kertas kerja perhimpunan

6
SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG 21300, KUALA TERENGGANU KERTAS CADANGAN PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG TARIKH : 18 OKTOBER 2015 TEMPAT : DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG ANJURAN : GURU PELATIH INTERSHIP INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Upload: meloddeis-syahiruddin

Post on 03-Feb-2016

364 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG21300, KUALA TERENGGANU

KERTAS CADANGAN

PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

TARIKH :

18 OKTOBER 2015

TEMPAT :

DEWAN SEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

ANJURAN :

GURU PELATIH INTERSHIPINSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

DENGAN KERJASAMASEKOLAH KEBANGSAAN DUYONG

Page 2: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

KERTAS CADANGAN

PENGENDALIAN PERHIMPUNAN MINGGUAN, SK DUYONG

1.0 PENDAHULUAN

Aktiviti perhimpunan mingguan sekolah diadakan pada setiap hari

pertama persekolahan setiap minggu. Perhimpunan sekolah diadakan

bertujuan untuk mengumpul semua murid dan guru supaya semua murid

dapat mendengar amanat, pesanan, teguran, ucapan disamping

pengumuman mengenai sesuatu atau sebarang penyampaian hadiah dan

sijil.

Seseorang guru haruslah tahu dan berpengalaman untuk mengendalikan

sesebuah majlis yang melibatkan ramai murid seperti perhimpunan

mingguan sekolah supaya mahir perkara berkenaan kawalan murid,

protokol dan atur cara majlis. Menyedari hakikat ini, saya mengambil

peluang ini untuk mengendalikan perhimpunan sekolah untuk menimba

pengalaman dan kemahiran.

2.0 MATLAMAT

Kertas cadangan ini bertujuan bagi memaklum dan memohon kelulusan

daripada pihak Sekolah Kebangsaan Duyong bagi mengendali

perhimpunan mingguan sekolah pada kali ini.

Page 3: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

3.0 OBJEKTIF

Berikut merupakan beberapa objektif projek ini diadakan :

3.1 Memberi pengalaman sebenar kepada guru pelatih dalam

merancang dan melaksanakan perhimpunan mingguan.

3.2 Mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan guru-guru.

3.3 Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan

akhlak keguruan.

3.4 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan

mengambil peranan secara aktif.

4.0 TEMPAT

Dewan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Duyong, Kuala Terengganu

5.0 TARIKH

18 Oktober 2015

6.0 ANJURAN

Guru Pelatih Internship, Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan

kerjasama Sekolah Kebangsaan Duyong

7.0 JAWATANKUASA

Rujuk lampiran 1

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

Page 4: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

9.0 TENTATIF

7.40 - Murid berkumpul di dewan sekolah

7.45 - Ketibaan guru besar dan guru-guru

- Majlis bermula

- Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan & SK Duyong

- Ucapan guru bertugas

- Ucapan amanat Guru Besar

- Penyampaian Hadiah M.A.E Day

- Bacaan doa

8.20 - Bersurai

10.0 PENUTUP

Diharapkan perhimpunan mingguan sekolah yang dianjurkan oleh Guru

Pelatih Internship kali ini dapat memberi kepuasan kepada semua guru-

guru dan murid-murid yang terlibat. Diharapkan juga melalui

pengendalian perhimpunan ini dapat memberi pengalaman dalam

meningkatkan kemahiran guru pelatih untuk mengendalikan perhimpunan

dan program pada masa-masa yang lain.

Page 5: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

Disediakan Oleh,

…………………………………............................

(MUHAMMAD SYAHIRUDDIN BIN MOKHTAR)

Guru Pelatih Internship,

Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Diluluskan / Tidak Diluluskan,

…………………………………......................

(HAJAH ROSHAYATI BINTI HAJI SALLEH)

Guru Besar,

SK Duyong,

Kuala Terengganu,

Terengganu.

Page 6: KERTAS KERJA PERHIMPUNAN

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Hajjah Roshayati binti Salleh

Pengerusi : Pn. Noraini binti Harun

Naib Pengerusi : Pn Zulbaidah binti Ismail

JAWATANKUASA PENLAKSANA

Pengerusi : En. Muhammad Syahiruddin bin Mokhtar

Pengerusi majlis : En. Muhammad Syahiruddin bin Mokhtar

Persiapan Tempat : En. Othman bin Mamat

: En. Muhammad Syahiruddin bin Mokhtar

Kawalan Murid : Pn. Faridah binti Ramli

: En. Muhammad Syahiruddin bin Mokhtar

Hadiah & : En. Md Khairul Zaman bin Yusof

Cenderamata : En. Mohd Noor Kyairi bin Hassan

: En. Muhammad Syahiruddin bin Mokhtar