kertas kerja perkhemahan

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING SRI GADING 83300 BATU PAHAT, JOHOR KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS (PENGAKAP) SK SERI GADING 2015 CADANGAN TARIKH : 02 SEPTEMBER 2015 CADANGAN TEMPAT : PADANG SKSG

Upload: azziadatur-rasyeeda

Post on 27-Jan-2016

341 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

PPKI Masalah Pembelajaran

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI GADING

SRI GADING83300 BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS (PENGAKAP)

SK SERI GADING2015

CADANGAN TARIKH : 02 SEPTEMBER 2015

CADANGAN TEMPAT : PADANG SKSG

Page 2: KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS (PENGAKAP)

SK SERI GADING2015

1. LATAR BELAKANG

Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program

seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan

pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan

mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan

pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung

dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar

berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak

merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka

program yang berbentuk ’outdoor’ ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan

mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian

daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,

emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan

dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

Page 3: KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

3. OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara

teratur dan berdisiplin.

3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

3.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-

masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Hari : Selasa

4.2 Tarikh : 02 September 2015

4.3 Tempat : Padang SKSG

4.4 Peserta : Murid Pendidikan Khas SKSG (8 orang)

5. SASARAN PESERTA

5.1 Murid lelaki - 3 orang

5.2 Murid perempuan - 5 orang

5.3 Guru - 3 orang

5.4 PPM - 2 orang

6. TENTATIF

MASA BUTIRAN

7.30 – 8.00 pagi Pendaftaran

8.00 – 8.30 pagi Ice Breaking

8.30 – 9.30 pagi Taklimat dan Pemasangan Khemah

9.30 – 11.00 pagi Pertandingan Masakan (Sarapan Pagi)

11.00 – 12.00 tengahari Jamuan

12.00 – 12.30 tengahari Majlis Penutup

Page 4: KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

12.30 – 01.00 petang Bersurai dan Mengemas Tapak Perkhemahan

7. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN

BIL BUTIRAN JUMLAH

1.

Beli dapur gas (portable) +

gas

RM 85 X 2

RM 170

2.Hadiah (Freedom)

RM 15 X 8RM 120

3.

Peralatan :

Manila Kad

A4 (warna)

Marker Pen

Pita Perekat

RM 10

4. Makanan dan Minuman RM 100

JUMLAH RM 400

8. JAWATANKUASA PERKHEMAHAN

Penasihat : En Abd Rahim bin Jamaluddin

Pengerusi : Pn Noor Lina binti Asrak

Timbalan Pengerusi : Pn Zaiton binti Jamhari

Tn Hj Yazid bin Mohidin

Naib Pengerusi : Pn Raha binti A. Razak

AJK :

Kebersihan - Pn Roshaida binti Razali

Peralatan - Pn Suraidah binti Daud

Keselamatan - Pn Normah binti Sukimin

Makanan - Pn Azziadatur Rasyeeda binti Azman

Page 5: KERTAS KERJA PERKHEMAHAN

9. PENUTUP

Diharapkan dengan perlaksanaan perkhemahan ini murid bermasalah

pembelajaran dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan

orang lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu masyarakat.

Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang dijalankan,

diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri

sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi

menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................. ...................................

Pn Azziadatur Rasyeeda bt Azman Pn Raha bt A. Razak

Guru Pendidikan Khas Penyelaras Pendidikan Khas

SK Seri Gading SK Seri Gading

Disahkan oleh,

................................

En Abd Rahim b Jamaluddin

Guru Besar

SK Seri Gading