kertas kerja pdm_complete

17
Program Penambahbaikan Sekolah Program Doktor Muda 2013 PROGRAM PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH 1 Program Doktor Muda 2 Sasaran Murid tahun 4, 5, dan 6 3 Bilangan Ahli 32 orang 4 Pengenalan Program Doktor Muda (PDM) adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah melalui Konsep empowerment. Program yang berpusat di sekolah (school-based programmed) ini bermatlamat melahirkan sekumpulan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan kepada rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli keluarga. Doktor Muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Program Doktor Muda. Seterusnya, pelajar ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan, sikap dan amalan kesihatan. 5 Rasional Program ini yang berlandaskan kepada konsep dan strategi promosi kesihatan adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu, program ini sangat sesuai bertepatan sekali sebagai salah satu pakej di bawah PBSS. Program ini juga merupakan perkongsian bijak antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam perkhidmatan kesihatan. 6 Matlamat Program Doktor Muda yang berkonsepkan “Dari pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar” merupakan satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat untuk melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan cergas kerana pelajar adalah aset yang penting serta pewaris masa depan negara. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status 1

Upload: kevin-taylor

Post on 26-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fsdfsdfsdf

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

PROGRAM PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH

1 ProgramDoktor Muda

2 SasaranMurid tahun 4, 5, dan 6

3 Bilangan Ahli32 orang

4 PengenalanProgram Doktor Muda (PDM) adalah satu program mempromosikan kesihatan pelajar sekolah rendah melalui Konsep empowerment. Program yang berpusat di sekolah (school-based programmed) ini bermatlamat melahirkan sekumpulan pelajar yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan kepada rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli keluarga.

Doktor Muda adalah sekumpulan pelajar yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Pelajar ini kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Program Doktor Muda. Seterusnya, pelajar ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan, sikap dan amalan kesihatan.

5 RasionalProgram ini yang berlandaskan kepada konsep dan strategi promosi kesihatan adalah sejajar dengan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) yang telah dilaksanakan. Sehubungan itu, program ini sangat sesuai bertepatan sekali sebagai salah satu pakej di bawah PBSS. Program ini juga merupakan perkongsian bijak antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menekankan kepada konsep persepakatan dalam perkhidmatan kesihatan.

6 MatlamatProgram Doktor Muda yang berkonsepkan “Dari pelajar, Untuk Pelajar, Kepada Pelajar” merupakan satu pendekatan proaktif yang perlu dilaksanakan di sekolah rendah yang mempunyai masalah kesihatan tertentu bagi mencapai hasrat untuk melahirkan pelajar yang sihat, cerdas dan cergas kerana pelajar adalah aset yang penting serta pewaris masa depan negara. Pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang baik penting untuk membantu individu dan masyarakat mencapai status kesihatan yang optimum. Aspek ini perlu dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi umpama pepatah ”Jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

1

Page 2: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

7 Objektif

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan pelajar-pelajar sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan-rakan mereka serta untuk:

i. membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup yang sihat.

ii. membolehkan pelajar menjadi pembimbing dan contoh ke arah amalan hidup sihat.iii. membolehkan pelajar membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan

aktiviti kesihatan di sekolah.iv. memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan

kesihatan pelajar.v. menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan

pelajar.vi. mempertingkatkan usaha sama antara Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran dalam

menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan pelajar.

8 Rasional Pemilihan Program Doktor Muda telah mula dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih pada tahun 2006. Inisiatif bijak ini adalah cetusan idea daripada Kementerian Kesihatan dan disepadukan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja yang berpeluang menyertai program yang amat memberi manfaat ini.

Oleh yang demikian, walaupun tidak tersenarai sebagai sekolah rintis, Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 mengambil langkah proaktif untuk menjadikan program ini sebagai program contoh dan program sokongan yang akan membantu membangunkan potensi akademik murid-murid selain peningkatan sahsiah dan disiplin. Pihak pengurusan percaya program seumpama ini akan dapat melahirkan warga sekolah khasnya murid-murid yang kekal sihat seterusnya melahirkan individu yang memiliki pemikiran aras tinggi untuk menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Kesihatan merupakan aset penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki pemikiran yang tinggi melalui minda yang cerdas. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang memiliki kesihatan yang baik dalam mencetuskan pemikiran yang logik, rasional dan pemikiran aras tinggi. Bertitik tolak daripada kesihatan yang baik mampu melahirkan minda yang cerdas, Kelab Doktor Muda (KDM) dilihat sebagai landasan terbaik untuk membangunkan kemenjadian murid yang meliputi perkembangan jasmani, emosi, sosial, rohani dan sosial mereka. Seperti yang dinyatakan, pemilihan pelajar yang terpilih untuk dijadikan model ini adalah murid yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu seperti cemerlang akademik, sosial dan berketerampilan terpuji.

2

Page 3: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

9 Kerangka Konsep Program Doktor Muda

3

PENGISIAN AKTIVITIUnit Kurikulum

Panitia Sains1. Perancangan aktiviti

mengikut Modul Doktor Muda.

PELAKSANAAN

1. Kokurikulum(Rabu)2. Hari Persekolahan Terpilih

HASIL AKHIR

1. PENINGKATAN SAHSIAH DAN

DISIPLIN

2. PENINGKATAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PROGRAM DOKTOR MUDA

PENGISIAN AKTIVITIUnit Hal Ehwal Murid

JK Kesihatan/JK Kesihatan1. Perancangan aktiviti

mengikut perancangan tahunan.

2. Menjalankan aktiviti pengukuhan Program Doktor Muda.

PELAKSANAAN

1. Hari Persekolahan Terpilih

Page 4: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

10 Implikasi kepada murid, sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat.Program Doktor Muda ini memberikan implikasi menyeluruh terutamanya kepada murid-murid, guru, ibu bapa dan komuniti setempat. Antara implikasi berkenaan termasuklah:

i. murid dapat mendekatkan diri dengan kerjaya profesional sebagai seorang doktor dan menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya pilihan kelak mendedahkan murid dengan kerja buat sebagai seorang doktor.

ii. memastikan murid menjadikan amalan kesihatan sebagai tunjang utama dalam pembentukan kehidupan yang sihat.

iii. menggalakkan penemuan kendiri dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.iv. membiasakan murid-murid dengan dunia sains dan teknologi selaras dengan ledakan

teknologi masa kini dan sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan warga Malaysia terbilang dalam dunia sains.

v. membantu rakan sebaya dan murid-murid yang lain untuk meminati bidang sains perubatan.

vi. mewujudkan perkongsian pintar dengan organisasi luar seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dalam keterlibatan mereka melalui aktiviti yang bakal dijalankan.

vii. menggalakkan kerjasama dan usaha sama ibu bapa melalui PIBG memandangkan situasi persekitaran sekolah berdekatan dengan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Selain itu, penglibatan PIBG dan komuniti setempat akan dapat membantu hasrat kerajaan melalui anjakan ke-9 daripada 11 anjakan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) iaitu “Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.”

viii. melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik melalui penggabungan aktiviti dengan panitia dan jawatankuasa yang lain terutamanya Panitia Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Jawatankuasa Kesihatan, dan Jawatankuasa Kebersihan.

11 StrategiBagi mencapai objektif yang telah ditentukan beberapa program telah digariskan iaitu:

i. Mengamalkan konsep perkongsian bijak antara Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran Negeri dengan sokongan pihak sekolah, ibu bapa / penjaga, agensi kerajaan lain, sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan.

ii. Membentuk jawatankuasa di peringkat sekolah untuk tujuan penyelarasan aktiviti.iii. Memilih pelajar berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.iv. Meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran kesihatan pelajar yang telah dipilih

melalui latihan yang fleksibel menggunakan modul yang disediakan.v. Melaksanakan program secara berpusat di sekolah secara berperingkat berdasarkan

sumber yang ada.vi. Menggunakan pendekatan Pembimbing Rakan Sebaya dalam aktiviti pendidikan yang

dilaksanakan oleh pelajar terpilih.

4

Page 5: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

12 LatihanLatihan dilaksanakan bagi tujuan meningkatkan pengetahuan dan membina kemahiran Doktor Muda untuk membolehkan mereka melaksanakan aktiviti. Latihan dijalankan di sekolah dan dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru-guru dan anggota kesihatan yang telah diberi latihan terlebih dahulu.

13 AktivitiAktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda sejajar dengan peranan penting yang dimainkan dalam membantu mempromosikan kesihatan di sekolah antaranya ialah:

i. Membimbing ke arah cara hidup yang sihat.ii. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan selamat.iii. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti perkhidmatan kesihatan

yang dijalankan di sekolah.iv. Pemberitahuan masalah kesihatan.v. Merawat kecederaan ringan.vi. Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan.vii. Menyertai / membantu kempen-kempen serta sambutan hari-hari khas Kesihatan di

sekolah.viii. Menyertai dan melibatkan diri dalam Konvensyen Doktor Muda.ix. Menyertai lawatan ke kemudahan-kemudahan kesihatan.x. Menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk pertandingan seperti kuiz, melukis .xi. Mengarang dan berpidato yang boleh meningkatkan kesedaran.xii. Pengetahuan tentang kesihatan dalam kalangan murid.xiii. Menganjurkan kempen-kempen kesihatan.

14 Pemilihan Doktor MudaBagi sesi 2013, pemilihan murid-murid untuk Program Doktor Muda terdiri dalam kalangan ahli kelab Persatuan sains dan Matematik. Rasional utama pemilihan ini adalah atas persetujuan pihak pengurusan memandangkan pengisian aktiviti dalam program ini lebih menjurus kepada bidang sains. Selain itu, persatuan sedia ada yang sedang bergerak di sekolah ialah Persatuan Sains dan Matematik. Untuk tahun akan datang, pihak pengurusan telah mengambil ketetapan untuk mewujudkan kelab khas bagi Kelab Doktor Muda ini. Ahli Persatuan Sains dan Matematik tahun 4, 5, dan 6 telah disaring peringkat awal dari segi pencapaian akademik dan sahsiah. Melalui data keputusan peperiksaan dan perkembangan sahsiah dari Unit Hal Ehwal Murid serta guru penasihat, seramai 22 orang murid telah terpilih untuk menghadiri temu duga yang dijalankan. Antara kriteria yang diuji semasa temu duga ini termasuklah pengetahuan am, kepimpinan, disiplin, sahsiah, komunikasi, akademik dan ko-akademik. Hasil akhir daripada penilaian temu duga ini, hanya 17 orang yang layak untuk diangkat sebagai Doktor Muda.

5

Page 6: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

15 Pelaksanaan ProgramProgram Doktor Muda berjalan semasa aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu jam 2.00 – 3.00 petang. Melalui pelaksanaan pada hari kokurikulum ini, pengisian aktiviti akan menjurus kepada Modul Latihan Doktor Muda yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk menyokong aktiviti Doktor Muda, jawatankuasa Kesihatan dan Jawatankuasa Kebersihan akan bergabung dan menjalankan aktiviti lanjutan untuk dihebahkan kepada warga sekolah. Buat permulaan, antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti membasuh tangan, menggosok gigi, mengetip kuku, gotong-royong dan senaman mata. Kesemua program ini telah pun dipelajari semasa Doktor Muda mengikuti aktiviti pada setiap Rabu. Masa yang akan digunakan adalah hari persekolahan terpilih. Jawatankuasa Kesihatan dan Kebersihan akan memantau setiap aktiviti yang dijalankan oleh Doktor Muda ini. Sebelum itu, sesi pengukuhan diberikan terlebih dahulu kepada Doktor Muda agar mereka berasa lebih yakin dan boleh memberi tunjuk ajar kepada murid lain bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Di samping itu, pihak Jawatankuasa Induk juga membuat perancangan untuk melibatkan agensi luar dalam memberikan sebanyak mungkin ilmu dan keyakinan kepada kumpulan Doktor Muda. Antara perancangan yang dicadangkan ialah perkongsian pintar dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan kesihatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Melalui perkongsian ini, pengukuhan strategi penerapan ilmu kesihatan dilihat semakin ampuh untuk disemai dalam jiwa Doktor Muda. Perancangan ini juga dilihat sebagai landasan untuk Doktor Muda mendekatkan diri dengan bidang perubatan. Dari semasa ke semasa, Jawatankuasa Induk akan sentiasa merancang program-program yang diyakini berguna dan bermanfaat untuk Doktor Muda. Di samping itu juga, pihak sekolah turut merancang melihat amalan-amalan terbaik Program Doktor Muda yang dijalankan di sekolah-sekolah rintis untuk diaplikasikan.

16 Anggaran Perbelanjaan

Bil Aspek Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan

Kuantiti Jumlah

1 Operasi Bilik Kelab Doktor Muda RM 300.00 RM 300.002 Lencana Doktor Muda RM 5.00 30 unit RM 150.003 Uniform Doktor RM 50.00 17 helai RM 850.004 Aktiviti Sokongan

Mencuci Tangan Menggosok gigiMengetip Kuku

RM 50.00RM 50.00RM 50.00 RM 150.00

5 Lawatan PenandaarasanSekolah rintis/HUKM/KKM

RM 200.00 2 sesi lawatan RM 400.00

6 Gotong-royong RM 100.00 4 sesi RM 400.007 Kain Rentang RM 150.00 2 helai RM 300.008 Dokumentasi RM 200.00 RM 200.00

JUMLAH RM 2750.00

6

Page 7: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

17 Jawatankuasa Induk

7

JAWATANKUASA INDUK KELAB DOKTOR MUDASK TAMAN MIDAH 2

2013

PENASIHATPN ZAWYAH BTE AHMAD

(GURU BESAR)

PENGERUSIPN AW LEE ENG

(GPK KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI EN ABDUL RAHIM BIN ABU (GPK T/K)

EN SHANMUGAM A/L KAMAKSHI (GPK HEM)PN ROS FARWIAH BTE SAKIRIN (GPK PPKI)

SETIAUSAHA1. PN NORAINI BTE KAMARUDIN (SAINS)

2. EN SOLAN A/L SIVANESAN (M3)

PEN SETIAUSAHAEN MUHAMMAD SALEHUDDIN BIN AHMAD (SAINS)

PN MURNIYANTI BTE ABDUL KUDUS (M3)

AHLI JAWATAN KUASAPN HANISAH BTE LATEH (KESIHATAN)

PN HAFIDA BTE HAMZAH (KEBERSIHAN)SEMUA AHLI JK KESIHATANSMUA AHLI JK KEBERSIHAN

WAKIL IBU BAPAENCIK MAZLI BIN MOHD ZIN

PN SALINA BTE MOHD ISA

Page 8: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

18 Jawatankuasa Kelab Doktor Muda (Murid)

8

CARTA ORGANISASI KELAB DOKTOR MUDASK TAMAN MIDAH 2

2013

PENGERUSIAMALIA IZZATI BTE HASRIN

NAIB PENGERUSIABDUL FATTAH NAJMUDDIN BIN

JAINUDIN

SETIAUSAHAFARA NABILAH BTE RADINAS

PENOLONG SETIAUSAHAFARA ZULAIKHA BTE RADINAS

BENDAHARINURUL SHAMIRA BTE RAZALI

AHLI JAWATANKUASA

TAHUN 6 : MUHD KHAIRUNNAS BIN WAHIDTAHUN 5: MUHD FIQRI NURHAZIM BIN MOHD FAMANTAHUN 4: MUHAMMAD QAYYUM BIN RUSLAN

Page 9: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

19 Senarai Doktor Muda

BIL NAMA TAHUN JANTINA

1 MUHD DANISH AFNAN BIN MOHD FAIZAL 4A L

2 MUHAMMAD QAYYUM BIN RUSLAN 4A L

3 FARA ZULAIKHA BTE RADINAS 5A P

4 KRISHYA SELVAKUMAR 5A P

5 MUHD ZARIF ADLI BIN OMAR 5A L

6 PUTERI AISYAH 5A P

7 SYARIFAH NOR ZAHIDAH BTE SYED ROSLAN 5A P

8 MUHD FIIQRI NURHAZIM BIN MOHD FAMAN 5A L

9 AMIRUL SYAZWAN BIN MOHD AMIN 5B L

10 MUHAMMAD DANISH AFNAN BIN MOHD FAIZAL 5B L

11 NUR IZAATU SHAHIRAH BTE MOKHTAR 6A P

12 NURUL SYAMIRA BTE RAZALI 6A P

13 ABDUL FATTAH NAJMUDDIN BIN JAINUDIN 6BEST L

14 AMALIA IZZATI BTE HASRIN 6BEST P

15 FARA NABILAH BTE RADINAS 6BEST P

16 MUHD KHAIRUNNAS BIN WAHID 6BEST L

17 SITI NUR IZAATI BTE NORSHAM 6B P

19.1 STATISTIK CALON DIPERAKUKAN UNTUK DILANTIK DOKTOR MUDA

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH4A 2 0 25A 2 4 65B 2 0 26A 0 2 2

6BEST 2 2 46B 0 1 1

JUMLAH 8 9 17

19.2 STATISTIK DOKTOR MUDA MENGIKUT ALIRAN

TAHUN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH4 2 0 25 4 4 46 2 5 5

JUMLAH 8 9 17

9

Page 10: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

20 Perancangan Aktiviti Awal Untuk 8 Minggu ( 6 Mei 2013 hingga 28 Jun 2013 )

MINGGU TARIKH TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

MINGGU 1 6 - 10 MEI06-Mei Penyediaan kertas kerja JK INDUK  

       

         

MINGGU 2 13 - 17 MEI

13-Mei Mesyuarat Induk JK INDUK  

13-Mei Pemilihan Awal Calon JK INDUK  

14-Mei Bilik Operasi JK INDUK  

15-Mei Soal Selidik JK INDUK  

17-Mei Temu duga Calon JK INDUK  

17-Mei Pemilihan akhir Calon JK INDUK  

17-Mei Persediaan surat makluman calon berjaya JK INDUK  

         

MINGGU 3 20 - 24 MEI20-Mei Pra Ujian JK INDUK  

21-Mei Perbincangan kolektif PIBG JK INDUK, PIBG  

24-Mei Taklimat Pengenalan Calon Terpilih JK INDUK, MURID

         MINGGU 4 27 - 31 MEI Kemaskini bilik operasi JK INDUK, MURID  

         MINGGU 5 3 - 7 JUN Kemaskini Bilik Operasi JK INDUK, MURID  MINGGU TARIKH TARIKH AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

MINGGU 6 10 - 15 JUN

10-Jun Kemaskini Bilik Operasi JK INDUK, MURID  

10-Jun Sudut Doktor Muda : Gambar & Organisasi JK INDUK

11-Jun Edaran surat calon berjaya JK INDUK

12-Jun Gotong-royong kawasan sekolah terpilih JK INDUK, MURID, IBU BAPA  

12-Jun Pelaksanaan Modul JK INDUK  

12-Jun Aktiviti Mencuci Tangan JK INDUK, MURID, IBU BAPA  

10

Page 11: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

13-Jun Info kesihatan JK INDUK, MURID  MINGGU 6 10 - 15 JUN 13-Jun Peralatan Doktor Muda JK INDUK, MURID

14-Jun Majlis Watikah dan Perasmian Bilik Operasi JK INDUK, HUKM, IBU BAPA, MURID  

       

MINGGU 7 17 – 21 JUN

17-Jun Aktiviti Senaman Mata JK INDUK, MURID  

18-Jun Gotong-royong kawasan sekolah terpilih JK INDUK, MURID, IBU BAPA  

20-Jun Aktiviti Menggosok Gigi JK INDUK, MURID  

21-Jun Pascaujian JK INDUK, MURID  

         

MINGGU 8 24 - 28 JUN

24-Jun Info Kesihatan JK INDUK, MURID  

24-Jun Aktiviti mengetip Kuku JK INDUK, MURID

25-Jun Gotong-royong kawasan sekolah terpilih JK INDUK, MURID, IBU BAPA

26-Jun Pentadbiran Soal selidik, praujian & pascaujian JK INDUK

11

Page 12: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

21 Perincian Aktiviti Awal Untuk 8 Minggu ( 6 Mei 2013 hingga 28 Jun 2013 )

Bil Nama Program Objektif Aktiviti KumpulanSasaran

Tempoh Masa Pelaksana / kos Catatan

1. Penyediaan kertas Kerja

Merancang secara sistematik perjalanan program

Menyediakan kertas kerja secara terperinci- Konsep, rasional, matlamat, objektif, strategi, kumpulan sasaran, analisis persekitaran, pelan strategik, taktikal, operasi, kerangka konsep, Kriteria Calon, carta GANTT, Perkongsian Pintar, PIBG & Komuniti, belanjawan, Bilik Operasi, Modul Majlis Watikah, Promosi,

JK Induk 5 Hari

6 Mei – 10 Mei

JK Induk

2. Mesyuarat Induk Menjelaskan perjalanan Program Doktor Muda dengan terperinci

Mesyuarat Induk

Pengisian mesyuarat sama seperti perancangan kertas kerja

- Panitia Sains & Matematik, PJK- JK Kesihatan

1 hari

13 Mei

3. Pemilihan Calon Doktor Muda

Memilih calon Doktor Muda yang menepati Kriteria dan memaklumkan kepada murid dan ibu bapa

Sesi ujian bertulis dan temu duga Calon doktor Muda

4 hari

13 Mei –17 Mei

11 Jun (edaran surat)

JK Induk

4. Pengemaskinian Bilik Operasi Doktor Muda

Meningkatkan pengisian ilmiah bilik operasi

Mengemaskan bilik operasi Doktor Muda

20 hari

14 Mei – 22 Mei

27 Mei – 7 Jun

- AJK Induk- Doktor Muda- Ibu bapa

5. Soal Selidik Mengenal pasti persepsi awal

Edaran soal selidik Guru dan murid

1 hari JK Induk

12

Page 13: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

tentang program terpilih 15 Mei6. Info / Kuiz

kesihatanMeningkatkan pengetahuan murid berkaitan kesihatan

Menjalankan kuiz kesihatan secara lisan

JK IndukMurid-murid

2 hari

13 Jun &24 Jun

7. Temu duga calon Doktor Muda

Mengenal pasti calon doktor Muda yang menepati kriteria

Sesi temu duga Murid Terpilih

1 hari

17 Mei

JK Induk

8. Praujian & Pascaujian

Mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada dan peningkatan kefahaman tentang program

Edaran soalan Murid terpilih

2 hari

20 Mei &21 Jun

AJK IndukMurid terpilih

9. Peralatan Doktor Muda

Memastikan peralatan Doktor Muda lengkap

Mendapatkan peralatan yang diperlukan

Alatan Doktor Muda

1 hari

13 Jun

- JK Induk- Doktor Muda

10. Aktiviti & Latihan mencuci tangan

Menjelaskan kaedah mencuci tangan dengan betul

Demonstrasi & Latihan mencuci tangan

- Doktor Muda- Murid

30 minit

12 Jun

AJK IndukDoktor MudaMurid

11. Taklimat Pengenalan Calon Terpilih

Menyampaikan maklumat berkaitan program & aktiviti Doktor Muda

Perjumpaan bersama Doktor Muda

Doktor Muda

1 hari

20 Mei

JK Induk

12. Perbincangan kolektif PIBG

Melibatkan peranan PIBG dalam program

Mesyuarat JK IndukPIBG

1 hari

24 Mei13. Sudut Doktor

MudaKemas kini sudut Doktor Muda

Menyediakan organisasi dan gambar doktor muda

Sudut Doktor Muda

1 hari

10 Jun

14. Gotong-royong Membasmi tempat pembiakan nyamuk

Membersihkan Bilik operasi dan kawasan sekolah

- Bilik Operasi

30 minit / sesi AJK IndukGuru

13

Page 14: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

- Kawasan Sekolah terpilih

Setiap Selasa

12, 18, 25 Jun

MuridIbu bapa

15. Majlis Penyampaian Watikah

Mengiktiraf Doktor Muda

Penyerahan watikah Murid terpilih

1 hari

15 Jun

AJK Induk

16. Pelaksanaan Aktiviti mengikut Modul

Menjalankan aktiviti program seperti dalam Modul

Pelaksanaan aktiviti program Doktor Muda

12 Jun(setiap masa koko)

JK IndukDoktor Muda

17. Aktiviti & Latihan menggosok gigi

Menjelaskan kaedah menggosok dengan betul

Demonstrasi & Latihan menggosok gigi

- Doktor Muda- Murid

30 minit

20 Jun

AJK IndukDoktor MudaMurid

18. Aktiviti & Latihan mengetip kuku

Menjelaskan kaedah mengetip dengan betul

Demonstrasi & Latihan mengetip kuku

- Doktor Muda- Murid

30 minit

24 Jun

AJK IndukDoktor MudaMurid

19. Senaman mata & Latihan senaman mata

Menjelaskan kaedah senaman mata dengan betul

Demonstrasi Senaman mata & Latihan senaman mata

- Doktor Muda- Murid

30 minit

17 Jun

AJK IndukDoktor MudaMurid

20. Pentadbiran soal selidik, praujian, pascaujian

Menyemak dan menilai setiap borang soal selidik, instrumen ujian

Semakan soal selidik, instrumen ujian

Borang soal selidik, instrumen ujian

1 hari

26 Jun

AJK IndukDoktor Muda

14

Page 15: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

22 Ikrar Doktor Muda

23 Lagu Doktor Muda

15

IKRAR DOKTOR MUDA

Kami Doktor Muda BerikrarBahawasanya Kami Akan Sentiasa

Melaksanakan Peranan Dengan EfektifBerdisiplin Dan Berakhlak Mulia

Berusaha Menimba IlmuMenjaga Kesihatan

Membina Hubungan Secara PositifMenjauhkan Diri Dari Sikap Negatif

Menghormati Insan LainMengamalkan Prinsip Rukun Negara

LAGU DOKTOR MUDA

Kamilah Doktor MudaMemberi Khidmat Menabur Jasa

Bantu Rakan SemuaJaga kesihatan Hidup Bermakna

Marilah Rakan SemuaBerkongsi Ilmu Menjana MindaOtak Cergas Kesihatan Terjaga

Sejahtera Hidup Selamanya

CHORUS:Usah Buang Masa Lagi

Bersamalah Kita Berpadu UsahaKesihatan Diri Fokus Utama

Hubungan Mesra Hidup Ceria

Harga Diri TerpeliharaMaju Bangsa Maju Negara

Janganlah Leka Berubah SegeraCergas Ke Arah Jaya

(ulang chorus)Baris akhir : Diri Cemerlang Hidup Sempurna

Page 16: Kertas Kerja Pdm_complete

Program Penambahbaikan SekolahProgram Doktor Muda 2013

24 Logo Doktor Muda

25 Penutupan

Program Doktor Muda merupakan program sokongan yang sangat membantu dalam membangunkan potensi murid secara total. Adalah diharapkan program seumpama ini akan dapat digerakkan dengan kerjasama jitu daripada semua pihak termasuk ibu bapa dan komuniti setempat. Semoga usaha murni ini akan dapat melahirkan murid-murid yang sentiasa sihat, riang dan gembira seterusnya membantu peningkatan akademik mereka secara berperingkat-peringkat.

Disediakan oleh;

…………………………..(PN NORAINI BTE KAMARUDIN)Setiausaha, Kelab Doktor Muda,SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

Disemak oleh,

…………………………………..(PN AW LEE ENG)Pengerusi,Kelab Doktor Muda,SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.

16

Disokong dan diluluskan oleh,

……………………………………. (PN HAJJAH ZAWYAH BTE AHMAD)Guru Besar,SK Taman Midah 2,Kuala Lumpur.