kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

16
Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik Tajuk: Perkembangan dan Sejarah Ilmu Mantik Dibuat Oleh: Irlin Erlina Binti Mohamad Nurinsan Binti Haji Rungging 12DT064 12DT076 SESI: 2012/2013 1 | Page ILMU MANTIK IT 0112

Upload: erlinamohamad

Post on 28-May-2015

885 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Tajuk:

Perkembangan dan Sejarah Ilmu Mantik

Dibuat Oleh:

Irlin Erlina Binti Mohamad

Nurinsan Binti Haji Rungging

12DT064

12DT076

SESI: 2012/2013

Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah

1 | P a g e

ILMU MANTIK

IT 0112

Page 2: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Objektif

Ilmu mantiq adalah ilmu yang mengkaitkan dengan pemikiran logik yang

mana perkembangannya telah wujud sejak zaman dahulu dan pada

masa kini ilmu mantiq ini masih lagi digunakan. Perumusan logika oleh

Aristotles dan dijadikannya sebagai dasar ilmu pengetahuan secara

epistemology bertujuan untuk mengetahui dan mengenal cara manusia

berfikir untuk mencapai pengetahuan tentang kenyataan alam semesta

baik sepenuhnya atau tidak serta mengungkap kebenaran.

Biarpun ilmu mantik itu telah wujud sejak dari dulu hingga

sekarang namun ianya boleh membentuk pemikiran manusia untuk

menuju kearah kebenaran dalam semua perkara yang manusia lakukan.

Ilmu mantik juga salah satu ilmu yang mana menjadi perdebatan yang

berdasarkan logikal serta permikiran yang benar yang mana menjadi

ikutan dan mempengaruhi masyarakat Barat dan Islam.

Perkembangan ilmu mantik ini telah banyak menolong sedikit

sebanyak masyarakat Islam dan Barat dengan memberikan kesan yang

positif yang mana telah berjaya dihasilkan oleh tokoh – tokoh bidang

ilmu mantik.

Dengan adanya ilmu mantik ini juga banyak memberi kesan

terhadap perkembangan ilmu samada mantik klasik ataupun moden.

Daripada pemikiran yang logik dan kritis telah menghasilkan tokoh-tokoh

yang ternama samada tokoh dari barat maupun tokoh dari islam. Tokoh-

tokoh inilah yang menjadi role model asset Negara untuk

mengembangkan lagi dalam bidang ini.

Tanpa ada ilmu mantik ini tidak akan wujud pemikiran yang benar

atau metod mantik yang mana digunakan dalam berbagai cabang ilmu

untuk menyimpulkan sesuatu.

2 | P a g e

Page 3: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Sejarah Ilmu Mantik

Sejarah mantik klasik bermula sejak kurun ke 6 sebelum masehi lagi.

Seperti tokoh-tokoh yang menggunakan ilmu mantik dalam pemikiran

logik dan kritis dalam kajian mereka.

Contohnya seperti Helakleitos yang dilahirkan di Ephesos pada

tahun 540 sebelum masehi dan meninggal pada tahun 489 sebelum

masehi. Beliau menggunakan akal pemikiran yang logik untuk mengkaji

kuasa yang menguasai hukum dunia dan segala yang menyebabkan

berlakunya perubahan sesuatu unsur.

Pada kurun ke 6 timbul lagi ahli pemikiran logik iaitu Pythagores.

Beliau dilahirkan pada 580 sebelim masehi dan meninggal pada 500

sebelum masehi. Beliaulah yang mencipta Teorem Pythagores yang

banyak digunakan dalam ilmu matematik.

Teori itu digunakan untuk mencari keluasan atau panjang segi tiga

sekiranya dua sisi yang lain diketahui jumlahnya. Selain itu beliau juga

mencipta Akas Pythagores digunakan untuk menentukan segi tiga itu

berbentuk tegak atau tidak.

Theorem Pyhtagores itu diserap ke dalam kaedah al-qiyas dimana

al-qiyas adalah kata-kata yang tersusun daripada dua ayat dan

menyebabkan terbentuknya ayat ketiga sebagai keputuan atau

natijahnya. Contohnya : ayat pertama : Alam ini berubah-ubah. Ayat

yang kedua : Setiap yang berubah baru. Maka terjadilah kesimpulannya

atau natijah bahawa alam ini baru.

Akas Pyhtagores pula digunakan dalam kaedah al-Aks. Al-Aks

adalah mengeluarkan sesuatu hukum dengan cara menterbalikkan

hukum yang sedia ada seperti sebahagian buah-buahan sedap rasanya

3 | P a g e

Page 4: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

kemudian menggunakan kaedah al-Aks dijadikan hukum yang baru

menjadi sebahagian yang sedap rasanya ialah buah-buahan.

Kemudian muncul pula Socrates. Beliau dilahirkan di Athens pada

tahun 469 sebelum masehi dan meninggal pada tahun 399 sebelum

masehi. Beliau adalah seorang ahli filsafat Yunani yang terkemuka dan

terdahulu pernah dilantik sebagai salah seorang mahaguru di

Athens.Beliau menggunakan ilmu mantik dalam ilmu perdebatan dan

penghujahan.

Selain itu, beliau juga menggunakan pemikiran yang logik dalam

memikirkan fenomena alam dan cakerawala dan akhirnya membuat

kesimpulan bahawa adanya pencipta alam ini dan dari hasil itu beliau

menyeru supaya mempercayai bahawa hanya ada satu tuhan yang

wujud.

Beliau menggunakan ilmu mantik dalam ilmu perdebatan dan

hujah dalam menegakkan pendirian dan pendapatnya. Ianya digunakan

untuk menentang hujah golongan Sufustaiyyun yang banyak

menggunakan kepakaran berdebat, lafaz serta bahasa yang

mengelirukan sebagai perisai dan senjata mereka. Sufustaiyyun ialah

sekumpulan masyarakat Athen yang menyebarkan kepada orang ramai

pemikiran yang tidak baik dan mengasaskan pengajian/pendekatan

mereka berdasarkan pemikiran yang menolak kebenaran. Objektif

tindakan mereka itu adalah untuk menghancurkan kerajaan

Yunani/Greek dan aqidah agama mereka.

Kemudian timbul pula Plato lahir pada tahun 427 sebelum masehi

dan meninggal pada tahun 347 sebelum masehi), yang merupakan anak

4 | P a g e

Page 5: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

murid kepada Socrates. Beliau meneruskan ilmu hujah Socrates. Beliau

menggunakan kaedah al-jadal untuk mematikan hujah dan pendapat

golongan Sufustaiyyun yang berdasarkan penilaian pancaindera dan

akal. Beliau juga berdebat dengan golongan Sufustaiyyun yang

menggunakan bahasa yang mengelirukan untuk memesongkan

pemikiran masyarakat.

Pada kurun ke 4 sebelum masehi, mengikut pendapat-pendapat

yang masyhur kaedah dan ilmu mantik telah disusun dan diasingkan

oleh Aristotle. Beliau dilahirkan di kota Istaghyria, Macedonia, Athens

pada tahun 384 sebelum masehi dan meninggal dunia pada tahun 323

sebelum masehi di Kalkis. Beliau mengemaskinikan kaedah yang sedia

ada dan telah mengumpulkan dalam kitabnya Organon. Oleh kerana

itulah beliau mendapat gelaran sebagai ‘Guru yang pertama’.

Dalam kitab mantik atau organon tersebut mengandungi pelbagai

ilmu iaitu Categoreai, Peri Hermenies, Analytica, Priora, Analytica

Posteriora, Topica, Sophistica dan Rhetorica. Selain itu beliau juga

membuat karya dalam bidang ilmu pengetahuan seperti al-Maqulat, al-

Jadal, al-Khitabah, Metafizika, al-Siyasah dan al-Nafs.

Namun melalui fakta ini dapat diketahui bahawa Aristotle bukanlah

orang yang pertama mencipta ilmu mantik. Beliau hanya bertindak

sebagi penyusun dan menyatukannya disamping menambah teori-teori

yang baru.

Melalui penyusunan inilah ilmu mantik telah berkembang menjadi

satu kaedah yang digunakan untuk mencari bukti, berhujah dan

seterusnya membuat kesimpulan yang berdasarkan akal dan pemikiran

yang betul. Melalui menyusunan ini juga kitab Organon telah menjadi

ikutan para ilmuwan barat dan juga islam.

5 | P a g e

Page 6: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Sejarah mantik moden lahir hasil daripada perkembangan dan

pembaharuan yang dilakukan oleh para saintis yang menggunakan

kaedah ilmiah dan saintis moden. Mantik moden berkembang oleh

kritikan oleh para ilmuwan dan saintis terhadap mantik klasik yang

menumpukan kepada teori klasik khasnya mantik Aristotle.

Contohnya dalam penggunaan kaedah al-qiyas untuk membuat

kajian secara umum kemudian membuat kesimpulan secara khusus.

Kesimpulan yang dihasilkan oleh Aristotle melalui konsep al-qiyas

masih belum menghasilkan keputusan yang menyakinkan kerana beliau

membuat kajian secara umum sahaja kemudian membuat keputusan

secara khusus tanpa melakukan percubaan kebenaran teori itu.

Saintis moden juga mengkritik al-Istiqra’al-Tam dalam mantik

klasik. Al-Istiqra’ al-Tam ialah membuat kajian dan penelitian terhadap

benda tertentu secara khusus atau satu persatu dan membuat

kesimpulan secara umum. Contohnya : seseorang pengkaji menjalankan

kajian untuk mengetahui kebolehan menulis dan membaca bagi pelajar

darjah 1 Saint’s Angelas. Untuk mengetahuinya maka pengkaji tersebut

membuat kajian keatas setiap pelajar dan mendapati bahawa mereka

mampu menulis dan membaca. Kemudian pengkaji membuat

kesimpulan bahawa semua pelajar Saint’s Angelas darjah 1 mampu

menulis dan membaca.

Walaupun konsep al-Istiqra dapat menghasilkan keputusan yang

menyakinkan tetapi konsep ini hanya dapat digunakan dalam kes yang

tertentu sahaja serta dalam skop yang terhad. Ianya tidak dapat

digunakan dalam semua bidang dan peggunaannya juga tidak dapat

dipraktikkan dan terbatas. Oleh kerana itu lahir saintis untuk membuat

6 | P a g e

Page 7: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

kritikan dan perubahan terhadap kaedah mantik klasik yang berdasarkan

teori dan memperkenalkan metod moden iaitu al-Istiqra’ al-Ilmy.

Teori dan mantik Aristotle pada kurun ke 4 sebelum masehi juga

turut dipertikaikan setelah lahir perkembangan ilmu sains serta

penyelidikan moden yang menekankan teori, penciptaan alat-alat moden

serta konsep percubaan saintifik. Contohnya teori Aristotle yang

mengatakan bumi ini dikililingi oleh matahari dan planet-planet lain. Ini

adalah kerana pada zaman beliau belum lagi tercipta teropong atau alat-

alat yang moden.

Metod mantik klasik Aristotle juga mendapat kritikan saintis dan

mantik moden kerana mantik klasik lebih bercorak teori dan penilaian ke

atas kesimpulannya dibuat melalui akal pemikiran dan juga pengalaman

supaya berfikir dengan benar. Para saintis dan mantik moden

berpendapat bahawa metod lama tersebut tidak lengkap dan tidak boleh

diikuti sepenuhnya.

Setengah keadaan juga metod mantik klasik yang berasaskan

teori sahaja tidak dapat menghasilkan keputusan yang memuaskan

seperti perbandingan kemuluran serta kadar pengaliran haba daripada

berbagai jenis logam seperti besi, perak, emas dan tembaga tidak boleh

melalui teori sahaja. Ianya hendaklah dilakukan kajian dan penelitian ke

atas logam tersebut tidak cukup sekadar mengetahui melalui teori

sahaja. Keputusan yang diperolehi melalui ujian praktikal terhadap

semua logam akan menghasilkan keputusan yang tepat. Dimana emas

adalah pengalur haba yang terbaik berbanding besi, perak dan

tembaga.

7 | P a g e

Page 8: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Perkembangan Ilmu Mantik di dalam dunia Islam

Perkembangan iImu mantiq dalam masyarakat Islam telah pun lahir

seiring dengan perutusan Nabi Muhammad S.A.W lagi dengan turunnya

wahyu Allah S. W. T untuk di beritakan kebenarannya kepada umat

islam sejagat.

Perkembangan Ilmu Mantik di dalam Dunia Islam pada saat ini

memang begitu pesat, sehingga banyak dipelajari dan diterapkan oleh

banyak kalangan manusia. Khususnya sebagai dasar dalam berfikir

yang sesuai dengan kaedahnya. Hal itulah yang perlu dititikberatkan,

Walaupunbegitu masih banyak orang yang kurang memahami Ilmu

mantik itu sendiri. Sehingga tidak sedar bahawa kita sudah melakukan

suatu kesalahan.

Dalam dunia Islam, Ilmu mantik sudah di kenal begitu lama.

Karena islam itu sendiri adalah lawan dari jahiliah. Adapun jahiliah tidak

mengetahui hakekat Allah S.W.T dan juga selalu tidak mengikuti yang

diturunkan oleh Allah S.W.T, adapun Islam itu sendiri mengenal hakikat

Allah dan mengetahui konsepnya. Dari itusemua, hendaklah sejarah

Islam di jadikan sebuah kesempatan yang sangat baik untuk digunakan

mengkaji Islam itu sendiri.

Sehubungan itu juga, Ilmu mantik berkaitan dengan dunia Islam.Ini

karena kalau kita pahami, dari asal Ilmu mantik memiliki ikatan,

walaupun dalam dunia Islam terdapat banyak aliran-aliran yang

berpedoman pada madzhabnya masing-masing.

Perkembangan Ilmu Mantik di dalam dunia BaratPerkembangan logika Barat berawal dari masalah teosentris yang

sangat berbalik arah dengan perkembangan mantik di Arab-Islam.

8 | P a g e

Page 9: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Pertemuan pemikiran Aristoteles dengan iman kristiani menghasilkan

banyak pemikiran dan falsafah penting. Mereka sebagian besar berasal

dari dua cendikawan baru yang lahir dalam abad pertengahan, yaitu

Dominikan danFransiskan. Aliran ini dinamakan sebagai Socrates (dari

kata Latin Scholasticusyang berarti guru).

Antara perbincangan ilmu mantik dalam ajaran mereka antaranya

adalah iman-akalbudi, dan Kewujudan Allah , antropologi, etika dan

politik. Mereka berusaha untuk memperlihatkan bahwa iman sesuai

dengan pikiran-pikiran paling dalam dari manusia. Pada masa ini ilmu

yang diajarkan di sekolah-sekolah biasa serta universiti mengikuti

kurikulum tetap yang bersifat berbagai. Dalam dunia Islam, menurut

IbnuRusyd (1198 M.) bahwa ilmu mantik dan agama mempunyai

persamaan, iaitu persamaan peranan kebenaran dalam kehidupan

adalah kebahagiaan manusia. Menurut Siger de Brabant lagi,

menyatakan bahawa agama lebih benar daripada akal, kerana akal

hanyalah akal, yang tidak dapat membatasi agama.

Adapun Ilmu mantik itu, laporannya lebih bersifat mendorong

kepada agama ke pemikiran akal. Pengaruh rasionalitas Aristoteles

terhadap peradaban Eropa secara periodic terbahagi tiga, iaitu pada

permulaan abad Masehi (sekitar abad ke-2 dan ke-3 M.), kemudian

pada pertengahan abad (sekitar abad ke-13 hingga abad ke-16 M.) dan

akhir abad ke-19 M. Yang perlu ditekankan di sini, bahwa otoritas gereja

pada pertengahan abad sangat menghegemoni hampir semua wilayah

Eropa dengan mengusun getika rasional sebagai titik tolak pemikiran.

Sehingga wahyu Allah S.W.T seakan dipaksakan untuk memasuki

wilayah akal.

9 | P a g e

Page 10: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Perkara ini telah menimbulkan perpecahan dalam gereja. Mulai

abad ke-12 M, gereja mulai menerjemahkan karya sarjana Muslim yang

berpusat di Spanyol dan Napoli. Orang Yahudi ketika itu banyak

menggunakan penerjemahan kitab doktor, logika, matematika,

astronomi dan filsafat. Buku filsafat pertama yang diterjemahkan adalah

al-Syifa karya Ibnu Sina (1037 M.) yang sangat masyhur kemudian mulai

melebarkan sayap terhadap karya Al-Farabi dan Al- Kindi. Penghasilan

karya-karya tersebut didukung dengan hadirnya Madrasah Paris yang

sedang naik daun sekaligus mendapat restu dari Raja Philip dan

Agustus.

Pada ketika itu, Arestotle telah membuktikan denan mencipta ilmu

mantik dan mengambil langkah menyusun dan menyatukan teori –teori

baru. Maka, langkah selanjutnya yang diambil adalah menerjemahkan

karya Aristoteles langsung dari buku Yunani, dan hal itulah yang banyak

membantu Thomas Aquinas dalam pembaruan gereja. Di sinilah awal

permulaan terbaginya madrasah Eropa menjadi empat pusat keilmuwan,

yaitu madrasah Agustine, Dominika, Rasional Latin dan Oxford.

Kesimpulan Akal adalah kurnia Allah kepada manusia sahaja dan tidak kepada

makhluk yang lain. Dengan adanya akal pemikiran maka manusia dapat

memahami sesuatu yang belum diketahui lagi ataupun memahami yang

sudah diketahui tetapi memahaminya dengan lebih mendalam lagi

maupun tentang dirinya sendiri ataupun hakikat alam dan rahsia yang

terkandung di dalamnya.

Dengan adanya akal yang dikurnia oleh Allah manusia menjadi

makhluk yang unik yang sentiasa berfikir sepanjang hayatnya sesuai

10 | P a g e

Page 11: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

dengan kemampuan berfikir yang dimilikinya. Manusia yang berilmu

sesuai dengan tingkatan ia berfikir.

Walaubagaimanapun manusia berfikir ianya tidak selalunya benar

walaupun menggunakan akal. Hasil pemikirannya juga boleh salah

meskipun ia bersungguh-sungguh mencari jawapan yang benar. Ini

boleh berlaku tanpa perlu disengajakan, jika hal ini terjadi maka dia

mengetahui pengetahuan yang salah walaupun ia sangat yakin dengan

kebenarannya.

Untuk mengelakkan manusia berfikir dengan salah adanya

pengetahuan tentang ilmu mantik ini dapat membantu manusia supaya

berfikir dengan menggunakan kaedah-kaedah dan juga metod-metod

yang betul.

Dengan adanya pengetahuan tentang ilmu mantik juga dapat

menajamkan dan mengembangkan pemikiran melalui latihan berfikir dan

menganalisa seta menguraikan sesuatu masalah secara ilmiah.

Bibliography

11 | P a g e

Page 12: Kertas kerja sejarah dan perkembangan ilmu mantik

Sejarah den Perkembangan Ilu Mantik

Ab., L. M., & Rosmawati, A. @. (November 2009). Pengantar Ilmu Mantik. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Prof. Dr. H., B. A. (2012). Ilmu Mantik Teknik Dan Dasar Berfikir Logik. Jakarta: Radar Jaya Offset.

12 | P a g e