kertas kerja pascalinus2.0

10
SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK UNIT KURIKULUM BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK 2015 1. Tajuk PASCALINUS2.0 2. Pengenalan Program PascaLINUS2.0 ini merupakan satu program yang akan dilaksanakan kepada murid Tahun 4 yang tidak melepasi LINUS2.0 saringan 2 semasa mereka berada di Tahun 3. Program ini akan lebih berfokus kepada murid yang tidak melepasi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia akan dilaksanakan pada bulan Februari sebelum pelaksanaan PraProTiM pada bulan April. Program ini sebagai langkah membantu secara keseluruhan murid-murid LINUS2.0 Tahun 3 menuju pembelajaran bermakna semasa keberadaan di Tahun 4. Selain itu, PascaLINUS2.0 ini merupakan satu langkah intervensi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk mengurangkan kadar murid lemah kemahiran 3M (membaca, menulisa dan mengira) di Tahun 4. Program ini sebagai langkah menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) guru. Berdasarkan dapatan saringan 2 Tahun 3 (2014), mendapati pencapaian peratusan murid yang tidak melepasi saringan 2 adalah seramai lebih kurang 1000 orang murid. Dengan mengadakan program ini, kemenjadian murid akan lebih realistik dan data yang diterima pada keputusan PraProTiM akan lebih membantu guru menangani masalah pembelajaran dan pengajaran murid di dalam kelas dan di luar kelas. 1

Upload: iyatieku-ayune

Post on 06-Dec-2015

218 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

KKP

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Pascalinus2.0

SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK

UNIT KURIKULUM

BAHASA MALAYSIA DAN MATEMATIK

2015

1. Tajuk

PASCALINUS2.0

2. Pengenalan

Program PascaLINUS2.0 ini merupakan satu program yang akan dilaksanakan

kepada murid Tahun 4 yang tidak melepasi LINUS2.0 saringan 2 semasa

mereka berada di Tahun 3. Program ini akan lebih berfokus kepada murid yang

tidak melepasi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ia akan dilaksanakan

pada bulan Februari sebelum pelaksanaan PraProTiM pada bulan April. Program

ini sebagai langkah membantu secara keseluruhan murid-murid LINUS2.0 Tahun

3 menuju pembelajaran bermakna semasa keberadaan di Tahun 4. Selain itu,

PascaLINUS2.0 ini merupakan satu langkah intervensi Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor untuk mengurangkan kadar murid lemah kemahiran 3M

(membaca, menulisa dan mengira) di Tahun 4. Program ini sebagai langkah

menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah

meningkatkan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) guru. Berdasarkan dapatan

saringan 2 Tahun 3 (2014), mendapati pencapaian peratusan murid yang tidak

melepasi saringan 2 adalah seramai lebih kurang 1000 orang murid. Dengan

mengadakan program ini, kemenjadian murid akan lebih realistik dan data yang

diterima pada keputusan PraProTiM akan lebih membantu guru menangani

masalah pembelajaran dan pengajaran murid di dalam kelas dan di luar kelas.

1

Page 2: Kertas Kerja Pascalinus2.0

3. Definisi Konsep

3.1 Kemahiran Membaca

Merujuk kepada kebolehan mengecam, membunyikan perkataan dengan

suku kata terbuka dan tertutup serta membaca dan memahami rangkai kata

dan ayat tunggal dan majmuk mudah.

3.2 Kemahiran Menulis

Merujuk kepada kebolehan murid memilih dan menulis huruf untuk

membentuk suku kata, perkataan, menyusun ayat dan ayat yang bermakna.

3.3 Kemahiran Mengira

Mengekalkan konsep operasi tambah, tolak, darab dan bahagi secara

mengumpul dan tidak mengumpul.

4. Objektif

Program ini dilaksanakan untuk:

4.1 Memastikan murid-murid tersebut dapat menyesuaikan diri dengan instrumen

ProTiM. Usaha ini merupakan satu langkah intervensi ke arah pemantapan

penguasaan murid Tahap 2 terhadap kemahiran 3M.

4.2 Mengenal pasti tahap penguasaan murid-murid LINUS saringan 2 Tahun

Tiga 2014 dan ProTiM.

4.3 Langkah mendapatkan maklumat untuk merancang program intervensi.

5. Modus Operandi

5.1 Tempoh Pelaksanaan

5.1.1 Pihak JPN mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersama pegawai

FasiLINUS untuk Bahasa Malaysia dan Matematik.

2

Page 3: Kertas Kerja Pascalinus2.0

5.1.2 JPN mengadakan Bengkel Pemurnian Instrumen bersama pegawai

FasiLINUS.

5.1.3 Program ini dijadualkan berlangsung dalam 23 hingga 27 Februari

2015.

5.1.4 Tempoh masa program ini adalah satu jam mengikut waktu

matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.

5.1.5 Tarikh pengisian pelaporan program akan dijadualkan pada 4 dan 6

Mac 2015.

5.2 Pegawai Terlibat

5.2.1 Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Malaysia dan guru

Matematik dan dibantu oleh Guru Pemulihan yang mempunyai murid

tidak melepasi saringan LINUS2.0.

5.2.2 Program ini akan dipantau oleh Pegawai FasiLINUS dan pentadbir

sekolah .

5.3 Bahan Program

5.3.1 Surat makluman pelaksanaan

5.3.2 Manual pelaksanaan

5.3.3 Instrumen saringan PascaLINUS2.0

5.3.4 Skema pemarkahan

5.3.5 Borang penguasaan item

5.3.6 Tapak analisis penguasaan murid(Numerasi)

5.3.7 Borang rumusan PascaLINUS2.0 (LBM)

Bahan program ini akan disediakan oleh JPN.

5.4 Lokasi/Tempat Program

Lokasi program adalah mengikut kelas murid masing-masing. Boleh

dilakukan dalam waktu PdP atau di luar waktu PdP.

3

Page 4: Kertas Kerja Pascalinus2.0

5.5 Peserta Program

Peserta terdiri daripada murid Tahun 3 yang tidak melepasi saringan 2

LINUS2.0 2014.

5.6 Urusan Logistik

Pegawai FasiLINUS akan berunding dengan guru besar sekolah untuk

menjelaskan pelaksanaan PascaLINUS2.0 ini.

i. Surat makluman pelaksanaan

ii. Tempat program

iii. Tarikh program

iv. Manual pelaksanaan

v. Instrumen PascaLINUS2.0

vi. Cara pelaporan

6. Kandungan PascaLINUS2.0

i. Manual

Manual pelaksanaan instrumen PascaLINUS2.0 disediakan oleh pihak

JPN.

ii. Kandungan PascaLINUS2.0

Instrumen Bahasa Malaysia

Unit 1 – Mengenal huruf vokal dan konsonan

Unit 2 – Menulis suku kata terbuka

Unit 3 – Membina dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka

Unit 4 – Menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup

Unit 5 – Menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup

Unit 6 – Menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”

Unit 7 – Menulis perkataan yang mengandungi suku kata diftong

Unit 8 – Menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding

Unit 9 – Menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan

4

Page 5: Kertas Kerja Pascalinus2.0

bergabung

Unit 10 – Menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

Unit 11 – Menulis ayat mudah

Unit 12 – Membina ayat berdasarkan bahan rangsangan

Instrumen Matematik

Unit 1 – Penambahan tanpa mengumpul semula

Unit 2 – Penambahan dengan mengumpul semula

Unit 3 – Penolakan tanpa mengumpul semula

Unit 4 – Penolakan dengan mengumpul semula

Unit 5 – Pendaraban tanpa mengumpul semula

Unit 6 – Konsep bahagi

Unit 7 – Bahagi dengan ayat Matematik

Unit 8 – Bahagi dalam bentuk lazim

7. Strategi pelaksanaan

7.1 Sekolah

Program ini akan dilaksanakan di sekolah rendah Negeri Selangor.

7.2 Pengurusan PascaLINUS2.0

Jawatankuasa pelaksanaan PascaLINUS2.0 adalah berdasarkan

jawatankuasa ProTiM.

Penasihat : Guru Besar

Pengerusi : Penolong Kanan Kurikulum / Penolong Kanan Petang

Setiausaha : Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Matematik

Ahli : Semua guru Bahasa Malaysia dan Matematik

Guru Pemulihan

5

Page 6: Kertas Kerja Pascalinus2.0

7.3 Sasaran Murid

7.3.1 Mengenal pasti murid Tahun 4 yang tidak melepasi saringan 2

LINUS2.0 Tahun 3 (2014).

7.4 Guru

7.4.1 Guru yang menjalankan program ini ialah guru Bahasa Malaysia dan

Matematik serta boleh dibantu oleh guru pemulihan.

7.5 Pelaksanaan

7.5.1 Jangka masa program seperti berikut:

AKTIVITI Tarikh

Saringan PascaLINUS2.0 23 -27 Februari 2015

Memasukkan Data Saringan dan menghantar data ke PPD

04 – 06 Mac 2015

7.5.2 Secara prinsip, program ini dijalankan dalam waktu Bahasa Malaysia

dan Matematik. Walau bagaimanapun, sekolah boleh menjalankan

program ini di dalam waktu PdP. Pentadbir sekolah boleh membuat

pengubahsuaian dalam menyediakan jadual waktu yang sesuai untuk

melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya

mencapai matlamat.

7.5.3 PascaLINUS2.0 ini dijalankan sebelum murid ini menduduki

PraProTiM bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran 3M.

7.6 Panduan dan pentadbiran PascaLINUS2.0

7.6.1 Instrumen ini ditadbir oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan

iaitu satu jam.

6

Page 7: Kertas Kerja Pascalinus2.0

7.6.2 Pentadbiran instrumen ini boleh dilakukan di bilik darjah atau tempat

lain yang bersesuaian.

7.6.3 Instrumen ini mengandungi 12 kemahiran bagi Bahasa Malaysia dan

4 kemahiran bagi Matematik.

7.6.4 Instrumen ini hanya diberi kepada murid – murid Tahun 4 yang

tidak melepasi saringan 2 LINUS2.0 2014.

7.6.5 Pentadbiran instrumen ini hendaklah dilakukan secara telus dan jujur.

7.6.6 Guru perlu membaca arahan bagi setiap item serta penerangan yang

jelas berdasarkan contoh yang diberikan sahaja. Bagi item menulis

yang diuji, guru boleh membantu murid dengan membacakan soalan /

arahan atau menyatakan gambar yang tertera (sekiranya gambar tidak

jelas) untuk mengelakkan murid tidak menjawab soalan.

7.6.7 Guru perlu memastikan murid yang terlibat menjawab setiap item yang

terdapat di dalam instrumen ini sebelum mengumpul semula

instrumen.

7.6.8 Guru perlu mencatat markah penguasaan murid di dalam ruang yang

disediakan.

7.6.9 Guru mesti akur dengan arahan dalam Manual Pentadbiran

PascaLINUS2.0.

8. Kaedah pengumpulan dan analisis data

8.1 Guru diminta melengkapkan data murid menggunakan borang penguasaan

item untuk mengetahui aras pencapaian murid dalam saringan

PascaLINUS2.0 yang diberikan.

8.2 Guru dikehendaki mengisi data di dalam tapak yang disediakan.

8.3 Murid dikatakan menguasai kemahiran 3M, apabila mencapai skor minima

penguasaan yang ditetapkan mengikut kemahiran.

8.4 Pengumpulan data perlu diserahkan kepada pihak JPN melalui PPD

(Pegawai FasiLINUS) masing-masing dalam bentuk e-mel.

7

Page 8: Kertas Kerja Pascalinus2.0

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL Perkara Jumlah

9.1

Kos

9.1.1 Mesyuarat Penyelarasan LINUS2.0

16 orang x RM12.00 x 1

9.1.2 Bengkel Pemurnian Instrumen

PascaLINUS2.0

16 orang x RM12.00 x 1

9.1.3 Bahan

654 CD x RM 1.00

RM192.00

RM192.00

RM654.00

Jumlah keseluruhan RM1038.00

10. KESIMPULAN

Program ini akan dapat membantu meningkatkan pencapaian peratusan

LINUS2.0 dan ProTiM di sekolah dan negeri. Selain itu, ia dapat meningkatkan

komitmen dan budaya kerja semua pentadbir serta guru Bahasa Malaysia dan

Matematik di negeri Selangor agar mereka lebih bersemangat, berkeyakinan dan

dapat membantu murid dalam meningkatkan 3M dalam pelajaran. Seterusnya

pelajar akan dapat membiasakan dan menyediakan diri dengan bentuk soalan

ProTiM menjawab soalan dengan cemerlang dan mampu meningkatkan

peratusan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Malaysia di negeri Selangor.

11. SYOR

Harapan pihak kami agar Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor dapat

memberikan pertimbangan yang sewajarnya untuk memberikan kebenaran

pelaksanaan program berikut:

8

Page 9: Kertas Kerja Pascalinus2.0

Unit Bahasa Malaysia dan Matematik, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan

Pendidikan Selangor melaksanakan Program PascaLINUS2.0 dengan

anggaran peruntukan sebanyak RM1038.00

Disediakan oleh:

Unit Kurikulum,

Sektor Pengurusan Akademik

Jabatan Pendidikan Selangor.

Disokong oleh

.............................................

(HJH FOZIAH BT BUANG)

Ketua Sektor Pengurusan Akademik,Jabatan Pendidikan Selangor

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI/TIDAK DIPERSETUJUI

Diluluskan Oleh,

.............................................

(EN. ZAINUREN BIN HAJI MOHD NOR, SMP, AAP)Pengarah Pendidikan,Jabatan Pendidikan Selangor

9

Page 10: Kertas Kerja Pascalinus2.0

10