proposal kertas projek

35
Contoh rangka jawapan yang tidak melebihi 10 muka surat Proposal Kertas Projek PELAKSANAAN UNSUR-UNSUR PATRIOTISME DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN LIMA DI DAERAH, SIBU TESIS SARJANA PENDIDIKAN VMIUC 2016/2017 Nama Kad matrik

Upload: yong-yong

Post on 06-Jul-2016

478 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal Kertas Projek

Contoh rangka jawapan yang tidak melebihi

10 muka surat

Proposal Kertas Projek

PELAKSANAAN UNSUR-UNSUR PATRIOTISME DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN LIMA

DI DAERAH, SIBU

TESIS SARJANA PENDIDIKANVMIUC

2016/2017

Nama

Kad matrik

Page 2: Proposal Kertas Projek

Bab 1

1.0 Pengenalan

Pemupukan unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi antara agenda

utama dalam edisi semakan semula sukatan mata pelajaran Sejarah di bawah Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). Penegasan dibuat adalah selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas

Bil.6/1994, agar usaha menanam semangat patriotisme dalam kalangan pelajar perlu dilaksanakan

seperti melalui upacara-upacara menaikkan bendera, menyanyikan lagu Negaraku dan melafazkan

ikrar taat setia yang menjadi intipati keutuhan negara dan kesejahteraan rakyat (Kementerian

Pendidikan Malaysia,1994).

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah

amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan

pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan

kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada

perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan

demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem

pendidikan bagi melahirkan warganegara “glokal” yang bertindak bijak menghadapi cabaran

globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina

negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai

asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu.

Mengikuti Surat Pekeliling 17/2000, Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan

melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan

prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang

menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan

sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi

sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setlap prinsip

yang terkandung dalam Rukun Negara. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta

menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001.

Mengambil iktibar daripada peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, pemupukan dan

penghayatan terhadap unsur-unsur patriotisme kepada generasi baru perlu diberi penekanan utama

agar tragedi yang serupa tidak berulang. Abd. Rahim Abd. Rashid (2004) menyatakan, penegasan

Page 3: Proposal Kertas Projek

terhadap patriotisme sebagai perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara yang

menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan

negara menjadi intipati penting terhadap peneguhan semangat patriotisme tersebut. Sehubungan itu,

sistem pendidikan kebangsaan menjadi landasan tepat dalam memupuk semangat patriotisme di

peringkat asas pembentukan bangsa. Berdasarkan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1961, Jawatankuasa

Kabinet ditubuhkan pada September 1974 untuk mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran

kebangsaan bagi menghasilkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih selain

melahirkan tenaga kerja yang diperlukan oleh negara. Bagi tujuan tersebut, Laporan Jawatankuasa

Kabinet (KPM, 1984) menjelaskan, pendidikan sejarah negara daripada beberapa aspek seperti aspek

politik, aspek ekonomi dan aspek sosial.

Penghayatan terhadap nilai-nilai patriotisme menjadi elemen penting dalam pendidikan

Sejarah bukan sahaja kerana mengandungi unsur dan elemen bagi tujuan sosialisasi politik tetapi juga

unsur dinamis untuk membina semangat, cita-cita dan aspirasi baru untuk pembinaan masa depan

(Abd. Rahim Abd. Rashid, 1999). Dalam hal ini, peranan guru dalam memupuk semangat patriotisme

kepada murid-murid seharusnya tidak dapat disangkal. Guru menjadi pemangkin dalam memberi

bimbingan dan contoh teladan yang baik. Edward dan Fogelman (2000), menyatakan sekolah

memainkan peranan penting mempengaruhi sikap, nilai dan kemahiran sosial selain kerjasama

keluarga, rakan sebaya, media, politik dan agama bagi melahirkan warganegara yang berguna.

Penghayatan dan pemupukan unsur-unsur patriotisme perlu dilaksanakan secara efektif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Tuntuan kurikulum Sejarah agar unsur-unsur patriotisme perlu

dilaksanakan secara terhormat dan penuh penghayatan bagi memastikan warganegara yang bakal

dilahirkan bertanggungjawab, setia terhadap negara dan berjiwa kental bagi kemakmuran,

kesejahteraan dan pembangunan agama, bangsa dan negara.

1.2 Pernyataaan Masalah

Kajian-kajian membuktikan guru-guru menghadapi pelbagai halangan dalam melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran hususunya tentang penggunaan bahan bantuan mengajar, kaedah dan

strategi yang berkesan dan pemupukan nilai-nilai murni. Edward dan Fogelman (2000) umpamanya

menyatakan, ketidakmampuan guru-guru adalah berpunca daripada kurang keyakinan dan tiada

kemahiran selain kurikulum yang terlalu berat. Jaizah Mahamud, Muhd Khairuddin Lim Abdullah

dan Ibrahim Md. Nor (2001) juga membuktikan bahawa guru-guru memerlukan bimbingan dalam

usaha menerapkan unsur patriotisme akibat kelemahan dalam penguasaan kemahiran dan

pengetahuan. Oleh yang demikian, usaha-usaha membantu guru-guru menguasai kemahiran dan

pengetahuan memupuk unsur patriotisme terlebih dahulu perlu dilaksanakan. Kelemahan-kelemahan

ini tentunya akan membatasi matlamat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran khususnya

apabila menyentuh aspek pemupukan unsur patriotisme.

Page 4: Proposal Kertas Projek

Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik (2002) menyifatkan usaha ini merupakan cabaran sengit

yang dihadapi oleh kerajaan. Amat sukar untuk membentuk satu entiti Malaysia kerana terdapat

pelbagaian persepsi dalam kalangan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Dapatan kajian oleh

Universiti Kebangsaan Malaysia (1989) menunjukkan identiti nasional masih kurang berjaya dicapai

walau pun telah membuat pelbagai reformasi pendidikan. Kajian tentang perpaduan yang dilakukan

oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

(1995) di enam buah sekolah mendapati amalan dan pengembangan semangat perpaduan dalam

kalangan guru dan murid masih rendah dan konsep patriotisme juga masih di tahap yang amat rendah.

Patriotisme sering kali diajar secara implisit dan terpisah di sekolah (Davies, 1995; Tan, 1998).

Putman (1998) memperlihatkan guru Sejarah percaya isu-isu berhubung patriotisme memainkan

peranan yang penting dalam pendidikan Sejarah Amerika walaupun kebanyakan mereka tidak

mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan patriotisme dalam pengajaran. Malahan kebanyakan

mereka tidak pasti apakah peranan yang patut mereka mainkan dalam pengajaran dan pembelajaran

Sejarah. Anuar (2001), yang membuat kajian pelaksanaan patriotisme dalam kalangan guru Sejarah di

beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan mendapati 76% guru tidak bersedia untuk melakukan

penerapan unsur patriotisme semasa pengajaran walaupun menyedari kepentingannya. Mereka lebih

suka memilih nilai-nilai murni yang lain berbanding unsur patriotisme kerana dikatakan senang untuk

diaplikasikan.

Oleh itu kajian tentang patriotisme dirasakan perlu khususnya melalui pendidikan Sejarah

sebab pendidikan Sejarah dianggap elemen utama dalam membina warganegara yang bersatu padu

dan cintakan negara. Pembinaan bangsa dan negara hanya boleh dicapai jika pengetahuan tentang

negara ditanam di jiwa pelajar (Zainal Abidin Wahid, 1998).

1.3 Objektif Kajian

Kajian tentang penerapan dan pemupukan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran pembelajaran

masih giat dijalankan. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk:

i. mengenalpasti peranan guru Sejarah dalam pelaksanaan kurikulum Sejarah bagi memupuk unsur-

unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

ii. Mengenal pasti halangan-halangan yang dihadapi oleh guru Sejarah dalam usaha memupuk unsur-

unsur patriotisme semasaa pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

iii. Mengkaji kesan pemupukan unsur-unsur patriotisme terhadap tingkah laku murid-murid.

iv. Menilai kandungan kurikulum Sejarah dalam memupuk unsur-unsur patriotisme.

Page 5: Proposal Kertas Projek

1.4 Kepentingan Kajian

Berdasarkan kajian yang dijalankan akan memberi panduan dan manfaat kepada pihak-pihak

yang berkenaan mengenal pasti masalah-masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran sekiranya

dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan pemupukan unsur patriotisme dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah. Diharap Pusat Perkembangan Kurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat

Daerah lebih kerap turun padang menangani masalah-masalah tersebut agar matlamat membantu

melahirkan warganegara yang bertanggungjawab akan tercapai.

Selain itu, para guru juga dapat mengambil iktibar tentang peri pentingnya memupuk unsur

patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran kepada murid-murid. Pemupukan unsur patriotisme

ini diharap dapat membentuk generasi masa depan yang berwawasan dan memiliki ciri-ciri

warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai semangat setia negara yang tinggi selain

mengurangkan gejala antisosial.

1.5 Batasan Kajian

Kajian ini adalah merupakan satu kajian tinjauan atau survey dan deskriptif yang terbatas kepada

beberapa perkara berikut;

1.5.1 Kajian yang dijalankan hanya terbatas kepada aspek mengenal pasti peranan guru

melaksanakan kurikulum Sejarah bagi memupuk unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan

pembelajaran Sejarah. Dapatan kajian adalah hasil daripada pandangan guru-guru Sejarah sahaja.

1.5.2 Kajian melibatkan 10 buah sekolah di daerah Sibu sahaja

1.5.3 Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di

Sekolah Menengah daerah Sibu.

Page 6: Proposal Kertas Projek

Bab 2

Tinjauan Literature

Terdapat beberapa kajian telah dijalankan berhubung usaha penerapan dan pemupukan

unsur-unsur kewarganegaraan dan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Ian Davies dan

Evans Mark (2002), dalam kajiannya untuk melihat peranan guru melaksanakan pendidikan

kewarganegaraan di sekolah-sekolah di London mendapati guru-guru berpandangan baik terhadap

pengajaran tersebut. Mereka berpendapat kandungan sislibus patut menumpukan kepada aspek

yang lebih nyata dan melibatkan proses penglibatan dan perubahan tingkah laku murid.

Mohd Jaffar Rais (1998) pula menyatakan hanya 39 peratus guru-guru bersetuju pendidikan

sejarah berkesan memupuk nilai-nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran di Brunei. Ini

termasuklah nilai kesedaran kebangsaan, nilai kesetiaan dan nilai perpaduan. Hal ini berpunca

daripada sikap guru sendiri yang menganggap nilai sejarah ini merupakan satu konsep yang abstrak

dan sukar untuk disampaikan kepada pelajar di samping kurikulum Sejarah yang kurang menekankan

kepentingan nilai Sejarah tersebut.

Kajian Rosnani Hashim (1996) melibatkan seramai 422 orang guru daripada 43 buah sekolah

di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak mendapati guru mempunyai

pandangan positif terhadap usaha menyerap nilai-nilai murni termasuk semangat patriotisme dalam

pengajaran dan pembelajaran. Mereka menyedari pelbagai kaedah, strategi dan perancangan perlu

dilakukan bagi menyerapkan nilai-nilai tersebut biarpun menghadapi masalah melaksananya

berpunca daripada kecetekan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Menurut Nazri Muslim dan Jamsari Alias dalam kajian Patriotisme: Konsep dan Pelaksanaan

di Malaysia mencadangkan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menyedari bahawa patriotisme

penting dalam ketahanan nasional bagi menghalang sebarang bentuk ancaman sama ada dari dalam

atau luar negara. Kerajaan perlu menjadikan patiotisme sebagai agenda negara kerana patriotisme

adalah tunjang kepada perpaduan nasional dan pembinaan bangsa bermaruah. Justeru, beberapa

aspek perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Pertamanya melalui pendidikan. Semangat

patriotisme ini mampu disuburkan melalui pendidikan sejarah, sivik dan kenegaraan Malaysia.

Perbincangannya perlu diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan

sumbangan tokoh-tokoh dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan

negara. Sebagai contoh, para pelajar perlu didedahkan dengan lebih serius sejarah perjuangan

Page 7: Proposal Kertas Projek

menentang penjajah dan penceroboh seperti Tok Janggut, Dato Maharaja Lela, Datuk Sagor, Tengku

Menteri (Ngah lbrahim), Long Jaafar, Leftenan Adnan Saidi, Panglima Salleh Selempang Merah, Syed

Syeikh al-Hadi dan Datuk Onn Jaafar untuk melahirkan semangat patriotisme untuk anak bangsa kini.

Bab 3

Metodologi

3.1 Kaedah Kajian

Kajian ini bersifat tinjauan dan deskriptif bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan idea dengan

menggunakan model mixed methodology design (Creswell, 1994). Empat cara pengumpulan data

digunakan iaitu soal selidik, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Seramai 2 orang guru

Sejarah menjawab soalan soal selidik dan ditemu bual. Selain itu, pemerhatian pengajaran dan

pembelajaran akan dibuat sebanyak 2 kali setiap guru yang mengajar dua tema dari HSP.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 2 orang guru sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan

Tiong Hin, Sibu. Menurut Jorgensen (1989), pengkaji menggunakan peluang, masa dan

persoalan kajian sebagai kriteri pemilihan sampel.

3.3 Instrumen Kajian

Soal selidik digunakan sebagai asas pengutipan data. Ia digunakan untuk mendapat

gambaran umum responden berhubung pemupukan patriotisme dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dua set soal selidik telah dibentuk bagi memastikan ketepatan dan

penjelasan pernyataan yang dikemukakan.

Data dari soal selidik diperhalusi dengan kaedah temu bual di mana temu bual

digunakan untuk mendapatkan data deskriptif dari responden agar apa yang difahami,

difikirkan dan dirasakan oleh responden dapat dikembangkan. Seramai 8 orang guru yang

telah menjawab soal selidik ditemu bual secara berstruktur. Pembinaan item-item dalam

temu bual adalah berdasarkan dapatan daripada soal selidik. Hasil temu bual diperkukuhkan

lagi dengan pemerhatian terhadap pengajaran guru yang telah ditemu bual untuk melihat

proses pemupukan patriotisme semasa pengajaran dan pembelajaran sama ada yang

tersurat atau yang tersirat. Ia juga sebagai satu cara untuk membuat triangulasi dapatan

sedia ada seperti dengan dapatan temu bual dan analisis dokumen. Kesemua responden

Page 8: Proposal Kertas Projek

yang ditemu bual terlibat dengan pemerhatian dalam bilik kelas. Untuk mengukuhkan lagi

dapatan kajian, dokumen seperti SP dan HSP Sejarah Menengah Rendah dan Atas (KPM:

2003), buku teks Sejarah (DBP, 2003), Buku Panduan Guru (DBP, 2003), buku persediaan

mengajar dan tahunan dianalisis untuk melihat pemupukan patriotisme dalam pengajaran

dan pembelajaran.

3.4 Prosedur Kajian

Data kajian ini diperoleh dengan mengutip maklumat yang berkaitan dengan menggunakan borang

soal selidik. Pengkaji memulakan dengan membuat kajian perpustakaan untuk mendapat bidang dan

seterusnya tajuk yang ingin dikaji. Seterusnya pengkaji berbincang tentang tajuk yang hendak dikaji

dengan penyelia. Pengkaji mencari kajian buku rujukan yang berkaitan untuk mengenal pasti tajuk

yang sesuai.

Sebelum soal selidik ditadbirkan, permohonan kelulusan dan kebenaran untuk melaksanakan kajian

daripada Pengarah Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran

Malaysia perlu dilakukan. Permohonan ini dibuat dengan mengisi dua set Borang BPPDP bersama

dengan satu set usulan kajian serta instrumen kajian yang ingin dilakukan.

Borang soal selidik akan diedarkan kepada 10 buah Sekolah Menengah Kebangsaan di sekitar Bandar

Sibu untuk meminta setiap sekolah meminta guru sejarah untuk mengisi borang soal selidik ini.

Semua borang soal selidik yang diedarkan melalui Penolong Kanan Akademik, cara tadbir mengisi

borang ini akan dimaklumkan oleh pengkaji kepada Penolong Kanan Akademik secara bersemuka.

Pengkaji juga akan mengambil kesempatan untuk menemubual dengan setiap ketua panitia Sejarah

daripada 10 buah sekolah ini untuk untuk melihat proses pemupukan patriotisme semasa

pengajaran dan pembelajaran sama ada yang tersurat atau yang tersirat.

Tambahan lagi, pemerhatian terhadap 10 orang guru akan dilakukan terutama dalam proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk meninjau keberkesanan kaedah pedagogi yang

digunakan oleh guru sejarah dalam pemupukan patriotisme seperti yang dihasratkan dalam

kurikulum sejarah.

Page 9: Proposal Kertas Projek

3.5 Penganalisian Data

Data kuantitatif diperolehi dari soal selidik dan bahan dokumen. Statistik peratusan digunakan bagi

menjawab persoalan kajian berdasarkan soal selidik yang digunakan. Huraian bersifat deskriptif

digunakan untuk menghuraikan hasil temu bual yang telah dilakukan. Analisis data pemerhatian juga

dibuat secara manual. Analisis kekerapan dan huraian secara deskriptif digunakan untuk memberi

gambaran tentang pelaksanaan unsur patriotisme dalam bilik darjah.

Page 10: Proposal Kertas Projek

Bibliografi

Abd. Rahim Abd. Rashid, (1999). Pendidikan Sejarah: Falsafah, teori dan amalan. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid, (2004). Patriotisme:Agenda pembinaan bangsa. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Creswell, J. W. (1994). Research Design. Qualitative & Quantitative Approaches. U.S.A: Sage

Publications, Inc.

Davies, I. (1995). "Teaching and Learning about interpretation of the recent European past for the

purposes of developing European citizenship‟. Teaching History. 81. pp 26-31.

Davies,I & Mark, E.(2002).'Encouraging active citizenship'.Educational, Review,54(1),69-78.

Edward, J dan Fogelman,K.(2000).'Citizenship, education and cultural diversity'.dalam Politics,

education, and citizenship. (ed. by Mal Leicester et. al). vol.vi. London: Falmer Press.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran 1979.(1984).Kuala

Lumpur:Kementerian Pelajaran Malaysia.

Loh Kok Wah, F., & Khoo Boo Teik. (2002). Democracy in Malaysia: Discourses and Practices

(eds). Nordic Institute of Asia Studies. Richmond Surrey: Curzon Press.

Mohd Jaffar Hj. Rais (1998). Penilaian guru Sejarah mengenai pencapaian matlamat dan objektif pendidikan sejarah di sekolah menengah di negara Brunei Darussalam. (Disertasi Sarjana Pendidikan , Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Kuala Lumpur)

UKM. (1989). The Process Of National Integration In the Education Setting. Bangi: Fakulti

Pendidikan. UKM

Putman, D. E. (1998). Teaching About Patriotism: An Assessment Of Teacher Attitudes And

Classroom Practices, Tesis Ph.D. yang tidak diterbitkan. University Of Tennessee.

Rosnani Hashim (1996). Penyerapan nilai-nilai murni dalam aspek pengajaran dan pembelajaran KBSM dari perspektif guru, dalam Seminar Kebangsaan penilaian KBSM: Isu dan halatuju strategi ke arah abad ke-21 pada 2-6 September 1996, Genting Highland, anjuran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 11: Proposal Kertas Projek

Soal Selidik

Bahagian A

Soal selidik latar belakang pelajar

Soal selidik dalam bahagian ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan maklumat mengenai latar belakang anda. Sila jawab semua soalan yang dikemukakan dengan jujur, dengan menandakan (X) atau nyatakan jawapan di ruang yang disediakan. Segala kenyataan anda adalah sulit dan akan diproses secara kumpulan. Kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih.

1. Jantina :

(1) Lelaki ( )

(2) Perempuan ( )

2. Etnik

(1) Melayu

(2) Cina

(3) India

(4) lain-lain

3. Agama

(1) Islam

(2) Kristian

(3) Buddha

(4) Hindu

(5) Selainnya (nyatakan)

Page 12: Proposal Kertas Projek

Bahagian B

Dimensi InputSoalan: Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang maklumat yang berkaitan dengan topik yang diajar

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatan

DSPPS 1

DSPPS 2

DSPPS 3

DSPPS 4

B. Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Soalan: Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang maklumat yang berkaitan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatan

DSPPS 1 Tajuk Pelajaran

DSPPS 2 Tajuk kecil

DSPPS 3 Objektif Pelajaran

DSPPS 4 Persediaan Bahan Membantu Mengajar atau peralatan mengajar

DSPPS 5 Set induksi

DSPPS 6 Aktiviti

DSPPS 7 Penilaian

DSPPS 8 tugasan

DSPPS 9 refleksi

Page 13: Proposal Kertas Projek

C. Hasil Pembelajaran

Soalan : Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang maklumat yang berkaitan dengan hasil pembelajaran seperti berikut

Di akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar dapat:

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatan

DSPHP 1

DSPHP 2

DSPHP 3

DSPHP 4

D. Objektif Pelajaran

Soalan : Adakah cikgu telah membuat perancangan dan persediaan tentang maklumat yang berkaitan dengan objektif pelajaran seperti berikut:

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatan

DSPOK1

DSPOK 2

DSPOK 3

DSPOK 4

Pengetua

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanMemberi sumbangan secara peribadi dalam melaksanakan SejarahSentiasa memberi motivasi dalam menjalankan tugasSentiasa peka terhadap peralatan

Page 14: Proposal Kertas Projek

mengajarSentiasa memberi peluang mencuba idea-idea yang baharuBertindak sebagai ketua yang baik dalam memberi idea dan sokonganSentiasa memahami objektif SejarahMemberi keutamaan kepada Sejarah dalam penyusunan Jadual waktuSentiasa mempunyai masa untuk mendengar masalah guru-guru SejarahSentiasa mengkritik pekerja yang lemahSentiasa membuat pencerapan pada guru semasa mengajarPeruntukan kewangan Sejarah digunakan dengan bijaksanaSentiasa memastikan guru-guru Sejarah berada di tahap yang memuaskanMengambil berat dalam segala urusan yang berkaitan dengan Sejarah

Kewangan

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanPerbelanjaan untuk kegunaan Sejarah adalah mencukupi.Peruntukan kewangan untuk Sejarah tidak digunakan untuk urusan lain.Saya sentiasa menyimpan rekod kewangan yang diperuntukan untuk SejarahPembelian barangan Sejarah dikawal oleh pihak sekolah.Pihak sekolah menggunakan wang Sejarah untuk kegunaan rekreasi sekolahPelajar disuruh menyediakan wang sendiri untuk menjalanan sesuatu projekSaya sentiasa menyemak akauan kewangan untuk memastikan ia digunakan dengan banyak.Guru diberi kuasa sepenuhnya untuk membeli peralatan tanpa dihalang oleh pihak sekolah.

Page 15: Proposal Kertas Projek

Kursus Dalam Perkhidmatan

Soalan mengenai Kursus anjuran KPM dan JPN , tidak berkaitan dengan kursus dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanKursus yang saya hadir tidak mencukupi untuk mengajar kesemua topik dalam SejarahSaya sering diabaikan untuk mengikuti kursus Sejarah oleh pihak sekolah dan JPNTenaga pengajar untuk kursus Sejarah tidak cekap dan kurang pengetahuanJanga masa kursus terlalu pendek dan tidak mencukupi untuk mengajar topik kemahiran yang baharuTempat kursus tidak sesuai untuk mengajarPeralatan yang digunakan untuk mengajar tidak mencukupiBahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan tidak mencukupiKursus untuk sesuatu kemahiran itu diadakan lewat dan guru sudah bermula pengajaran di sekolahMemperolehi pengetahuan dan kemahiran diri

Jadual Waktu

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanKombinasi jadual waktu mengajar Sejarah di sekolah saya adalah sesuaiJadual waktu Sejarah diberi keutamaan dalam menyusun jadual waktu sekolahPembahagian Jadual waktu Sejarah dengan mata pelajaran lain dibuat dengan baikGuru Panitia Sejarah dilantik dalam AJK Jadual Waktu

Page 16: Proposal Kertas Projek

Dimensi Proses

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatanmenentukan objektif pembelajaran berkaitan dengan patriotisme dapat dicapai dengan berkesan

memilih pengalaman-pengalaman pembelajaran yang berkesan dalam mengembangkan unsur patirotismemenggunakan kaedah-kaedah yang berkesan dalam memupuk unsur-unsur patriotismemempelbagaikan kaedah-kaedah yang berkesan dalam memupuk unsur patriotisme

memilih pengetahuan-pengetahuan yang relevan dengan pemupukan unsur patriotismemenjelaskan konsep-konsep patriotisme yang melibatkan penghayatan pelajarmembina kemahiran berfikir berlandaskan unsur-unsur patriotisme

memupuk sentimen-sentimen positif berkaitan dengan semangat patriotisme memupuk sentimen-sentimen positif berkaitan dengan semangat patriotismemenggunakan strategi p engajaran yang kreatif dan inovatif untuk memupuk patriotisme

merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses memupuk patriotisme.

menentukan setakatmana matlamat dan objektif pembelajaran berkaitan dengan patriotisme telah dicapai oleh pelajar.meningkatkan kesedaran,kefahaman, dan sensitiviti pelajar mengenai

Page 17: Proposal Kertas Projek

semangat patriotisme.

memilih bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi memupuk unsur patriotismemenggunakan buku Panduan Guru yang dibekalkan dengan berkesan terutama mengenai pemupukan patriotisme.menggunakan bahan-bahan daripada laman web dan internet untuk meransang pembelajaran pelajar berkaitan dengan unsur patriotisme

memilih bahan-bahan yang relevan untuk sesuatu tajuk berkaitan dengan pemupukan patriotisme

melaksanakan dengan berkesan unsur-unsur yang perlu dipupuk dalam pembelajaran seperti yang digariskan dalam sukatan pelajaran.meningkatkan proses pembelajaran reflektif dari pengalaman -pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam buku teks.

mengaitkan unsur-unsur patriotisme yang ditekankan dalam sukatan pelajaran dalam kehidupan sebenar pelajar.

meningkatkan kesedaran dan keinsafan melalui kisah-kisah atau perjuangan yagn bersifat patriotisme dalm pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Pemantauan Kurikulum

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanPencerapan Berkala Pencerapan Panitia SejarahPencerapan Guru KananPencerapan Buku latihan

Page 18: Proposal Kertas Projek

Pencerapan JPN dan Nazir Negeri

Penilaian

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor CatatanSaya mengikuti format penilaian SPM dalam penyediaan kertas peperiksaan Kertas 3 dimasukkan dalam setiap kali peperiksaan sumatifSaya akan membimbing pelajar menjawab pada kertas 3Saya berpandukan format SPM dalam menilai kertas 3Saya akan memberi markah walaupun pelajar tidak menjawab Saya sentiasa semak satu persatu berdasarkan skema jawapan yang diberikan

Persepsi Pelajar terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran guru

Kod Data Perkara Tiada Ada Skor Catatanmenentukan objektif pembelajaran berkaitan dengan patriotisme dapat dicapai dengan berkesanmemilih pengalaman-pengalaman pembelajaran yang berkesan dalam mengembangkan unsur patirotismemenggunakan kaedah-kaedah yang berkesan dalam memupuk unsur-unsur patriotismemempelbagaikan kaedah-kaedah yang berkesan dalam memupuk unsur patriotisme

memilih pengetahuan-pengetahuan yang relevan dengan pemupukan unsur patriotismemenjelaskan konsep-konsep patriotisme yang melibatkan penghayatan pelajarmembina kemahiran berfikir berlandaskan unsur-unsur patriotismememupuk sentimen-sentimen positif

Page 19: Proposal Kertas Projek

berkaitan dengan semangat patriotisme memupuk sentimen-sentimen positif berkaitan dengan semangat patriotismemenggunakan strategi p engajaran yang kreatif dan inovatif untuk memupuk patriotismemerancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif dalam proses memupuk patriotisme.

menentukan setakatmana matlamat dan objektif pembelajaran berkaitan dengan patriotisme telah dicapai oleh pelajar.meningkatkan kesedaran,kefahaman, dan sensitiviti pelajar mengenai semangat patriotisme.memilih bahan-bahan pembelajaran yang sesuai bagi memupuk unsur patriotismemenggunakan buku Panduan Guru yang dibekalkan dengan berkesan terutama mengenai pemupukan patriotisme.menggunakan bahan-bahan daripada laman web dan internet untuk meransang pembelajaran pelajar berkaitan dengan unsur patriotisme

memilih bahan-bahan yang relevan untuk sesuatu tajuk berkaitan dengan pemupukan patriotisme

melaksanakan dengan berkesan unsur-unsur yang perlu dipupuk dalam pembelajaran seperti yang digariskan dalam sukatan pelajaran.meningkatkan proses pembelajaran reflektif dari pengalaman -pengalaman pembelajaran yang disediakan dalam buku teks.

mengaitkan unsur-unsur patriotisme yang ditekankan dalam sukatan pelajaran dalam kehidupan sebenar pelajar.

meningkatkan kesedaran dan keinsafan melalui kisah-kisah atau perjuangan yagn bersifat patriotisme dalm pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Page 20: Proposal Kertas Projek

Dimensi Produk

Persepsi Guru Terhadap Murid1. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan berbangga terhadap negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.

a. menghormati raja dan pemimpin negara

b. menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

c. menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara)

d. kesedaran menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

e. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f. Berbangga dengan sejarah negara.

3. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan semangat setia negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.

A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut

B.Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut

C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut.

D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut

E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut

B. Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut

C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut

D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut

E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

Page 21: Proposal Kertas Projek

a. Kesedaran cinta akan bangsa dan negara.

b. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.

c. sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

d. bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

e. berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.

f. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

g. Bersyukur sebagai warganegaraan Malaysia.

4. Soalan berikut adalah berkaitan dengan usaha memupuk semangat kekitaan. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah, cikgu telah berjaya mencapai matlamat-matlamat berikut dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E.

a. bersatupadu dan berharmoni

b. bertolak ansur dan bertoleransi

c. bekerjasama dan tolong-menolong

d. Hormat-menghormati

e. Bersefahaman dan bermuafakat

f. Muhibah atau semangat bermasyarakat

5. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan membentuk warganegara yang berdisplin. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah cikgu telah berjaya mencapai matlamat -matlamat berikut dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C, D atau E.

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

Page 22: Proposal Kertas Projek

a. membentuk murid-murid berakhlak dan berbudi pekerti mulia.b. meningkatkan kesedaran mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.c. membentuk murid-murid mematuhi peraturan dan undang-undang.d. membentuk murid-murid berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.e. melatih murid-murid bertindak wajar.f. membentuk murid-murid bersifat amanah dan jujur.g. membentuk murid-murid berlaku adil dan bertimbang rasa.

6. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan matlamat pembelajaran Sejarah bagi membina murid-murid supaya berusaha dan produktif. Setakat manakah matlamat ini berjaya dilakukan oleh cikgu melalui pengajaran dan pembelajaran Sejerah. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D dan E bagi menjelaskan jawapan cikgu.

a. membentuk murid-murid supaya rajin dan gigih.

b. memupuk nilai-nilai berdikari.

c. melatih murid-murid supaya tabah menghadapi cabaran.

d. membina sikap murid-murid supaya menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.

e. memupuk semangat berganding bahu membangunkan negara.

f. mendidik murid-murid supaya berilmu dan berketrampilan.

Persepsi murid terhadap hasil pengajaran

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

Page 23: Proposal Kertas Projek

Persepsi Guru Terhadap Murid1. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan berbangga terhadap negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.

a. menghormati raja dan pemimpin negara

b. menghargai jasa dan perjuangan tokoh-tokoh negara

c. menghormati lambang-lambang negara (seperti bendera, lagu kebangsaan, jata negara)

d. kesedaran menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara.

e. menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa

f. Berbangga dengan sejarah negara.

3. Unsur-unsur patriotisme berikut adalah berkaitan dengan semangat setia negara yang perlu dipupuk dalam kalangan murid-murid. Setakat manakah pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dilaksanakan oleh cikgu telah berjaya dihayati oleh murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D atau E yang menjelaskan kesan perubahan tersebut terhadap murid-murid.

a. Kesedaran cinta akan bangsa dan negara.

A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut

B.Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut

C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut.

D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut

E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

A. Kesemua murid menunjukkan nilai tersebut

B. Sebahagian besar murid menunjukkan nilai tersebut

C. Sesetengah murid sahaja menunjukkan nilai tersebut

D. Sebilangan kecil murid menunjukkan nilai tersebut

E. Tiada murid langsung menunjukkan nilai tersebut

Page 24: Proposal Kertas Projek

b. Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.

c. sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

d. bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.

e. berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa.

f. Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara.

g. Bersyukur sebagai warganegaraan Malaysia.

4. Soalan berikut adalah berkaitan dengan usaha memupuk semangat kekitaan. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah, cikgu telah berjaya mencapai matlamat-matlamat berikut dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E.

a. bersatupadu dan berharmoni

b. bertolak ansur dan bertoleransi

c. bekerjasama dan tolong-menolong

d. Hormat-menghormati

e. Bersefahaman dan bermuafakat

f. Muhibah atau semangat bermasyarakat

5. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan membentuk warganegara yang berdisplin. Setakat manakah melalui pengajaran dan pembelajaran Sejarah cikgu telah berjaya mencapai matlamat -matlamat berikut dalam kalangan murid-murid. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C, D atau E.

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

Page 25: Proposal Kertas Projek

a. membentuk murid-murid berakhlak dan berbudi pekerti mulia.b. meningkatkan kesedaran mempertahankan dan menjunjung Perlembagaan Negara.c. membentuk murid-murid mematuhi peraturan dan undang-undang.d. membentuk murid-murid berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.e. melatih murid-murid bertindak wajar.f. membentuk murid-murid bersifat amanah dan jujur.g. membentuk murid-murid berlaku adil dan bertimbang rasa.

6. Kenyataan-kenyataan berikut adalah berkaitan dengan matlamat pembelajaran Sejarah bagi membina murid-murid supaya berusaha dan produktif. Setakat manakah matlamat ini berjaya dilakukan oleh cikgu melalui pengajaran dan pembelajaran Sejerah. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B,C,D dan E bagi menjelaskan jawapan cikgu.

a. membentuk murid-murid supaya rajin dan gigih.

b. memupuk nilai-nilai berdikari.

c. melatih murid-murid supaya tabah menghadapi cabaran.

d. membina sikap murid-murid supaya menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan.

e. memupuk semangat berganding bahu membangunkan negara.

f. mendidik murid-murid supaya berilmu dan berketrampilan.

Protokol temubual dengan Guru

A. Amat berjaya

B. Berjaya

C. Kurang berjaya

D. Tidak berjaya

E. Tidak pasti

Page 26: Proposal Kertas Projek

Soalan-soalan berikut adalah berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran khususnya berkaitan dengan kaedah, strategi dan pendekatan bagi mengembangkan unsur-unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Setakat manakah cikgu bersetuju dengan kenyataan-kenyataan berikut. Bulatkan jawapan cikgu sama ada A, B, C, D dan E bagi soalan 1 hingga 5. Sila tandakan (/) pula di ruang yang disediakan bagi soalan 6 dan 7.

1. Cikgu lebih mementingkan penguasaan fakta dan kefahaman isi kandungan kurikulum Sejarah berbanding dengan pemupukan unsur patriotisme.

2. Amat sukar menentukan kaedah yang sesuai bagi memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

3. Pemupukan unsur patriotisme sukar dilaksanakan kerana memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

4. Buku teks tidak memberi panduan yang jelas bagaimana menggunakan kaedah dan strategi yang sesuai untuk memupuk unsur patriotisme.

5. Oleh sebab unsur patriotisme tidak dinilai dan tidak dijadikan soalan-soalan dalam peperiksaan , maka unsur patriotisme tidak dipentingkan oleh guru-guru.

6. Berapa kerapkah cikgu menggunakan bahan-bahan grafik yang sesuai bagi memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

selalukadang kadangjarang-jarangtidak pernahtidak terfikir

7. Cikgu selalu menggunakan bahan-bahan bacaan tambahan dan sokongan berkaitan dengan unsur patriotisme.

selalukadang kadangjarang-jarangtidak pernah

A. Amat bersetuju

B. Bersetuju

C. Kurang bersetuju

D. Tidak bersetuju

E. Tidak pasti

Page 27: Proposal Kertas Projek

tidak terfikir

Bahagian DSila tandakan (/) pada jawapan yang sesuai dengan cikgu.

1. Adakah usaha memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah penting dilakukan oleh cikgu?

2. Adakah cikgu mendapat panduan yang jelas dan berkesan bagi memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?YaTiada Tidak pasti

3. Adakah cikgu menghadapi masalah dalam melaksanakan usaha memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

amat bermasalahbermasalahkurang bermasalahtidak bermasalahtidak pasti4. Susun secara rangking 1 hingga 7 bagi jawapan-jawapan berikut yang menunjukkan cara-cara cikgu memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengajar memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.Kursus dan seminar anjuran PPD, JPNBacaan sendiriberbincang dengan rakankursus dalaman peringkat sekolahkursus anjuran organisasi lainmerujuk kepada guru pakarmerujuk kepada buku panduan guru

5. Setakat manakah kemahiran dan pengetahuan cikgu memupuk unsur patriotisme dalam mata pelajaran Sejarah?amat baikbaikkurang pengetahuantiada pengetahuan langsungtidak pasti

6. Adakah cikgu mendapat pendedahan pengetahuan dan kemahiran yang berkesan tentang strategi dan pendekatan memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

amat mencukupimencukupikurang mencukupitidak mencukupi langsungtidak pasti

Page 28: Proposal Kertas Projek

7.Bagaimanakah cikgu mengatasi masalah dari segi kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?Pilih satu daripada jawapan berikut.membaca buku pedagogimembaca buku teks panduan guruberbincang dengan guru lainmerujuk kepada guru pakarmenyemak laman web pendidikanbiarkan sahaja

Bahagian EBerdasarkan kurikulum mata pelajaran Sejarah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang dipelajari di sekolah, apakah penilaian cikgu terhadap tema-tema dan topik-topik Sejarah dari segi keberkesanan dan kepentingan ke arah memupuk patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran. Bulatkan jawapan cikgu pada jawapan yang berkaitan.

1. Elemen dan unsur patriotisme dipupuk dengan berkesan dalam setiap topik dan tema mata pelajaran Sejarah.2. Penonjolan tokoh-tokoh sejarah dalam buku teks memberi kesan meningkatkan semangat patriotisme murid-murid.3. Isi kandungan dan pengetahuan sejarah diperkukuhkan dengan unsur-unsur patriotisme.4. Visi dan misi pengajaran Sejarah bagi memupuk patriotisme dapat dilaksanakan oleh cikgu dengan baik dan berkesan.5. Banyak peristiwa penting dalam sejarah yang dipelajari dapat digunakan memupuk dan membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid.6.Cikgu dapat menggunakan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam sejarah untuk memupuk dan meningkatkan patriotisme murid-murid.7. Kebanggaan terhadap negara sentiasa diberi perhatian dalam pengajaran sejarah cikgu dan memberi kesan positif kepada murid-murid.8. Persembahan dan olahan unsur patirotisme dalam buku teks memberi kesan kepada pemupukan unsur patriotisme dalam kalangan murid-murid.9. Guru-guru memainkan peranan penting bagi memupuk unsur patriotisme yang terkandung dalam sukatan pelajaran.10. Kebanyakan unsur patriotisme bersifat abstrak dan mempunyai konsep tersendiri yang sukar difahami dan dilaksanakan.

Bahagian F

A. Amat bersetuju

B. bersetuju

C. Kurang bersetuju

D. Tidak bersetuju

E. Tidak pasti

Page 29: Proposal Kertas Projek

Apakah penilaian cikgu terhadap kurikulum mata pelajaran Sejarah khususnya berkaitan dengan usaha-usaha memupuk unsur patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Bulatkan jawapan pada jawapan yang berkaitan sama ada A, B, C,D atau E.

1. Unsur patriotisme jelas diterapkan dalam buku teks yang digunakan di sekolah.2. Konsep patriotisme yang digunakan kabur untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.3. Unsur patriotisme sukar diintergrasikan dengan pengetahuan dan kemahiran sejarah.4. Kandungan kurikulum yang luas menyukarkan pemupukan unsur patriotisme 5. Latihan pengukuhan yang terdapat dalam buku teks tidak menekankan unsur patriotisme.6. Guru menghadapi masalah penggunaan kaedah yang sesuai untuk digunakan dalam memupuk unsur patriotisme.7. Kebanyakan konsep patriotisme sukar diterjemahkan dan dilaksanakan.8. Pendekatan buku teks yang bersifat menempel unsur patriotisme tidak memberi kesan mendalam kepada pengajaran dan pembelajaran Sejarah.9. Guru menghadapi kesulitan bagaimana mengukur unsur patriotisme telah berjaya dilaksanakan.10. Kesan patriotisme tidak dilihat dari segi perubahan pemikiran, semangat dan tingkah laku murid-murid.11. Kebanyakan guru tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang baik dalam penilaian sesuatu program khususnya berkaitan dengan pelaksanaan unsur patriotisme.

A. Amat bersetuju

B. bersetuju

C. Kurang bersetuju

D. Tidak bersetuju

E. Tidak pasti

Page 30: Proposal Kertas Projek