kertas kerja program bimbingan

9
KERTAS KERJA PROGRAM BIMBINGAN AMALAN MENABUNG MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 1.0 PENGENALAN Menabung merupakan amalan yang bijak. Amalan ini merupakan langkah yang proaktif yang berpaksikan kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin masa depan yang cerah. Sejajar dengan zaman pascaglobalisasi ini, amalan menabung merupakan salah satu langkah yang efektif untuk jaminan jangka masa panjang.Di samping itu juga, amalan menabung perlu dipupuk sejak dari kecil lagi sebagaimana yang ditekankan dalam pepatah Melayu iaitu ‘lenturlah buluh dari rebungnya’. Hal ini adalah supaya amalan tersebut menjadi kebiasaan kepada seseorang. Amalan mulia ini tidak terhad kepada suatu kelompok individu sahaja seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa, tetapi amalan tersebut juga perlu dipupuk dalam kalangan murid khas. Berdasarkan kepada kesedaran tersebut, guru pelatih Semester 7 yang mengambil kursus EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak- kanak dengan usahama Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu, Kuala Lumpur akan mengadakan Program Bimbingan Amalan Menabung dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program ini merupakan inisiatif untuk menerapkan sikap yang murni di samping membantu murid, ibu bapa serta guru-guru mengetahui cara yang betul untuk 1

Upload: imani-abd-halim

Post on 20-Jan-2016

403 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh kertas kerja

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Program Bimbingan

KERTAS KERJA PROGRAM BIMBINGAN

AMALAN MENABUNG

MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

1.0 PENGENALAN

Menabung merupakan amalan yang bijak. Amalan ini merupakan langkah yang proaktif

yang berpaksikan kesedaran seseorang dalam membuat persediaan bagi menjamin

masa depan yang cerah. Sejajar dengan zaman pascaglobalisasi ini, amalan

menabung merupakan salah satu langkah yang efektif untuk jaminan jangka masa

panjang.Di samping itu juga, amalan menabung perlu dipupuk sejak dari kecil lagi

sebagaimana yang ditekankan dalam pepatah Melayu iaitu ‘lenturlah buluh dari

rebungnya’. Hal ini adalah supaya amalan tersebut menjadi kebiasaan kepada

seseorang. Amalan mulia ini tidak terhad kepada suatu kelompok individu sahaja

seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa, tetapi amalan tersebut juga perlu dipupuk

dalam kalangan murid khas.

Berdasarkan kepada kesedaran tersebut, guru pelatih Semester 7 yang

mengambil kursus EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak dengan

usahama Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu,

Kuala Lumpur akan mengadakan Program Bimbingan Amalan Menabung dalam

Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Program ini merupakan

inisiatif untuk menerapkan sikap yang murni di samping membantu murid, ibu bapa

serta guru-guru mengetahui cara yang betul untuk mengaplikasikan amalan menabung.

Selain itu juga, program ini dapat memberi kesedaran kepada murid Program

Pendidikan Khas Integrasi tentang kebaikan amalan menabung dalam kehidupan

seharian mereka.

2.0 RASIONAL

Kertas kerja ini merupakan salah satu penilaian terhadap guru pelatih Semester 7

Ambilan Januari, Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas yang sedang mengikuti kursus

EDU3107 Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak.

1

Page 2: Kertas Kerja Program Bimbingan

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah membantu murid dan ibu bapa dalam

Program Pendidikan Khas Integrasi merancang masa depan yang baik melalui amalan

menabung.

4.0 OBJEKTIF

Objektif program ini dilaksanakan adalah bagi :

4.1 Memupuk sikap menabung dalam kalangan murid khas

4.2 Merancang perbelanjaan untuk tujuan peribadi dan pendidikan dengan

baik

4.3 Menggalakkan sikap berjimat-cermat dalam kalangan murid dan ibu bapa

4.4 Memberi kesedaran tentang kepentingan amalan menabung serta

pengurusan perbelanjaan yang baik

4.5 Merapatkan hubungan silaturrahim antara murid, ibu bapa dan guru

melalui aktiviti yang dianjurkan

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan dilaksanakan seperti yang berikut:

5.1 Tarikh : 20 Februari 2014

5.2 Hari : Rabu

5.3 Tempat: Stesen Muzik dan Padang Sekolah, Sekolah Kebangsaan Lelaki

Jalan Batu, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

5.4 Tema : Sedikit-sedikit, Lama-lama Jadi Bukit

6.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah :

6.1 Murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi

6.2 Guru Program Pendidikan Khas Integrasi

6.3 Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

6.4 Ibu bapa

2

Page 3: Kertas Kerja Program Bimbingan

7.0 BUTIRAN AKTIVITI

Berikut merupakan justifikasi aktiviti yang akan diadakan bagi menjayakan program

tersebut:

7.1 Pameran

Pameran ini adalah berkaitan dengan amalan menabung. Maklumat dan

informasi akan dipamerkan bagi menarik minat murid untuk menabung. Pameran

ini akan berlangsung selama tiga hari persekolahan iaitu dari 17 Februari 2014 –

19 Februari 2014.

7.2 Treasure Hunt

Aktiviti yang berbentuk fizikal. Murid secara berkumpulan akan melalui cabaran

yang berbeza di setiap stesen sehingga ke garisan penamat. Aktiviti di setiap

stesen adalah berkaitan dengan amalan menabung yang ingin diterapkan

kepada setiap murid seperti menjawab soalan, melakukan tugasan fizikal dan

sebagainya.

7.3 Ceramah

Ceramah yang berkaitan dengan amalan menabung. Penceramah akan

membimbing murid dan ibu bapa tentang cara-cara untuk menabung dengan

bijak, langkah berjimat-cermat dan pengurusan perbelanjaan yang berkesan

untuk murid. Di samping itu juga, murid dan ibu bapa juga akan didedahkan

tentang kelebihan amalan menabung dalam kehidupan.

7.4 Kuiz

Aktiviti selingan selepas penceramah menyampaikan ceramah. Terbuka kepada

murid sahaja. Aktiviti ini adalah bagi menguji tahap kefahaman murid dalam

amalan menabung. Lima soalan sahaja akan diajukan kepada murid.

3

Page 4: Kertas Kerja Program Bimbingan

7.5 Latihan Dalam Kumpulan : Mencipta Tabung.

Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan

bahan-bahan seperti botol terpakai, kertas warna, gam, gunting dan sebagainya.

Bahan-bahan tersebut akan digunakan untuk mencipta tabung secara kreatif.

Murid diberikan masa lebih kurang satu jam untuk menyiapkan tabung tersebut.

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Berikut merupakan ahli jawatankuasa bagi program yang akan dilaksanakan :

8.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

PENASIHAT

Encik Jamaludin bin Mohd Hashim

Guru Besar

PENGERUSI

Cik Haszanarita binti Hashim

Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi

NAIB PENGERUSI

Puan Hjh. Rosnah binti Dato’ Haji Salleh

Penyelaras Pendidikan Khas Integrasi

SETIAUSAHA

Cik Nurul Imani binti Abd Halim

BENDAHARI

Cik Siti Shafinaz binti Mohd Zakariah

4

Page 5: Kertas Kerja Program Bimbingan

8.2 Ahli Jawatankuasa Kecil

AJK AKTIVITI

Cik Nurul Imani binti Abd Halim

Cik Lalitha a/p Hariram

AJK MAKANAN

Puan Hazila binti Mohd Makhtar

Puan Zailawati binti Husin

AJK DOKUMENTASI

Puan Rozita binti Abdullah

Puan Rohayu binti Sulong

AJK PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT

Puan Noorhafizah binti Ramli

Puan Suriati binti Mohamad

AJK CENDERAMATA

Puan Che Sapinah binti Othman

Puan Norsohana binti Othman

AJK KESELAMATAN DAN KECEMASAN

Cik Rosnita binti Osman

Puan Norfatin binti Satar

Semua Pembantu Pengurusan Murid

AJK PROTOKOL

Cik Siti Noor Baien binti Abdul Latif

Puan Norfaizah binti Mat Diah

5

Page 6: Kertas Kerja Program Bimbingan

9.0 TENTATIF PROGRAM

Jadual di bawah menunjukkan agenda bagi program yang akan dilaksanakan:

MASA AGENDA

7.30 pagi Pendaftaran peserta

Sarapan pagi

8.00 pagi Taklimat aktiviti

8.15 pagi Senaman

Treasure Hunt

9.30 pagi Rehat

10.15 pagi Ceramah “Amalan Menabung”

Kuiz

11.00 pagi LDK : Mencipta Tabung

12.00 tengahari Penyampaian Cenderamata dan hadiah

12.30 tengahari Majlis Bersurai

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

6

Page 7: Kertas Kerja Program Bimbingan

Jadual di bawah menunjukkan anggaran perbelajanjaan bagi menjayakan program ini:

Bil Perkara Harga Seunit(RM)

Kuantiti(unit)

Jumlah(RM)

1. Roti 0.50 50 25.00

2. Makan Tengahari 2.00 50 200.00

2. Aktiviti Treasure Hunt 50.00 1 50.00

3. Aktiviti Mencipta Tabung 50.00 1 50.00

4. Cenderamata Penceramah 20.00 1 20.00

5. Hadiah Mencipta Tabung Pertama Kedua Ketiga

15.0012.008.00

111

35.00

6. Hadiah Treasure Hunt Pertama Kedua Ketiga

15.0012.008.00

111

35.00

7. Kuiz 2.00 5 10.00

8. Hadiah Saguhati Murid 2.00 44 88.00

9.Percetakan

10.00 1 10.00

JUMLAH (RM) 523.00

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Memohon sumber kewangan dan barangan daripada pihak pengurusan sekolah,

sumbangan persendirian dan juga syarikat-syarikat perniagaan.

12.0 PENUTUP

Dengan ini, kami ahli jawatankuasa Program Bimbingan Amalan Menabung Murid

Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu meminta baik jasa

7

Page 8: Kertas Kerja Program Bimbingan

pihak yang berkenaan untuk meluluskan kertas kerja yang telah disediakan serta

menyalurkan sumbangan yang diperlukan. Usaha murni ini memerlukan sokongan dan

penglibatan aktif pelbagai pihak agar program yang dirancang mencapai matlamat dan

objektif.

8

Disediakan oleh :

…………………………………………

(NURUL IMANI BINTI ABD HALIM)

Setiausaha,

Program Bimbingan Amalan Menabung.

Disemak oleh :

…………………………………………

(HASZANARITA BINTI HASHIM)

Pengerusi,

Program Bimbingan Amalan Menabung.

Diperakukan oleh :

…………………………………………

(HJH. ROSNAH BINTI DATO’ HJ. SALLEH)

Naib Pengerusi,

Program Bimbingan Amalan Menabung.

Diluluskan oleh :

…………………………………………

(JAMALUDIN BIN MOHD HASHIM)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Lelaki Jalan Batu.