kertas kerja quartermaster

7
KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER) QUARTERMASTE 1

Upload: zapel

Post on 10-Aug-2015

504 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Quartermaster

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Quartermaster

KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DAN PENJAGAAN

PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER)

QUARTERMASTSAINT JOSEPH

1

Page 2: Kertas Kerja Quartermaster

KERTAS KERJA PROGRAM PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN

(SISTEM QUARTERMASTER)

1. TUJUAN

Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk memohon kelulusan bagi melaksanakan Program ‘PENGURUSAN DAN PENJAGAAN PENGGUNAAN PERALATAN SUKAN (SISTEM QUARTERMASTER)’ yang akan dijalankan oleh Kelab Olahraga, SK St. Joseph Johor Bahru kepada murid-murid sekolah ini.

2. TAKRIFAN

a. Sistem Quartermaster merupakan satu sistem pengurusan dan penjagaan peralatan sukan yang melibatkan murid-murid sekolah bagi melatih mereka menjadi seorang pegawai teknikal sukan.

3. LATAR BELAKANG

a. Sistem Quartermaster ini telah lama dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

b. Sistem ini diperkenalkan di sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai sistem pengurusan sukan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan beban guru dalam pengurusan sukan sekolah.

4. OBJEKTIF

a. Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam pengurusan dan penjagaan alatan sukan.

b. Memberi pendedahan kepada murid-murid sistem pengadilan dalam sukan Olahraga balapan dan padang.

c. Melatih murid menjadi pegawai teknikal sukan bagi semua jenis sukan.

d. Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri murid dan kepimpinan bagi setiap pelaksanaan pengurusan sukan di sekolah.

2

Page 3: Kertas Kerja Quartermaster

5. RASIONAL

a. Sistem Quartermaster ini mampu menghasilkan satu sistem pengurusan sukan yang lebih efisien dan teratur.

b. Sistem Quartermaster mempunyai struktur pentadbiran yang sempurna dan teratur serta mempunyai Ahli Jawatankuasa yang berkemampuan untuk melaksanakan program tersebut.

6. KUMPULAN SASAR

30 0rang murid sekolah SK St. Joseph, Johor Bahru. Rujuk lampiran 1.

7. KAEDAH PELAKSANAAN

a. Pelaksanaan program sepakat Bestari dilaksanakan di peringkat Sekolah. Kelab olahraga sekolah perlu melaksanakan program ini sekali setahun bagi memastikan terdapat pelapis bagi murid yang terpilih untuk menjadi Quartermaster.

b. Setiap murid yang terpilih untuk mengikuti program ini akan diberikan kursus sehari bersama pegawai KOAM (Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia).

c. Satu sesi perlantikan bagi pengawas Quartermaster akan dijalankan. Dimana murid akan diberi tag nama quatermaster dan sijil di akhir persekolahan mereka nanti.

d. Pengawas Quartermaster bertanggungjawab untuk memastikan pengurusan dan penjagaan alatan sukan dijaga dengan baik selepas waktu Pendidikan Jasmani dan aktiviti Ko-kurikulum dijalankan.

e. Pengawas Quartermaster bertanggungjawab untuk menjadi pegawai teknikal semasa Kejohanan Sukan Olahraga sekolah dan aktiviti sukan lain yang dipertandingkan di sekolah ini.

3

Page 4: Kertas Kerja Quartermaster

8. PELAKSANAAN SISTEM QUARTERMASTER

Aktiviti kursus Quartermaster ini akan dijalankan selama sehari. Program adalah kerjasama daripada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kelab Olahraga SK St. Joseph, Johor Bahru. Berikut merupakan tentatif program bagi kursus Quartermaster :

7.30 pagi : Pendaftaran murid

8.00 pagi : Taklimat pengenalan Program Quartermaster

10.00 pagi : Rehat

10.30 pagi : Praktikal pengurusan teknikal Olahraga

12.00 tengahari : Taklimat tanggungjawab pengawas Quartermaster

1.30 petang : Rehat

2.00 petang : Taklimat pengurusan peralatan dan stor sukan

4.00 petang : Praktikal pengurusan peralatan dan stor sukan

5.00 petang : Bersurai

9. BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 2 Februari 2013

HARI : Sabtu

MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang

TEMPAT : Dewan Mini SK St. Joseph dan Padang SK St. Joseph

10. PIHAK PENGANJURAN PROGAM

Kelab Olahraga dan Panitia Pendidikan Jasmani

SK St. Joseph, Johor Bahru.

4

Page 5: Kertas Kerja Quartermaster

11. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah Catatan

1 Makanan dan minuman RM 4 per person

RM4 X 30

= RM120

2 Tag Nama Quartermaster RM 2 per unit

RM2 X 30

= RM60

JUMLAH KESELURUHAN RM 180

12. PENUTUP

a. Program Pengurusan Dan Penjagaan Penggunaan Peralatan Sukan (Sistem Quartermaster) diharap dapat meningkatkan mutu pengurusan sukan di sekolah dengan lebih sistematik dan efisien.

Disediakan :

---------------------------------------------

(NOR SAHIDAH BINTI MOHAMAD ALI)SETIAUSAHA SUKANSK ST. JOSEPH JOHOR BAHRU.

5

Page 6: Kertas Kerja Quartermaster

LAMPIRAN 1

BIL NAMA MURID KELAS1 GABRIEL TAN 4K2 SANJAI 4K3 ADAM BIN ABDUL AZIZ 4K4 AQMAL HAFETZ 4K5 NAVVEEN NAIR A/L MANOHARAN 4K6 DHIVEAYSHEON SIVAKUMAR 4K7 MUHAMMAD AZRIZAL BIN MOHD ARES 4H8 NARINDRRA A/L CHANDRASEGARA 4H9 M. MAHATHIR 4H10 L. KEERTAM RAJ 4H11 VISSWAA SUBRAMANIAM 4H12 PHUA YI HANG 4H13 WONG YI JIE 5K14 DINESH MURALI PILLAI A/L MURALITHARAN 5K15 SHEIK IRFAN BIN SAHUBAR SATHIK 5K16 MOHAMED ZIYAAFSER BIN MOHD ZINNNAH 5K17 MUHAMMAD MUQRIZ BIN MOHAMED EZAMBRE 5K18 MITESHRAM NAIDU A/L KALAISELVAM 5K19 AMIR KABIR BIN MD ARIF 5H20 MUHAMMAD HAFIZ DANIAL BIN HARISFADILAH 5H21 ALI MIFDZAL BIN MARZUKI 5H22 MUHAMMAD HILMI BIN JOHARI 5H23 MUHAMMAD HEQMAL BIN ARBAHI 5H24 GURUMOORTHY A/L MAGANDRAN 5H25 FELICZEN AMBROS ANAK DAVID 5M26 MOHAMAD ZIKRI ZAINURRIN BIN MD NADZIRIN 5M27 AKHBAR HANAPI ISMAIL BIN ABDULLAH 5M28 SANJESH A/L PALANI 5M29 GOWRI SHANKAR A/L GUNALAN 5M30 KEVIN SEBASTIAN THOMAS 5M

6