kertas kerja pertandingan memasak

2
KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK PENDAHULUAN Pertandingan memasak dianjurkan bagi mengisi program selepas UPSR yang dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Pertandingan ini merupakan pertandingan ke dua selepas pertandingan Jahitan anjuran Panitia Kemahiran Hidup. MATLAMAT Memberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan. OBJEKTIF Pertandingan ini dianjurkan bertujuan ; 1. Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri 2. Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan. 3. Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar berkeperluan khas. 4. Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan. 5. Membimbing sikap berdikari dalam diri murid 6. Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenar SASARAN Pelajar-pelajar Tahun 6 sesi 2011 1. PERATURAN PERTANDINGAN 1.1 Ahli Kumpulan 1.1.1 Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan 1.1.2 Boleh terdiri dari murid dari kelas berbeza 1.2 Yuran 1.2.1 Setiap kumpulan dikenakan yuran sebanyak RM4.00 1.3 Bahan / Alatan

Upload: allen-rodriguez

Post on 13-Nov-2015

667 views

Category:

Documents


54 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA PERTANDINGAN MEMASAK

PENDAHULUANPertandingan memasak dianjurkan bagi mengisi program selepas UPSR yang dianjurkan bagi melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas.Pertandingan ini merupakan pertandingan ke dua selepas pertandingan Jahitan anjuran Panitia Kemahiran Hidup.MATLAMATMemberi pendedahan kepada murid-murid serta diharap dapat membantu murid-murid ini menguasai kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak langsung melalui pertandingan.OBJEKTIFPertandingan ini dianjurkan bertujuan ;1.Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri2.Meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar melalui aktiviti bersuasana pertandingan.3.Mempertingkatkan kemahiran bersosial untuk hidup berdikari dikalangan pelajar berkeperluan khas.4.Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.5.Membimbing sikap berdikari dalam diri murid6.Mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas ke situasi sebenarSASARANPelajar-pelajar Tahun 6 sesi 20111.PERATURAN PERTANDINGAN1.1Ahli Kumpulan1.1.1Terdiri daripada 4 orang murid dalam satu kumpulan1.1.2Boleh terdiri dari murid dari kelas berbeza1.2Yuran1.2.1Setiap kumpulan dikenakan yuran sebanyak RM4.001.3Bahan / Alatan1.3.1Semua bahan dan alatan untuk tujuan pertandingan perlu disediakan sendiri oleh ahli kumpulan.1.4Menu1.4.1Menu adalah berdasarkan keputusan jawatankuasa pertandingan1.5Pengadilan1.5.1Setiap kumpulan diminta menyediakan satu hidangan santapan untuk tujuan pengadilan.1.5.2Hidangan akan diadili oleh beberapa individu yang dilantik oleh jawatankuasa pertandingan memasak.1.5.3Keputusan pengadil adalah muktamad.2.BUTIRAN PERTANDINGAN2.1Butiran ;2.1.1Tarikh : 2 Nov 20112.1.2Hari : Rabu2.1.3Jam : 7.45 pagi 11.00 pagi2.2Agihan Masa ;2.2.1Murid akan dipecahkan kepada 3 kumpulan besar yang mana setiap kumpulan akan melakukan akiviti berbeza2.2.2Akitiviti tersebut adalah ;2.2.2.1Penyediaan Hidangan Pertama2.2.2.2Penyediaan Hidangan Kedua2.2.2.3Penyediaan Hidangan Ketiga2.2.3Masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti adalah sama iaitu 30 minit