kertas kerja protokol.docx

4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR KERTAS KERJA PROMOSI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KOMUNITI PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN AJK PROTOKOL (PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013) TEMA LESTARI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KONTEKS SELENGGARA KESELAMATAN & KESIHATAN KOMUNITI TARIKH : 22 APRIL 2015 (RABU) MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG TEMPAT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR PROGRAM INI DILAKSANAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KERJA KURSUS PROJEK PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN ANJURAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Upload: thilagess-devarajoo

Post on 19-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PROTOKOL.docx

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJA

PROMOSI PENDIDIKAN KESELAMATAN DALAM KOMUNITI

PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN

AJK PROTOKOL

(PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013)

TEMA

LESTARI PENDIDIKAN KESELAMATAN

DALAM KONTEKS SELENGGARA KESELAMATAN & KESIHATAN KOMUNITI

TARIKH : 22 APRIL 2015 (RABU)

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG

TEMPAT : IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

PROGRAM INI DILAKSANAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KERJA KURSUS

PROJEK PKE3023E PENDIDIKAN KESELAMATAN

ANJURAN

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Page 2: KERTAS KERJA PROTOKOL.docx

1. Pengenalan

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPGKRM) merupakan salah sebuah

institut pendidikan guru yang melatih siswa guru major Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

Kesihatan. Sehubungan dengan ini, pelajar PISMP GSTT S4 PJ SK/SJKT Ambilan Jun 2013

akan melaksanakan kerja kursus projek Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti

bagi memenuhi keperluan kurikulum aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E

Pendidikan Keselamatan.

2. Rasional

Rasional ajk protokol Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah menepati

kriteria pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan. Ini

melibatkan aktiviti mengumpul maklumat, mengorganisasikan maklumat dan pemindahan

pengetahuan tentang aspek perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi

Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti dengan pengisian program yang memberi fokus

kepada aspek-aspek yang berikut, iaitu :-

2.1 Pengurusan dan pelaksanaan promosi dengan sempurna bukan sahaja akan

dapat mencapai matlamat dan objektifnya tetapi juga dapat mengelakkan

pembaziran masa, kos dan tenaga.

2.2 Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap organisasi dan

penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.

2.3 Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang

perancangan dan pelaksanaan promosi.

2.4 Ia dapat juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya

menguruskan Promosi ini dengan cekap, sempurna kemas dan lancar.

2.5 Majlis yang berjalan dengan kemas dapat menaikkan imej dan martabat Jabatan

Pendidikan Jasmani, organisai di mata masyarakat, negara dan dunia.

3. Matlamat

Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti adalah bagi memenuhi keperluan ajk

protokol dari aspek menyelia susun atur kerusi bagi jemputan atau tetamu kehormat di

dalam dewan dan juga menyediakan prosedur menyambut tetamu khas dan

jemputan.Selain itu menyediakan acara sambutan kedatangan tetamu kehormat,

jemputan khas dan segala persiapan untuk keperluan sambutan. Menyambut para

Page 3: KERTAS KERJA PROTOKOL.docx

jemputan, hadirin dan peserta serta mengarahkan mereka ke tempat duduk yang

sepatutnya untuk menjayakan Promosi Pendidikan Keselamatan dalam Komuniti .

4. Objektif

4.1 Memberi pengetahuan asas mengenai kemahiran, tugas, peranan dan fungsi

mengurus promosi.

4.2 Memberi kefahaman tentang amalan terkini dalam pengurusan promosi

4.3 Memberi pengetahuan dan kemahiran perancangan stretegik dalam pengurusan

promosi.

4.4 Mengaplikasikan komunikasi yang berkesan dalam perjalanan acara dan majlis.

4.5 Mempelajari teknik-teknik bagi menjana penampilan diri yang terbaik sebagai

wakil organisasi.

5. Belanjawan

Tiada perbelanjawan untuk ajk protokol.

6 .Jawatankuasa Pengelola

Pengerusi Ajk Protokol: Thilagess A/P Devarajoo

Penolong: : Vegeneswari A/P Kesavan.

7.Penutup

Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komuniti yang dikendalikan oleh pelajar PISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013 adalah suatu langkah pro-aktif demi memenuhi keperluan kurikulum bagi aspek pengukuran dan penilaian kursus PKE3023E Pendidikan Keselamatan. Peluang untuk pelajar menjalani latihan pembelajaran secara amali (hands on) yang melibatkan aktiviti perancangan dan pengurusan bagi pelaksanaan Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam Komunit wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar demi melengkapkan diri dengan ilmu serta maklumat yang terkini dalam bidang Pendidikan Keselamatan serta menjayakan promosi pendidikan keselamatan dalam komuniti dengan berjayanya tanpa sebarang masalah.

Page 4: KERTAS KERJA PROTOKOL.docx

Disediakan oleh,

_______________________________(THILAGESS A/P DEVARAJOO)Setiausaha Promosi Pendidikan Keselamatan Dalam KomunitiPISMP GSTT S4 PJ SK & SJKT Ambilan Jun 2013IPG Kampus Raja Melewar

Disemak oleh,

_________________________________________(TN. SYED ZULKARNAIN BIN SYED MAHAMUD)Penyelaras Kursus PKE3023EJabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan IPG Kampus Raja Melewar

Disahkan oleh,

___________________________________(PN. SURAYA BIBI BINTI A. K. BAPOTTI)Ketua JabatanJabatan Pendidikan Jasmani & Pendidikan KesihatanIPG Kampus Raja Melewar