kertas kerja tandasv2

4
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir Kertas Kerja Program 1 Kelas 1 Tandas 2011 Jawatankuasa 3K: Unit Penyelenggaraan/Tandas Siti Nurhanes binti Hj Zailani 27 Januari 2011

Upload: kevin-collier

Post on 07-Dec-2015

234 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

keceriaan tandas

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja tandasv2

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir

Kertas Kerja Program 1 Kelas 1 Tandas 2011

Jawatankuasa 3K: Unit Penyelenggaraan/Tandas

Siti Nurhanes binti Hj Zailani27 Januari 2011

Page 2: Kertas kerja tandasv2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR73530 BATU BERENDAM, MELAKA.

TEL: 06-3174376FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

Email:[email protected]

KERTAS KERJA PROGRAM 1 KELAS 1 TANDAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR

1.0 PENDAHULUAN

Apabila kita menyebut tentang isu tandas, ramai yang mengambil mudah serta menganggapnya sesuatu perkara yang kecil dan remeh. Ada pula yang berpendapat tandas memang adalah tempat yang kotor oleh itu patutlah ianya berada dalam keadaan yang kotor. Jika sekalipun tandas itu berada dalam keadaan yang bersih, golongan ini tidak berfikir dua kali untuk mengotorkannya atau menggunakannya dengan cara yang salah sehingga merosakkannya. Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup dan sebagainya. 

Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “call of nature “ di sekolah yang tandasnya rosak dan kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

2.0 MATLAMAT

a. Membentuk budaya tandas bersih dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan warga SMK Tun Mutahir khususnya.

3.0 OBJEKTIF

a. Menerapkan kesedaran dalam kalangan murid SMK Tun Mutahir tentang peri pentingnya menjaga kebersihan tandas.

b. Menukar persepsi murid dan warga sekolah terhadap kebersihan tandas sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seluruh murid SMK Tun Mutahir (Tingkatan Peralihan – Tingkatan 5)

Page 3: Kertas kerja tandasv2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR73530 BATU BERENDAM, MELAKA.

TEL: 06-3174376FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

Email:[email protected]

5.0 MASA

Februari – November 2011

6.0 TEMPAT

SMK Tun Mutahir, Batu Berendam, Melaka

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

a. AJK Penyelenggaraan/Tandasb. Guru-guru Tingkatanc. Semua Guru

8.0 SUMBER KEWANGAN

PIBG

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

a. Membentuk jawatankuasa kerja dalam mesyuarat AJK.b. Memeriksa dan menganalisa segala kerosakan yang perlu dibaikpulih dan tandas yang

perlu diselenggara.c. Merangka pelan penyelenggaraan dan anggaran kos yang diperlukan.d. Menyediakan sebutharga untuk kos pekerja bagi tujuan penyelenggaraan.e. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan.f. Menyediakan sistem pemarkahan bagi penilaian setiap minggu oleh guru bertugas

mingguan.g. Menghargai pelajar dan Guru Tingkatan dalam setiap perhimpunan bulanan bagi

kelas Terbersih Bulanan.h. Denda akan dikenakan terhadap murid dan guru tingkatan yang diumumkan sebagai

tandas terkotor pada setiap perhimpunan bulanan.

10.0 PENUTUP

Tandas atau lebih lembut jika dikatakan bilik termenung, adalah destinasi kita yang pertama dalam memulakan hari-hari kita. Setiap kali selepas bagun tidur lagi tandas menjadi destinasi  pertama  dan ia juga menjadi tempat terakhir sebelum kita beradu di bilik tidur. Jelaslah disini bahawa jika tandas kita tidak bersih ia akan mencerminkan individu itu orang yang bersifat pembersih atau tidak.

Page 4: Kertas kerja tandasv2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN MUTAHIR73530 BATU BERENDAM, MELAKA.

TEL: 06-3174376FAX: 06-3171539 Kod Sekolah: MEA 2088

Email:[email protected]

Demi memupuk setiap warga sekolah ini semangat cintakan kebersihan dan dapat menghargai tandas, maka Unit Penyelenggaraan/Tandas merangka satu lagi program inovasi. Diharap dengan melaksanakan program ini akan dapat melahirkan warga sekolah yang cintakan kebersihan.