celik kewangan

36
SULIT ELEMEN-ELEMEN DAN STANDARD CELIK KEWANGAN Elemen Celik Kewangan (CK) yang dicadangkan ialah: CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi) CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai) CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan) CK4 - Simpanan dan Pelaburan (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan) CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit) CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan) 1 SULIT Deraf: 3 April 2013

Upload: ruzami-ibrahim

Post on 15-Aug-2015

91 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Celik kewangan

SULIT

ELEMEN-ELEMEN DAN STANDARD CELIK KEWANGAN

Elemen Celik Kewangan (CK) yang dicadangkan ialah:

CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara pendidikan, pendapatan, kerjaya dan potensi pendapatan peribadi)

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai)

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan)

CK4 - Simpanan dan Pelaburan(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan)

CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang(Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit)

CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan)

STANDARD CELIK KEWANGAN

1 SULIT

Deraf: 3 April 2013

Page 2: Celik kewangan

SULIT

CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara

pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

1.1 Menerangkan peranan wang. Tahun 1 - 3Murid dapat:• membezakan jenis wang

(duit syiling dan wang kertas).• mengenal pasti nilai setiap jenis

mata wang Malaysia.• mengira mata wang Malaysia

termasuk duit syiling dan wang kertas.

• menerangkan perbezaan antara ‘barangan’ dengan ‘perkhidmatan’.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• mengenal pasti mata wang yang

berbeza bagi setiap negara. • membandingkan nilai mata wang

Malaysia dengan mata wang negara lain.

• menjelaskan bagaimana wang digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menukar mata wang Malaysia ke mata

wang negara lain.• menjelaskan bagaimana inflasi boleh

mempengaruhi nilai wang dan kuasa membeli.

• mengenal pasti jenis sistem pertukaran yang lain (sistem barter, perdagangan).

1.2 Mengenal pasti sumber pendapatan dan sumber alternatif.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menyenaraikan sumber

pendapatan murid sekolah.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menyatakan pelbagai sumber

pendapatan serta sumber alternatif (daripada pekerjaan atau hadiah) ibu bapa, ahli keluarga, jiran, rakan-rakan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan perbezaan antara

pendapatan yang pendapatan tanpa usaha (hadiah, dividen).

• mengenal pasti sumber pendapatan yang diperoleh dan pendapatan tanpa

2 SULIT

Page 3: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

usaha (contohnya pulangan daripada pelaburan, faedah simpanan atau pendapatan sewaan).

CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya (samb.)- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara

pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

1.3 Mengenal pasti bagaimana pilihan kerjaya, pendidikan, kemahiran dan keadaan ekonomi mempengaruhi pendapatan.

Tahun 1 - 3 Murid dapat:• menghubungkaitkan jenis pekerjaan

dengan pendapatan yang diperoleh.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• mengenal pasti pelbagai pekerjaan

yang terdapat dalam masyarakat dan pendapatan yang berkaitan.

• membezakan antara kerjaya dan pekerjaan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengaitkan

kerjaya, pilihan pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan keadaan ekonomi dapat mempengaruhi pendapatan.

• mengaitkan permintaan terhadap kemahiran tertentu dengan kuasa pendapatan individu

1.4 Menjelaskan faktor yang mempengaruhi pendapatan boleh guna.

Tahun 1 - 3

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menjelaskan maksud dan tujuan

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan komponen yang

3 SULIT

Page 4: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

- cukai.• mengenal pasti jenis-jenis cukai lain

(contohnya cukai kerajaan, cukai jualan, cukai pintu dll.).

• memberi contoh bagaimana kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai.

biasanya ditolak daripada gaji kasar.

• memberi contoh manfaat yang diterima pekerja dan menerangkan mengapa manfaat itu boleh dianggap sebagai suatu bentuk pampasan.

• mengira pendapatan kena cukai sebuah keluarga dan mengaitkan cukai yang dibayar oleh seorang pekerja dengan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.

1.5 Menjelaskan bagaimana pendapatan memberi kesan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menjelaskan bagaimana

pendapatan mempengaruhi keputusan perbelanjaan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengkaji bagaimana pendapatan

mempengaruhi keputusan perbelanjaan dan gaya hidup.

4 SULIT

Page 5: Celik kewangan

SULIT

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan - Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada

sumber yang boleh dipercayai

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

2.1 Membuat keputusan kewangan secara bertanggungjawab.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• membincangkan perihal wang

sebagai sumber terhad dan menghubungkaitkan keputusan menyimpan dengan kos melepas.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menyenaraikan contoh keputusan

kewangan dan akibat daripada keputusan tersebut.

• mengenal pasti cara untuk menjadi seorang murid yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan kewangan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat• mengenal pasti ciri-ciri untuk menjadi

seseorang remaja yang bertanggungjawab terhadap kewangannya.

• menerangkan pentingnya sikap bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan peribadi.

• membandingkan sikap orang ramai yang berbeza-beza dalam mengendalikan urusan

5 SULIT

Page 6: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

kewangan. • memberi contoh manfaat yang diperoleh

oleh individu yang bertanggungjawab terhadap kewangannya dan sebaliknya kos yang terpaksa ditanggung jika gagal berbuat demikian.

• menerangkan bahawa sikap/nilai seseorang terhadap wang boleh memberi kesan kepada masyarakat secara keseluruhan.

2.2 Menilai maklumat kewangan yang didapati daripada pelbagai sumber.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• memberi contoh situasi di mana

maklumat kewangan dapat mempengaruhi keputusan yang dibuat.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• membuat analisis dan menilai maklumat

kewangan dan iklan. mengenal pasti sumber maklumat produk

kewangan (contoh:dalam talian, media dan bahan cetak) dan menyenaraikan kelebihan dan kelemahan setiaptersebut.

2.3 Menjelaskan secara ringkas mengenai undang-undang

Tahun 1 - 3 Tahun 4 - 6Murid dapat:

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:

6 SULIT

Page 7: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

utama perlindungan pengguna. -

• menerangkan hak dan tanggungjawab pengguna.

• membandingkan polisi pemulangan barangan di kedai berdekatan.

• menerangkan kepentingan menyimpan dokumen kewangan dan jenis-jenis perlindungan untuk pelajar.

• menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi perlindungan pengguna serta peranan yang dimainkan.

• menyenaraikan contoh-contoh penipuan kewangan dan penyelewengan yang dilindungi di bawah undang-undang perlindungan pengguna.

7 SULIT

Page 8: Celik kewangan

SULIT

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan (samb.)- Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada

sumber yang boleh dipercayai

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

2.4 Huraikan/jelaskan bahawa kontrak adalah ikatan perjanjian.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menjelaskan mengapa orang ramai

perlu membuat ikatan kontrak.• membezakan antara kontrak bertulis

dengan kontrak lisan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan kegunaan kontrak.• mengenal pasti syarat-syarat yang

mesti dipenuhi apabila membuat ikatan kontrak.

• mengenal pasti faktor yang perlu di pertimbangkan apabila membuat ikatan kontrak, seperti kadar faedah, skor kredit, reputasi, dan/atau rujukan daripada pihak yang terlibat.

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan

- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

8 SULIT

Page 9: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

3.1 Membuat keputusan kewangan secara sistematik dengan mengambil kira pelbagai alternatif dan kesan yang akan dihadapi.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menerangkan duit yang disimpan

dapat memenuhi ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ masa hadapan.

• menerangkan pelbagai cara penjimatan (air, elektrik dan telefon).

Tahun 4 - 6Murid dapat:• membuat keputusan kewangan

secara sistematik termasuk simpanan, perbelanjaan dan derma.

• menghubungkaitkan ‘wang ialah sumber yang terhad’ dengan ‘kepentingan menguruskan wang secara berhemat’ untuk memenuhi ‘kehendak’ dan ‘kepentingan’ masa hadapan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menghasilkan pelan peribadi

yang merangkumi simpanan, perbelanjaan, derma, dan pelaburan yang konsisten dengan matlamat kewangan masing-masing.

9 SULIT

Page 10: Celik kewangan

SULIT

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan

mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

3.2 Kebolehan untuk menetapkan matlamat berdasarkan kehendak dan keperluan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• mentakrifkan ‘matlamat’.

• mengenal pasti matlamat peribadi masing-masing.

mengenal pasti matlamat sesuatu kumpulan/pasukan.

mentakrifkan kehendak dan keperluan.

mengatur `keperluan' dan' kehendak peribadi' mengikut keutamaan.

Tahun 4 - 6Murid dapat: membezakan antara matlamat

jangka pendek dan jangka panjang.

mengenal pasti langkah-langkah dalam proses penetapan matlamat.

• menghasilkan matlamat yang mempunyai jangka masa dan boleh dicapai.

• menerangkan perbezaan antara ‘keperluan’ dan ‘kehendak’.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat: menjelaskan kepentingan penetapan

matlamat, bagaimana untuk mengutamakan matlamat tersebut, dan keperluan untuk matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

menjelaskan kaitan antara penetapan matlamat dengan pencapaian.

menghasilkan matlamat mengikut keutamaan `keperluan' dan `kehendak' yang spesifik, realistik, dan boleh diukur.

mengenal pasti perbelanjaan sebagai keperluan atau kehendak.

menerangkan strategi persuasif yang digunakan oleh rakan sebaya, media dan perniagaan untuk mempengaruhi masyarakat (dalam membuat keputusan).

10 SULIT

Page 11: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

3.3 Menyediakan pelan perbelanjaan dan simpanan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• membincangkan bagaimana

murid menggunakan wang saku mereka.

• mengenal pasti kesan terhadap pelbagai cara penggunaan wang saku.

• menyediakan bajet harian.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• membuat pertimbangan serta

keputusan untuk berbelanja.• membandingkan manfaat dan

akibat daripada setiap keputusan kewangan.

• menyediakan bajet mingguan dan bulanan.

• menerangkan konsep pelan perbelanjaan.

• menerangkan faktor utama yang perlu dipertimbangkan apabila menentukan keputusan berkaitan perbelanjaan.

• memahami bahawa setiap keputusan berbelanja mempunyai kos melepas.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan betapa pentingnya

menyimpan rekod perbelanjaan dan simpanan.

• menerangkan faktor yang mempengaruhi tabungan dan pelan perbelanjaan.

• membuat bajet peribadi yang seimbang merangkumi pendapatan, perbelanjaan, simpanan dan derma.

• membuat pelan bagi mengumpul wang/dana untuk kegunaan semasa kecemasan atau perubahan dalam kehidupan peribadi.

• menghuraikan kepentingan bajet dan matlamat peribadi dalam proses simpanan/pelaburan.

• menerangkan dan menghitung

11 SULIT

Page 12: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

faedah dan fi yang berkaitan dengan pelbagai bentuk perbelanjaan, hutang dan simpanan.

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan

mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

3.4 Menyediakan satu sistem untuk menyimpan rekod kewangan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menunjukkan keupayaan untuk

merekod perbelanjaan dan simpanan harian.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menunjukkan keupayaan untuk

menyimpan rekod perbelanjaan dan simpanan harian.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menyediakan diari perbelanjaan

peribadi.• menerangkan pentingnya

menyimpan rekod kewangan yang tepat.

3.5 Menerangkan cara menggunakan instrumen kewangan yang berlainan.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• mengenal pasti pelbagai cara

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• membandingkan kebaikan dan

12 SULIT

Page 13: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

membuat pembayaran dan instrumen yang digunakan (tunai, kredit, cek, kad debit, kad kredit dan kad prabayar).

• menerangkan bahawa bayaran bukan tunai masih memerlukan dana yang mencukupi.

• membandingkan kos menggunakan kaedah pembayaran yang berbeza.

keburukan kaedah pembayaran yang berbeza, seperti kad simpanan nilai, kad debit, kad kredit dan kaedah pembayaran dalam talian.

mengenal pasti akaun kewangan. menerangkan kemungkinan

wujudnya fi dan caj pada mana-mana akaun.

menerangkan betapa pentingnya menyimpan rekod yang tepat.

3.6 Menggunakan kemahiran untuk membuat keputusan berbelanja yang berhemat.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menentukan setiap barangan

sebagai ‘keperluan’ atau ‘kehendak’ sebelum berbelanja.

• membandingkan harga setiap barang yang sama di dua buah kedai yang berlainan.

• membandingkan harga bagi

Tahun 4 - 6Murid dapat:• membandingkan kebaikan antara

menyimpan dengan berbelanja.• menerangkan kesan berbelanja ke

atas simpanan.• mengenal pasti tabiat kendiri

terhadap simpanan dan perbelanjaan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan kebaikan

sekiranya seseorang itu bijak dan jimat berbelanja.

• membandingkan harga barangan dan perkhidmatan bagi mendapatkan nilai terbaik untuk

13 SULIT

Page 14: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

barang yang sama tetapi buatan yang berlainan di kedai yang sama/berlainan/berbeza.

wang. • menjelaskan kesan jangka

pendek dan jangka panjang jika berbelanja berlebihan.

• menerangkan bagaimana desakan daripada rakan sebaya boleh mempengaruhi keputusan berbelanja.

• menilai iklan di media cetak, dalam talian dan di televisyen serta menilai sama ada iklan-iklan berkenaan merupakan fakta atau pendapat.

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mengurus wang secara berkesan dengan

mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

14 SULIT

Page 15: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

3.7 Menyediakan perancangan kewangan peribadi.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• memberi contoh aset keluarga.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan perbezaan

antara aset dengan liabiliti serta memberi contoh bagi kedua-duanya.

CK4 - Simpanan dan Pelaburan- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang

berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

4.1 Membincangkan bagaimana simpanan/pelaburan dapat membantu ke arah kesejahteraan kewangan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• memberi sebab-sebab setiap orang

perlu menyimpan wang. • memberi contoh bahawa wang

disimpan untuk mendapatkan ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ masa hadapan.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menerangkan kaitan di antara

kepentingan menyimpan dengan pencapaian matlamat kewangan.

• menerangkan bagaimana perbelanjaan perlu dikurangkan bagi menambahkan simpanan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan bagaimana

simpanan dapat membantu untuk mencapai matlamat .

• menerangkan kepentingan dana kecemasan.

15 SULIT

Page 16: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

• menerangkan simpanan merupakan prasyarat untuk melabur.

4.2 Menerangkan bagaimana simpanan/pelaburan dapat membantu meningkatkan kekayaan.

Tahun 1 - 3 Murid dapat:• menerangkan faedah/pulangan

yang diterima jika menyimpan di institusi kewangan.

Tahun 4 - 6 Murid dapat:• mengenal pasti pelbagai cara untuk

menyimpan.• membezakan maksud ‘simpanan’

dan ‘pelaburan’.• memberi contoh satu jenis

‘simpanan’ dan ‘pelaburan’ dan menerangkan bagaimana nilai simpanan dan pelaburan tersebut bertambah dari semasa ke semasa.

• menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh ‘bertambah’ atau ‘berkurangan’.

• mengira faedah mudah dan faedah kompaun dan menerangkan kelebihan faedah kompaun.

• menyediakan pelan simpanan berdasarkan matlamat yang dibuat.

Tingkatan 1 - 3 Murid dapat:• menerangkan secara

ringkas bagaimana pelaburan dapat meningkatkan kekayaan dan membantu memenuhi matlamat jangka pendek dan jangka panjang.

• menerangkan perbezaan antara pelaburan dengan simpanan dari segi potensi risiko dan pulangan.

• menjelaskan nilai masa wang dan menerangkan bagaimana sejumlah wang yang kerap dilaburkan dari semasa ke semasa bertambah secara eksponen.

CK4 - Simpanan dan Pelaburan (samb.)

16 SULIT

Page 17: Celik kewangan

SULIT

- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

4.2 Menerangkan bagaimana simpanan/pelaburan dapat membantu meningkatkan kekayaan (samb.).

Tahun 1 - 3 Tahun 4 - 6 Tingkatan 1 - 3

4.3 Membuat penilaian dan perbandingan pelbagai alternatif pelaburan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menerangkan perbezaan di

antara menyimpan wang di dalam tabung dengan di institusi kewangan.

Tahun 4 - 6 Murid dapat:• menyenaraikan kebaikan

menyimpan/melabur wang di institusi kewangan.

• mengenal pasti pelbagai pilihan menyimpan/melabur.

• membuat perbandingan antara kelebihan dan kelemahan pelbagai

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengenal pasti jenis-jenis akaun

simpanan di bank.• mengenal pasti institusi kewangan

di Malaysia dan membandingkan kadar faedah bagi akaun deposit yang berlainan.

• mengenal pasti pelbagai jenis

17 SULIT

Page 18: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

alternatif pelaburan. pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan membandingkan faedah/pulangan yang diterima.

• mengenal pasti tahap risiko yang berkaitan dengan sesuatu pelaburan.

• menerangkan perbezaan di antara stok, bon dan amanah saham sebagai alat pelaburan.

4.4 Memahami kaitan antara risiko dan pulangan pelaburan.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan sesuatu yang

dipinjam mungkin dikembalikan atau tidak.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menerangkan bagaimana nilai

sesuatu pelaburan boleh bertambah.

• menerangkan bagaimana nilai sesuatu pelaburan boleh berkurangan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan perbezaan di antara

pelaburan dengan simpanan dari segi potensi risiko dan pulangan.

• menerangkan kepentingan bajet dan matlamat peribadi dalam proses melabur.

18 SULIT

Page 19: Celik kewangan

SULIT

CK4 - Simpanan dan Pelaburan (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang

berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

4.5 Menerangkan bagaimana membuat keputusan untuk membeli dan menjual pelaburan.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• membuat perbandingan

pulangan simpanan deposit di beberapa buah institusi kewangan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengenal pasti pelbagai sumber di

mana pelabur boleh mendapatkan maklumat untuk membuat pilihan pelaburan.

• mentafsirkan sebut harga pasaran kewangan saham dan dana bersama.

• membandingkan sejarah kadar pulangan saham atau dana bersama.

4.6 Menyelidik bagaimana agensi yang mengawal selia pasaran kewangan melindungi

Tahun 1 - 3 Tahun 4 - 6 Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menerangkan bagaimana insurans

19 SULIT

Page 20: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

pelabur. - - deposit melindungi penyimpan/pelabur.

CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

5.1 Memahami konsep kredit dan mengenal pasti pelbagai jenis kredit termasuk faedah dan kos masing-masing.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• mengenal pasti kredit merupakan alat

kewangan yang asas.• menerangkan mengapa penggunaan

kad kedit merupakan satu cara berhutang.

• menerangkan perbezaan harga barangan sekiranya membayar secara

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menghuraikan kebaikan dan

kelemahan penggunaan kredit.• menerangkan mengapa institusi

kewangan memberi pinjaman.• mengenal pasti pembiayaan

melalui kredit yang biasa dibuat oleh pengguna.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan cara mengira

keseluruhan kos pinjaman• menjelaskan bagaimana kadar

faedah dan tempoh pinjaman mempengaruhi kos bayaran keseluruhan sesuatu kredit.

20 SULIT

Page 21: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

kredit dan secara tunai.

CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

5.1 Memahami konsep kredit dan mengenal pasti pelbagai jenis kredit termasuk faedah dan kos masing-masing (samb.).

Tahun 1 - 3 Tahun 4 - 6 Murid dapat:• mengenal pasti situasi yang

rasional untuk menggunakan kredit.• menerangkan peranan faedah ke

atas kredit.

Tingkatan 1 - 3 Murid dapat:• menjelaskan kelebihan membayar

secara tunai dan secara kredit.• memahami jenis hutang yang

ditanggung oleh pengguna.

5.2 Mengenal pasti pengurusan kad kredit secara bertanggungjawab.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• membincangkan maksud kredit.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menjelaskan kegunaan kredit.• mengenal pasti masa/situasi yang

sesuai untuk menggunakan kad

Tingkatan 1 - 3Murid dapat: mengenal pasti pengeluar-pengeluar

kad kredit yang sedia ada dan ciri-cirinya (kadar faedah, yuran tahunan,

21 SULIT

Page 22: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

kredit. had, sistem ganjaran). menjelaskan cara penggunaan kad

kredit yang betul dan salah. menjelaskan bagaimana penggunaan

kad kredit boleh memberi kesan yang baik atau buruk pada bajet.

5.3 Menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai peminjam dan bagaimana untuk mengekalkan kepercayaan kredit.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menerangkan bahawa setiap

barang yang dipinjam harus dipulangkan.

• menerangkan akibat yang akan ditanggung jika tidak memulangkan barang yang dipinjam.

• mengenal pasti bahawa seseorang tidak patut meminjam wang sekiranya keadaan tidak memaksa.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menerangkan langkah yang harus

diambil untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakan sekiranya kita merosakkan barang peribadinya yang dipinjam.

• menjelaskan pentingnya untuk membayar hutang.

• menerangkan akibat tidak membayar hutang.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan bahawa peminjam

perlu mempunyai aset untuk digunakan sebagai cagaran dalam membuat pinjaman.

• menghuraikan bahawa setiap hutang perlu dibayar dan pentingnya untuk membayar hutang.

• menjelaskan kebaikan membayar hutang tepat pada masanya.

menjelaskan hak dan tanggungjawab sebagai peminjam dan pemberi pinjaman.

22 SULIT

Page 23: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

menjelaskan konsep penilaian kredit.

23 SULIT

Page 24: Celik kewangan

SULIT

CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit

CK Standard Pembelajaran Utama

Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

5.4 Menerangkan cara mengelak daripada perangkap hutang dan menangani masalah kredit.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6

-

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengenal pasti tanda-tanda dan akibat

hutang yang berlebihan.

CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans

24 SULIT

Page 25: Celik kewangan

SULIT

- Pelajar akan dapat meningkakan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

6.1 Mewujudkan strategi bagi perlindungan identiti.

Tahun 1 - 3Murid dapat:• menerangkan apakah maksud

‘identiti’.• menerangkan bahawa setiap

orang mempunyai identiti.

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menyenaraikan jenis maklumat

peribadi yang tidak boleh didedahkan kepada orang lain dan akibat yang akan berlaku jika anda mendedahkan maklumat peribadi.

• menerangkan apa yang dimaksudkan dengan ‘kecurian identiti kewangan peribadi’.

• mengenal pasti cara mengawal maklumat peribadi.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menjelaskan kepentingan melindungi

maklumat peribadi.• menyenaraikan tindakan yang boleh

diambil oleh seseorang bagi mencegah kecurian identiti.

• menghuraikan masalah yang timbul apabila seseorang menjadi mangsa kecurian maklumat peribadi.

• mengenal pasti kesan teknologi atas keselamatan peribadi.

6.2 Mengenal pasti jenis risiko yang biasa dihadapi dan cara asas pengurusan risiko.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• memberi contoh risiko yang biasa

dihadapi di dalam dan di luar rumah. • membuat analisis bagaimana

mengelakkan atau mengurangkan pelbagai risiko - berdasarkan kajian

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• membincangkan hubungan antara risiko

dengan insurans.• menyenaraikan kesan kerugian dari segi

kewangan dan bukan kewangan.• menyenaraikan contoh strategi

25 SULIT

Page 26: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

kes yang melibatkan murid seperti aktiviti berbasikal dll.

pengurusan risiko.

CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans (samb.)- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar

dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

6.3 Menerangkan tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful.

Tahun 1 - 3

-

Tahun 4 - 6Murid dapat:• menyenaraikan barangan isi rumah

yang berharga. • menerangkan bagaimana barangan

berharga mungkin rosak atau hilang dan cara untuk melindungi barangan tersebut.

mengenal pasti implikasi kerugian kewangan dan bukan kewangan.

menerangkan kepentingan insurans

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• menyenaraikan ancaman

utama kepada pendapatan isi rumah dan aset keluarga.

• menerangkan maksud dan kepentingan insurans/takaful.

• menerangkan bahawa insurans merupakan alat untuk mengurus risiko.

• menerangkan bahawa takaful ialah kaedah perkongsian risiko

26 SULIT

Page 27: Celik kewangan

SULIT

CK Standard Pembelajaran Utama Standard Pembelajaran Peringkat Tahunan

Sekolah Rendah

dapat mengurangi bebanan akibat kemalangan, sakit, kematian dll.

dalam kalangan peserta skim takaful.

• menilai keperluan individu dan keluarga terhadap perlindungan insurans/takaful menggunakan analisis kos melepas.

6.4 Menjelaskan jenis-jenis perlindungan bukan insurans.

Tahun 1 - 3Murid dapat: menjelaskan bagaimana nota

bertulis, e-mel, atau panggilan telefon antara sekolah dan rumah boleh membantu mencegah daripada menerima maklumat yang salah.

memahami peranan orang dewasa dalam menyediakan keselamatan.

Tahun 4 - 6Murid dapat: memahami kepentingan dokumen

bertulis dan jenis-jenis perlindungan yang terdapat untuk pelajar.

menjelaskan pelbagai organisasi yang memberi perlindungan serta peranan yang dimainkan.

Tingkatan 1 - 3Murid dapat:• mengenal pasti jenis dokumen yang

boleh berfungsi sebagai perlindungan undang-undang.

• menjelaskan potensi bahaya akibat penggunaan dokumen yang tidak sesuai atau kehilangan dokumen.

27 SULIT

Page 28: Celik kewangan

SULIT

KANDUNGAN PENGETAHUAN CELIK KEWANGAN

CK1 - Wang, Sumber Pendapatan dan Kerjaya- Pelajar akan dapat mentakrifkan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi dan dapat mengaitkan antara

pendidikan, pendapatan, kerjaya dengan potensi pendapatan peribadi

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:• wang ialah alat

pertukaran untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

• mata wang Malaysia terdapat dalam bentuk syiling dan wang kertas.

• mata wang syiling dan kertas Malaysia mempunyai pelbagai

Murid akan tahu bahawa:• mata wang Malaysia boleh ditukar ke mata wang negara lain.• mata wang boleh digunakan untuk membeli barangan

dan perkhidmatan.• jumlah potongan gaji/upah perlu diambil kira dalam

menentukan jumlah gaji bersih seseorang.• wang boleh dipindahkan daripada seseorang kepada

seseorang yang lain.• terdapat pelbagai sumber pendapatan yang diperoleh

dan pendapatan tanpa usaha (contohnya hadiah, dividen).

28 SULIT

Page 29: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

denominasi dan setiap denominasi mempunyai nilai yang berbeza.

• setiap negara mempunyai mata wang yang berbeza.

• setiap negara mempunyai nilai mata wang yang berbeza berbanding dengan ringgit Malaysia.

• sumber pendapatan seseorang boleh diperoleh melalui gaji dan sumber-sumber lain seperti upah, perniagaan, elaun dan hadiah.

• pekerjaan yang berlainan mempunyai pendapatan yang berlainan.

• kebiasaannya, mereka yang berjawatan dan bergaji tinggi mempunyai kelayakan yang tinggi.

• pekerja boleh meningkatkan keupayaan mereka untuk menjana

• inflasi mengurangkan kuasa beli mata wang.• kos sara hidup boleh mempengaruhi keputusan berbelanja dan gaya

hidup seseorang.• manfaat yang diterima oleh seseorang itu boleh dianggap sebagai suatu

bentuk pampasan. • pendapatan seseorang menggambarkan pilihan

pekerjaan dan kerjaya, taraf kelayakan akademik dan kemahiran.• upah atau gaji pekerja bergantung kepada kemahiran

dan kelayakan akademik, sumbangan kepada masyarakat dan permintaan terhadap kemahiran atau kelayakan yang dimiliki.

• setiap pekerja dan pemilik perniagaan yang layak, bertanggungjawab untuk membayar cukai atas pendapatan seperti upah atau gaji dan keuntungan daripada perniagaan milik sendiri kepada kerajaan.

• setiap orang yang mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan perlu membayar cukai.

• pengecualian/jenis potongan gaji dapat mengurangkan pendapatan kena cukai seseorang.

29 SULIT

Page 30: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

pendapatan dengan memperoleh pengetahuan baru, kemahiran dan pengalaman.

• orang ramai perlu membayar pelbagai jenis cukai kepada kerajaan.

• kerajaan menggunakan cukai sebagai sumber hasil.

• pendapatan menjejaskan perbelanjaan dan gaji bersih seseorang.

CK2 - Tanggungjawab dan Membuat Keputusan Kewangan - Pelajar akan dapat membuat keputusan kewangan peribadi secara sistematik berdasarkan maklumat daripada

sumber yang boleh dipercayai

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:• setiap keputusan untuk menyimpan

mempunyai kos melepas.• setiap keputusan kewangan harus dibuat secara

sistematik dan tersusun.• pengguna yang berhemat akan membuat

Murid akan tahu bahawa:• pilihan yang dibuat semasa membuat keputusan

kewangan mempunyai faedah, kos dan kesan pada masa hadapan.

• pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum berbelanja bagi mendapatkan nilai yang

30 SULIT

Page 31: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

perbandingan antara manfaat yang akan diperoleh dengan kos yang ditanggung, bagi setiap pilihan perbelanjaan sebelum membuat sesuatu keputusan.

• maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan boleh didapati melalui pelbagai sumber.

• orang ramai mengikat kontrak bertulis dan kontrak lisan.

terbaik bagi wang mereka.• pengguna yang bijak tidak akan bergantung kepada

kenyataan dalam iklan semata-mata untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan.

• murid harus menerima hakikat bahawa kedudukan kewangan masa hadapan setiap individu merupakan tanggungjawab masing-masing.

• sikap dan nilai seseorang mempengaruhi keputusan kewangan yang dibuat.

• khidmat nasihat kewangan boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti perunding kewangan professional, buku dan Internet.

• faktor-faktor seperti model peranan (role model), dan desakan rakan sebaya mempengaruhi corak perbelanjaan.

• tingkah laku yang tidak beretika memberi kesan negatif terhadap masyarakat secara keseluruhan.

• orang ramai mempunyai hak dan tanggungjawab apabila mengikat kontrak.

• penipuan kewangan wujud dalam pelbagai bentuk yang berlainan, termasuk penipuan dalam talian.

CK3 - Pengurusan dan Perancangan Kewangan - Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan menguruskan wang secara berkesan dengan mengenal pasti matlamat kewangan dan membuat rancangan perbelanjaan

31 SULIT

Page 32: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:• langkah pertama ke arah menetapkan matlamat

kewangan ialah mengenal pasti keperluan dan kehendak dan menyenaraikannya mengikut keutamaan.

• wang merupakan sumber yang terhad, sedangkan kehendak seseorang tidak terhad.

• terdapat pelbagai cara penjimatan (contohnya air, elektrik).

• bajet merupakan pelan supaya pendapatan digunakan secara efektif dan teratur. Ia termasuk pelan untuk simpanan, perbelanjaan, derma dan menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan.

• setiap keputusan berbelanja mempunyai kos melepas.• pengguna mempunyai pilihan untuk membuat bayaran

sama ada menggunakan wang tunai, cek, kad kredit, kad debit dan kad prabayar.

• bayaran secara kredit adalah lebih mahal berbanding dengan secara tunai.

• setiap keputusan berbelanja mempengaruhi simpanan.• membuat perbandingan ketika membeli-belah dapat

membantu orang ramai mendapat nilai terbaik bagi wang mereka.

• bayaran secara tunai dan kredit mempunyai kos melepas masing-masing.

• orang rami perlu mengetahui perbezaan antara matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan boleh

Murid akan tahu bahawa:• bajet merupakan alat untuk mengenal pasti

pendapatan dan perbelanjaan , termasuk penjimatan bagi membantu orang ramai hidup dalam batas pendapatan masing-masing.

• kunci utama dalam membina kekayaan ialah berbelanja kurang daripada pendapatan.

• sesuatu pelan kewangan peribadi harus meliputi komponen berikut: matlamat kewangan, penyata nilai bersih, rekod pendapatan dan perbelanjaan, pelan insurans, pelan simpanan dan pelaburan dan bajet.

menghasilkan matlamat perlu mengikut keutamaan keperluan dan kehendak'yang spesifik, realistik, dan boleh diukur.

• perubahan yang berlaku ke atas pekerjaan/pendapatan, kadar inflasi dan kehidupan peribadi boleh mempengaruhi keputusan kewangan.

• membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai menetapkan matlamat kewangan jangka pendek dan jangka sederhana.

32 SULIT

Page 33: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

mewujudkan matlamat yang tepat pada masanya dan boleh dicapai.

CK4 - Simpanan dan Pelaburan- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk merancang dan mencapai matlamat jangka panjang yang

berkaitan dengan simpanan dan pelaburan bagi membina jaminan kewangan dan kekayaan

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:• orang ramai menyimpan wang

untuk keperluan masa hadapan. • menyimpan wang dalam tabung

merupakan satu bentuk simpanan. Menyimpan dalam akaun simpanan dan melabur dalam bon simpanan adalah cara untuk memperoleh wang daripada pendapatan yang tidak dibelanjakan.

• wang yang disimpan/dilaburkan dalam institusi kewangan adalah lebih selamat. Nilai wang tersebut akan bertambah disebabkan faedah atau

Murid akan tahu bahawa:• simpanan merupakan sebahagian daripada pendapatan yang

disisihkan bertujuan untuk kecemasan dan memenuhi keperluan matlamat jangka pendek.

• pelaburan merupakan cara untuk menjana pendapatan yang lebih untuk kegunaan masa hadapan.

• dana untuk pelaburan ialah daripada pendapatan semasa yang tidak dibelanjakan.

• setiap jenis pelaburan masing-masing mempunyai potensi kadar pulangan, kecairan dan tahap risiko yang berbeza.

• kebiasaanya terdapat perhubungan positif antara pulangan purata tahunan dengan pelaburan dan risiko.

• faedah kompaun ialah faedah yang dibayar atas pelaburan asal dan faedah yang diterima pada tahun sebelumnya.

• inflasi mengurangkan pulangan daripada pelaburan dan nilai simpanan.

33 SULIT

Page 34: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

pulangan yang dibayar oleh institusi kewangan.

• nilai simpanan dan pelaburan boleh bertambah.

• peraturan 72 merupakan cara untuk membantu pelabur membuat anggaran tempoh yang diperlukan bagi menggandakan wang pelaburan mereka.

• membuat keputusan secara sistematik dapat membantu orang ramai menentukan masa untuk melabur wang tunai yang tidak diperlukan bagi perbelanjaan jangka pendek atau semasa kecemasan.

• pelabur boleh mendapat maklumat tentang pelaburan daripada pelbagai sumber.

• terdapat pelbagai cara pembelian dan penjualan pelaburan.• kekayaan akan bertambah dengan kekerapan pelaburan, tempoh masa

dan pengkompaunan. • kepelbagaian (diversification) merupakan teknik yang dapat

mengurangkan risiko dengan memperuntukkan pelaburan di dalam pelbagai portfolio dan kategori.

• pemurataan kos ringgit mengurangkan kos pelaburan dalam tempoh masa tertentu dan menggalakkan pelaburan secara tetap.

• agensi seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti mengawal selia institusi perbankan dan syarikat pelaburan bagi mengelakkan penyelewengan kewangan.

• insurans deposit melindungi penyimpan/pelabur.• pelbagai perkembangan dalam pasaran mempunyai impak terhadap

harga saham dan lain-lain simpanan dan pelaburan. CK5 - Pengurusan Kredit dan Hutang

34 SULIT

Page 35: Celik kewangan

SULIT

- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi berkaitan dengan hutang yang ditanggung dan dapat mengekalkan kepercayaan kredit

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa:• kredit merupakan salah satu daripada alat

kewangan yang asas.• pembelian secara kredit melibatkan kos yang

lebih tinggi berbandingkan secara tunai kerana peminjam harus membayar balik wang yang dipinjam beserta dengan faedahnya sekali.

• peminjam mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik setiap pinjaman.

• peminjam bertanggungjawab membayar balik pinjaman seperti yang dijanjikan, supaya mereka wajar dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan kredit pada masa hadapan.

Murid akan tahu bahawa:• membandingkan kos dan faedah membuat bayaran

secara kredit merupakan kunci utama untuk membuat keputusan berbelanja yang bijak.

• bagi setiap jumlah pinjaman dan kadar faedah, semakin lama tempoh pinjaman, semakin rendah bayaran bulanan, semakin banyak pula jumlah terkumpul bayaran kredit yang perlu dibayar.

• pengguna boleh memilih untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada pelbagai sumber.

• Biro Kredit pada amnya mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan dan menyalurkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan berkenaan dalam bentuk laporan kredit melalui sistem yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

• meminjam lebih daripada kemampuan untuk membayar akan mengakibatkan peminjam menghadapi masalah pemilikan semula barangan atau menerima notis garnisan.

35 SULIT

Page 36: Celik kewangan

SULIT

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

• pemajakan, pembelian secara kredit dan sewa beli mempunyai terma, kontrak dan kos yang berbeza.

• dengan membuat bayaran minimum, tempoh yang diambil oleh pengguna untuk menjelaskan hutang kad kredit akan menjadi lebih lama dan jumlah kos juga meningkat disebabkan kadar faedah yang tinggi.

• memahami terma dan syarat kad kredit dapat membantu mengawal kos bayaran kad kredit.

• pengguna yang menghadapi beban hutang yang banyak mempunyai pelbagai opsyen, termasuk berunding dengan institusi kewangan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman. Sekiranya menghadapi jalan buntu, pengguna boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit.

• laporan kredit yang negatif akan memberi kesan kepada urusan kewangan anda di institusi kewangan pada masa hadapan.

CK6 - Pengurusan Risiko, Perlindungan dan Insurans- Pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran untuk menggunakan strategi pengurusan risiko secara wajar

dan kos efektif bagi meminimumkan kegagalan kewangan dan memelihara kekayaan

Pengetahuan Celik KewanganSekolah Rendah Sekolah Menengah

Murid akan tahu bahawa: • Murid akan tahu bahawa:

36 SULIT

Page 37: Celik kewangan

SULIT

• semua orang mempunyai 'identiti'.• kecurian identiti berlaku apabila maklumat

peribadi (seperti kad pengenalan, kad kredit, kad ATM dan lain-lain) dicuri dan digunakan untuk tujuan jenayah.

• setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai risiko.

• risiko tidak dapat dielakkan sama sekali. Walau bagaimanapun, risiko dapat dikurangkan melalui pembelian insurans.

• takaful merupakan alternatif kepada konsep insurans dan ia berdasarkan prinsip Syariah.

• insurans dapat mengurangkan beban kewangan yang ditanggung akibat kehilangan harta benda, kemalangan, kematian dan kecacatan anggota badan.

• terdapat pelbagai jenis perlindungan bukan insurans yang disediakan untuk pelajar.

• strategi pengurusan risiko merangkumi pengelakan dan kawalan risiko, dan pemindahan risiko melalui pembelian insurans.

• transaksi dalam talian boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada pencerobohan privasi dan pencurian identiti.

• undang-undang dan peraturan diwujudkan untuk melindungi pengguna daripada pelbagai amalan yang tidak beretika dan penyalahgunaan kuasa oleh institusi kewangan.

• orang ramai membeli insurans bertujuan memindahkan risiko kerugian kewangan kepada syarikat insurans.

• terdapat pelbagai jenis insurans termasuk insurans kesihatan, penjagaan jangka panjang, hilang upaya, empunya rumah/penyewa, insurans motor, insurans hayat dan insurans liabiliti.

• insurans menyediakan jaminan kewangan dan ketenangan fikiran dan ia bukan bertujuan menjadikan seseorang itu lebih baik berbanding sebelum berlaku kerugian.

• insurans memberi manfaat pada sesuatu pelan kewangan kerana ia membantu mengurangkan beban kewangan individu.

37 SULIT