kertas kerja pedas

Upload: mohd-diah-zainuddin

Post on 11-Jul-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU, MELAKA.KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR DAN HARI KELUARGA PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SK KUBU 2010.

TEMPAT: PEDAS WET WORLD, PEDAS, NEGERI SEMBILAN. ANJURAN: PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN KUBU. DISEDIAKAN OLEH:

PUAN ROSLINA BINTI SENIN.1. RASIONAL Sejajar dengan hasrat untuk melahirkan insan yang berupaya,berkemahiran dan produktif, maka wajarlah murid-murid Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran diberi peluang untuk mendapat pengetahuan dan pengalaman yang baru seperti mana murid-murid kelas normal yang lain. Bertilik tolak daripada usaha ini, kami guru Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kubu menganjurkan Program Sambutan Hari Lahir dan Hari Keluarga PPKI SK Kubu 2010. Program ini merupakan sebahagian aktiviti akademik yang perlu dilaksanakan sebagai pendedahan awal murid-murid Khas dengan persekitaran di luar kehidupan mereka. Lokasi lawatan dipilih kerana mempunyai pelbagai peluang pendedahan kerjaya. Selain itu, program ini juga dapat merangsang psikomotor kasar, modifikasi tingkahlaku dan terapi air bagi murid-murid agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih bermakna pada masa hadapan.

2. MATLAMAT Program Lawatan sambil belajar ini dirancang bagi melahirkan muridmurid Khas Bermasalah Pembelajaran agar mampu hidup berdikari dan boleh bergaul dengan masyarakat luar serta alam sekeliling. Ini bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Khas yang ingin melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. OBJEKTIF Melalui program ini, diharap murid-murid Khas dapat:-

Pendedahan tentang aktiviti luar di mana program ini adalah termasuk di dalam sukatan pelajaran Sains, Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Hidup. Meningkatkan keupayaan dan kebolehan psikomotor kasar, halus dan terapi air. Pendedahan bagi penglihatan dan pengamatan penghidupan dan suasana persekitaran yang sebenar. Membentuk emosi yang ceria, ansur dan semangat berpasukan. sesuatu

sikap positif, kerjasama, tolak-

4. JAWATANKUASA PERANCANGANPenaung Pengerusi : : Puan Asmah binti Latip ( Guru Besar SK Kubu )

Puan Suriani binti Atan ( GPK PPKI SK. Kubu ) Encik Mohamad bin Jaapar ( GPK 1 ) Tn. Hj. Basri bin Ismail ( GPK HEM ) Encik Saadon bin Jais ( GPK Ko-ku )

Setiausaha Bendahari Jawatankuasa

: :

Puan Roslina binti Senin Puan Norbaidura Hainie binti Badrul Hisham : Puan Rozita binti Abdul Ghani

Puan Norafnizan binti Zakair Encik Saiful Rizan bin Baharom Cik Siti Murni binti Ibrahim Puan Nurul Hafizah binti Ramlee Cik Nurul Ain binti Khamis

5. PENGANJUR Program ini adalah anjuran bersama antara GPK Pendidikan Khas, Penyelaras , guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kubu dan ibubapa / penjaga.

6. TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN Hari Tarikh Tempoh Bayaran penjaga : : : Sabtu : 06hb November 2010

8.30 pagi 5.00 petang RM 25.00 bagi seorang murid dan seorang ibubapa /

7. TEMPAT AKTIVITI Lokasi cadangan program ini ialah Pedas Wet World, Pedas, Negeri Sembilan.

8. PENGANGKUTAN Bas sekolah.

9. SASARAN Murid-murid Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran seramai 19 orang yang mengalami masalah seperti berikut : a. Bermasalah Pembelajaran b. Autisme c. Sindrom Down d. Cerebral Palsy e. Slow Learner

10.

BILANGAN YANG TURUT SERTA: 19 orang 08 orang 02 orang 19 orang 48 orang

10.1 Bilangan Murid 10.2 Bilangan Guru 10.3 Bilangan Pembantu Murid 10.4 Bilangan ibubapa JUMLAH

11. ANGGARAN PERBELANJAAN:

11.1 Sewa bas 11.2 Bayaran masuk (19 murid x RM 8.00) (10 guru x RM 10.00) (02 PPM x RM 10.00) (19 ibubapa x RM 10.00) 11.3 Hadiah Sukaneka 11.4 Makanan, minuman dan kek 11.5 Pelbagai JUMLAH

RM 350.00 RM 152.00 RM RM 100.00 20.00 RM RM 190.00

200.00 RM 250.00

RM

50.00

RM 1,312.00

12.

KERJASAMA

Guru-guru Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Kubu. Ibubapa / penjaga murid digalakkan menyertai program ini.

13.

PENUTUP

Penganjur berasa yakin bahawa Program Sambutan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya menerusi iltizam dan kerjasama dari semua pihak. Sokongan padu daripada pihak sekolah turut menyumbangkan keyakinan bagi menjayakan program yang bermanfaat ini. Selain itu, sumbangan tenaga dan idea daripada semua pihak yang terlibat tidak dipinggirkan malah menjadi landasan dalam menjayakan program yang bermakna ini.

Disediakan oleh: (Puan Roslina binti Senin) Setiausaha Program

Disemak oleh:

(Puan Suriani binti Atan) GPK PPKI SK Kubu.

Disahkan oleh: ..