kertas kerja perkhemahan 2011

11
SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA KERTAS KERJA PERKHEMAHAN SISTEM RUMAH BADAN BERUNIFORM MURID & GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA SETIU TERENGGANU. TARIKH : 6-8/ 10 / 2011

Upload: haris-ismail

Post on 25-Jul-2015

591 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja perkhemahan 2011

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN SISTEM RUMAH

BADAN BERUNIFORM

MURID & GURU

PERINGKAT

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

TEMPAT:

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

SETIU TERENGGANU.

TARIKH :

6-8/ 10 / 2011

Page 2: Kertas kerja perkhemahan 2011

PENDAHULUAN

Perkhemahan Badan Berunifom ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang

dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Putera Jaya Daerah Setiu. Program ini dijalankan

mengikut sistem Rumah Sukan.Program ini boleh disertai oleh semua ahli badan

berunifom Sekolah Kebangsaan Putera Jaya. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan

kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang

kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk

menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih

mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan

oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2. MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan

disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Di masa yang sama ahli pengakap diuji

dengan ilmu kepengakapan. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta

menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam

program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat

diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan

dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar

dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara

yang mampan.

3. OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program

kepimpinan.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap

situasi.

3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang

disediakan.

Page 3: Kertas kerja perkhemahan 2011

3.4 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap

mementingkan diri sendiri.

4. TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 6-8 /10 / 2011 iaitu pada hari Khamis

sehingga hari Sabtu.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

5. TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat Sekolah Kebangsaan Putera Jaya ini adalah kerana ;

5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi yang rata.

5.2 Boleh melibatkan semua peserta badan berunifom.

5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.

5.4 Memudahkan pergerakan pelajar dan tempat berlindung jika cuaca hujan atau

ribut.

6. PERASMIAN PENUTUP

Perasmian Penutup oleh Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.

7. KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1. Peserta tahun 4 hingga tahun 6 yang berminat

7.2 Jumlah peserta Badan Berunifom dari seramai orang

7.2 Jumlah jurulatih dan urusetia : 35 orang

8. UMUR PESERTA

8.1. Umur peserta 10-12 tahun.

Page 4: Kertas kerja perkhemahan 2011

9. PECAHAN PESERTA

JUMLAH

10. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : Tuan Haji Muhammad bin Jusoh ( Guru Besar SK.Putera Jaya)

Pengerusi : En. Harissulha bin Ismail (PK KO )

Timbalan Pengerusi : En Razali b Sulaiman ( PK 1)

Naib pengerusi : Pn Syidah bt

Setiausaha : En. Abdul Razak bin Abu Bakar

Bendahari : Pn. Andik Emiliza bt Alimin

Kem Komandan : En Farit b Muhamad

Tim.Kem : Cik Nordiati binti Abdullah

AJK (1) Pn. Siti Zaitun binti Syed Ibrahim

(2) En. Razali bin Ismail

(3) En. Wan Mohd Asri bin Ismail

(4) En. Farid bin Muhamad

(5) En. Nawawi binti Derahim

Bi

l

Badan

Berunifom

Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6 Jumlah

L P L P L P

1 Pengakap

2 Puteri Islam

3 KRS

4 Tunas Puteri

Page 5: Kertas kerja perkhemahan 2011

11. Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : En. Harissulha bin Ismail ( PK KO)

Naib pengerusi : Pn Syidah bt

Setiausaha : Pn Rosmaliza bt ismail

Bendahari : Pn. Andik Emiliza

Kem Komandan : En. Farit b Muhamad

Tim.Kem : Cik Nordiati binti Abdullah

12.AHLI JAWATANKUASA

Urusetia : En. Harissulha bin Ismail

Cik Nordiati binti Abdullah

Pn. Andik Emiliza

Pn Normala bt nordin

Pn. Mariana

Pn Mariani bt Mat Ali

AJK Makanan : Pn. Emas Kelesom

Pn. Azlinda bt Jusoh

Pn. Normala binti Noordin

Pn. Hanizan binti Harun

Pn. Rahimatul Akmalida bt Wan Daud

AJK Kerohanian : En. Nawawi bin Derahim

En. Mohd Razali bin Ismail

AJK Hadiah dan Sijil : Pn. Andik Emiliza

Pn. Nazipah

Pn Noridah bt said

Page 6: Kertas kerja perkhemahan 2011

AJK Perasmian : Pn. Akmalida

Dan Penutup Pn. Rusnani bt Ariffin

Pengerusi Majlis Penutup : En Adnan b Omar

AJK Peralatan : En. Wan Mohd Asri bin wan Ismail

(khemah) : En. Rashdan b Hamzah

:En. Nazin b Ismail

AJK Pendaftaran : Pn Normala bt Nordin

: Pn Hanizan bt Haron

: Pn Siti Zaiton bt

AJK Tempat : En. Farit bin Mohamad

(pelan lokasi)

AJK Keselamatan :En Wan Salphiahuddin

& Kecemasan Pn. TiruSelvi a/p M.Gopal

AJK Aktiviti : En Farit b Muhamad

: Pn Syidah bt

: Pn Nazipah

: Pn Norizan bt Mohd Robi

: Pn Mariani bt Mat Ali

AJK Buku atur cara : Tiruselvi a/p. M. Gopal

Publisiti & Dokumentasi :Pn Norizan bt Mohd Robi

Page 7: Kertas kerja perkhemahan 2011

13. Aktiviti Perkhemahan

Bil Aktiviti Rumah Sukan Tahun jumlah

1 Taraf Perkhemahan Semua rumah sukan

2 Kawad kaki 31Lelaki & Perempuan 4,5 dan 6 124

3 Gubahan tuala 4 perempuan setiap rumah 4,5 dan 6 16

4 Ikatan 5 L & 5 P orang setiap rumah 4,5,dan 6 40

5 berhalangan 10 L &10 P orang setiap

rumah

2 orang setiap

tahun

80

6 Minum petang

Lempeng kelapa

4 Lelaki & 4 perempuan

setiap rumah

4,5 dan 6 32

7 Sukaneka ( 3 acara ) 10 Lelaki & 10 perempuan

setiap rumah

4,5 dan 6 80

8 Masakan Rimba

(roti lilit)

4 Lelaki & 4 perempuan

setiap rumah

4,5 dan 6 32

9 Gubahan benda

terbuang

4 lelaki setiap rumah 4,5 dan 6 16

11 Gejet 3 segi 5 lelaki & 5 perempuan 4,5 dan 6 10

11 Persembahan Ikut Kreativiti masing-masing

Page 8: Kertas kerja perkhemahan 2011

14. MAKAN MINUM

- Mengikut rumah masing-masing

- Pelajar membawa pinggan dan gelas

15. PERBELANJAAN

15.1 Hemper hadiah pertandingan

PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Hemper tempat pertama 1 X RM 100 RM 100.00

2 Hemper tempat ke dua 1 X RM 80 RM 80.00

3 Hemper tempat ke tiga 1 X RM 60 RM 60.00

4 Hemper tempat ke empat 1 X RM 40 RM 40.00

15.2 PERALATAN

Bil Perkara Jumlah (RM)1. Peralatan

15.3 BAHAN MENTAH

2 Bahan Mentah

15.4 BAHAN RUNCIT

3 Bahan Runcit

Page 9: Kertas kerja perkhemahan 2011

16. PERBELANJAAN KESELURUHAN

Bil Perkara Jumlah (RM)1. Peralatan

2 Bahan Mentah

3 Bahan Runcit

4 Hadiah Pertandingan

Jumlah Besar:

17. MENU

MENU PERKHEMAHANKHAMIS

MAKAN MALAM- IKAN MASAK KICAP- SAYUR- NASI PUTEH

JUMAATMAKAN PAGI MAKAN TENGAHARI MAKAN MALAM

- NASI GORENG - TELUR GORENG

- NASI PUTEH- SAYUR GORENG- AYAM GORENG- BUAH

- NASI PUTEH- AYAM MASAK MERAH- BUAH

SABTUMAKAN PAGI MAKAN TENGAHARI

- SANDWISH - NASI PUTEH- GULAI IKAN- SAYUR CAMPUR

Page 10: Kertas kerja perkhemahan 2011

- BUAH

18. JADUAL PERKHEMAHAN

LIHAT LAMPIRAN 1

19. SENARAI NAMA PESERTA PERKHEMAHAN

LIHAT LAMPIRAN 2

20. PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti

perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi

untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu,

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima

kasih

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

..................................................... .........................................

(MOHD HARISSULHA B ISMAIL) (TN HJ MUHAMMED B JUSOH)

GPK KOKURIKULUM GURU BESAR

SK PUTERA JAYA SK PUTERA JAYA