kertas kerja tandas.docx

Upload: gouri-vediappan

Post on 06-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF 2803KOKURIKULUMSEMESTER MEI 2014

TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA : VIGNESHWARY A/P VEDIAPPAN

NO. MATRIKULASI : 840829015864001 (OUM)

NO. KAD PENGENALAN : 840829-01-5864

NO. TELEFON : 017-7293303

E-MEL :[email protected]

NAMA TUTOR : EN.JAAFAR BIN JAMIAN

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU LEARNING CENTRE

AMBILAN SEPTEMBER 2013Kandungan

Bil Kandungan Mukasurat

1.0 Kandungan 2 2.0 Sekalung Penghargaan 3 3.0 Tema khidmat masyarakat44.0Ahli Kumpulan Projek5- 8 5.0Perancangan projek 9-10 6.0Pelaksanaan Projek7.0 Refleksi8.0Cadangan / Komen9.0 Penghargaan

2.0 Sekalung PenghargaaanSalam satu Malaysia ! Halaman ini ditujukan khas kepada semua pihak yang berganding bahu secara langsung mahupun secara tidak langsung bersama saya dalam menyiapkan tugasan Kokurikulum ini. Justeru, sebagai tanda penghargaan saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mengembeleng tenaga mereka bersama saya dalam menyempurnakan tugasan HBEF2803 aktiviti 1 ini.Pertamanya, setinggi tinggi kesyukuran tuhan kerana dengan keizinan dan kurnianNya, saya dapat menyiapkan tugasan yang disandarkan kepada saya dengan baik. Seterusnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Open Universiti Malaysia Johor Bahru kerana merangka dan memberi tugasan yang bermanfaat ini kepada saya. Dalam masa yang sama, saya juga tidak terlupa untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran Kokurikulum, iaitu En. Jaafar bin Jamian. Beliau telah memberi penjelasan dan tunjuk ajar semasa saya memproses tugasan ini. Beliau juga memberi pelbagai idea yang menarik dan informasi yang terkini dari semasa ke semasa melalui forum supaya saya menyelitkannya dalam tugasan ini. Saya juga merakamkan penghargaan yang ikhlas kepada rakan-rakan seperjuangan saya. Mereka sentiasa memberi idea-idea yang begitu baik sewaktu saya memproses tugasan kokurikulum ini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah saya. Pihak sekolah dapat menolong saya untuk memproses tugasan ini. Tanpa bantuan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada pihak-pihak yang dinyatakan di atas tentu tugasan ini tidak menjadi sempurna. Sekian terima kasih.

Sekian, terima kasih.

3.0 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKATTema : Tandas Bersih dan IndahNama projek : Projek membersih dan mengindahkan tandas sekolahTarikh : 21.06.2014 hingga 28.06.2014 ( 1 minggu)Tempat : SJK(T) Ladang Elaeis, KluangGuru Penasihat : Pn.Vigneshwary a/p Vediappan

4.0 Ahli kumpulan projek : Jawatankuasa Projek Tandas Bersih dan Indah

PengerusiPn. K.Arakani (GB)

SetiausahaPn.V.Vigneshwary

BendahariEn.B.Eswaran

Ahli JawatankuasaCik.C.NithyaCik. G.RajeswaryPn.G.SuntaarryPn.AnurathaEn.SomathevanPn.Nittiya

5.0 PERANCANGAN PROJEKPengenalan

Kita tidak boleh menafikan bahawa tandas adalah sebahagian penting dalam kehidupan. manusia. Tandas juga satu tempat yang digunakan oleh warga sekolah untuk membasuh tangan atau untuk memeriksa penampilannya dalam cermin disediakan. Oleh kerana itu, tandas perlu dikekalkan dengan baik dan standard yang tinggi.Disini kebersihan dan keindahan tandas amat penting supaya kuman tidak mudah merebak. Setiap orang yang menggunakan kemudahan tandas adalah bertanggungjawab untuk mengekalkan kebersihan dan keindahan.

Rasional

Projek tandas ini bertujuan untuk meningkatkan kebersihan dan keindahan standard tandas sekolah.Ini juga merupakan satu pengalaman yang berharga untuk semua guru dan murid yang terlibat bagi menunjukkan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan tandas yang bersih. Melalui projek ini dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.Matlamat Meningkatkan kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan tandas. Dapat mewujudkan suasana tandas yang cantik, indah, dan bersih. Projek ini menjadi satu platform kepada pelajar untuk mengintegrasikan kurikulum dan menyemai nilai-nilai yang baik pada mereka. Objektif 1. Mewujudkan tandas sekolah yang lebih bersih dan indah. 2. Untuk menyedarkan warga sekolah pentingnya pelbagai kemudahan di kawasan sekolah. 3. Mengamalkan sikap bertanggung jawab terhadap tandas sekolah. 4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah. 5. Memberi keselesaan dan mengekalkan kebersihan dan keindahan tandas.

KUMPULAN SASARAN :-

Guru guru SJK(T) Ladang Elaeis Murid murid Tahun 4, 5 & 6

TEMPOH PELAKSANAAN

21.06.2014 hingga 28.06.2014 ( 1 minggu)

JADUAL KERJA PROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH

BILSENARAI KERJABERTANGGUNGJAWAB

1.Mengecat & kreativiti penunjukPn.V.Vigneshwary & Murid-murid Tahun 4

2.Melukis dan mewarna mural danPasu bunga hidup dalam tandas.Pn.V.Vigneshwary & Murid Perempuan tahun 6

3.Menulis kata-kata yang merangsangkanEn.B.Eswaran & Murid-murid tahun 5

4.Memasang singkiPn.V.Nittiya

5.Membersihkan tandasSemua guru dan murid

6.Tampal simbolik (Lelaki dan Perempuan)Pn.Rajeswary

7.Menghias tandas dengan bungaPn.V.Vigneshwary & Murid murid tahun 6

ANGGARAN KOS PERBELANJAANPROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH 2014

PendapatanRMPerbelanjaanRM

Sumbangan PIBGRM200.00Cat Minyak, berus, thinnerRM50.00

Sumbangan guruRM 150.00Warna mural, berusRM100.00

Sumbangan muridRM 30.00Singki dan paipRM100.00

Lampu,mentolRM50.00

Hiasan bungaRM50.00

Jadual MultiplicationRM30.00

JumlahRM 380.00JumlahRM 380.00

6.0 PELAKSANAAN PROJEK TANDAS BERSIH DAN INDAH

Khidmat masyarakat adalah satu aktiviti yang dibuat secara sukarela tanpa paksaan orang lain. Melalui khidmat masyarakat kita boleh menerapkan nilai-nilai moral kepada seseorang. Di sekolah SJK(T) Ladang Elaeis terdapat kemudahan 5 buah tandas .Antaranya adalah 2 tandas guru , 2 tandas murid lelaki dan 1 tandas murid perempuan . Keadaan tandas kurang memuaskan dari segi kebersihan dan keindahan dan perlu membuat penambahbaikan.

Oleh kerana itu, Pn.V.Vigneshwary selaku guru Kesihatan telah mengajurkan satu akvitivi khidmat masyarakat iaitu projek Tandas Bersih dan Indah. Projek ini diadakan untuk memberi kesedaran kebersihan dan keindahan tandas kepada para guru dan pelajar. Projek ini telah dijalankan selama 1 minggu mulai 21.06.2014 hingga 28.06.2014. Guru telah mengagihkan kerja kepada semua guru dan murid yang terlibat. Seramai 6 orang guru dan 21 orang murid telah terlibat dalam projek ini.

Pelbagai langkah telah diambil oleh AJK projek ini bagi mewujudkan tandas yang bersih dan selesa menggunakannya. Antaranya ialah guru-guru sekolah SJK(T) Ladang Elaeis telah mengecat dan melukis mural di bahagian luar tandas. Selain itu, telah membuat jadual pembersihan tandas supaya tugasnya telah diljalankan dengan lancar.

Pn.V.Vigneshwary juga telah memberi taklimat kepada guru-guru dan murid-murid supaya menjaga kebersihan tandas semasa menggunakannya. Peruntukkan yang diberi dapat digunakan untuk memasang paip dan singki berdekatan dengan tandas bagi memudahkan dan menggalakkan murid mencuci tangan selepas menggunakannya. Sebelum ini, murid menggunakan singki yang terletak berdekatan dengan makmal yang agak jauh sikit daripada tandas. Pemasangan singki ini telah memudahkan murid-murid untuk mencuci tangan.

Gambar tanda menunjukkan tandas lelaki dan tandas perempuan telak dilekat pada pintu tandas supaya dapat dilihat dengan lebih jelas. Selain itu, guru juga telah melekatkan sifir di bahagian dalam pintu tandas supaya murid dapat membaca dan menghafalnya sementara menggunakan tandas.Selain itu, telah menghiaskan tandas dengan bunga yang hidup dalam pasu.Guru guru dan murid-murid dapat memberi komitmen yang baik untuk melaksanakan kerja dalam projek Tandas Bersih dan Indah. Mereka telah mengeluarkan pelbagai idea-idea yang kreatif semasa melakukan kerja penambahbaikan tandas.

7.0 REFLEKSI

Melalui projek ini murid-murid dapat memahami kepentingan kebersihan dan keindahan tandas . Sekiranya tandas tidak diuruskan dengan baik, pelbagai penyakit berjangkit akan dihidapi oleh pengguna seperti taun, demam kepialu, cirit-birit dan jangkitan cacing. Selain itu, sekiranya tandas tidak diberi penjagaan yang khusus ianya akan menjadi tempat pembiakan atau gangguan serangga terutamanya lalat. Tandas merupakan tempat untuk kita membuang sisa makanan dan minuman dalam badan. Pada masa yang sama, tandas dapat membantu pengguna menjaga kesihatan diri. Sehubungan itu, ia memerlukan keadaan yang bersih dan menyenangkan.

Projek ini dapat mengamalkan sikap yang positif di kalangan guru-guru dan murid-murid SJK(T) Ladang Elaeis.Melalui aktiviti khidmat masyarakat ini guru telah mendidik amalan penggunaan tandas dan dapat membentuk sikap yang terpuji. Projek tandas ini dapat membuka minda setiap orang murid yang terlibat.Pn.V.Vigneshwary berbangga kerana melalui aktiviti ini para pelajar dapat mencurahkan bakti dalam usaha mengindahkan kawasan sekolah yang tercinta ini.

8.0 CADANGAN DAN KOMEN

Kesimpulannya, kebersihan tandas amat penting kerana ia akan mewujudkan suasana yang selesa dan bebas daripada sebarang jangkitan. Program tandas bersih ini telah menyedarkan semua pihak tentang kepentingan menjaga tandas sekolah. Saya percaya bahawa projek ini akan menbawa perubahan yang positif di setiap sekolah. Di samping itu, projek ini juga memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan tandas.

Pada keseluruhannya, projek ini dapat mengamalkan satu nilai persahabatan di antara-murid-murid. Projek tandas bersih dan indah ini dapat memberi banyak manfaat kepada sekolah. Dapat memupuk semangat kerja berpasukan di antara ahli kumpulan.

Saya ingin mencadangkan supaya pada masa yang akan datang boleh mengadakan kempen, ceramah dan bengkel untuk memberi penekanan kepada kebersihan tandas. Perlu menerapkan nilai khidmat masyarakat dengan pelbagai aktiviti sekolah seperti gotong royong. 9.0 PENGHARGAAN

Setelah bertungkus lumus selama 1 minggu akhirnya dapat menyiapkan projek tandas bersih dan indah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Namun disebalik kejayaan dalam projek ini, setiap pihak di sekolah telah bekerjasama dan menghulurkan bantuan. Di sini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah SJK(T) LADANG ELAEIS, guru-guru dan murid murid tahap 2 yang telah membantu secara langsung mahupun tidak langsung dengan memberi sumbangan dan kerjasama.

Dengan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan projek ini. Tidak lupa juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pihak sekolah yang telah mengadakan projek yang berfaedah ini. Saya percaya program ini dapat membuka minda masyarakat dan pihak sekolah dalam kepentingan menjaga dan menggekalkan tandas yang bersih , indah dan selesa menggunakannya.

Pn.V.VigneshwarySetiausaha,Projek Tandas Bersih dan Indah,SJK(T) Ladang Elaeis,86000 Kluang, Johor.

8