kertas kerja projek internship

Upload: siowhoon

Post on 10-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

paper work internship

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8

SJKC CHONG HWA RENGIT

OLEH

TAN SIOW HOON

1.0 Pendahuluan

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/tempat bertugas.

Sehubungan dengan itu, kami guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah memilih untuk melaksanakan beberapa projek yang berkaitan dengan komuniti sekolah bagi menjayakan internship yang bermula dari 9 Ogos 2015 sehingga 19 Julai 2012 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil, Sungai Petani Kedah Darul Aman.

Antara cadangan projek yang ingin dilaksanakan ialah membuat mural pada dinding makmal sains 1, mengadakan pameran mini di Pusat Sumber Sekolah dan untuk komuniti sekolah kami akan membantu guru Pendidikan Jasmani untuk mengurus pertandingan sukan/permainan/sukaneka sempena Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Kebangsaan Sungai Pasir Kechil .

2.0 Objektif

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Merancang dan melaksana projek yang berkaitan dengan pengajaran danpembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah .

Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah

Melatih guru-guru pelatih membudayakan aktiviti berpameran bagi pengukuhan serta pengisian kearah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan kehendak sukatan Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep galeri.

Membimbing dan melatih para pelajar berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan dan mengedalikan pameran.

Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan dalam penghasilan mural . Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap pengurusan sukan di peringkat sekolah.

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan projek dan sebagainya.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti.

3.0 Strategi Dan Perancangan Aktiviti :

BILPERANCANGAN AKTIVITITEMPOH MASA

1.MENGHASILKAN MURAL 3 MINGGU

2.MENGADAKAN PAMERAN MINI PENDIDIKAN SENI VISUAL

MY POP UP ARTWORKJARI JEMARI SENI1 MINGGU

3.KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 2012 SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

4PENGURUSAN PERHIMPUNAN HARIAN BERGANTUNG KEPADA PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

4.0 Ahli Jawatankuasa Induk

PENAUNG :TUAN HAJI MUSTAFA BINPENSYARAH PENYELIA : TUAN HAJI HUSSEIN BIN MHD. YUSUFF PENSYARAH PENASIHAT PENYELIDIKAN/PROJEK:PUAN FAUZIAH BINTI HUSSAIN EN.OTHAYAKUMARAN A/L KANDASAMYMENTOR : PUAN RAHIMAH BT HUSSAIN

4.1 Ahli Jawatankuasa Induk Pengelolaan Projek

BIL PROJEK PENGELOLAAN

1.MENGHASILKAN MURALNUR ATIQAH BT MAT SABERINUR FATHIHAH BT MOHAMAD

2.MENGADAKAN PAMERAN MINI PENDIDIKAN SENI VISUAL

MY POP UP ARTWORKJARI JEMARI SENI

GURU PUSAT SUMBERSEK.KEB.SUNGAI PASIR KECHIL

MURID KELAS:3 BERLIAN3 DELIMA3 KRISTAL

3.KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 2012SEMUA GURU DAN MURID YANG TERLIBAT DENGAN KEJOHAHAN SUKAN SEKOLAH

4PEBGURUSAN PERHIMPUNAN HARIANNUR ATIQAH BT MAT SABERINUR FATHIHAH BT MOHAMAD

4.2 Bidang Tugas Pengelolaan Projek

BIL PROJEKBIDANG TUGAS PENGELOLAAN

1.MENGHASILKAN MURAL Memerhati dan memilih kawasan yang sesuai untuk membuat mural.

Membuat permohonan untuk menghasilkan mural kepada guru yang berkenaan.Contonhnya:

Makmal Sains 1 Guru yang terlibat ialah Puan Haslina Che Hat dan lain-lain.

Mencari sumber idea atau ilham yang berkaitan dengan dengan tempat mural yang akan dihasilkan. (Lampiran 1)

Mengenalpasti media yang sesuai untuk menghasilkan mural.

Menghasilkan mural mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan .

2.MENGADAKAN PAMERAN MINI PENDIDIKAN SENI VISUAL

MY POP UP ARTWORKJARI JEMARI SENI Membuat penyelidikan tindakan dan program yang berkaitan dengan Pendidikan Seni Visual mengikut beberapa buah kelas yang telah dipilih

Membuat permohonan dengan pihak Pusat Sumber Sekolah.

Mengumpul bahan-bahan dan karya serta menyenarai kuantiti karya yang akan dipamerkan.

Menyediakan sticker untuk setiap karya yang dipamerkan serta menampal di sebelah kanan bawah karya.

Menghasilkan poster pameran sebagai bahan hebahan kepada setiap murid.

Memastikan rekabentuk pameran adalah menepati ciri-ciri dan kehendak situasi bentuk karya yang dipilih.

Menyediakan alatan rakaman untuk merakam segala aktiviti yang berlansung pada hari tersebut.

Menyediakan kamera untuk mengambil gambar semasa aktiviti

Menyediakan bahan-bahan dokumen yang telah siap untuk pelaporan

3.KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 2012

4PEBGURUSANPERHIMPUNANHARIAN

5.0 Anggaran Kos Perbelanjaan Projek Kos

BILPERANCANGAN AKTIVITIKOS PERBELANJAAN

1.MENGHASILKAN MURAL

2.MENGADAKAN PAMERAN MINI PENDIDIKAN SENI VISUAL

MY POP UP ARTWORKJARI JEMARI SENI

3.KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH 2012SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN

4PENGURUSAN PERHIMPUNAN HARIANTIADA

6.0 Penutup

Diharapkan Seminar Penyelidikan PISMP PSV 3115 Penyelidikan Tindakan II-Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah(Pelaksanaan Dan Pelaporan) akan Berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Kerjasama daripada semua pihak di dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh ;(NUR ATIQAH BT MAT SABERI)Setiausaha Seminar Kajian Penyelidikan Tindakan II

Di semak oleh :(PUAN CHIN SOO FONG)Penyelaras PISMP SEM 8

Di sahkan oleh ;Timbalan Pengarah ,IPG Kampus Sultan Abdul Halim08000,Sg Petani,Kedah