kertas kerja papan kenyataan

8
SK CORONATION PARK KERTAS KERJA MENGHIAS PAPAN KENYATAAN SEKOLAH TARIKH : 20 hingga 24 April 2015

Upload: rabiatul-adawiyah

Post on 10-Nov-2015

196 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA PROJEK PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

INSTITUT PERGURURUAN IPOH PERAK

SK CORONATION PARK

KERTAS KERJA

MENGHIAS PAPAN KENYATAAN SEKOLAH

TARIKH :20 hingga 24 April 2015TEMPAT :

PAPAN KENYATAAN SEKOLAH1. PendahuluanPapan kenyataan di dalam kawasan sekolah perlu dipenuhi dengan bahan-bahan yang menarik dan dapat menarik perhatian murid-murid walaupun hanya membaca sepintas lalu. Maklumat-maklumat yang diperolehi daripada papan kenyataan sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan mutu pelajaran mereka. Ini adalah kerana pembelajaran secara tidak langsung di luar kelas juga perlu dititikberatkan selain daripada pembelajaran formal di dalam kelas.Persekitaran yang berbeza daripada di dalam kelas akan mempengaruhi minat murid untuk lebih menerokai sesuatu yang baru yang belum mereka ketahui. Mereka berkemungkinan akan berasa bosan dengan situasi yang sama sahaja di dalam kelas.2. RasionalMaklumat-maklumat yang terdapat di papan kenyataan dapat membantu tahap pembacaan dan meluaskan pengetahuan murid. Dengan membaca maklumat-maklumat yang terdapat pada papan kenyataan tersebut, murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala sosial dalam bilik darjah.3. TujuanProjek menghiaskan papan kenyataan ini bertujuan untuk membantu murid-murid mendapatkan malkumat terkini dan ilmu pengetahuan di luar bilik darjah secara santai dan tanpa pengawasan guru. 4. Objektif

Projek ini dijalankan agar warga Sekolah Kebangsaan Coronation Park dapat:

1. Memenuhi tuntutan Praktikum Fasa III guru pelatih.

2. Memanfaatkan sepenuhnya penggunaan papan kenyataan dengan baik.3. Melahirkan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.5. Tarikh20 hingga 24 April 20156. MasaSepanjang sesi persekolahan.7. Tempat Papan kenyataan 8. SasaranSemua murid9. Jawatankuasa ProjekPenasihat:Encik Zul Safaruddin bin Mat(Guru Besar SK Coronation Park)

Pengerusi:Puan Noorhamimah bt Juli

(Penolong Kanan Pend. Khas)

Mentor

: Puan Nur Hasniza binti Zainuddin

Puan Sapura binti Bisam

Setiausaha:Cik Rabiatul Adawiyah binti Wahid(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

Bendahari

: Cik Nur Ainaa Aisyhah

(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

AJK

: Cik Khairunisa binti Mis Man

(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh) Cik Siti Nur Falthonah

(Guru Pelatih IPG Kampus Ipoh)

10. Anggaran PerbelanjaanKertas warna

: RM 5Kertas laminate

: RM 40Ribon

: RM 10Plastik meja

: RM 3Lain-lain

: RM 1011. PenutupProjek ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada warga sekolah mengenai kepentingan dan kegunaan papan kenyataan di sekolah agar ia dapat memanfaatkan masa lapang para pelajar sambil memberikan maklumat dan pengetahuan yang berfaedah kepada mereka.Disediakan oleh,

..........................................

( CIK RABIATUL ADAWIYAH )

Setiausaha Projek Praktikum

Disemak oleh,

........................................( PUAN NOORHAMIMAH BT JULI )

Penolong Kanan Pendidikan Khas,

SK Coronation Park,

Ipoh, Perak.

Diluluskan oleh,

( ENCIK ZUL SAFARUDDIN BIN MAT )Guru Besar,

SK Coronation Park,

Ipoh, Perak.