kertas kerja program bebas denggi

Upload: mazni-bin-othman

Post on 30-May-2018

592 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Program Bebas Denggi

    1/4

    PROGRAM

    BEBAS DENGGI

    SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN

    2010

    TARIKH 17 FEBRUARI 2010

    HARI RABU

    MASA 2.00 3.30 PETANG

    ANJURAN : BIRO PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHDAN AEDES SK KAYAN.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Program Bebas Denggi

    2/4

    1. LATAR BELAKANG

    1.1 Demam denggi adalah satu penyakit yang masih menjadi satu

    masalah kesihatan awam di Malaysia. Bilangan kes-kes denggi

    dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Negeri

    Perak juga mencatat kes denggi yang semakin

    membimbangkan. Hasil lawatan Kementerian Kesihatan ke SK

    Kayan juga mendapati terdapat jentik-jentik di kawasan

    takungan air.

    2. OBJEKTIF

    2.1 Objektif Am

    Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti

    pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mengwujudkansatu kumpulan yang menjadikan Change Agent kepada

    masyarakat.

    2.2 Objektif Khusus

    i) Untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran di

    dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi

    di sekolah.

    ii) Untuk melibatkan semua warga sekolah dalam aktiviti

    pencegahan dan pengawalan demam denggi.

    3. RASIONAL

    3.1 Sekolah-sekolah mempunyai organisasi yang lengkap di mana

    guru kesihatan di sekolah-sekolah berkenaan boleh diharap

    sebagai co-ordinator pelaksanaan bebas denggi.

    3.2 Bagi menyemai pengatahuan dan amalan baik di dalam

    kawalan denggi kepada peringkat umur yang rendah supaya

    pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabiladewasa nanti. Di samping itu diharap murid sekolah dapat

    menjadi agen perbahan kepada bebas denggi di rumah,

    kampong/taman dan seterusnya kepada masyarakat umum.

    3.3 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa

    aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan

    kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Program Bebas Denggi

    3/4

    4. MATLAMAT

    4.1 Mendedahkan kepada murid-murid sekolah tentang aktiviti

    pencegahan dan kawalan denggi bagi mewujudkan satu

    kumpulan yang menjadi agen perubahan kepada masyarakat

    setempat.

    4.2 Memberikan kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi

    menghindari dan mencegah demam denggi.

    4.3 Mewujudkan masyarakat sifar denggi.

    5. JAWATANKUASA PERLAKSANA

    PENASIHAT Pn Rudiah binti Abas (GB)

    PENGERUSI Pn Zalina bt Zakaria (PK Hem)NAIB PENGERUSI 1 En Mohd Zahid b Zainuddin (PK 1)

    NAIB PENGERUSI 2 En Saaidin bin Mahmud (PK Koku)

    SETIAUSAHA En Mazni bin Othman

    BENDAHARI Pn Noor Irwani binti Ismail

    AJK Pn Norazlina bt Othman (PRA)

    Pn Hasnah bt Saad (Tahun 1)

    Pn Asnony bt Alwi (Tahun 2)

    En Mohd Salihin bt Ghazali (Tahun 3)En Mohd Zaidi b Rashid (Tahun 4)

    Pn Hanafiah bt Hussin (Tahun 5)

    En Haris b Hussin (Tahun 6)

    Pn Salina bt Ibrahim (Bilik SAL)

    Pn Juriah bt Adris (Surau)

    Pn Wan Aisyah bt Wan Yusuf (B Guru)

    En Mohd Hafiz b Shahimi (Mak. ICT)

    Cik Rafidah bt Hashim (PSS)En Saaidin b Mahmud (Bilik KH)

    Pekerja Swasta (Tandas dan Longkang)

    6. AKTIVITI

    6.1 Aktiviti yang akan dijalankan ialah:

    6.1.1 Gotong royong membersihkan bilik darjah.

    6.1.2 Gotong royong membersihkan tandas sekolah.

    6.1.3 Gotong royong membersihkan kawasan sekolah.

    6.1.4 Ceramah Pencegahan Denggi.6.1.5 Melukis Poster Denggi.

    6.1.6 Pameran Denggi.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Program Bebas Denggi

    4/4

    7. JADUAL PERLAKSANAAN AKTIVITI.

    Rujuk Lampiran.

    8. ANGGARAN PERBELANJAAN.

    Rujuk Lampiran.

    9. SUMBER KEWANGAN.

    9.1 Sekolah

    9.2 Kedai Buku

    9.3 PIBG

    10. KESIMPULAN10.1 Harapan agar Program Bebas Denggi ini dapat memberikan

    kesedaran kepada semua murid dan warga sekolah betapa

    perlunya pencegahan awalan melalui amalan penjagaan

    kebersihan persekitaran sekolah amnya dan kawasan kediaman

    khususnya. Semoga dengan sokongan dan kerjasama oleh

    semua pihak, penyakit denggi boleh dikawal.

    Disediakan oleh: Disemak oleh:

    (MAZNI BIN OTHMAN)

    SetiausahaBiro Pendidikan Pencegahan Dadah dan Aedes

    SK Kayan Sitiawan

    2010

    Disahkan oleh: