kertas kerja pertandingan_ping_pong_mssdt.doc

8
KERTAS KERJA KEJOHANAN PING PONG LELAKI DAN PEREMPUAN B12, B15 & B18 TAHUN PERINGKAT PPD TAMPIN TAHUN 2015 TARIKH : 19 DAN 20 JANUARI 2015 (ISNIN DAN SELASA) TEMPAT : DEWAN PERSATUAN PING PONG TAMPIN PENGELOLA : SJK C KUO MIN GEMAS SJK C KG BARU GEMAS

Upload: koh-siang-tan

Post on 18-Nov-2015

28 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KEJOHANAN PING PONG LELAKI DAN PEREMPUANB12, B15 & B18 TAHUN

PERINGKAT PPD TAMPIN

TAHUN 2015

TARIKH :

19 DAN 20 JANUARI 2015(ISNIN DAN SELASA)

TEMPAT :

DEWAN PERSATUAN PING PONG TAMPINPENGELOLA :

SJK C KUO MIN GEMASSJK C KG BARU GEMAS

1.0 PENDAHULUANPertandingan ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang telah dirancang dalam takwim Unit Sukan Pejabat Pelajaran Daerah Tampin. Bagi tahun 2015, ia dikelolakan bersama oleh SJK C Kuo Min Gemas dan SJK C Kg Baru Gemas. Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah daerah mengikut kategori umur lelaki dan perempuan bawah 18,15 & 12 tahun.

Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Persatuan Ping Pong Daerah Tampin. Aktiviti ini diadakan selaras dengan dasar 1Murid 1Sukan disamping memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan negara yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokorikulum.

2.0 MATLAMAT

Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan setiap individu merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan dan sijil kecemerlangan.

Selain daripada itu, diharapkan juga melalui aktiviti seperti ini pelajar-pelajar yang berbakat dalam bidang sukan khasnya permainan ping pong dapat menunjukkan bakatnya dalam kejohanan tersebut dan seterusnya dipilih untuk mewakili daerah Tampin ke peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan di Seremban tahun ini dan ke pertandingan-pertandingan yang lebih tinggi tahapnya.

3.0 OBJEKTIFAdalah diharapkan pada akhir kejohanan ini, para peserta dapat:3.1 Merasai pengalaman, kepuasan dan keseronokan dalam menyertai sesebuah

pertandingan.

3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam

sesebuah kumpulan.

3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam

sesebuah pasukan dengan semangat kesukanan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 NAMA AKTIVITIKejohanan Ping Pong Lelaki Dan Perempuan B12, B15 & B18 Tahun Peringkat PPD Tampin

Tahun 20155.0 TARIKH19 dan 20 Januari 2015 (Isnin dan Selasa)6.0 LOKASI

Dewan Persatuan Ping Pong Tampin7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA*Rujuk Lampiran A1 & A28.0 TENTATIF PERTANDINGANTentatif pertandingan yang berlangsung pada 19 dan 20 Januari 2015 (Isnin dan Selasa)

adalah seperti berikut :19 Januari 2015 (Isnin)

8.00 pagi Pendaftaran peserta bagi kategori Lelaki dan Perempuan Bwh 12 dan Bwh 15

8.30 pagiPertandingan

12.00 tengahariRehat

1.00 petangPertandingan

4.30 petangPenyampaian hadiah untuk kategori kategori Lelaki dan Perempuan Bwh 12

20 Januari 2015 (Selasa)

8.00 pagi Pendaftaran peserta bagi kategori Lelaki dan Perempuan Bwh 18

8.30 pagiPertandingan

12.00 tengahariRehat

1.00 petangPertandingan

4.30 petangMajlis Penutup dan Penyampaian hadiah untuk kategori kategori Lelaki dan Perempuan Bwh 15 & Bwh 18

8.0KEWANGANSumber Kewangan:

BILPERKARABUTIRANJUMLAH (RM)

1

2Peruntukan PPD Tampin

Sumbangan sekolah yang mengambil bahagian-

Sekolah Menengah 12 buah

Sekolah Rendah 11 buah

Jumlah:23 buah

RM30.00 x 23 buah sekolahRM600.00

RM690.00

JUMLAH KESELURUHAN RM1290.00

Anggaran Perbelanjaan

BILPERKARAPERBELANJAAN (RM)JUMLAH (RM)

1

2

3

4

5

6Elaun Pengadil

Bayaran Sewaan Tempat

Kejohanan/Latihan Pusat/Kursus Pendek Kepengadilan

Cenderahati

Jamuan (Penutup)

Banner

Lain-lain

(Air Mineral/Ubatan/Fotostat )11 orang x RM 20.00 x 2 hari

6 hari

1 x RM50.00

RM 440.00

RM400.00

RM50.00

RM200.00

RM100.00

RM100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM1290.00

9.0PENUTUPAdalah amat diharapkan agar program yang dijalankan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak dalam mencapai matlamat yang telah digariskan. Segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

______________________

(Er Sheng Ming)

Setiausaha Kokurikulum

SJK C Kuo Min Gemas

Disemak oleh:

______________________

(Tan Koh Siang)

GPK Kokurikulum

SJK C Kuo Min Gemas

Disahkan oleh:

______________________

(Ling Yok Boy)

Guru Besar SJK C Kuo Min Gemas

LAMPIRAN A 1

JAWATANKUASA PENGELOLA KEJOHANAN PING PONG L & P BAWAH 18, 15 & 12 TAHUN PERINGKAT MSSD TAMPIN 2015PENASIHAT

:TN.HJ HAMZAH BIN ABU

(TUAN PPD TAMPIN)

PENYELARAS

:EN.ISMAIL BIN SABTU

(PENYELIA SUKAN PPD TAMPIN)

PENGERUSI

:CIK.LING YOK BOY

(GURU BESAR SJK C KUO MIN GEMAS)

NAIB PENGERUSI1:EN.TAN KOH SIANG

(GPK KOKURIKULUM SJK C KUO MIN GEMAS)

NAIB PENGERUSI 2:PN.SING YEE LEE

(GPK KOKURIKULUM SJK C KG.BARU GEMAS)

SETIAUSAHA

:EN.ER SHENG MING

(S/U KOKURIKULUM SJK C KUO MIN GEMAS)

BENDAHARI

: PN.LEE SOK FONG

(GPK HEM SJK C KUO MIN GEMAS)

PENGERUSI TEKNIK:EN.CHEW TOO KUANG

(PENGERUSI TEKNIK PING PONG DAERAH

TAMPIN)LAMPIRAN A 2

AHLI JAWATANKUASA KECILPENYELARAS::EN.TAN KOH SIANG

(SJK C KUO MIN GEMAS)

PENDAFTARAN::CIK.PANG CHOI YIN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

PENCATAT KEPUTUSAN::EN. GOH YEE JIAN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

KESELAMATAN & KECEMASAN::PN.LEE AH CHIN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

JAMUAN TETAMU

(MAJLIS PENUTUP)::PN.SING YEE LEE

(SJK C KG.BARU GEMAS)

SIARAYA

::EN.GOH YEE JIAN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

JURU GAMBAR /DOKUMENTASI::EN.TAN KOH SIANG

(SJK C KUO MIN GEMAS)

PENGACARA MAJLIS

::CIK.NURULAIN BT HJ JOHER

(SJK C KG.BARU GEMAS)

PENYAMPAIAN CENDERAMATA / PINGAT

::CIK.PANG CHOI YIN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

SIJIL::1.EN.ER SHENG MING

2.CIK.TAN HUI SHEN

(SJK C KUO MIN GEMAS)

BUKU PROGRAM::EN.MAZWAN BIN KARIM

(SJK C KUO MIN GEMAS)

CENDERAMATA / PINGAT::1.CIK.CHEW HOOI SHIN

(SJK C KUO MIN GEMAS