dan menyenggarakan fasiliti,

mengambil pekerja, menghasilkan dan memasarkan produk (Megginson, 2000). Namun

persoalannya ialah berapakah jumlah pembiayaan yang sepatutnya diberikan yang boleh

dianggap mencukupi untuk memulakan perniagaan dengan kebarangkalian yang tinggi

untuk berjaya.

Perbandingan bantuan modal zakat

Di wilayah persekutuan pusat pengagihan zakat berada di bawah Baitulmal iaitu melalui

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berperanan dan telah

dipertanggungjawabkan untuk mengagihkan wang zakat yang telah dikutip supaya dapat

diagihkan kepada delapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Baitulmal

MAIWP telah ditubuhkan menerusi peruntkan di bawah seksyan 60(1), akta 505 (akta

pentadbiran undang-undang Islam: Wilayah-Wilayah Persekutuan). Pendekatan ataupun

kaedah yang telah digunakan adalah bertujuan memudahkan lagi pihak pengurusan

Baitulmal khususnya dari segi perbelanjaan dan pengagihan. Kaedah tersebut dikenali

7

Page 8: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

dengan kaedah-kaedah Baitulmal Wilayah Persekutuan (perbelanjaan dan penggunaan)

1980, (pindaan) 1988, (pindaan) 1996.

Salah satu daripada cabang agihan zakat tersebut adalah kepada asnaf fakir dan miskin

yang memerlukan bantuan modal zakat untuk perniagaan. Penentuan golongan fakir dan

miskin pula tertakluk kepada pengiraan had al kifayah yang telah dipersetujui oleh

jawatankuasa perundingan hukum syarak Wilayah Persekutuan dan mesyuarat MAIWP

bagi menentukan samaada penerima adalah layak dikatogerikan dalam golongan fakir

dan miskin tersebut. Kadar bantuan modal yang diberikan tertakluk kepada pemberian

sebanyak RM5,000 bagi pemberian kali pertama.

Di negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Majlis Agama Islam

Selangor (MAIS) telah menyediakan bantuan modal perniagan melalui program

pembangunan ekonomi khususnya untuk asnaf fakir, miskin dan mualaf yang dikenal

pasti layak ntuk menerimanya. Bantuan yang diberikan ini berupa suntikan modal awal

untuk menjalankan sebarang jenis perniagaan yang mampu dilaksanakan oleh pemohon

melalui projek ekonomi yang dirancang oleh LZS (MAIS) melibatkan aktiviti usahasama

dengan mana-mana pengusaha yang terpilih demi untuk melahirkan usahawan baru

dikalangan asnaf. Melalui program pembangunan ekonomi LZS (MAIS) ini, para asnaf

didedahkan dengan kursus dan latihan kemahiran bagi memberikan persediaan dan sekali

gus memantapkan lagi kemahiran keusahawan asnaf zakat. Program ini dilihat sebagai

salah satu mekanisme pengagihan wang zakat kepada golongan fakir dan miskin yang

merupakan kaedah terbaik untuk membasmi kemiskinan asnaf yang terdiri daripada asnaf

fakir dan miskin di Selangor yang proaktif serta berkemahiran dalam perniagaan.

Terdapat dua kategori utama jenis modal yang akan diberikan kepada asnaf fakir dan

miskin yang ingin menjalankan perniagaan. Bagi kategori pertama modal di antara

RM500 sehinggaRM5,000 telah disediakan bagi asnaf fakir dan miskin yang

menjalankan perniagaan kecil-kecilan. Manakala kategori yang kedua penyediaan modal

di antara RM5,000 sehingga RM50,000 disediakan bagi asnaf fakir dan miskin yang

menjalankan perniagaan berskala besar.

8

Page 9: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Dapatan Empirikal

Kajian terhadap bantuan modal zakat ke atas usahawan ini telah dijalankan terhadap 534

asnaf fakir dan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor yang telah

diberikan suntikan modal sebagai dana permulaan untuk membuka perniagaan yang telah

dipilih oleh mereka. Bagi merealisasikan dan menunaikan keiginan golongan fakir dan

miskin yang ingin menceburi bidang keusahawanan ini, pihak Baitulmal melalui program

agihan zakat telah menyalurkan bantuan modal zakat perniagaan samaada berbentuk dana

tunai mahukan melalui perkakasan serta peralatan yang diperlukan oleh usahawan ini

bertepatan dengan jenis perniagaan yang telah dipilih oleh mereka.

Sumber dana yang telah disumbangkan ini yang berbentuk bantuan percuma oleh pihak

baitulmal telah digunakan sewajarnya oleh usahawan ini. Di antara jenis perniagaan

yang telah diceburi oleh mereka termasuklah restoren, pasar malam, gerai pasar tani,

gerai dihadapan rumah, menerusi e-dagang/internet, lot kedai makanan dan minuman,

buah-buahan, alatan tulis, jahitan pakaian/pakaian siap, kraftangan, dan perkhidmatan

am. Dapatan kajian dapat dirumuskan dalam bentuk jadual peratusan di bawah;

Jadual 1 : Peratusan Kejayaan Dan Kegagalan Dalam Melepasi Garian Had

Kifayah Berdasarkan Pengkelasan Modal.

Pengkelasan Modal(RM)

Bilangan Asnaf

(orang)

Bil. yang Berjaya (orang)

Bil. yang Gagal

(orang)

Peratusan Kejayaan

(%)

Peratusan Kegagalan

(%)1,000 – 3,000 155 3 152 1.9 98.1

3,001 – 5,000 311 22 289 7.1 92.9

5,001 – 10,000 47 6 41 12.8 87.2

10,001 – 20,000 12 4 8 33.3 66.7

>20,000 9 2 7 22.2 77.8

JUMLAH 534 37 497 6.9 93.1

9

Page 10: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Hasil kajian yang telah dijalankan ini pengkelasan modal telah dibahagikan kepada 5

bahagian iaitu dari RM1,000 sehinggalah melebihi RM20,000. Bahagian ini boleh

digolongkan kepada tiga tahap modal perniagaan iaitu:

i) Modal rendah RM1,000 – RM5,000,

ii) Modal sederhana RM5,000 – RM20,000 dan

iii) Modal besar melebihi RM20,000.

Modal rendah.

Daripada bantuan modal yang diberikan antara RM1,000 sehingga RM3,000 di dapati

seramai 3 orang sahaja yang telah berjaya (1.9% kejayaan) dan selebihnya daripada 155

orang yang memohon untuk pengkelasan dana ini, seramai 152 daripada mereka telah

gagal (98.1% peratus kegagalan) dalam perniagaan yang telah dipilih untuk melepasi had

kifayah kemiskinan yang telah ditetapkan oleh pihak Baitulmal.

Manakala jika dana tersebut ditingkatkan kepada pengkelasan yang kedua iaitu

peruntukan dana dari RM3,001 sehingga RM5,000 dalam pengkelasan ini terdapat

seramai 311 individu asnaf yang memohon dan seramai 22 orang telah berjaya.

Manakala lebihan seramai 289 orang yang telah gagal. Jika difokuskan kepada jumlah

peratusan terdapat peningkatan dalam peratusan kejayaan kepada 7.1 peratus dan

penurunan dalam peratus kegagalan yang menunjukkan penurunan kepada 92.9 peratus.

Bantuan dalam kategori ini hanya menghasilkan 9% berjaya.

Modal sederhana.

Peningkatan dalam peratusan kejayaan ini lebih jelas kepada pengkelasan dana bantuan

modal yang ketiga dan keempat iaitu peruntukan dana di antara RM5,001 sehingga

RM20,000. Dalam pengkelasan modal yang ketiga dan keempat terdapat peningkatan

peratusan kepada 12.8 peratus seterusnya meningkat kepada 33.3 peratus. Manakala

dalam pengkelasan ini wujud penurunan dari segi peratusan kegagalan oleh para

usahawan asnaf ini. Pada pengkelasan modal yang ketiga dan keempat penurunan

sebanyak 87.2 peratus kegagalan diikuti penurunan yang seterusnya kepada 66.7 peratus

10

Page 11: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

kegagalan usahawan asnaf dalam melepasi had kifayah kemiskinan. Secara umumnya

dalam kategori ini menghasilkan kejayaan sebanyak 46.1%.

Modal besar

Bagi dana yang besar iaitu mleebihi RM20,000 ini terdapat seramai 9 individu asnaf yang

mendapat bantuan. Dari jumlah ini seramai 2 orang telah berjaya, manakala selebihnya

seramai 7 orang yang telah mengalami kegagalan. Peratus kejayaan dan kegagalan ialah

ialah 22.2% dan 77.8% masing-masing. Ini bermakna bahawa jika modal diberi agak

besar maka peratus kegagalan meningkat semula.

Hasil kajian terhadap bantuan modal zakat mendapati adanya trend meningkat dan

menurun dalam jumlah peratusan kejayaan mahupun kegagalan kepada usahawan ini.

Jika modal yang disumbangkan adalah terlalu kecil (sedikit) maka kemungkinan untuk

kegagalan dalam bidang keusahawanan ini adalah lebih tinggi. Peratus kejayaan

meningkat apabila jumlah bantuan dinaikan ketahap yang sederhana. Akan tetapi peratus

kejayaan menurun semula apabila jumlah bantuan diberi besar. Bukti ini menunjukkan

bantuan modal yang berikan kepada asnaf tidak boleh terlalu sedikit dan tidak boleh pula

terlalu besar.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada hasil kajian yang telah dijalankan, ialah jika

sumbangan dana perniagaan yang disumbangkan oleh pihak Baitulmal bagi usahawan

asnaf ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kejayaan dan kegagalan perniagaan.

Modal tidak boleh terlalu sedikit dan tidak boleh juga terlalu besar.

Daripada perbincangan hasil kajian di atas, kecukupan dalam penentuan keperluan modal

amat penting sebelum para usahawan memulakan sesebuah perniagaan. Kajian yang

telah dibuat oleh Norsidah (1999) berkaitan kecukupan saiz bantuan modal, hasil

kajiannya menunjukkan faktor kecukupan saiz modal mempunyai hubungan yang positif

degan kejayaan sesebuah perniagaan. Manakala menurut Rohaizat (2000), berdasarkan

satu kajian oleh Lussuer terhadap seratus orang usahawan Amerika Syarikat yang telah

11

Page 12: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

gagal dalam perniagaan mereka akibat dari faktor kekurangan modal, kos tetap yang

tinggi dan masalah kemelesetan ekonomi.

Kesimpulan

Usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak Baitulmal dalam membangunkan asnaf zakat

khususnya di bidang ekonomi ini wajar diteruskan. Dalam membangunkan usahawan

yang terdiri dari kalangan asnaf pihak Baitulmal perlu melakukan penyelidikan semula

dan pemerhatian yang sewajarnya untuk mempastikan program pembangunan ekonomi

yang disusun melalui agihan zakat untuk pembangunan usahawan mencapai matlamat

yang disasarkan. Bantuan modal zakat untuk perniagaan ini selain menjadi suntikan

modal sememangnya menjadi suntikan motivasi kepada asnaf fakir dan miskin lebh-lebih

lagi kerena keterbatasan mereka mendapatkan pinjaman dari bank-bank untuk

memulakan perniagaan . Dengan kewujudan bantuan keusahawanan ini sedikit sebanyak

dapat membantu asnaf zakat mula menapak dalam bidang keusahawanan.

Kejayaan dalam melahirkan usahawan asnaf ini perlulah dipertingkatkan lagi dari semasa

ke semasa agar bantuan modal zakat perniagaan yang telah disumbangkan memberikan

manafaat yang sewajarnya bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dari segi aspek sosial

individu penerima bantuan tersebut. Namun demikian persoalan berkenaan jumlah

modal yang selayaknya diberi bagi memastikan kejayaan adalah amat kritikal. Jumlah

modal terlalu kecil atau pun terlalu besar akan berakhir dengan kegagalan. Ini bermakna

satu jumlah modal optimum perlu ditentukan.

Dari sudut usahawan asnaf pula, sebelum mereka memulakan perniagaan, mereka

perlulah membuat penyelidikan yang terperinci terhadap jenis perniagaan yang akan

dipilih oleh mereka. Penyelidikan terhadap jenis perniagaan yang dipilih oleh mereka

bukan sahaja tertumpu untuk jangka masa pendek malah untuk jangka masa panjang.

Ini bagi membolehkan wang zakat yang diagihkan dapat dimanafaatkan sepenuhya dan

mengurangkan kadar kegagalan dalam perniagaan yang diceburi oleh mereka.

12

Page 13: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Rujukan

Abu Sufian bin Abu Bakar. 2002. Baitulmal dan Kemiskinan di Kuala Lumpur :

Program Agihan Zakat Dalam Bentuk Perniagaan. Kertas kerja ini

dibentangkan di Muzakarah Pakar Zakat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

21-22 Disember 2002.

Ahmad Shahir Bin Makhtar. 2007. Paradigma Pengurusan Institusi Zakat :

Pengalaman Lembaga Zakat Selangor (Mais), Persidangan Cukai & Zakat

Kebangsaan PWTC, 2007.

Azman Ab. Rahman. 2009. Penjanaan Ekonomi Asnaf Fakir dan Miskin Melalui

Program Usahawan Zakat Di Lembaga Zakat Selangor. Proceeding :

International Seminar on Muamalat, Islamic Economis and Finance 2009

(SMEKI `09), Equatorial Hotel, Bangi-Putrajaya Selangor Darul Ehsan,

Malaysia. Mukasurat 72-83

M. Yusuf Qardawi. 1988. Hukum Zakat. Studi Komparatif Mengenai Status dan

Filsafat Zakat Berdasarkan Quran Dan Hadis. Pustaka Litera AntarNusa,

Jakarta.

Majalah Asnaf. 2007. Melahirkan Usahawan Zakat : Usaha LZS (MAIS) Basmi

Kemiskinn. Terbitan 1/2007. Lembaga Zakat Selangor, Selangor.

Mohd Abd Wahab Fatoni Mohd Balwi dan Adibah Hasanah Abd Halim. 2008.

Mobilisasi Zakat Dalam Pewujudan Usahawan Asnaf : Satu Tinjauan, Jurnal

Syariah, Jil. 16, Keluaran Khas (2008) 567- 584.

Mohd Hassan. 2007. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Usahawan Kredit

Mikro Di Negeri Johor, Vot Penyelidikan 75002, Fakulti Pengurusan Dan

Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi Malaysia.

Mujaini b. Tarimin. 2009. Memantapkan Pelaksanaan Agihan Zakat Oleh Institusi

Zakat Di Malaysia : Satu Saranan Penambahbaikan. JAWHAR Intellectual

Discouse Bil. 2/2009 pada 21 April 2009, Anjuran JAWHAR, JPM.

Mustofa Al-khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-syarbaji. 2009. Kitab-kitab Mazhab

Syafie (Menghuraikan bahagian zakat, puasa, haji dan umrah). Pustaka Salam

Sdn Bhd.

13

Page 14: Kertas KerjaMiicema2010 Aniza

Norsidah bt. Ahmad. 1999. Kajian Mengenai Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

Prestasi Perniagaan Usahawan-Usahawan Wanita Melayu Di Lembah Kelang.

Universiti Kebangsaan Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Norashidah Hashim, Norsah Othman & Noraishah Buang . 2009. Konsep Kesediaan

Keusahawanan Berdasarkan Kajian Kes Usahawan Industri Kecil Dan

Sekerhana (IKS) di Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)

(2009):187-203

Patmawati Hj Ibrahim. 2008. Pembangunan Ekonomi Melalui Agihan Zakat : Tinjauan

Empirikal. Jurnal Syariah, jil 16, bil 2 (2008) 223-244

Rohaizat Baharun. 2000. Kejayaan Para Usahawan Daripada Perspektif Penyelidikan.

Dewan ekonomi. Januari.

Rosbi Abd Rahman, Sanep Ahmad dan Hairunnizam Wahid. 2008. Perlaksanaan

Bantuan Modal Zakat : Analisis Perbandingan. kertas kerja yang

dibentangkan pada Seminar Kebangsaan Ekonomi Malaysia 20-22 ogos 2008,

Port Dickson, Negeri Sembilan. Anjuran Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thuaibah @ Suaibah binti Abu Bakar, Azlah bin Md Ali, Hishamuddin Md Som,

Rozeyta binti Omar, Syaharizatul Noorizwan binti Muktar, Rossilah Mohd

Jamil. 2004. Aktiviti Keusahawanan Di Kalangan Ibu Tunggal Di Negeri

Johor. Research Vote No: 71946 Jabatan Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia Universiti Teknologi

Malaysia

Wahbah al-Zuhayly (Penerjemah : Agus Effendi dan Bahruddin Fananny). 1997. Zakat :

Kajian Berbagai Mazhab. PT Remaja rosdakarya, Bandung, Indonesia.

Zaidatol Akmalliah Lope Pihie dan Habibah Elias. 2004. Keupayaan Usahawan

Bumiputera Melaksanakan Kemahiran Keushawanan : Satu Kajian kes.

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 12(1): 61-70 (2004). ISSN: 0128-7702, Universiti

Putra Malaysia Press.

14