perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

25
PERKEMBANGAN ILMU FIZIK DALAM SEJARAH TAMADUN ISLAM DISEDIAKAN OLEH: MURNIANA SHAZWEN SHAFIEN SITI BASYIRAH AWANG

Upload: murniana-shazwen

Post on 21-Nov-2014

2.774 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

PERKEMBANGAN ILMU FIZIK DALAM

SEJARAH TAMADUN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:MURNIANA SHAZWEN

SHAFIENSITI BASYIRAH AWANG

Page 2: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Fizik {dari Yunani Fusikos (phusikos): semulajadi, Fizik (fysis): Alam semulajadi} – adalah sains

mengenai alam dalam bentuk am. Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan

radiasi.• Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik

yang mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza.

• Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji.

• Fizik terdapat dalam kimia iaitu mekanik kuantum, termodinamik, dan keelektromagnetan.

Pengenalan

Page 3: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Takrif Fizik moden – kajian mengenai jirim dan tenaga. Maksud fizik, mempunyai hubungan antara fizik barat

dan islam klasikal dari segi metodologi. Tapi dinafikan oleh sejarah sains barat.

Fizik adalah teras sains moden dan kini dikenali sebagai sumber sains nuklear dan sumber sains elektronik.

• Menurut Khalijah Mohd Salleh (1984), ilmu fizik merupkan satu cabang ilmu berkenaan dengan jasmani (alam fizik), sifat-sifat benda alam itu dan tindakan bersaing antara benda itu.

• Perkataan fizik adalah daripada urutan perkataan ‘physis’ yang beerti tabi’i.

Page 4: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

تعالى :قالعمل من تعلمون وال قران من منه تتلوا وما شأن في تكون وما

من ربك عن يعزب وما فيه تفيضون اذ شهودا عليكم كنا االوال ذلك من اصغر وآل السمآء فى وال االرض فى ذرة مثقال

مبين كتب فى اال اكبر

‘tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak pula yang lebih kecil dan tidak yang lebih besar dari itu melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)’. (Yunus;61):

Teori Fizik: Mekanik Klasik, Elektromagnetik, Termodinamik

dan Mekanik Statik, Mekanik Kuantum dan Teori Relativiti.

Page 5: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Seseorang dikatakan memahami fizik apabila tahu sedikit tentang mekanik statik dan dinamik, keelektrikan, kemagnetan, gelombang, optik, keaktifan, termodinamik dan mekanik kuantum.

Dalam tradisi sains islam, mengkaji fenomena alam tabii secara kualitatif dan kuantitatif.Antara bidang-bidang utama pada zaman awal tamadun islam mekanik, hidrodinamik, hidrostatik dan kajian ke atas sifat-sifat fizik air. Ilmu fizik telah lama wujud dalam tamadun sebelum islam seperti tamadun babilon, Mesir Kuno, Parsi, Hindi, dan China.

Page 6: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Fizik Yunani Bermula dari zaman falsafah Milesian hingga ke zaman Aristotle. Kemunculan Plato menekankan pendekatan fizik yang dikenali sebagai paradigma simbolik atau matematikal (bersifat kuantitatif). Manakala Aristotel menekankan kepentingan ilmu fizik empiris (bersifat cerapan) yang menggunakan kaedah kualitatif. Kemudian dikembangkan oleh tokoh-tokoh hellenistik seperti Euklid dan Ptolemi yang menggunakan model geometri. Leusippus dan Demokritus menghuraikan fenomena fizik alam tabii dari sudut paradigma mekanistik dan bukan teleologi.

Page 7: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Pengaruh Yunani pada tahap awal pengasasan Fizik

Tahap pertama –tahap penterjemahan (dari bahasa yunani ke bahasa arab).

Paradigma utama pada masa itu ialah paradigma fizik Organik (Aristotle), Simbolik (Pitagoras-Plato/Neo-Platonik) dan naturalistik atau mekanistik (Leusippus/Demokritus).

Terjemahan ini dilakukan oleh tokoh bukan islam terutamanya dari kaum Nasrani dan Sabian.Al-Kindi cuba mengemukakan konsep fizik yang selari dengan islam tetapi usaha ini dianggap terpencil.

Page 8: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Sumbangan Asli Ibnu Sina telah membina 1 paradigma fizik yang berjaya mengintegrasikan ajaran2 Aristotle dan Plato.

Beliau cuba menyesuaikan paradigma beliau dengan ajaran2 pokok islam.

Usaha ini dapat diketahui dalam karya-karya beliau seperti Oriental Philosophy atau falsafah ketimuran.

Tetapi al-ghazali telah mengkritik unsur-unsur tertentu dalam karya Ibn Sina.

Page 9: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Paradigma Fizik Utama dalam Sains Islam

i) Paradigma Mekanistik/ Dahriyun• terbahagi pada 2 i) dahriyun atomisme

ii) dahriyun kuantitatif• Dahriyun Atomisme - didukung oleh glgn muktazilah - menekankan bahawa semua kejadian fizik / tabii

adalah terdiri daripada jisim. - ini berbeza dengan pandangan fizik al-Asy’ariah,

sebab pandangan atomisme ini menekankan kausaliti sekunder.

Page 10: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Dahriyun Kuantitatif

Paradigma ini menekankan kajian alam tabii berdasarkan ujikaji dan model-model matematik kuantitatif.

Tokoh2 ialah al-Biruni dan Ibn Haitham.

Sebagai contoh:Ibn Haitham membuat sumbangan yang banyak dalam

teori gerakan seperti teori inersia dan optik.menggunakan pendekatan analisis halaju segiempat ke atas

permukaan pembiasan.Iaitu mendahului Isaac Newton.

Page 11: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Paradigma Fizik Tabi’iyun

Menurut al-farabi: paradigma fizik tabi’iyun ini ialah kajian mengenai jisim tabii dan a’rad di dalamnya.

Al-Kindi :pengetahuan mengenai jisim tabii dan ia adalah pengetahuan jisim dalam pergerakan.

Segala proses fizik alam tabii didorong oleh prinsip teleologi iaitu perubahan bermatlamat.

Page 12: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Paradigma Illahiyun

Alam tabii adalah ruang yang menampung pelbagai jenis simbol bagi hakikat yang lebih tinggi. Alam ialah projeksi realiti atau kesempurnaan yang wujud di luar alam fizik itu sendiri. Ilmu fizik ialah ilmu yang mengklasifikasikan simbol tersebut dan menterjemahkan ke dalam kerangka prinsip yang lebih tinggi. Fenomena alam tabii bukan lagi menjadi data atau proses simbolik bagi hakikat yang lebih tinggi.

Page 13: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri al-Misri.

Bahasa Arab: , بن الحسن بن الحسن علي ابوهیثم :Parsi ,الهيثم Latin: Alhacen atau ,ابنAlhazen.

Di Barat dikenali sebagai Alhazen, Avennathan dan Avenetan.

Digelar Bapa Ilmu Optik Moden oleh dunia Islam. Ptolemaeus Secundus (Ptolemy II) atau "Ahli fizik" pada abad pertengahan Eropah.

Kitab Al-Manazir (Book of Optics), yang ditulis pada 1011-1021M.

Meninggal ketika usia 74 tahun.

Ibn Haitham

(965M di Basra-1039M di Kaherah)

Page 14: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

OptikMenjelaskan sistem penglihatan

bermula dari fungsi saraf (otak) hingga fungsi mata (konjungtiva, iris, kornea, lensa).

Dikembangkan oleh Ibnu Firnas di Sepanyol dengan mencipta kaca mata.

Mencetuskan teori lensa pembesar yang digunakan saintis (Italy) untuk menghasilkan kaca pembesar pertama di dunia.

Page 15: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Kamera Obscura &Lubang Jarum. Ibnu Al-Haitham bersama

Kamaluddin Al-farisi berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera Obscura.

Penemuan bermula ketika mempelajari ilmu gerhana matahari.

Membuat lubang kecil pada dinding supaya bayangan matahari yang kurang jelas dipantul melalui permukaan datar.

Page 16: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Sumbangan Teori hukum pembiasan (fenomena

atmosfera), teori penglihatan (optik), cermin kanta cekung dan kanta cembung dan teori biasan cahaya.

Mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang, imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting

Menganggap bukan mata yang memberi cahaya, sebaliknya benda yang dilihat itu yang memantulkan cahaya ke mata (menolak teori Ptolemy dan Euclid).

Page 17: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Berjaya menyusun sumber cahaya yang berbeza dan memantulkan keseluruhan gambar dari luar ke dalam bilik skrin dengan kamera obscura.

Mengembangkan teori unjuran titik cahaya dari permukaan objek untuk membentuk sebuah gambar pada skrin.

Menyiasat meteorologi pelangi, ketumpatan atmosfera dan fenomena angkasa (gerhana, senja, cahaya bulan).

Mendapati celestial sphere tidak terdiri daripada bahan pepejal, dan langit kurang padat daripada udara.

Page 18: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Menggambarkan kawasan penglihatan, struktur mata, pembentukan citra di mata, dan sistem visual.

Menggambarkan kelajuan cahaya terhad dan diperbuat daripada zarah-zarah. Mendapati cahaya bergerak lurus.

Mengurangkan cahaya yang dipantulkan dan sinar dibiaskan menjadi komponen menegak dan melintang (hukum snell sinus).

Mengembangkan konsep momentum, teori bilangan, rumus segiempat (Teorem Wilson) dan teori geometri optik.

Page 19: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Al-Biruni (973 Kath, Khwarazm -

1048M Ghazni

Abu al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni.

Parsi: بیرونی احمد بن محمد ابوریحان

Dikenali sebagai Alberuni, Al Beruni atau varian.

Mahir bahasa Parsi, Arab, Sanskrit, Prakrit, Yunani, Barbar, Hebrew dan Syria.

Kitab Al-Athar Al-Baqiyah ‘An Al-Qurun Al-Khaliyah.

Meninggal ketika usia 75 tahun di Afghaniztan.

Page 20: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Sumbangan Membincangkan dan menganalisis konsep asas

fizik (graviti, jirim, ruang dan gerakan bumi). Membincangkan teorem astronomi,

trigonometri, solar, lunar dan pergerakan planet.

Menetapkan latitud dan longtitud bumi secara tepat serta menaksir ukur lilit bumi.

Memperkenalkan kaedah garis sudut yang tidak mampu diselesaikan menggunakan pembaris dan kompas sahaja.

Page 21: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Different phases of the moon

Celestial mekanik, eksperimental mekanik, teori mekanik dan optik.

Menulis teori unjuran pemetaan, kartografi, refraction, warna dan optik.

Orang pertama (bersama Ibn al-Haytham) mendalilkan bahawa kelajuan cahaya terhad. Kelajuan cahaya jauh lebih cepat daripada kelajuan bunyi.

Page 22: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Teori refraction; sesuatu benda boleh dilihat kerana ia memantulkan sinar kepada mata (menolak pendapat Euclides dan Ptolemies).

Mendapati ada graviti di dalam benda-benda langit dan celestial sphere (mengkritik Aristoteles).

Mendapati bunga ada 3,4,5,6 atau 18 kelopak dan tidak ada 7 atau 9 kelopak.

Penentuan ketumpatan 18 jenis batu (Kitab al-Jamahir).

Mengukur ketumpatan cecair, merekodkan perbezaan berat antara air tawar dan air masin, antara air panas dan air sejuk.

Page 23: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Tokoh-tokoh lain Abu Barakah al-Baghdadi

(1077-1165M)– Mengkaji masalah

pecutan jasad terjatuh dan terluncur.

– Memikirkan konsep masa. Ibnu Musa - Membuat kajian terhadap

mekanik serta binaan geometrik.– Karya terunggul hiyal

banu Musa.

Suhrahwadi

– Pengasas teori cahaya termasuk gerakan dan kepantasan cahaya.

– Berpendapat bumi dan planet mematuhi hukum yang sama.

Page 24: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Abdul Rahman al-Khazini– Bekerja dalam bidang

mekanik dan hidrostatik.

– Kitab Mizan al-Hikmah (Neraca Kebijaksanaan) tentang kajian pusat graviti.

– Menggunakan hasil kerja Archimedes, al-Nairiai dan al-Biruni. Jadual mekanik cyclopedia 1728

Page 25: Perkembangan ilmu fizik dlm sejati& tokoh

Kesimpulan • Tradisi fizik Islam pada dasarnya mengutamakan pendekatan

yang mengimbangkan penekanan penghuraian kuantitatif dan kualitatif.

• Pertembungan dengan sains Yunani melahirkan tiga paradigma fizik iaitu Paradigma Mekanistik/ Dahriyun, Tabi’iyun dan Illahiyun.

• Pendekatan fizik Islam bukan monolitik dan bersifat beku, bahkan terdapat kepelbagaian dinamik yang jelas terbayang dalam amalan dan pandangan ilmiah tokoh-tokoh Sains Islam.

• Ibnu al-Haitham dan al-Biruni antara tokoh fizik yang terkenal dengan penemuan dan teori yang dicetuskan oleh mereka sehingga menolak teori barat yang bercanggah dengan konsep asal dalam alam tabi’i.