perpustakaan dan pembelajaran sepanjang hayat di … · malaysia dan juga negara-negara di asia...

7
PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI DALAM MASYARAKAT BERILMU: CABARAN DAN PELUANG* Oleh Zawiyah Baba** & Saonah Shairi*** Abstract The rapid development of information technology and global trends towards a knowledge-based economy present challenges for libraries to remain relevant in supporting life-long learning, but at the same time create new opportunities for libraries to play a more dynamic and effective role. The need to acquire physical resources for library collections has now shifted to providing access to these resources which are increasingly available and accessible worldwide on the internet. This paradigm shift has inevitably impacted on the skills; needed by librarians. Library resources have now to be made available and accessible electronically. Due to the prohibitive cost of conversion, digitization oflibrary materials can only be done selectively. Copyright restrictions and the uncertainty of digitized format for preservation are other factors which have to be addressed and overcome. In a knowledge society, success and failure will increasingly be measured by one's ability to find and evaluate the best information. Knowing how to think has become as important as knowing what to think. Critical thinking skills are part of overall information literacy. An information literate user will be able to locate, evaluate and use needed information. Libraries need to promote critical thinking among the users. Providing user with cognitive tools to make informed decisions must become a keystone of library user education. PENDAHULUAN P erpustakaan telah dikenali sebagai gedung ilmu dan pusat pembelajaran sejak zaman berzaman. Kebanyakan perpustakaan yang ternama. khususnya perpustakaan negara adalah merupakan khazanah ilmu dan pusat kecemerlangan sesebuah negara. Bidang perkara yang distinctive ini membolehkan perpustakaan negara memenuhi keperluan maklumat dan rasa ingin tahu pengguna perpustakaan. Perpustakaan telah wujud hampir seusia dengan usia ilmu itu sendiri rnemandangkan perpustakaan wujud sebaik sahaja manusia berkebolehan untuk merekodkan permikiran, ide dan ilmu pengetahuan mereka dalam bentuk yang boleh dilihat. Perpustakaan zaman purbakala yang mengandungi tablet tanah liat. skrol papyrus, vellum dan parchment yang telah wujud di zaman klasik merupakan bukti kewujudan perpustakaan. Perpustakaan yang paling terkenal ialah Perpustakaan Alexandria yang hanya dibentuk mengikut model perpustakaan Aristotle, ahli falsafah Greek yang juga terkenal sebagai salah seorang pustakawan yang terawal diketahui. Perpustakaan-perpustakaan agong secara tradisinya selalu dikaitkan dengan para akademik dan cendikiawan yang dianggap sebagai para ilmuan dan bijak pandai. Pada zaman dahulu akses kepada perpustakaan adalah terhad kepada golongan atasan yang diberi keistimewaan untuk menggunakan koleksi perpustakaan. Kebolehan para cendikiawan menghasilkan ilmu dan dan seterusnya mencipta ilmu pengetahuan barn dalam bentuk yang direkodkan menjadikan golongan ini lebih disegani oleh ternan sekerja dan masyarakat umum. Anggapan bahawa perpustakaan berhubung rapat dengan tuntutan ilmiah atau akademik masih berkekalan sehingga sekarang. Budaya ilmu, membaca, menulis dan dokumentasi pada amnya masih dikaitkan dengan tujuan akademik, khususnya dalam masyarakat yang amat mementingkan pencapaian akademik dan kelulusan tinggi. Budaya belajar atau menuntut ilmu semata-mata kerana sikap ingin tahu, membaca sebagai satu hobi. penerokaan maklumat untuk kendiri dan penambahbaikan masih memerlukan masa untuk bertapak di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk mewujudkan perpustakaan awam dipercayai berasal dari zaman Julius Caesar. Beliau telah merancang Kertas versi Bahasa Inggeris dibentang di dalam International Conference on Teaching and Learning, 24-2? November 1999. Pengarah Perkhidmatan Sokongan, Perpustakaan Negara Malaysia. Pengarah Bahagian Rujukan Umum. Perpustakaan Negara Malaysia. Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI DALAM MASYARAKAT BERILMU:

CABARAN DAN PELUANG*

Oleh Zawiyah Baba** & Saonah Shairi***

Abstract

The rapid development of information technology and global trends towards a knowledge-based economy present challenges for libraries to remain relevant in supporting life-long learning, but at the same time create new opportunities for libraries to play a more dynamic and effective role. The need to acquire physical resources for library collections has now shifted to providing access to these resources which are increasingly available and accessible worldwide on the internet. This paradigm shift has inevitably impacted on the skills; needed by librarians. Library resources have now to be made available and accessible electronically. Due to the prohibitive cost of conversion, digitization oflibrary materials can only be done selectively. Copyright restrictions and the uncertainty of digitized format for preservation are other factors which have to be addressed and overcome. In a knowledge society, success and failure will increasingly be measured by one's ability to find and evaluate the best information. Knowing how to think has become as important as knowing what to think. Critical thinking skills are part of overall information literacy. An information literate user will be able to locate, evaluate and use needed information. Libraries need to promote critical thinking among the users. Providing user with cognitive tools to make informed decisions must become a keystone of library user education.

PENDAHULUAN

P erpustakaan telah dikenali sebagai gedung ilmu dan pusat pembelajaran sejak zaman berzaman.

Kebanyakan perpustakaan yang ternama. khususnya perpustakaan negara adalah merupakan khazanah ilmu dan pusat kecemerlangan sesebuah negara. Bidang perkara yang distinctive ini membolehkan perpustakaan negara memenuhi keperluan maklumat dan rasa ingin tahu pengguna perpustakaan. Perpustakaan telah wujud hampir seusia dengan usia ilmu itu sendiri rnemandangkan perpustakaan wujud sebaik sahaja manusia berkebolehan untuk merekodkan permikiran, ide dan ilmu pengetahuan mereka dalam bentuk yang boleh dilihat. Perpustakaan zaman purbakala yang mengandungi tablet tanah liat. skrol papyrus, vellum dan parchment yang telah wujud di zaman klasik merupakan bukti kewujudan perpustakaan. Perpustakaan yang paling terkenal ialah Perpustakaan Alexandria yang hanya dibentuk mengikut model perpustakaan Aristotle, ahli falsafah Greek yang juga terkenal sebagai salah seorang pustakawan yang terawal diketahui.

Perpustakaan-perpustakaan agong secara tradisinya selalu dikaitkan dengan para akademik dan cendikiawan yang

dianggap sebagai para ilmuan dan bijak pandai. Pada zaman dahulu akses kepada perpustakaan adalah terhad kepada golongan atasan yang diberi keistimewaan untuk menggunakan koleksi perpustakaan. Kebolehan para cendikiawan menghasilkan ilmu dan keb~jaksanaan dan seterusnya mencipta ilmu pengetahuan barn dalam bentuk yang direkodkan menjadikan golongan ini lebih disegani oleh ternan sekerja dan masyarakat umum. Anggapan bahawa perpustakaan berhubung rapat dengan tuntutan ilmiah atau akademik masih berkekalan sehingga sekarang. Budaya ilmu, membaca, menulis dan dokumentasi pada amnya masih dikaitkan dengan tujuan akademik, khususnya dalam masyarakat yang amat mementingkan pencapaian akademik dan kelulusan tinggi. Budaya belajar atau menuntut ilmu semata-mata kerana sikap ingin tahu, membaca sebagai satu hobi. penerokaan maklumat untuk kendiri dan penambahbaikan masih memerlukan masa untuk bertapak di kebanyakan negara membangun termasuk Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat.

Ide untuk mewujudkan perpustakaan awam dipercayai berasal dari zaman Julius Caesar. Beliau telah merancang

Kertas versi Bahasa Inggeris dibentang di dalam International Conference on Teaching and Learning, 24-2? November 1999.

Pengarah Perkhidmatan Sokongan, Perpustakaan Negara Malaysia.

Pengarah Bahagian Rujukan Umum. Perpustakaan Negara Malaysia.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

perpustakaan awam yang pertama di Rome iaitu berbeza dengan perpustakaan tradisional yang digunakan oleh para cendikiawan dan ahli falsafah. Walaupun beliau tidak dapal melihat perpustakaan di dalam masa hayatnya. perpustakaan tersebut telah dibina dalam masa 5 tahun Selepas kematiannya. Penaung kesusasteraan zaman Caesar iaitu Pliny menggambarkan as as perpustakaan sebagai 'ingenia hominum rem publican fecit' atau 'beliau menjadikan bakal manusia sebagai milik umum", satu maxim yang masih boleh digunakan untuk perpustakaan di zaman moden. Kini, perpustakaan memainkan peranan yang besar dalam organisasi sosial untuk menyediakan maklumat dan kaedah penyampaian yang mudah kepada pembaca dengan menyediakan sumber-sumber yang pelbagai bagi tujuan bacaan yang instructive dan kreatif, tuntunan dan pandangan oleh semua lapisan umur masyarakat.

Kepelbagaian koleksi perpustakaan, perkhidmatan, rangkaian kemudahan dan akses jarak jauh serta waktu pembukaan yang lebih panjang telah meluaskan lagi peranan perpustakaan kepada masyarakat, bukan sahaja bagi menyokong penyelidikan dan tuntutan akademik malahan juga untuk rekreasi dan kendiri. Perpustakaan awam yang mempunyai pelanggan berbagai lapisan, adalah memainkan peranan yang besar secara formal dan tidak formal.

REVOLUSI MAKLUMAT

John Naisbit dalam bukunya yang terkenal. Megatrends (1984) Lelah meramalkan bahawa masyarakat industri akan berubah menjadi masyarakat bermaklumat sebelum akhir dekad ini. Naisbit mengutarakan pendapat bahawa masyarakat bermaklumat adalah merupakan suatu realiti ekonomi di mana teknologi dan komunikasi akan merevolusikan kaedah pengeluaran dan perkhidmatan serta cara kita berurusniaga di dalam dan luar negara. Menurut beliau lagi, masyarakat bermaklumat adalah masyarakat yang celik huruf dan berilmu. Ini menjadikan ilmu, ide, konsep dan pemikiran amat penting. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan globalisasi pada akhir dua dekad yang lepas sangat memberangsangkan dan meluas, sehingga kesannya dapat dirasakan bukan sahaja di seluruh rantau dan negara di dunia malah juga di semua institusi dan rumah persendirian. Kemajuan pesat komunikasi elektronik yang begitu menyeluruh akan pasti menukar dunia menjadi 'perkampungan global' dengan pantas.

Tiga penggerak utama revolusi maklumat boleh dikategorikan sebagai

(i) Perkembangan pesat komunikasi global - suara, data, perkhidmatan video dan grafik boleh dipancarkan dalam kelajuan yang tinggi melalui

sebarang rangkaian samada satelit, wireless atau gabungan keduanya;

(ii) Internet dan perkembangannya dari segi luas penyebaran, jangkauan global dan capaian;

(iii) Pertemuan teknologi komputer dan penyiaran yang juga merupakan tenaga penggerak penyatuan industri ke arah satu sistem perdagangan elektronik.

Laporan berjudul UK Report (1997) : New Library: The People's Network telah mendefinisikan masyarakat bermaklumat sebagai sebuah ekonomi dan masyarakat di mana perolehan, penyimpanan, prosesan, transmisi. penyebaran dan penggunaan ilmu dan maklumat, termasuk juga kemungkinan-kemungkinan teknikal yang wujud dalam komunikasi interaktif, memainkan peranan penemuan. Laporan tersebut juga ada menyatakan terdapat penerimaan universal bahawa masyarakat akan membangun ke arah ini secara global dan kit a perlu bertindak untuk menyiapkan diri bagi menghadapi berbagai perubahan besar ini secepat yang mungkin. Suatu perkara yang menjadi kebimbangan semua adalah sekiranya sesebuah 'negara tidak membangunkan masyarakat bermaklumatnya sendiri secepat mungkin, negara itu akan terus ketinggalan dalam aspek-aspek ekonomi global. Satu lagi kemungkinan yang membimbangkan adalah jika sesebuah negara tidak bertindak membangun masyarakat bermaklumatnya .sendiri, negara itu akan terpaksa menerima maklumat dari negara lain.

Fenomena perkembangan teknologi maklumat, terutamanya dalam era digital telah membuka luas peluang untuk perniagaan dan aktiviti maklumat. Perpustakaan dan sesiapa sahaja dalam bidang pembekal maklumat menerima impak secara langsung dari perkembangan pesat teknologi maklumat dan memerlukan anjakan paradigma dalam pendekatan pembekalan maklumat iaitu daripada pemilikan sumber maklumat secara fizikal kepada pengaksesan atau capaian sumber-sumber ini.

PERPUSTAKAAN SEPANJANG HAYAT

DAN PEMBELAJARAN

Masyarakat bermaklumat perlu menjadi masyarakat yang belajar sepanjang hayat tanpa mengira dimana mereka berada, setiap individu mestilah secara berterusan mendapatkan kemahiran barn dan menyertai kursus-kursus pendidikan. Dalam ekonomi global masa kini, ilmu pengetahuan merupakan sumber utama dan kualiti sumber manusia negara adalah sangat kritikal untuk mempastikan daya persaingan. Atas sebab-sebab inilah maka pembelajaran sepanjang hayat menjadi elemen rekabentuk utama Lebuhraya Maklumat (Information superhighway). Kunci utama ke arah kemewahan dan kemakmuran dalam

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

k-ekonomi adalah supaya semua pekerja menggunakan maklumat secara bijaksana. Pembelajaran mestilah diperluaskan kepada semua pekerja, dan ini dapat direalisasikan oleh teknologi. Semakin banyak sumber maklumat disalurkan secara semakin ramai pula orang yang dapat dan memilih untuk bekerja dari rumah. Perkembangan ini akan menjurus kepada komuniti maya, di mana manusia berinteraksi melalui rangkaian. Penyertaan komunikasi maya ini tidak akan dibatasi oleh lokasi ahli-ahlinya.

Pertambahan dan kepelbagaian sumber dan kemudahan yang boleh disampaikan oleh rangkaian, digabungkan dengan aset sedia ada dalam sistem perpustakaan negara, berupaya membentuk teras gedung ilmu yang membolehkan perpustakaan terkecil dan terpencil untuk menawarkan kepelbagaian, kedalaman dan kualiti yang sama seperti perpustakaan besar, serta menyediakan akses atau capaian samarata kepada maklumat tempatan dan global. Dari segi isi kandungan - sumber ilmu, imaginasi dan pembelajaran, perkhidmatan dan kemudahan serta sokongan yang ditawarkan, pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat akan menjadi salah satu elemen utama yang akan menguasai rangkaian sistem perpustakaan.

MASYARAKAT BERILMU

Trend global dalam beberapa tahun yang lalu juga telah menunjukkan kemajuan peralihan dari masyarakat bermaklumat kepada masyarakat berilmu. Maklumat yang lebih meluas dan kemudahan capaian melalui pendigitan dan internet membolehkan proses penukaran maklumat kepada ilmu, iaitu bagaimana maklumat diguna dan aplikasi oleh individu atau organisasi merupakan perbezaan yang sangat penting di antara masyarakat bermaklumat dan masyarakat berilmu. Proses menukar maklumat menjadi ilmu hanya boleh dilakukan oleh manusia, tidak seperti menukar data menjadi maklumat yang sebahagian besarnya boleh dijana dengan bantuan komputer. Perbezaan yang ketara ini di mana melibatkan penukaran maklumat kepada ilmu, telah mewujudkan satu kumpulan pakar yang dipanggil 'pekerja ilmu" iaitu satu kumpulan yang semakin dikenali dalam sektor awam dan swasta sebagai sesuatu yang mesti wujud atau 'isine qua nan' k-ekonomi. Dikalangan syarikat-syarikat perdagangan pekerja ilmu dan pencetusan ilmu adalah begitu penting yang menentukan daya saing syarikat tersebut.

Szarina Shakir( 1999) telah mencadangkan beberapa sifat yang begitu ketara dikalangan negara kay a maklumat dan menjadi budaya hidup masyarakat berilmu seperti berikut:

(i) Masyarakat yang membaca

(ii) Mementingkan data dan dokumentasi

(iii) Kesediaan berkongsi sumber

(iv) Menghargai pendidikan yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Sebagai tambahan, masyarakat berilmu juga mempunyai kompetensi yang tinggi dalam penggunaan teknologi maklumat untuk menjalankan ciri-ciri di atas. Sejauh mana ciri-ciri atau karektor ini wujud dalam sesebuah masyarakat boleh dilihat dari perilaku dan norma-norma ahli-ahlinya, ketersediaan perpustakaan awam dan kedai buku, output kesusasteraan dan penerbitan, nilai penulisan dan sikap terhadap pendidikan dan warisan budaya, penggunaan komputer di pejabat dan rumah serta dasar dan kemudahan untuk pendidikan yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, dimanakah kedudukan Malaysia sebagai sebuah masyarakat berilmu?

MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH MASYARAKAT BERILMU

(i) Masyarakat yang membaca

Penemuan dari kajian The Reading Profile of Malaysians, 1996 menunjukkan bahawa 93 % rakyat Malaysia dari umur 10 tahun keatas adalah celik huruf Walau bagaimanapun, walaupun kadar celik huruf hanya telah meningkat 19% dari kajian yang dijalankan dalam 1982/1983. labial membaca rakyat Malaysia masih lagi rendah. Secara purata, rakyat Malaysia membaca 2 buku dalam setahun. Penemuan dari kajian terdahulu juga tidak menggambarkan labial membaca yang baik. Membaca bukan merupakan satu aktiviti yang pervasive dan tidak menjadi norma dikalangan rakyat Malaysia. Tradisi seperti ini tidak menyokong kepada kemajuan industri penerbitan tempatan, iaitu satu lagi ciri penting masyarakat berilmu.

(ii) Menghargai data dan dokumentasi

Dari segi budaya, rakyat Malaysia kurang pendedahan mengenai kepentingan dokumentasi dan tidak gemar membuat penyelidikan. Biasanya sikap tidak ambil beratltidak ambil tahu terhadap nil ai, pengumpulan dan pemeliharaan dokumen akan dicerminkan oleh kesulitan mendapatkan terbitan kerajaan atau mempastikan suatu koleksi perpustakaan yang lengkap. Penguatkuasaan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 adalah amat rumit apabila melibatkan terbitan kerajaan. Szarina (1999) memetik satu laporan 1990 yang dikeluarkan oleh Council for the Coordination and Transfer of Industrial Technology, Kementerian Sams, Teknologi & Alam Sekitar

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

Malaysia yang menggambarkan perkara ini

" Malaysia's information infrastructure is outdated and ineffectual, unable to support technology development. Information, particularly documents containing technical, facts and figures, appears to he held in Ion­esteem. Accumulated knowledge and the vast experience within the industries of the country are very rarely documented ,for systematic use due to the inadequate appreciation of the value of documentation "

(iii) Kesediaan berkongsi sumber

Walaupun prasarana teknologi maklumat di negara ini agak baik, termasuklah dalam sektor awam, semangat untuk berkongsi sumber dikalangan institusi atau individu masih lagi berkurangan. Sebagai contoh. Sungguhpun Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) yang memudahkan pinjaman antara perpustakaan di Malaysia telah wujud, tidak semua perpustakaan utama, terutamanya perpustakaan yang berpotensi untuk memberi plllJaman menganggotai sistem itu. Ciptaan pangkalan data maklumat tempatan yang terancang dan menyeluruh pula hanya dalam jumlah yang sedikit, dan jika ada pun, sukar untuk di akses dan menyulitkan untuk dikongsi bersama.

(iv) Menghargai pendidikan yang berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat

Terdapat suasana yang sihat di Malaysia dari segi menghargai pendidikan yang berterusan. lni dapat dilihat dari dasar dan program awam, terutamanya latihan sambil bekerja, penyertaan sektor swasta dan pelaburan serta minat yang tinggi dan sambutan kepada pendidikan j arak j auh, pendidikan separuh masa serta kursus­kursus dan latihan kemahiran di Malaysia. Dari segi ini masyarakat Malaysia agak hampir kepada masyarakat berilmu.

Sebagai tambahan kepada ciri-ciri di alas, kerajaan telah menjalankan beberapa inisiatif yang juga menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi masyarakat berilmu.

(v) Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia sebagai sebuah negara llli!iu pada 2020. Salah satu dari penekanan Wawasan ini adalah untuk membangun Malaysia sebagai negara kaya maklumat dan mempunyai ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan.

(vi) Kerajaan Malaysia telah mengorak langkah yang berani untuk menangani Cabaran fenomena teknologi maklumat dan kesan globalisasi dengan

memperkenalkan projek yang mengkagumkan dan bercita-cita tinggi iaitu Koridorraya Multi­media (MSC) dilengkapi 7 aplikasi utama termasuk Kerajaan Elektronik. Walaupun negara mengalami kejutan ekonomi. Kerajaan komitmen untuk mempastikan kejayaan projek ini yang diterajui oleh Multimedia Development Corpo­ration (MDC) diteruskan. Perpindahan Pusat Pentadbiran dari Kuala Lumpur ke Putrajaya yang terletak di tengah-tengah kawasan Koridorraya Multimedia, menempatkan kerajaan Malaysia sebagai "pentadbiran berteknologi tinggi tanpa kertas" dan memperolehi akses secara global serta berpotensi untuk mengurus ledakan maklumat dan cetusan ilmu.

(vii) National Information Technology Agenda (NITA) yang bertujuan untuk mempastikan semua rakyat Malaysia mendapat akses kepada maklumat dan pembelajaran melalui prasarana untuk kemajuan individu, organisasi dan negara; serta aplikasi maklumat dan ilmu akan menjadi asas untuk memajukan lagi kualiti kerja dan hidup.

(viii) Memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu bahagian bersepadu dalam sistem pendidikan. Salah satu dari program pendidikan teknologi maklumat adalah pembinaan sekolah Bestari dan Universiti Multimedia. Program­program celik komputer, pengajaran dengan bantuan komputer dan program pembelajaran telah diperkenalkan kesemua sekolah dan institusi latihan. Adalah dijangkakan semua pelajar yang keluar dari sistem persekolahan ini akan celik komputer.

CABARAN

Penilaian yang telah dibuat ke alas senario di Malaysia berdasarkan ciri -ciri masyarakat berilmu di atas telah menjelaskan tanda-tanda bahawa rakyat Malaysia telah beransur-ansur menjurus ke arah masyarakat berilmu tetapi masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Dari segi perolehan teknologi, Malaysia mempunyai kelebihan untuk memperolehi aplikasi teknologi terbaik dan moden, namun perlu membangun prasarana yang akan merobah sejumlah besar penduduk menjadi masyarakat bermaklumat.

Dalam tahun 1996, hanya 7% isi rumah di Malaysia mempunyai kemudahan komputer. 85% dari mereka mempunyai Komputer Peribadi (PC) dan 15% memiliki laptop atau notebook. Sejumlah besar (50%) melaporkan mempunyai kemudahan CD-ROM dan multimedia (36%). Akses ke Internet dan kemudahan e-mail masih rendah iaitu pada 10% dan 9%. Sebahagian besar masyarakat kurang kemahiran dalam penggunaan teknologi baru.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

Pembangunan ke arah masyarakat berilmu mestilah tidak menimbulkan ketidaksamarataan di antara mereka yang mahir menggunakan teknologi dan memahami potensinya, dan orang yang enggan atau tidak berupaya menggunakan teknologi.

Kita juga menghadapi cabaran yang getir dan berpanjangan dalam membudayakan ciri -ciri sosial dan budaya yang menentukan masyarakat berilmu terutamanya masyarakat yang membaca dan sedar akan kepentingan S~arah serta menghargai dokumen dan mempraktikkan merekod maklumat sebagai amalan budaya. Aspek lain yang sama penting ialah untuk mempastikan perkhidmatan perpustakaan disampaikan kepada masyarakat luar bandar, orang kurang upaya dan mereka yang tidak dapat meninggalkan rumah kediaman. Ketika ini terdapat 770 perpustakaan awam; 329 perpustakaan khusus, 83 perpustakaan akademik, 1470 perpustakaan sekolah menengah dan 1470 perpustakaan sekolah rendah di seluruh negara. Hanya 2.4% dari pendidikan negara ini menjadi ahli perpustakaan awam. Apakah erti sebuah negara jika bukan kerana penduduknya? Transformasi penduduk Ma­laysia kepada ahli -ahli yang aktif dalam masyarakat bermaklumat adalah sangat mustahak untuk membolehkan Malaysia melonjak ke milenium bam sebagai masyarakat berilmu. Dalam hal ini, keadaan dan persekitaran semasa membawa banyak Cabaran dan peluang kepada professional perpustakaan khususnya untuk membina kemahiran dan kompetensi bam yang bakal mempastikan peranan mereka yang lebih aktif dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

AGENDA PERUBAHAN

(i) Menyediakan akses kepada maklumat

Perpustakaan wajar mendefinisikan semula peranan mereka dari penjaga bahan cetak kepada berfungsi sebagai pusat maklumat Setempat, yang mempunyai akses ke sumber maklumat tempatan dan global yang diperolehi melalui internet. Penyediaan produk dan perkhidmatan maklumat multimedia adalah sangat penting rnemandangkan pada hari ini. maklumat boleh didapati dalam berbagai bentuk Cetakan dan bukan Cetakan. Perpustakaan sewajarnya menyediakan maklumat atas talian untuk membolehkan pengguna dapat berinteraksi dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa.

(ii) Transformasi maklumat ke ilmu - Pustakawan sebagai pemudahcara/penasihat

Terdapat banyak maklumat dalam Internet. Pengguna perpustakaan perlu mempelajari kemahiran mencari maklumat sesuai untuk

bidang mereka, iaitu satu kemahiran yang boleh digunakan untuk sebarang keadaan dan kerjaya. Keperluan untuk mendidik dunia mengenai strategi pembelajaran untuk aplikasi kerjaya mestilah dijadikan fokus untuk semua arahanJ panduan perpustakaan. Adalah menjadi tanggungjawab pustakawan untuk membekalkan pekerja ilmu di masa akan datang dengan kemahiran pengurusan maklumat, menyelesai masalah secara 'collaborative' dan berfikir secara kritikal. Kemahiran heuristik yang diamalkan oleh pustakawan adalah sangat perlu untuk membangun kemahiran celik maklumat.

(iii) Transformasi pustakawan ke pengurus ilmu

Pustakawan perlu sentiasa bersedia menangani keperluan pengguna yang sentiasa berubah. Pustakawan perlulah dinamik dan amat berkebolehan untuk mengeksploit teknologi dan format bam secara efektif Dalam era longgokan maklumat, tugas pustakawan di abad yang akan datang adalah untuk memandu pengguna ke arah yang betul. Dalam kata lain, pustakawan sepatutnya mempunyai kebolehan menganalisa ilmu dan maklumat dan repackage dengan membina metadata laman web yang berkaitan yang diperlukan oleh pengguna. lni termasuklah mempelajari kemahiran baru untuk membolehkannya bertindak sebagai webmasters dan juga pembangun kandungan multimedia.

(iv) Membekalkan pustakawan dengan kemahiran belajar

Sebagai seorang guru/pemudahcara, pustakawan juga perlu mempunyai ilmu mengenai pedagogi dan andragogi (proses pembelajaran kanak-kanak dan dewasa). Kedua-dua jenis pelanggan ini mempunyai harapan yang berlainan dan cara belajar yang berbeza. Kanak-kanak perlu diberi tunjuk ajar dan arahan, Sementara orang dewasa lebih memerlukan sesi hands-on dan kajian kes/ projek untuk menjadikan proses belajar lebih bermakna. Pustakawan perlu kreatif untuk menjadikan sesi pencarian maklumat sesuatu yang menyeronokkan dan memberi manfaat.

(v) Keeping abreast dengan pembangunan teknologi maklumat

Penggunaan teknologi maklumat dalam mengurus sumber perpustakaan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan sehingga pustakawan tidak hanya perlu mahir menggunakan teknologi maklumat untuk menghasilkan manfaat yang optima kepada perpustakaan malahan perlu

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

(xi) Merapatkan jurang antara bandar-desa, kaya-miskin

Hanya mereka yang mendapat akses kepada komputer yang berangkaian akan berpeluang mengambil bahagian dalam masyarakat berilmu. Oleh demikian penyertaan ini terbatas kepada mereka yang sarna ada mampu memiliki komputer atau boleh mengakses melalui tempat kerja atau temp at belajar. Kekurangan akses secara menyeluruh merupakan satu halangan yang sangat penting dihapuskan. Tanpa akses sejagat, masyarakat berilmu yang dibangunkan akan bersifat tidak demokrasi, yang akan berpecah kepada pemilik maklumat dan mereka yang tidak bermaklumat.

Perpustakaan melengkapkan pendidikan fonnal secara menyediakan sumber as as dan platfonn bagi semua lapisan rakyat untuk menyertai pembelajaran sepanjang hayat.

(xii) Program Pendidikan Pengguna

Program Pendidikan Pengguna yang sistematik perlu dirancang untuk melatih dan memandu pengguna kaedah yang betul dalam pengendalian dan carian maklumat agar mereka dapat memanfaat sepenuhnya perkhidmatan maklumat

yang disediakan di perpustakaan. Perpustakaan wajar membangun sebagai pusat pembudayaan untuk teknologi maklumat dan ilmu di mana pengguna perpustakaan boleh mendapat kemahiran pengendalian maklumat, belajar secara persendirian atau berkumpulan kaedah yang berkesan menggunakan teknologi maklumat dan mengakses internet.

KESIMPULAN

Perpustakaan, terutamanya perpustakaan awam memainkan peranan penting dalam menyokong pendidikan sepanjang hayat secara fonnal dan tidak fonnal. Untuk menjadi lebih berkesan, perpustakaan perlu menangani masalah dan cabaran yang dibawa oleh arus pembangunan dalam teknologi maklumat dan trend global kearah masyarakat berilmu. Proses menukar rakyat Malaysia menjadi masyarakat berilmu membawa cabaran dan peluang kepada pustakawan sebagai pemangkin dalam pembudayaan ilmu.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PERPUSTAKAAN DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI … · Malaysia dan juga negara-negara di Asia Tenggara, walaupun kadar celik huruf di negara-negara ini semakin meningkat. Ide untuk

RUJUKAN

1. Davis, Stan & Meyer, Christopher. (1977). An economy turned on its head: why you must be knowledge-based to complete in today's world (and what that means). Strategy & Leadership. No.!Dec 1997, 16-19

2. Drake, Keith. (1999) What people know: human capital accounting, for the knowledge economy. Education Eco­nomics. April 1999.87-89

3. Jones. Debra. (1996) Critical thinking in an online, world (http://www.Iibrary. ucsb.edu/untangleliones.html) 1996

4. Learning for the 21 "' Century (First report of the National Advisory Group for Continuing Education and Lifelong Learning. 1997 (http://www.1ifelonglearning.co.uklnagcelllindex.hlml

5. Library and Information Commission (1997). New Library: the people's network (h1tp:/ /www.ukoln.ac. uk/ services/lic/newlibrary)

6. Naisbit, John. (1984) Megatrends. N.Y.: Warner Books. 1984

7. Perpustakaan Negara Malaysia. (1997) The Reading Profile of Malaysians, 1996. Kuala Lumpur: Perpustakaan N egara Malaysia, 1997

8. Shahar Banun Jaafar. (1999). The digital age: challenges to librarians in Malaysia. Paper presented at The 1st Re­gional Workshop on S & T Information Dissemination in South East Asia: Towards the Development ofInformation Infrastructure for R&D. Kuala Lumpur: 22-23 June 1999.

9. Department of Statistics (1998) Statistics Bulletin Malaysia (1998). Kuala Lumpur: Department of Statistics, 1998

10. Perpustakaan Negara Malaysia (1999) Statistik Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri. (1999). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1999

11. Szarina Abdullah (1999). Building a knowledge society: challenges,for universities in Malaysia - Syarahan Perdana. Universiti Teknologi Mara .. 1999.

12. Teece. David 1. (1998). Capturing values from knowledge assets: The new economy, market for know-how, and intangible asses. California Management Review, Spring 1998, 55-99

13. Ulrich's International Periodicals Directory, Spring 1994 edition and Spring 1999 edition. CD-ROM. New York: RR Bowker, 1999

14. W Chan Kim. Renee Mouborgne. (1999). Strategy, value innovation and the knowledge economy. Sloan Manage­ment Review, Spring, 1999,41-54

15. Wirzburg, Gregory (1998) Markets and the knowledge economy: its anything broken? Can government give it? Journal of Knowledge Management, Sep., 1998. 32-46

16. Zawiyah bte Baba (1999) is it necessary to establish a culture of knowledge in the Civil Services? Kuala Lumpur: INTAN. 1999.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia