kertas kerja tmnet

17
PENGENALAN TM Net Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat TELEKOM Malaysia yang mempelopori dalam menawarkan perkhidmatan internet dan multimedia sejak tahun 1995. TM Net banyak menawarkan kepada pelanggannya beberapa pilihan untuk mengakses internet yang memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada pengguna perkhidmatan internet. Sebagai satu badan korporat TM Net mempunyai visi dan misinya yang tersendiri. Antara visinya ialah memperkenalkan penggunaan internet dengan meluas kepada seluruh rakyat Malaysia agar mereka dapat meneroka dunia tanpa sempadan dengan teknologi yang disediakan hanya melalui hujung jari. Syarikat ini juga bakal menjadi perintis utama bagi negara dengan memfokuskan kepada komitmen dan jaminan mutu perkhidmatan dalam menjadikan masyarakat yang celik teknologi dan dalam masa yang sama mempromosi ke arah pembangunan K-Ekonomi dan bersedia 1

Upload: balqisnabil

Post on 24-Jun-2015

122 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA TMNET

PENGENALAN

TM Net Sdn Bhd merupakan salah satu anak syarikat TELEKOM Malaysia yang

mempelopori dalam menawarkan perkhidmatan internet dan multimedia sejak tahun

1995. TM Net banyak menawarkan kepada pelanggannya beberapa pilihan untuk

mengakses internet yang memberikan banyak faedah dan kelebihan kepada pengguna

perkhidmatan internet.

Sebagai satu badan korporat TM Net mempunyai visi dan misinya yang tersendiri.

Antara visinya ialah memperkenalkan penggunaan internet dengan meluas kepada

seluruh rakyat Malaysia agar mereka dapat meneroka dunia tanpa sempadan dengan

teknologi yang disediakan hanya melalui hujung jari. Syarikat ini juga bakal menjadi

perintis utama bagi negara dengan memfokuskan kepada komitmen dan jaminan mutu

perkhidmatan dalam menjadikan masyarakat yang celik teknologi dan dalam masa yang

sama mempromosi ke arah pembangunan K-Ekonomi dan bersedia menjadi destinasi

kepada apa yang dipanggil sebagai ‘Global Information Super highway’.

Selain visi yang padu TM Net juga mempunyai misi untuk terus memperlengkapkan

perkhidmatan e-dagang sebagai pelengkap kepada perkhidmatan yang ditawarkan dan

memastikan internet menjadi komunikasi utama pada masa hadapan.

1

Page 2: KERTAS KERJA TMNET

PERKHIDMATAN DITAWARKAN

Sebagai satu syarikat berteraskan teknologi maklumat, TM Net menawarkan banyak

perkhidmatan mengakses internet. Walau bagaimana pun antara perkhidmatan utamanya

selain Perkhidmatan Akses Internet ialah Perkhidmatan Aplikasi dan Perdagangan

(Netmyne) serta Portal BlueHyppo.

Perkhidmatan Netmyne - merupakan perkhidmatan yang menumpukan kepada e-bisnes

untuk membantu mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan samada perniagaan kecil

sehinggalah kepada yang bersaiz sederhana untuk bersaing dalam pasaran global. Antara

perkhidmatan yang ditawarkan seperti perkhidmatan komunikasi dan WASP

(Web Application Services Provided). Dengan aplikasi seperti e-conference, e-health,

dan e-bisnes, Netmyne boleh memainkan peranan utama dalam meningkatkan lagi

pertumbuhan perniagaan.

Perkhidmatan BlueHyppo - merupakan portal yang menawarkan pelbagai pilihan

dengan mengenengahkan pelbagai isu global yang terkini, berita-berita tempatan,

kewangan, sukan, hiburan, gaya hidup,tips-tips tertentu dan banyak lagi. Pengguna juga

boleh berbual-bual dengan artis terkenal melalui ruangan Cakap je….Celebrity Chat

malahan bagi pengguna yang gemar permainan komputer boleh bermain dalam

GameZone. Selain itu terdapat beberapa perkhidmatan tambahan lain seperti SMS, muat

turun lagu, gambar dan muzik dan pengguna juga boleh membina laman web sendiri.

2

Page 3: KERTAS KERJA TMNET

Bagi pelanggan-pelanggan TM Net sebenarnya mereka boleh mengakses perkhidmatan

internet melalui pelbagai akses seperti TM Net 1515, 1525, Streamyx, Prepaid, Prepaid

One, dengan perkhidmatan tambah nilai TM Net seperti Hotspot, Direct, Eastgate,

Corporate Roaming, Global Roaming, e- view dan e-secure.

Perkhidmatan akses internet -

TM Net 1515

Dengan mengakses dial up 1515 anda boleh mengakses internet di seluruh negara

dengan kelajuan sehingga 56kbps. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer yang

dilengkapi modem dan talian tetap Telekom Malaysia. Malahan anda boleh menambah

nilai dan kelajuan dengan perkhidmatan power surf dan pelbagai lagi.

Bagi mengakses TM Net 1515 terdapat beberapa pakej dan yuran dikenakan. Kadar

bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

Jenis Yuran Pendaftaran

(RM)

Yuran Tahunan

(RM)

Yuran Akses

Sen/Min

Peribadi 10.00 24.00 1.0

Pelajar 10.00 18.00 1.0

Sekolah 25 24 1.0

Organisasi 50 60 2.5

3

Page 4: KERTAS KERJA TMNET

Pengguna TM Net 1515 boleh menikmati perkhidmatan tambah nilai TM Net seperti

Virus Shield, Anti Spamming, Power surf, Internet Global Roaming dan Hotspot.

TM Net 1525

Perkhidmatan 1525 pula khusus untuk untuk perkhidmatan yang lebih ekonomikal dan

efisyen. Hal ini kerana ia sesuai untuk sebarang jenis urusan perniagaan melalui

internet kerana mempunyai kelajuan dari 64 kbps sehingga 128 kbps. Tambahan pula ia

dilengkapi dengan keupayaan aplikasi multimedia, persidangan video dan komunikasi

LAN.

Bagi menggerakkan penggunaan 1525 peralatan yang diperlukan adalah sama seperti

1515 iaitu sebuah komputer, ISDN modem dan ISDN line. Pakej yang ditawarkan pula

adalah seperti berikut:

Jenis

Yuran Pendaftaran

(RM)

Yuran Tahunan

(RM)

Peribadi 10.00 24.00

Pelajar 10.00 18.00

Sekolah 25 24

Organisasi 50 60

4

Page 5: KERTAS KERJA TMNET

Baik TM Net 1515 atau pun 1525, TM Net Sdn Bhd menyediakan cara mudah untuk

pelanggan melanggan kedua-dua akses tersebut samada melalui pendaftaran di mana-

mana cawangan atau pun melalui talian online.

Pelanggan boleh membuat pendaftaran samada melalui:

TM Net Clickers

CASO ( Clickers Authorised Service Outlet)

Kedai TELEKOM Malaysia.

Penjual berdaftar

Sales Representative

Marketing sales officer

Primatel

Melalui Online

TM Net juga memberikan Kemudahan-kemudahan akses tambahan seperti Anti-

spamming yang mampu menapis e-mel komersil yang tidak dikehendaki daripada masuk

ke peti e-mail. Manakala anti-virus shield mampu menghapuskan virus yang terdapat

pada mesej di server e-mail sebelum masuk ke peti e-mail. Kemudahan-kemudahan ini

memberi faedah dan keuntungan kepada pengguna.

5

Page 6: KERTAS KERJA TMNET

TM Net Streamyx

TM Net Streamyx pula adalah perkhidmatan akses internet tanpa batasan dengan

aplikasi seperti paparan video, keupayaan muat turun fail yang pantas dan cepat serta

efisen, permainan dalam talian, akhbar dalam talian (e- browse) dan persidangan video.

Ia menjadi satu alternative mengakses intrenet selain penggunaan TM Net 1515 dan

1525.

Pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini akan mendapat satu hubungan talian

yang pantas kerana ia dibawa dengan keupayaan dan kelajuan yang begitu tinggi iaitu

384kbps sehingga 2mbps. Keadaan ini berbeza dengan kelajuan yang ditawarkan oleh

1515 dan 1525 iaitu sekitar 56kbps. Dengan keupayaan dan kelajuan yang begitu pantas

ia amat sesuai untuk semua kegunaan web hostage, video streaming, e- commerce,

pendidikan jarak jauh dan lain-lain. Perkhidmatan internet Streamyx ini menawarkan

pakej yang pelbagai khusus untuk pelbagai golongan masyarakat. Antara pakej yang

ditawarkan ialah seperti berikut:

6

Page 7: KERTAS KERJA TMNET

Bagi pelanggan yang ingin melanggan perkhidmatan ini beberapa peralatan atau

equipment diperlukan seperti talian tetap, AC power Supply, internal wiring, hubs,

Routes, server (untuk tujuan neteworkig), PC yang dilengkapi D Drive, LAN connection

card dan DSL modem ( untuk pakej tanpa modem).

Namun demikian penggunaan TM Net Streamyx ini hanya boleh beroperasi dalam

kawasan-kawasan liputan tertentu. Seseorang pengguna haruslah berada dalam liputan 5

km dalam kawasan TM Net Streamyx. Pengguna juga mesti mempunyai talian telefon

tetap. Walau bagaimana pun setiap permohonan untuk menggunakan perkhidmatan TM

Net Streamyx, pihak TM Net akan memeriksa sama ada pengguna berada dalam kawasan

liputan atau tidak.

7

Page 8: KERTAS KERJA TMNET

PERKHIDMATAN LAIN DI BAWAH TM NET SDN BHD

TM Net Prepaid

Penggunaan TM Net Prepaid adalah khusus untuk pengguna 1515 @ 1525 yang tidak

mahu dibebankan dengan peneriman bil setiap bulan. Pengguna juga boleh mengakses di

mana-mana lokasi. Pengguna yang menggunakan Prepaid Start up card akan dibekalkan

dengan akaun internet, e-mail ID, 60 jam masa akses dan ditambah 30 minit masa

tambahan.

Manakala bagi pengguna yang menggunakaan Start up CD akan dibekalkan dengan 80

jam akses internet, akaun internet, e-mail ID dan 30 minit masa bonus serta mendapat

perkhidmatan tambah nilai seperti powersurf, Anti Spamming dan Virus Shiled untuk

selama 3 bulan.

Bagi pengguna yang baru memulakan penggunaan prepaid card ini, penggunaannya

adalah mudah dengan mengikut arahan panduan yang diberikan. Selain itu pengguna

yang sedia ada juga boleh menambah nilai masa ke dalam akaun dengan pergi ke

bahagian check balance dan reload di situ.

8

Page 9: KERTAS KERJA TMNET

TM Net Prepaid One

Penggunaan TM Net Prepaid One adalah lebih kurang sama dengan Prepaid. Ia adalah

khusus untuk pengguna yang tidak suka dibebani dengan bil bulanan dan yuran tahunan.

Dengan penggunaan kad ini anda boleh melayari internet secara dial-up atau pun secara

tanpa wayar di lokasi TM Net Hotspot. Selain itu pengguna juga boleh membuat

panggilan melalui perkkhidmatan VOIP yang memberikan nilai hebat melalui panggilan

STD dan IDD.

Terapat dua jenis Prepaid One iaitu Start up card yang bernilai RM35 dengan akaun

internet dan masa tambahan 30 minit. Manakala Start up CD bernilai RM50 dan akaun

internet serta masa bonus 30 minit

9

Page 10: KERTAS KERJA TMNET

TM Net Hotspot

TM Net Hotspot merupakan perkhidmatan akses internet Broadband tanpa wayar untuk

mereka yang sentiasa tidak berada disesuatu tempat yang tetap. Walau bagaimana pun ia

hanya boleh di akses ditempat-tempat awam terpilih seperti pusat beli belah tertentu,

kedai kopi, pusat konvesyen, hotel dan banyak lokasi terpilih yang lain.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini pengguna memerlukan laptop, PDA atau tablet

PC dan Wi-Fi card. Pengguna akan merasai pengalaman yang hebat kerana kelajuannya

sehingga 384kbps, tanpa wayar dan lokasi hotspot yang strategic. Pengguna yang

berminat untuk menggunakan perkhidmatan hotspot ini mempunyai dua cara untuk

mengaksesnya. Bagi pengguna tmnet streamyx, 1515 dan 1525 pengguna boleh melawat

Clickers atau ke kedai TELEKOM. Charge yang dikenakan adalah seperti berikut.

Charges for each login ID per month

tmnet streamyx RM 10

tmnet 1515 / 1525 RM 15

tmnet hotspot cardRM 19 for 30 days of unlimited

accessRM 35 for 90 days

Manakala bagi bukan pelanggan TM Net mereka masih boleh menikmati perkhidmatan

Hotspot dengan membeli TM Net hotspot card

10

Page 11: KERTAS KERJA TMNET

TM Net Global Roaming

TM Net Global Roaming merupakan perkhidmatan nilai tambah TM Net. kumpulan

sasar bagi penggunaan TM Net Global Roaming ini adalah tertumpu kepada golongan

korporat dan yang terlibat dalam pasaran internet (Internet market). Penggunaannya

membenarkan pelanggan-pelanggan korporat untuk mengakses internet dalam lokasi

domestic dan antara bangsa. Penggunanya juga boleh mengakses dari lebih 19000 lokasi

akses dial up di lebih 150 buah negara.

e- view

Bagi pengguna TM Net Streamyx, mereka boleh menggunakan perkhidmatan e-view.

Perkhidmatan e-view adalah satu perkhidmatan yang membolehkan pengguna untuk

melakuan perhubungan komunikasi video samada untuk tujuan bisnes, bertemu rakan,

keluarga dan lain-lain.

Sebenarnya banyak lagi perkhidmatan yang disediakan seperti perkhidmatan direct dan

corporate roaming yang dikhususkan untuk golongan korporat dan ahli perniagaan

dengan pelbagai kemudahan dan keistimewaan.

11

Page 12: KERTAS KERJA TMNET

RUMUSAN

TM Net yang menjadi pengendali perkhidmatan internet yang terbesar di negara ini

telah mendahului dan mempelopori dalam bidang teknologi maklumat sejak tahun 1995.

Hal ini secara tidak langsung selaras dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan

masyarakat yang celik IT dan matlamat kerajaan sendiri untuk mewujudkan sebuah

kerajaan berteraskan teknologi maklumat atau e- government. Kini hampir separuh

rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja telah didedahkan dengan kemudahan ICT dan

juga penggunaan internet.

Perkembangan ini dilihat akan dapat mewujudkan apa yang dipanggil sebagai

masyarakat siber. Dengan pelbagai pilihan perkhidmatan berteraskan internet yang

disediakan oleh TM Net segala maklumat dan informasi kini hanya berada di hujung jari

anda. Kita sebagai rakyat Malaysia akan dapat bersama-sama bersaing dengan

masyarakat antara bangsa dalam dunia kini yang tanpa sempadan serta tidak lagi berada

seperti ‘katak di bawah tempurung’.

12

Page 13: KERTAS KERJA TMNET

RUJUKAN:

Laman Web – WWW.tm.net.my

Pusat Interaksi Pelanggan TM Net- talian 1-300-88-1515

Berita Harian- keratan akhbar Iklan Rencana tmnet mesti klik

13