kertas kerja ponggal 2015

25
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VIVEKANANDA KUALA LUMPUR KERTAS KERJA RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) 2016 DISEDIAKAN OLEH : KANNAN A/L THETCHANAMOORTHY Guru Penasihat Persatuan Bahasa Tamil

Upload: spunethn

Post on 14-Apr-2016

200 views

Category:

Documents


24 download

DESCRIPTION

RIMUP

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Ponggal 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VIVEKANANDA

KUALA LUMPUR

KERTAS KERJARANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

(RIMUP)2016

DISEDIAKAN OLEH :

KANNAN A/L THETCHANAMOORTHYGuru Penasihat Persatuan Bahasa Tamil

Page 2: Kertas Kerja Ponggal 2015

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VIVEKANANDA,KUALA LUMPUR

SAMBUTAN RIMUP PERINGKAT SEKOLAHTAHUN 2016

PESTA PONGGAL 2016

1.LATARBELAKANG

Istilah PONGGAL membawa maksud limpahan susu. Proses memasak ponggal bermula dengan memasak susu dalam belanga sehingga ke takat mendidih dan seterusnya ianya akan melimpah keluar dari mulut belanga. Pada ketika itu semua orang di sekeliling akan bersorak “PONGGALOH PONGGAL” PONGGALOH PONGGAL dan PONGGALOH PONGGAL. Sebenarnya istilah ini mempunyai maksud tersirat. Masyarakat mengharapkan limpahan kemewahan, ilmu dan kebahagiaan dalam hidup mereka.

Ponggal merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat India. Perayaan ini disambut dengan meriah di negara India khasnya di India Selatan.Perayaan ini disambut pada BULAN THAAI mengikut Kalendar Hindu. atau lebih tepat lagi pada pertengahan bulan Januari ataupun pada 14 atau 15 bulan Januari.

Perayaan ini disambut atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk mengucapkan rasa terima kasih dan penghargaan umat manusia terhadap alam yang menjadi dasar kepada hidupan di dunia ini. Unsur utama alam ialah Matahari, yang mana matahari merupakan unsur penting bagi proses Fotosintesis dimana proses ini yang membekalkan bahan-bahan makanan untuk keperluan umat manusia. Sinaran Sang Suria yang cukup akan dapat menghasilkan tanaman padi berisi penuh dan matang. Kaum India khasnya kaum petani percaya bahawa matahari perlu dihormati kerana telah memastikan benih padi yang ditanamnya telah masak dan menjadi kuning keemasan. Jadi mereka menggelar hari ponggal sebagai SURIA PONGGAL.

Masyarakat India juga turut mempercayai bahawa kehadiran BULAN THAAI akan membawa kemakmuran dan tuah kepada hidup mereka. Pepatah yang berbunyi “THAAI PIRANTHAAL VAZHI PIRAKUM” atau lebih tepat lagi BULAN THAI AKAN MEMBAWA JALAN KEARAH KEMAKMURAN sering menjadi pembakar semangat mereka. Sepanjang bulan Disember ,masyarakat petani di India akan terlibat dalam aktiviti menuai. Aktiviti susulan seperti membanting, mengering dan sebagainya akan dilakukan . Akhirnya beras dibekalkan. Sebahagian daripada beras dijual dan bakinya digunakan untuk kegunaan sepanjang tahun itu. Hasil penjualan beras digunakan untuk membeli barang-barang keperluan mereka bagi sepanjang tahun itu. Majlis-majlis meriah seperti perkahwinan juga dilakukan melalui hasil penjualan beras tersebut. Kesemua perkara ini berlangsung pada bulan THAAI. Jadi masyarakat India juga menggelar hari ponggal sebagai THAAI PONGGAL.

Page 3: Kertas Kerja Ponggal 2015

Pesta ponggal juga dikenali sebagai ULAVAR THIRUNAAL yang bermaksud PERAYAAN PETANI. Para petani diibaratkan sebagai tuhan oleh masyarakat India. Petanilah menjadi tulang kepada pergerakan Dunia ini.Tanpa petani masyarakat dunia tidak dapat hidup dengan makmur. Petanilah yang yang menjadi simbol kepada keharmonian dan kemakmuran dunia. Merekalah yang menjadi ejen yang membekalkan beras . Beras ini yang membekalkan nasi. Nasi merupakan makanan utama penduduk negara-negara timur.Tanpa nasi penduduk dunia akan kelaparan. Dalam ertikata yang lain TANPA PETANI JUGA DUNIA AKAN KELAPARAN. Maka masyarakat India memilih untuk menyambut perayaan ponggal untuk mengenang jasa dan sumbangan para petani terhadap kemakmuran dunia ini. Maka perayaan ini juga dikenali sebagai PERAYAAN PETANI atau ULAVAR THIRUNAAL.

Perayaan Ponggal disambut selama 3 hari. Hari pertama dikenali sebagai SURIA PONGGAL. Bertujuan untk mengucapkan penghargaan kepada sang suria. Hari kedua pula dipanggil sebagai MAATTU PONGGAL. Maadu bermaksdu lembu. Pada hari ini lembu yang menjadi haiwan yang sangat membantu para petani dalam aktiviti pertanian. Lembu akan dimandikan dan dihias.Ini adalah kerana masyarakat Hindu menganggap lembu sebagai haiwan yang suci. Bagi kanak-kanak yang tidak beribu ,mereka membesar dengan susu lembu sahaja. Maka tidaklah keterlaluan sekiranya lembu itu dibaratkan sebagai haiwan suci. Maka bagi jasa lembu kepada masyarakat India Tradisi MAATTU PONGGAL dirayakan.Hari ketiga ponggal dikenali sebagai KANNI PONGGAL.Ianya dilakukan oleh gadis-gadis yang belum berkahwin. Pada hari ini mereka akan bersembahyang dan berdoa kepada tuhan agar dikurniakan dengan SUAMI yang baik dan bertanggung jawab. Mereka percaya bahawa segala hajat akan terlaksana pada tahun berikutnya.

2.RASIONAL

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan kaya dengan seni dan budaya pelbagai bangsa di negara ini. Setiap bangsa boleh mempraktikkan adat dan budaya masing-masing. Kebebasan ini dipraktikkan di semua peringkat termasuk di sekolah. Sekolah Menengah Kebangsaan Vivekananda merupakan sebuah sekolah yang menepati ciri-ciri SATU MALAYSIA. Sekolah ini menjadi tapak yang sesuai bagi mengamalkan aktiviti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan atau lebih dikenali sebagai RIMUP. Maka pada tahun ini juga aktiviti ini diteruskan bagi melahirkan warga Vivekananda yang lebih mementingkan perpaduan kaum.

3.OBJEKTIF

1.Merapatkan hubungan silaturahim antara warga SMK Vivekananda

2.Memperkenalkan pelbagai budaya kaum di Malaysia kepada golongan pelajar.

3.Mempelajari budaya dan seni pelbagai kaum di negara ini.

4.Mewujudkan perasaan SATU MALAYSIA dalam diri pelajar.

Page 4: Kertas Kerja Ponggal 2015

4.JAWATANKUASA SAMBUTAN RIMUP PERINGKAT SEKOLAH

PENGERUSI : Pn. Krishna Kumarie A/P Naidu

TIMBALAN PENGERUSI 1 : Pn.Rohana bt Abd Majid

TIMBALAN PENGERUSI 2 : En. Talib Bin Md Seh

NAIB PENGERUSI : Pn.Noor Melati Bt Ismail : Pn.Norizan Bt Abdul Karim

SETIAUSAHA : En.Kannan

AHLI JAWATANKUASA

1) Jemputan dan sambutan Penyelaras : Pn. Sumangala 1.1 JKK Jemputan

1.1.1 Jemputan kepada Tetamu Khas (Puan Sri Ambikaibagan), YDP PIBG dan Guru Besar SJK T Vivekananda, Brickfields.

Pn. Suriati (Ketua)Pn.Amirusuzilawati

1.2 JKK Sambutan1.2.1 a) Menyambut tetamu dan membawa tetamu ke tempat duduk yang

ditetapkan. b) Memberi buku aturcara. c) Menjemput tetamu ke tempat jamuan.

Semua Pentadbir

1.3 JKK Cenderahati1.3.1 Menyediakan cenderahati kepada Tetamu Khas.

Pn.Beh Poh Choo

1.4 JKK Juruacaraa) Memberi kata-kata aluan.b) Menyediakan teks ucapan untuk Tetamu Khas(sebelum 14.01.2016)c)Mengendalikan perjalanan majlis.

Pn. Rosminah (Ketua)Pn. Vasantha

Page 5: Kertas Kerja Ponggal 2015

2.0 Buku AturcaraPenyelaras: Pn.Hani’ah

2.1 JKK Buku Aturcara

a) Menyusun aturcara majlis selepas berbincang dengan Pengetua.b) Menyediakan dan mencetak buku aturcara secukupnya.c) Menyerahkan buku aturcara kepada Penyelaras Jemputan dan sambutan.

Cik. Daisy Angelina (Ketua)Pn. Nor AzwaniPn. Anita

3.0 Siaraya dan TeknikPenyelaras: En. Chandra Sekaran

3.1 JKK Siaraya

a) Memastikan alat P.A berfungsi dengan baik.b) Memastikan semua alat disimpan di tempat asal selepas majlis tamat.

En. T.Loganathan (Ketua)En. Morthy

3.2 JKK Fotografi

a) Mengambil gambar-gambar.b) Menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada JKK dokumentasi

En, Muhammad Hafisal

4.0 Kebersihan, Disiplin dan KeslamatanPenyelaras: Pn. Syamala

4.1 JKK Kebersihan Memastikan kebersihan kawasan sekolah sebelum dan selepas majlis.

En. Baskaran (Ketua)Pn.Chuah Cheng LianCik Nor ArizaEn. Mohd Shamril Hafizie

Page 6: Kertas Kerja Ponggal 2015

4.2 JKK Disiplin dan Keselamatan

Memastikan disiplin terkawal sepanjang majlis berlangsung.

Pn Ong Bee Hwee(Ketua)Pn. Norselfi Shafrina

5.0 DokumentasiPenyelaras: Pn. Sharmala Devi

a) Mendapatkan gambar-gambar berkaitan Pesta Ponggal daripada JKK Fotografi.

b) Mengumpil semua bahan berkaitan dan dijadikan buku dokumentasi.c) Menyerahkan buku dokumentasi kepada Pengetua sebelum atau pada

29.01.2016.

Cik.Nur Idayu (Ketua)Cik. Sumarni

6.0 HadiahPenyelaras: Pn. Sharmala Devi

a) Menyediakan hadiah untuk para pemenang.b) Menyerahkan senarai pemenang kepada JK Dokumentasi.

Cik. WafrahPn. Wan Nur RahayuCik. Wong Lai Sin

7.0 Pertandingan

i)PERT.MEMASAK PONGGAL : Pn. Parameswari (Penyelaras) : Pn.Niraimathy : Pn.Tehnabakiam : 1 orang guru setiap badan beruniform

- Setiap badan beruniform perlu menghantar 1 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

ii) PERTANDINGAN KOHLAM : Pn Shiamala (Penyelaras) : Pn Roslina

: En. Zulkifli

Page 7: Kertas Kerja Ponggal 2015

- Setiap badan beruniform perlu menghantar 2 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum.

iii) PERTANDINGAN : En.Kannan (Penyelaras) PECAHKAN BELANGA: : En. Khairol Hisham

: En. Mohd Fadhil- Pertandingan akan diadakan secara individu. Setiap badan beruniform perlu

menghantar 2 orang murid.

iv) MENGANYAM KETUPAT : Pn. Nor Azliya (Penyelaras): Pn. Saliza: En. Mohd Azlan

- Pertandingan akan diadakan secara individu. Setiap badan beruniform perlu menghantar 2 orang murid.

v) KALIGRAFI : Pn. Lee Hui Hui (Penyelaras): Pn. Tham Men Yie: Cik. Nurul Aina

- Pertandingan akan diadakan secara individu.

vi) KABBADI : En. Punethn (Penyelaras): En. Ramesh: En. Mohd Lutfi: En. Thangarajah

- Setiap badan beruniform perlu menghantar 1 kumpulan terdiri daripada 3 murid sesi pagi & 3 murid sesi petang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pertandingan ini adalah khas untuk murid lelaki sahaja.

Page 8: Kertas Kerja Ponggal 2015

MEMASAK BUBUR (khas untuk guru-guru sahaja)

1 Pn. Rohimah (Ketua)2345

MEMBUAT ROJAK BUAH

1 Pn. Raziah (Ketua)2345

MENYEDIAKAN AIR SIRAP UNTUK MURID DAN GURU

1 Pn. Norasmaria (Ketua)2345

1 Pn.Noriah (Ketua)2345

Page 9: Kertas Kerja Ponggal 2015

8.ATURCARA

“ PESTA PONGGAL 2016”

TARIKH : 16 Januari 2016

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

MASA : 8.00 pagi– 1.00 tengahari

ATURCARA : 1.Pertandingan Memasak Ponggal

: 2.Pertandingan Kohlam-

: 3.Pertandingan Memecahkan Belanga

: 4. Pertandingan Menganyam Ketupat

: 5. Pertandingan Kaligrafi

: 6. Pertandingan Memasak Bubur

9.ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 MEMASAK PONGGAL

1.Periuk ( 6 x RM10.00) = RM 60.00

2.Beras ( 5kg) = RM 20.00

3.Tebu = RM 90.00

4.Minyak Sapi = RM 85.00

5.Gula Merah = RM 20.00

6.Garam = RM 1.00

7.Susu = RM 90.00

8.Pelbagai = RM 30.00

_________________________________________________________

Jumlah = RM 396.00

_________________________________________________________

Page 10: Kertas Kerja Ponggal 2015

9.2 MELUKIS KOHLAM

Bahan = RM 100.00

9.3 MEMECAHKAN BELANGA

Bahan = RM 120.00

9.4 MENGANYAM KETUPAT

Bahan = RM 100.00

9.5 KALIGRAFI

Bahan = RM 100.00

9.6 MEMASAK BUBUR

Bahan (2 x 40.00) = RM 80.00

9.7 MEMBUAT ROJAK = RM 40.00

7.HADIAH = RM 478.00Pertandingan Pertama Kedua Ketiga

Memasak Ponggal ( 6 orang ) RM 60.00 RM 48.00 RM 36.00 RM 144.00

Melukis Kohlam ( 3 orang ) RM 30.00 RM 24.00 RM 18.00 RM 92.00

Memecahkan Belanga (5 orang ) RM 50.00

Menganyam Ketupat RM 10.00 RM 8.00 RM 6.00 RM 24.00

Kaligrafi RM 10.00 RM 8.00 RM 6.00 RM 24.00

Kabbadi (6 orang ) RM 60.00 RM 48.00 RM 36.00 RM 144.00

Jumlah RM 253.00

( Nilai Hadiah - Pertama = RM 10.00, Kedua = RM 8.00 Ketiga = RM 6.00)

JUMLAH BESAR RM 1 414.00

RM 478.00

Page 11: Kertas Kerja Ponggal 2015

7.KESIMPULAN

Diharap pihak tuan akan mempertimbangkan permohonan ini dan meluluskannya demi

merealisasikan Impian 1 MALAYSIA melalui RIMUP.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………. ……………..

En. Kannan a/l Thetchanamoorthy Pn.Noor Melati Setiausaha AJK RIMUP Penolong Kanan Ko-Kurikulum

………………...

Disahkan oleh, Pn Krishna Kumarie a/p Naidu Pengetua SMK Vivekananda, Kuala Lumpur.

Page 12: Kertas Kerja Ponggal 2015

LAPORAN PESTA PONGGAL 2015

TARIKH : 24 Januari 2015

TEMPAT : Tapak Perhimpunan

Bilik Mesyuarat

Kelas 4A2

Pertandingan Memasak Ponggal

Para pelajar telah dibahagikan kepada 12 kumpulan.Setiap kumpulan mestilah

terdiri daripada gabungan pelajar India , Cina dan Melayu.Mereka telah

mengambil bahagian dengan penuh semangat 1 Malaysia,

Page 13: Kertas Kerja Ponggal 2015

Persediaan tempat memasak Ponggal

1. Pertandingan memasak Ponggal

Page 14: Kertas Kerja Ponggal 2015
Page 15: Kertas Kerja Ponggal 2015

Pengetua menggoreng buah gajus untuk menambah keenakan dalam nasi Ponggal

2. Pertandingan Melukis Kohlam

Para pelajar telah dibahagikan kepada 6 kumpulan.Setiap kumpulan mestilah

terdiri daripada gabungan pelajar pelbagai bangsa. Mereka telah mengambil

bahagian dengan penuh semangat kekitaan.Mereka dikehendak mencorakkan

kohlam bertemakan SATU MALAYSIA

Page 16: Kertas Kerja Ponggal 2015

Pelajar sedang mencorakkan kohlam

3. Pertandingan Memecahkan Belanga

Ramai pelajar telah mengambil bahagian dalam acara ini. Setiap badan

beruniform menghantar satu wakil. Mereka telah mengambil bahagian dengan

penuh semangat kekitaan. Mereka dikehendaki memecahkan belanga yang

tergantung dengan matanya ditutup dengan ikatan kain hitam.

Page 17: Kertas Kerja Ponggal 2015

Belanga sedang diikat dan akan digantung

Aksi Pelajar sedang pecah belanga

4. PERTANDINGAN KALIGRAFI

Pertandingan Kaligrafi diadakan secara individu. Pelajar-pelajar pelbagai bangsa telah

mengambil bahagian.

Page 18: Kertas Kerja Ponggal 2015

5. Pertandingan menganyam ketupat

Pertandingan ini diadakan secara kumpulan. Setiap badan beruniform menghantar satu

kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Page 19: Kertas Kerja Ponggal 2015

6. PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR

Pertandingan memasak bubur didakan antara guru-guru SMK Vivekananda. Pertandingan

ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan antara guru.

Page 20: Kertas Kerja Ponggal 2015

Kesimpulan

Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi telah tamat dengan jayanya pada pukul

11.00 pagi.

Dilaporkan oleh,

………………………….

(KANNAN A/L THETCHANAMOORTHY)

GURU PENYELARAS PROGRAM.