kertas kerja program ceramah disiplin

9
KERTAS KERJA PROGRAM CERAMAH DISIPLIN SEMPENA BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG , 22000, JERTEH, TERENGGANU. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP SEMESTER 8) TARIKH : 27 JULAI 2011 HARI : RABU 1

Upload: raihan-syazwani-ghazi

Post on 16-Apr-2015

607 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

contoh aktiviti program internship ipg

TRANSCRIPT

Page 1: kertas kerja program ceramah disiplin

KERTAS KERJA

PROGRAM CERAMAH DISIPLIN

SEMPENA BULAN

PENGHAYATAN DISIPLIN 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MOTONG , 22000, JERTEH, TERENGGANU.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

(PISMP SEMESTER 8)

TARIKH : 27 JULAI 2011

HARI : RABU

MASA : 9.00 PAGI – 1.15 PETANG

TEMPAT : DEWAN SRI GEMILANG SK TOK MOTONG

1

Page 2: kertas kerja program ceramah disiplin

1.0 PENDAHULUAN

Masalah disiplin pada masa kini telah menjadi semakin meruncing. Keadaan ini

berlaku sama ada pada peringkat rendah atau menengah. Pelbagai pendekatan telah

digunakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah bagi

menangani masalah ini. Justeru itu, Bulan Penghayatan Disiplin 2011 bakal dilaksanakan

sebagai sala satu usaha membanteras masalah disiplin dalam kalangan murid-murid. Salah

satu aktiviti yang ingin dilaksanakan ialah Program Ceramah Disiplin. Program ini

melibatkan semua ibu bapa dan masyarakat setempat.

Program ini merupakan salah satu wadah dalam merapatkan silaturrahim antara ibu

bapa, guru, masyarakat setempat dan murid-murid. Sikap cakna antara masyarakat mampu

mengurangkan masalah disiplin melalui pantauan dan teguran. Salah satu punca masalah

disiplin di sekolah semakin meningkat adalah sifat tidak ambil peduli dalam masyarakat.

Setiap ahli masyarakat mempunyai peranan tersendiri bagi membantu pihak sekolah

mengurangkan masalah disiplin seperti sebagai ”mata-mata” sekolah untuk memerhatikan

murid-murid apabila berada di luar kawasan sekolah. Oleh itu, program ini menjadi satu

talian secara tidak langsung untuk mencapai objektif Bulan Penghayatan Disiplin 2011.

Pihak sekolah dengan kerjasama guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus

Sultan Mizan (IPGKSM), Besut bercadang mengadakan program ini dengan pengisian

aktiviti pembangunan sahsiah diri serta penekanan kepada rohaniah, jasmaniah dan akliah

sebagai bentang pertahanan diri daripada terjebak dengan kesalahan tingkah laku dan

penagihan dadah.

2

Page 3: kertas kerja program ceramah disiplin

2.0 OBJEKTIF

1. Mendidik peserta menghayati amalan hidup sihat dan terhindar daripada lain-lain

perlakuan negatif.

2. Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan

keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.

3. Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan

mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia.

3.0 ANJURAN

Pihak sekolah dan guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM),

Besut.

4.0 TEMPOH MASA

Tarikh : 27 Julai 2011

Hari : Rabu

5.0 SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 270 orang yang terdiri daripada 133 murid

perempuan dan 137 murid lelaki serta ibu bapa murid-murid tersebut.

6.0 TEMPAT

Dewan Sri Gemilang Sekolah Kebangsaan Tok Motong, Besut, Terengganu.

3

Page 4: kertas kerja program ceramah disiplin

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Jawatankuasa Induk Bulan Penghayatan Disiplin 2011

Penaung :

Puan Hajjah Rangidah binti Jamaludin

Penasihat :

Tuan Haji Yaakub bin Abdul Rahman

Pengerusi:

En. Mohd. Zaid bin Hussain

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)

Timbalan Pengerusi:

Puan Ramelah binti Yusof

Guru Penolong Kanan Pentadbiram

Naib Pengerusi :

Tuan Haji Mokri bin Hasan

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum

Setiausaha:

En. Ahmad Muin bin Ab. Rashid

Pengerusi JK Disiplin dan Pengawas/ JK Adu Disiplin Sekolah

Penolong Setiausaha :

Puan Rozilawati binti Daud

Setiausaha JK Induk Hal Ehwal Murid

Bendahari :

Puan Fazilawati binti Mohd.

Setiausaha JK Disiplin dan Pengawas/ JK Aduan Disiplin Sekolah

4

Page 5: kertas kerja program ceramah disiplin

Jawatankuasa Kerja

Penasihat :

Puan Hajjah Rangidah binti Jamaludin

Pengerusi :

Nurul Izzati binti Mahdi

Timbalan Pengerusi :

1) Siti Salwa binti Mail

2) Azhar bin Rosli

Setiausaha :

Raihan Syazwani binti Ghazi

Penolong Setiausaha :

Hairil Asraf bin Muhamad

Bendahari :

Siti Fatimah Azzahrah binti Mohd Aminuddin

5

Page 6: kertas kerja program ceramah disiplin

8.0 ANGGARAN KEWANGAN

Bil Perkara Item Jumlah

1 Makanan 270 x RM 2.00 RM 540.00

JUMLAH BESAR RM 540.00

Masa Aktiviti

9. 30 pagi Berkumpul di Dewan Gemilang.

10 .00 pagi Ketibaan penceramah jemputan

10.15 pagi Bacaan doa

10.30 –10.45 pagi

Ucapan aluan

10.45 - 12.00 tengah

hari

Ceramah disiplin oleh Ketua Polis Daerah Besut

12.00 - 1. 00 tengah hari

Sesi Soal Jawab 

1.00 - 1.15 tengah hari

Penyampaian cenderahati dan bersurai

9.0 ATURCARA PROGRAM

6

Page 7: kertas kerja program ceramah disiplin

10.0 PENUTUP

Semoga jalinan program secara bersepadu ini dapat memberi manfaat kepada peserta

mahupun organisasi yang terlibat kearah mewujudkan permuafakatan yang berterusan dalam

membenteras masalah disiplin di sekolah. Insya Allah.

__________________________________________________________________________

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... .........................................................

(Raihan Syazwani binti Ghazi) (En. Mohd. Zaid bin Hussain)

Setiausaha, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Program Ceramah Disiplin, Sekolah Kebangsaan Tok Motong,

IPG Kampus Sultan Mizan. Jerteh, Terengganu.

7

Page 8: kertas kerja program ceramah disiplin

Diluluskan Oleh,

…………………………………………………...(Pn. Hjh. Rangidah bt. Jamaludin)

Guru Besar,SK Tok Motong,

22200 Jerteh,Terengganu.

8