kertas kerja program celik huruf

7
PROPOSAL PROJEK INDIVIDU PROGRAM CELIK HURUF 16 Oktober 2015 Disediakan oleh: ERIC SHAM SAMIT GURU PELATIH SK PIASAU KOTA BELUD

Upload: eric-sham-samit

Post on 06-Dec-2015

790 views

Category:

Documents


58 download

DESCRIPTION

Kertas Kerja Program Celik Huruf

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Celik Huruf

PROPOSAL PROJEK INDIVIDU

PROGRAM CELIK HURUF

16 Oktober 2015

Disediakan oleh:

ERIC SHAM SAMIT

GURU PELATIH

SK PIASAU KOTA BELUD

Page 2: Kertas Kerja Program Celik Huruf

1.0 PENGENALAN

Program Celik Huruf merupakan suatu langkah ke arah mendedahkan bentuk

abjad atau huruf kepada murid Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 1. Kemahiran

membaca adalah bermula daripada mengenal, mengecam dan menyebut abjad, suku

kata, perkataan, ayat seterusnya petikan. Aspek pengenalan kepada huruf adalah di

antara isi kandungan yang terdapat di dalam kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu.

Kegagalan murid menguasai kemahiran celik huruf merupakan penghalang kepada

mereka untuk mempelajari serta menguasai kemahiran bahasa yang lebih mencabar.

Untuk memenuhi keperluan ini, maka saya, guru pelatih SK Piasau akan

melaksanakan program Celik Huruf dengan kerjasama guru mentor di SK Piasau, Kota

Belud, Sabah. Program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam mata

pelajaran Bahasa Malaysia serta membantu murid mengenali huruf-huruf sama ada

huruf besar atau kecil.

2.0 OBJEKTIF

Bengkel ini bertujuan untuk:

1) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenali bentuk-bentuk

huruf-huruf sama ada huruf besar atau huruf kecil.

3.0 TEMPAT DAN TARIKH

Tempat : Kelas Harapan

Tarikh : 16 Oktober 2015 (Jumaat)

Masa : 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi (2 Jam)

2

Page 3: Kertas Kerja Program Celik Huruf

4.0 SASARAN PENYERTAAN

Sasaran penyertaan bagi bengkel ini ialah murid Tahun 1 Adil, SK Piasau Kota Belud.

Anggaran jumlah peserta ialah seramai hanya dua orang iaitu Syafiq dan Sharin.

5.0 PENGISIAN PROGRAM

Program Celik Huruf dijadualkan berlangsung pada 15 Oktober 2015. Program ini akan

diisi dengan 3 slot, iaitu:

Slot 1: Mari Menyanyi Lagu ABC

Dalam slot ini, guru mengajak murid untuk bernyanyi bersama lagu ABC. Slot ini

bertindak sebagai set induksi bagi program ini.

Slot 2: Kenali Huruf Kecil dan Huruf Besar

Slot ini bertujuan memberi penerangan dan contoh bentuk serta bunyi tentang

huruf kecil dan huruf besar.

Slot 3: Di mana SAYA? (kad huruf)

Slot ini merupakan aktiviti permainan mencari kad-kad huruf yang

disembunyikan. Selepas murid menjumpai sesuatu kad itu, murid akan ditanya huruf

apakah yang terdapat pada kad tersebut.

Slot 4: Penilaian

Dalam slot ini, murid diberikan ujian pos untuk menilai sama ada murid berjaya

mengenal huruf-huruf yang mereka tidak kenal sebelum ini.

3

Page 4: Kertas Kerja Program Celik Huruf

6.0 TENTATIF PROGRAM

HARI : Jumaat

TARIKH : 15.10.2015

TEMPAT : Kelas Harapan

MASA : Waktu Persekolahan (8.00 Pagi – 10.00 Pagi)

8.00 am

Ketibaan murid

8.10 am

Slot 1: Mari Menyanyi Lagu ABC

8.15 am

Slot 2: Kenali Huruf Kecil dan Huruf Besar

9.00 am

Slot 3: Di mana SAYA? (kad huruf)

9.30 am

Slot 4: Penilaian

9.30 am

Penutupan serta pemberian cenderahati kepada murid

4

Page 5: Kertas Kerja Program Celik Huruf

7.0 AHLI PELAKSANA PROGRAM

Mentor: Puan Hairi Binti Asul

Pengarah Program: Encik Eric Sham Samit

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGASEUNIT(RM)

KOS(RM)

1. Kertas A4 16 5 sen 0.80

2. Cenderahati Peserta 2 5.00 10.00

Jumlah 10.80

9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan agar dapat dijalankan dengan lancar serta mendapat kerjasama

daripada semua pihak yang terlibat untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan oleh

pengarah program.

Disediakan oleh,

...................................................

(ERIC SHAM SAMIT)

GURU PELATIH

SK PIASAU KOTA BELUD

5

Page 6: Kertas Kerja Program Celik Huruf

SEMAKAN DAN PENGESAHAN

Dokumen ini disediakan oleh:

................................................

(ERIC SHAM SAMIT)

GURU PELATIH

SK PIASAU KOTA BELUD

DISEMAK OLEH: DILULUSKAN OLEH:

.................................................

PN. HAIRI BINTI ASUL

Mentor

SK Piasau Kota Belud

Tarikh:

...............................................

PN. BITEH @ BETTY LINGGIN

Guru Besar

SK Piasau Kota Belud

Tarikh:

Cop Sekolah

6