bab 8 keselamatan di makmal dan bilik sains · pdf file8.2.2 “notis penting“...

35
Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS84 BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal dan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains. 8.1 Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian: a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca. b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan eksperimen. c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas. d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta. e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan. f. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap makmal. g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah mencukupi. h. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti dengan segera. i. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci dan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang lengkap mesti disimpan. j. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains kecuali untuk tujuan eksperimen.

Upload: buitram

Post on 02-Feb-2018

419 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 84

BAB 8

KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS

Keselamatan di makmal dan bilik sains merupakan aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar jangkaan. Antara kemalangan yang mungkin berlaku di makmal dan bilik sains adalah kebakaran, letupan, kejutan elektrik, kebocoran gas dan kebocoran bahan kimia. Keselamatan dalam makmal dan bilik sains merupakan tanggungjawab pengetua, guru besar, guru sains, kakitangan sokongan makmal dan bilik sains dan murid sendiri. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar apabila berhadapan dengan kumpulan murid yang kurang berpengalaman, kemahiran dan kurang berkeyakinan tentang perkara yang hendak dilakukan di dalam makmal dan bilik sains.

8.1 Pengurusan Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains

Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh disebabkan oleh kecuaian, kelalaian, kejadian di luar jangka atau kurang kemahiran dan pengetahuan dalam perlaksanaan eksperimen. Dalam pengurusan keselamatan makmal dan bilik sains, perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian:

a. Poster keselamatan dan peraturan makmal dan bilik sains mestilah dipaparkan di

tempat yang mudah dilihat dan dibaca. b. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman mengenai peralatan dan bahan

eksperimen.

c. Makmal dan bilik persediaan mestilah sentiasa bersih, teratur dan kemas.

d. Kaca yang pecah dan tumpahan bahan kimia mesti diberi perhatian serta merta.

e. Semua pintu dan laluan perlu dibuka ketika eksperimen dijalankan.

f. Pelan laluan ketika kebakaran mestilah dipaparkan dengan jelas dalam setiap makmal.

g. Pencahayaan dalam makmal, bilik sains dan bilik persediaan mestilah

mencukupi.

h. Semua botol reagen mesti dilabel dengan jelas. Label lama dan kabur mestilah diganti dengan segera.

i. Bahan kimia berbahaya mesti disimpan dengan selamat dalam almari berkunci

dan jauh dari sumber haba. Sebahagian bahan kimia perlu diselia selalu. Rekod yang lengkap mesti disimpan.

j. Makanan dan minuman tidak boleh disimpan di dalam makmal dan bilik sains

kecuali untuk tujuan eksperimen.

Page 2: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

85 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

k. Sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains untuk jangka masa yang lama, semua paip air, suis elektrik dan punca gas mestilah ditutup dan semua pintu dan tingkap mesti dikunci.

Kemalangan di dalam makmal dan bilik sains boleh dielakkan dengan cara: a. Guru memberi arahan yang jelas dan terperinci mengenai langkah-langkah

keselamatan semasa menjalankan eksperimen. b. Guru mengawasi murid semasa menjalankan eksperimen.

c. Murid hendaklah mematuhi arahan guru dan peraturan makmal dan bilik sains.

d. Murid menunjukkan kesungguhan semasa menjalankan eksperimen.

e. Murid sentiasa menggunakan alat keselamatan dan alat perlindungan yang

dibekalkan.

f. Meningkatkan kemahiran asas dalam pengendalian dan pengoperasian alat radas.

g. Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai bahaya eksperimen.

h. Menyusun langkah aktiviti dengan baik dan mematuhi prosedur kerja yang

ditetapkan.

i. Mengetahui sifat-sifat utama bahan kimia serta langkah keselamatan semasa menggunakannya.

j. Mematuhi prosedur keselamatan penggunaan peralatan di dalam makmal dan

bilik sains.

8.2 Prosedur Keselamatan Makmal Dan Bilik Sains

Menurut Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Sertamerta Di dalam Makmal Sains yang bertarikh 21 Feb 1980, perkara berikut perlu diambil perhatian dan tindakan:

8.2.1 Satu petunjuk “JAGALAH KESELAMATAN ANDA“ berukuran lebih kurang m x ½ m dalam tulisan huruf besar tersergam hendaklah dipamerkan di suatu empat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.

8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling bil KP(BS)

600/12/A/(7) Keselamatan Dalam Makmal Sekolah bertarikh 8 Jun 1973 hendaklah ditulis dalam bentuk poster dengan huruf yang nyata dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di setiap makmal dan bilik sains.

8.2.3 Kebakaran

Merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2000: Mencegah Kebakaran di Sekolah yang bertarikh 14 Mac 2000. Bagi mengelakkan dari berlakunya kebakaran di makmal sains, langkah-langkah seperti berikut perlu diambil:

Page 3: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 86

a. Sentiasa bersedia menghadapi bahaya kebakaran di sekolah dengan membuat pemeriksaan rapi pendawaian di makmal sains.

b. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba

dan alat pemadam api dalam keadaan baik dan boleh digunakan. c. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di makmal sains.

Kebanyakan eksperimen yang dicadangkan dalam pembelajaran sains adalah selamat dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa eksperimen yang boleh menyebabkan kebakaran jika tidak dilakukan dengan cermat. Kebakaran boleh berlaku jika terdapat ketiga-tiga sumber kebakaran iaitu punca oksigen, sumber pencucuhan dan bahan api.

Rajah 8.1: Sumber Kebakaran

Kebakaran boleh berlaku di dalam makmal disebabkan oleh kecuaian, bahan kimia, letupan dan elektrik. Kebakaran boleh dibahagikan kepada 4 kelas. Jadual 8.1 menunjukkan jenis kebakaran dan cadangan pemadam api yang sesuai digunakan.

Jadual 8.1 Jenis Kebakaran Dan Pemadam Api Yang Sesuai

Jenis kebakaran Punca kebakaran Pemadam api yang sesuai

Kelas A Kayu, kertas, kain, getah, plastik dan seumpamanya.

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering, selimut kalis api, pasir dan air.

Kelas B

Kebakaran yang disebabkan oleh cecair yang mudah terbakar seperti metal spirit dan seumpamanya

Pemadam api jenis karbon dioksida, busa dan serbuk kering.

Kelas C Kebakaran elektrik Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk kering

Kelas D

Kebakaran logam melibatkan sebarang logam yang mudah terbakar seperti magnesium dan logam alkali.

Pemadam api jenis karbon dioksida dan serbuk kering.

Page 4: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

87 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

8.2.4 Letupan

Kebakaran boleh berpunca daripada letupan. Kebakaran juga boleh menyebabkan letupan berlaku. Letupan boleh berpunca daripada:

a. Kebocoran gas. b. Cecair dan pepejal mudah terbakar. c. Tindak balas eksotermik yang tidak terkawal.

d. Pemanasan sebatian-sebatian peroksida dan perklorat.

e. Bahan-bahan yang biasanya tidak mudah terbakar tetapi jika dalam

keadaan serbuk halus boleh meletup seperti magnesium, zink, aluminium.

8.2.5 Kelengkapan Pemadam Api

Satu poster mengandungi cara-cara mengunakan alat pemadam api hendaklah dilekatkan pada alat itu. Adalah mustahak bagi semua guru dan kakitangan sokongan makmal sains mengetahui cara penggunaan alat-alat ini. Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapkan dengan perkara berikut: a. Alat pemadam api jenis karbon dioksida atau jenis busa atau jenis serbuk

kering.

Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya salah satu dari alat pemadam api jenis ini. Alat pemadam api ini mesti diletakkan berdekatan pintu dan mudah dicapai iaitu kira-kira 900 mm dari atas lantai. Pentadbir sekolah perlu memastikan alat pemadam api ini sentiasa dalam keadaan baik. Alat pemadam api hendaklah dihantar sekurang-kurangnya setahun sekali untuk diperiksa oleh syarikat swasta yang berdaftar dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Rajah 8.2: Contoh Alat Pemadam Api Karbon Dioksida, Busa Atau Serbuk

Kering

Page 5: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 88

b. Selimut kalis api Setiap makmal dan bilik sains mesti dilengkapi sekurang-kurangnya satu selimut kalis api dari jenis yang diluluskan. Selimut kalis api digunakan untuk menyelubungi tempat yang terbakar seperti kebakaran pada pakaian seseorang atau kebakaran pelarut dalam singki. Ia perlu disimpan dalam makmal hanya untuk tujuan kebakaran dan diletakkan ditempat yang mudah dicapai.

Rajah 8.3: Contoh Selimut Kalis Api

c. Baldi berisi pasir.

Di dalam setiap makmal dan bilik sains perlu ada dua baldi berisi pasir. Ia sesuai digunakan untuk memadamkan api kecil termasuk kebakaran logam seperti natrium, serbuk zink, magnesium, fosforus dan lain-lain.

Guru dan kakitangan sokongan makmal sains hendaklah membiasakan diri dengan penggunaan alat pemadam api. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah dihubungi bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk cara.

8.2.6 Latihan Kecemasan Kebakaran Makmal dan Bilik Sains

Guru bertanggungjawab memberi penerangan berkaitan peraturan kecemasan kepada semua murid apabila mereka mula memasuki makmal dan bilik sains pada setiap tahun. Arahan keselamatan ini juga hendaklah ditampal di papan kenyataan di dalam makmal dan bilik sains supaya murid boleh membiasakan diri dengan peraturan tersebut. Satu pelan laluan kecemasan yang menunjukkan arah keluar semasa kebakaran mestilah ditampalkan di tempat yang mudah dilihat.

Latihan kebakaran hendaklah dijalankan khas untuk murid di makmal pada awal dan pertengahan tahun. Latihan ini dijalankan untuk setiap kelas yang menggunakan makmal dan bilik sains secara berasingan supaya tidak menganggu seluruh sekolah. Rekodkan latihan kecemasan kebakaran. Jadual 8.2 menunjukkan contoh rekod latihan kecemasan kebakaran.

Page 6: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

89 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jadual 8.2: Rekod Latihan Kecemasan Kebakaran

Bil Tarikh Masa Makmal/ Kelas

Nama Guru Bil. murid

Catatan

1 23.7.09 12.15 tgh Makmal kimia/ 5 Sc 2

Pn. Siti Suanja Somiran

40

2 orang murid tidak hadir: 1. Sabariah 2. Amirudin

8.2.7 Tindakan Jika Berlaku Kebakaran Jika berlaku kebakaran, penggera atau loceng kecemasan kebakaran hendaklah dibunyikan dengan segera. Guru hendaklah memastikan semua murid keluar dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik ditutup. Pintu makmal hendaklah ditutup selepas semua orang telah keluar. Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari dan arahkan mangsa baring. Gunakan selimut kalis api atau gebar tebal untuk memadamkan api setelah mangsa dibaringkan. Jika tiada selimut kalis api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan alat pemadam api ke atas mangsa.

8.2.8 Kit Pertolongan Cemas

Setiap makmal mesti disediakan satu kit pertolongan cemas yang lengkap dengan peralatan dan bahan yang diperlukan. Isi kandungannya hendaklah diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan ianya lengkap. Kit ini hendaklah diletakkan pada tempat yang sesuai dalam setiap makmal.

Kit Pertolongan Cemas mestilah mengandungi item berikut:

a. Pelbagai saiz kain balutan (tidak kurang daripada 6 saiz). b. Kapas yang telah disteril.

c. 1 gulung kapas.

d. Plaster luka.

e. Plaster berpelekat.

f. Penyepit dan gunting.

g. Sabun dan tuala.

h. Botol pencuci mata.

i. Krim antiseptik atau (paraffin gauze).

j. Larutan antiseptik seperti:

Page 7: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 90

i. Acraflavin (digunakan untuk luka baru). ii. Cetavlon (Savlon) (diguna sebagai pencuci luka). iii. Eusol (digunakan untuk luka lama).

k. 250 ml larutan-larutan berikut:

i. 1% asid asetik. ii. 1% natrium bikarbonat. iii. 1% asid borik. iv. 1% ammonium hidroksida v. 3% larutan kuprum sulfat

Rajah 8.4: Contoh Botol pencuci mata

Senarai semak semua item mestilah ditampalkan di dalam kit pertolongan cemas. Semua item mesti dilabelkan dengan jelas. Sebaiknya, preskripsi larutan dan kaedah menggunakannya mestilah disertakan bersama-sama label. Semua item mestilah diperiksa dari masa ke semasa.

8.2.9 Peralatan Pelindung Diri

Apabila bekerja dengan pelbagai jenis bahan kimia yang mengkakis, toksik dan bahaya, satu kaedah perlindungan diri yang praktikal amat penting. Walaupun objektif utama adalah untuk mengelakkan kemalangan, alat pelindung diri selalunya digunakan hanya ketika kemalangan berlaku. Bagaimanapun ada beberapa kes yang memerlukan pemakaian alat pelindung diri kerana bekerja dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya. Di antara alat pelindung diri yang diperlukan adalah:

a. Kot dan Apron Makmal.

Kot dan apron makmal penting untuk melindungi kerosakan kepada pakaian. Apron dari jenis getah atau plastik boleh digunakan. Pelindung pakaian mestilah selesa dipakai dan mudah dibuka apabila berlaku kemalangan atau pencemaran bahan kimia. Ia amat penting terutama kepada murid, guru atau pembantu makmal.

Page 8: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

91 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

b. Pelindung lengan, tangan dan jari.

Sarung tangan boleh dari jenis getah atau plastik. Sarung tangan yang mudah dipakai dan ditanggalkan digunakan sebagai perlindungan daripada haba, tindakan kimia dan bahan kimia lain yang berbahaya seperti asid kuat dan alkali kuat. Sarung tangan getah boleh disimpan lama dalam keadaan yang baik dengan menambahkan serbuk talkum.

c. Alat Pelindung Mata

Alat pelindung mata adalah seperti gogal dan pelindung muka. Setiap makmal mesti dilengkapkan dengan alat perlindungan mata dari jenis yang selesa dipakai dan ringan. Ia perlu dipakai apabila bekerja dengan bahan yang berbahaya seperti asid, bromin, ammonia, pemotongan logam aktif seperti natrium.

d. Alat Pernafasan dan Kebuk Wasap

Alat pernafasan digunakan sebagai pelindung daripada asap, wap dan habuk yang boleh menyebabkan penyakit kepada sistem pernafasan. Sebarang kerja yang melibatkan gas-gas toksik seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida perlu dijalankan di dalam kebuk wasap.

Rajah 8.6: Contoh Kebuk Wasap

Rajah 8.5a: Murid memakai

gogal dan alat pernafasan.

Rajah 8.5b: Murid memakai

alat pelindung muka.

Page 9: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 92

e. Kasut Keselamatan

Kasut yang bertutup mestilah sentiasa dipakai ketika bekerja di dalam makmal untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia.

8.2.10 Rekod Kemalangan Satu rekod kemalangan hendaklah disediakan di setiap makmal sains dan bilik sains. Butir yang harus direkodkan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.3.

Jadual 8.3: Contoh Rekod Kemalangan

Bil TARIKH MASA NAMA JENIS KEMALANGAN

TINDAKAN/ CATATAN

1 23.1.99 9.30pg Shahilon b. Abd Halim Luka ibu jari, terkena kaca tabung uji

Luka dicuci dengan air mengalir, dibalut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

8.2.11 Rekod Radas Dan Peralatan Rosak Atau Pecah Buku rekod radas rosak dan pecah mesti disediakan di dalam setiap makmal. Ini bertujuan merekod dan menyemak senarai dan bilangan radas dan peralatan yang telah rosak dan pecah. Rekod ini juga memudahkan pengurusan audit radas dan peralatan. Butir yang harus direkodkan ditunjukkan dalam Jadual 8.4.

Jadual 8.4: Contoh Rekod Radas dan Peralatan Rosak atau Pecah

Bil Tarikh Nama Kelas Nama Radas/ Peralatan

Kuantiti Sebab Rosak/ Pecah

Tanda tangan

1 28/7/09 Johadi 4 Sc 2 Bikar 100 ml 1 Jatuh

tt

8.3 Peraturan dalam Makmal dan Bilik Sains serta Bilik Persediaan

Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan supaya pada setiap masa makmal dan bilik sains menjadi suatu tempat yang selesa dan selamat. Ini juga akan memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam makmal dan bilik sains menjadi lebih efektif. Semua pengguna makmal dan bilik sains perlu mematuhi peraturan berikut:

Page 10: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

93 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

a. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk atau disimpan dalam makmal dan bilik sains serta bilik persediaan.

b. Kebenaran guru haruslah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains

serta bilik persediaan.

c. Semua peralatan dan bahan eksperimen hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

d. Guru yang mengendalikan kelas amali di makmal dan bilik sains tidak boleh

meninggalkan kelas berkenaan tanpa sebarang pengawasan. e. Semua pengguna makmal haruslah sentiasa memakai kot makmal dan kasut

semasa berada dalam makmal sains dan bilik persediaan.

f. Pengguna makmal sains hendaklah memakai gogal semasa menjalankan eksperimen kimia dan eksperimen yang boleh mencederakan mata.

g. Alat dan bahan eksperimen dibenarkan dibawa keluar dari makmal dan bilik

sains hanya dengan kebenaran guru sains.

h. Semua kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera kepada guru, Ketua Bidang Sains dan Matematik, Pengetua dan Guru Besar serta dicatat dalam buku rekod kemalangan.

i. Kebersihan makmal dan bilik sains serta bilik persediaan perlu dijaga pada setiap

masa.

j. Bilik persediaan tidak boleh dijadikan sebagai tempat rehat atau rekreasi.

k. Lantai tidak boleh dipasang dengan sebarang alas seperti tikar, tikar getah atau permaidani.

l. Bilik persediaan tidak boleh dipasang alat pendingin hawa. 8.3.1 Peraturan Makmal dan Bilik Sains bagi Murid

Pada awal tahun pihak sekolah hendaklah menyediakan peraturan makmal dan bilik sains untuk setiap murid. Peraturan ini hendaklah dibaca oleh guru bersama murid pada awal sesi persekolahan. Murid perlu memahami, menandatangani dan menampal peraturan ini di dalam buku amali mereka.

Contoh perakuan peraturan makmal dan bilik sains yang perlu ditandatangani oleh murid adalah seperti Rajah 8.2.

PERATURAN MAKMAL DAN BILIK SAINS BAGI MURID

PERATURAN AM

Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains dan bilik persediaan.

Page 11: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 94

Peralatan dan bahan dalam makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.

Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru.

Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru.

Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.

Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru.

Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan sokongan makmal berkenaan.

Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.

Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabut supaya kemas dan teratur.

Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetik api sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan.

Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.

Jangan membuang sampah ke dalam singki. Sisa–sisa bahan eksperimen hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.

Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal dan bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.

Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.

Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan.

Murid dilarang bermain–main di dalam makmal dan bilik sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.

Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.

Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.

Botol yang mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan.

Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.

Murid hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen.

Page 12: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

95 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jika pipet digunakan untuk mengukur isipadu larutan bahan kimia, pengisi pipet hendaklah dibenarkan untuk menyedut keluar larutan. JANGAN SEDUT DENGAN MULUT.

Mesti cermat dan berhati-hati bila menggunakan bahan-bahan kimia yang berlabel „RACUN‟.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.

Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam.

Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma.

Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

................................................. ….................................. Tandatangan Tandatangan Ketua Bidang Sains dan Matematik Pengetua PENGAKUAN “Saya telah membaca dan faham isi kandungan peraturan makmal ini dan mengaku akan mematuhi segala peraturan di dalamnya“ Tandatangan murid : ......................................... Tarikh : .................... Nama : .........................................................................................

Rajah 8.2: Contoh Perakuan Peraturan Makmal dan Bilik Sains

PERINGATAN

Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang

tidak diingini sekiranya seorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang

tersebut di atas.

Page 13: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 96

8.4 Keselamatan Dalam Pengendalian Bahan Eksperimen

Bahan eksperiman yang terdapat dalam makmal hendaklah dikendalikan dengan betul dan selamat. Pengendalian bahan eksperimen yang tidak betul boleh mengakibatkan bahaya-bahaya seperti yang berikut:

a. Kebakaran dan letupan disebabkan oleh bahan reaktif. b. Melecur disebabkan oleh bahan kimia yang mengkakis.

c. Alahan kepada bahan eksperimen.

d. Kecederaan disebabkan oleh tumpahan dan percikan bahan kimia.

e. Pencemaran kepada alam sekitar.

f. Keracunan disebabkan terhidu gas beracun.

g. Kemudaratan disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran radioaktif. 8.4.1 Pengendalian Bahan Kimia

Bahan kimia selamat digunakan jika dikendalikan dengan betul. Terdapat beberapa bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti mudah terbakar, mudah meletup, mengkakis, beracun dan merengsa. MSDS (Material Safety Data Sheet) perlu sentiasa dirujuk ketika pengendalian bahan kimia. Bahan kimia dan label simbol ditunjukkan dalam Rajah 8.7 sebagai panduan kepada pengguna supaya lebih berwaspada apabila mengendalikannya.

MUDAH TEROKSIDA

MUDAH TERBAKAR

MUDAH TERBAKAR

MUDAH MELETUP

MENGKAKIS RADIOAKTIF

Page 14: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

97 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Rajah 8.7: Simbol Bahan Kimia Berbahaya 8.4.2 Bahan Kimia Berbahaya

Semua bahan kimia adalah berbahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan cara yang betul. Ini adalah kerana bahan kimia mudah terbakar, menghakis dan beracun serta bertindak balas menghasilkan bahan lain yang mendatangkan kemudaratan. Bahan kimia beracun atau berbahaya perlu disimpan di dalam almari berkunci. Sediakan sebuah buku rekod pengeluaran dan penggunaan bahan-bahan tersebut. Jadual 8.5 menunjukkan contoh rekod berkenaan.

Jadual 8.5: Contoh Borang Rekod Pengeluaran dan Penggunaan Bahan-bahan Beracun dan Berbahaya

Bil Tarikh Nama Jenis

Bahan Kimia

Kuantiti Tujuan Tanda tangan

1 28/7/09 En. Ibrahim b. Taigo Bromin 10 ml Eksperimen

tt

Sesetengah tindak balas adalah sangat cergas sehingga menyebabkan letupan dan kebakaran. Jadual 8.6 berikut menunjukkan contoh bahan kimia berbahaya yang biasa digunakan di makmal sains.

Jadual 8.6 Contoh Bahan Kimia Berbahaya Yang Biasa Digunakan

Bahan Kimia

Sifat - Sifat Kesan-Kesan

Berbahaya Penyimpanan

dan Pelupusan Catatan

Asbestos Merupakan satu campuran oksida silikon, magnesium,

Debu asbestos merengsakan mata, paru-paru dan kulit. Asbestos

Basahkan asbestos dan masukkannya ke dalam beg

Penggunaaan asbestos lembut misalnya kertas

MERENGSA ATAU

BAHAYA

BERBAHAYA KEPADA

ALAM SEKITAR

Page 15: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 98

besi, aluminium, kalsium dan natrium.

biru adalah karsinogenik. Jika dihidu dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan batuk kering dan barah paru-paru.

politena yang dilabelkan dengan jelas sebelum pelupusan.

asbestos, tali asbestos dan kapas asbestos tidak digalakkan dalam makmal sains sekolah.

Aseton (Propanon CH3COCH3)

Takat didih 56oC Takat Kilat- 18 oC TLV 1000ppm. Wapnya lebih tumpat daripada udara. Boleh larut campur dengan air.

Sangat mudah terbakar. Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Penghiduan yang berterusan boleh menyebabkan kesan khayal.

Simpan dibawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan agen pengoksidaan yang kuat. Simpan sebanyak 250 cm3 pada setiap masa. Aseton harus dicampur dengan air yang banyak semasa pelupusan.

Digunakan untuk mengeringkan bahan-bahan dengan cepat. Boleh digunakan untuk membuat kukus air bersuhu rendah apabila ia dicampurkan dengan ais kering.

Benzena C6H6

Takat didih 80oC Takat Kilat -11oC TLV 10 ppm. Cecair kurang tumpat daripada air. Wapnya lebih tumpat daripada udara.

Sangat mudah terbakar dan toksik apabila tertelan, terhidu atau diserap melaui kulit. Bersifat karsinogenik.

Simpan dibawah paras mata dan di tempat sejuk. Jangan bercampur dengan klorin dan lain-lain agen pengoksidaan. Jangan dibuang sisa benzena ke dalam singki makmal tetapi ke dalam tanah yang tidak digunakan

Benzena tidak harus digunakan sebagai pelarut organik. Toluena adalah pengganti yang baik kepada benzena kerana ia kurang toksik. Pengendalian benzena hendaklah dilakukan dalam kebuk wasap.

Bromin, Br2 Cecair meruap yang bewarna perang – kemerahan. Takat didih 59oC Boleh larut dalam air, kloroform, tetraklorometana, dan etanol. TLV 0.1ppm

Wap sangat merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Cecair bromin dan air bromin adalah beracun dan menghakis.

Labelkan “BAHAYA” pada botol yang mengandungi bromin. Simpan di bawah paras mata. Campurkan larutan alkali dan curahkan ke dalam longkang bersama dengan

Gunakan penitis apabila memindahkan sedikit air bromin. Ini adalah lebih selamat daripada mencurahkan daripada botol. Pakai sarung tangan dan

Page 16: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

99 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

air yang banyak semasa pelupusan. Pelupusan hendaklah di buat didalam kebuk wasap.

gogal apabila menyediakan air bromin.

Fenol C6H5OH

Takat didih 182oC Takat Lebur 41oC TLV 5ppm. Larut campur dengan air atau natrium hidroksida. Asid Lemah.

Pepejal atau cecairnya adalah beracun dan mengkakis. Wapnya adalah berbahaya pada mata, paru-paru dan kulit. Pakai sarung tangan dan gogal semasa mengendalikannya.

Simpan di dalam almari yang berkunci. Jangan dicampur dengan agen pengoksidaan. Campurkan dengan air yang banyak sebelum melupuskannya

Dijual dalam bentuk hablur tidak berwarna atau warna merah. Apabila disimpan lama warna merah jambu akan menjadi lebih gelap kerana kesan cahaya dan udara. Digunakan sebagai pembasmi mikroorganisma dan dalam pembuatan plastik serta pencelup.

Hidrogen peroksida H2O2

Takat didih 107oC TLV 1ppm.

Mengkakis apabila pekat menyebabkan kesan melecur kepada mata, paru-paru, mulut dan kulit. Pengawasan diperlukan apabila menggunakan larutan pekat daripada 20 isipadu ke atas. Gunakan sarung tangan, gogal dan dikendalikan ditempat yang ada peredaran udara yang baik

Simpan di tempat yang sejuk, gelap dan jauh daripada agen penurunan dan sebatian logam peralihan. Jangan dicampurkan dengan asid, bahan mudah terbakar dan agen penurunan. Tambahkan air yang banyak sebelum pelupusan.

Larutan hidrogen peroksida tidak stabil dan sentiasa terurai 2H2O2 → 2H20 + O2

Sulfur dioksida, SO2

Gas tidak berwarna, bersifat asid. Takat didih -10oC. TLV 5 ppm

Kepekatan 6-12 ppm merengsakan mata dan sistem respirasi. Sedikit sahaja boleh mendatangkan kesan buruk kepada seseorang

Jangan dicampur dengan natrium hidrida, kalium klorat(V), natrium dan kromium. Silinder sulfur dioksida mesti disimpan jauh

Eksperimen yang menghasilkan sulfur dioksida hendaklah dibuat dalam kebuk wasap.

Page 17: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 100

yang sedang mengalami demam paru-paru dan penyakit asma.

daripada wasap asid pekat.

Tetrakloro-metana (karbon tetraklorida) CCl4

Cecair tidak berwarna, lebih tumpat daripada air. TLV 10 ppm

Sangat toksik. Boleh mendatangkan kesan khayal. Disyaki sebagai karsinogen. Apabila dipanaskan ia boleh terurai dan menghasilkan wap karbonil klorida yang beracun. Merokok dalam udara yang mengandungi wap tetraklorometana boleh menghasilkan karbonil klorida.

Simpan di bawah paras mata. Jangan dicampur dengan logam alkali. Campurkan air yang banyak dan detergen sebelum pelupusan.

Pelarut pengganti kepada CCl4 yang kurang merbahaya adalah triklorometana. Penggunaan CCl4 dalam beberapa jenis pemadam api telah dihentikan kerana ia boleh mengurai menjadi karbonil klorida.

Trikloro-metana (kloroform) CHCl3

Takat didih 62oC. TLV 10 ppm. Wap adalah lebih tumpat daripada udara. Melarut campur sedikit dalam air.

Wap merengsakan mata, kulit dan paru-paru. Jika terhidu dalam jangka masa yang lama mengakibatkan pening kepala, pengsan dan kematian. Cecair adalah toksik jika tertelan. Tidak boleh terbakar, tetapi seperti tetraklorometana, CCl4 boleh membentuk karbonil klorida apabila dipanaskan. Kloroform boleh menyebabkan kesan mengantuk.

Simpan di bawah paras mata. Jangan di campur dengan logam alkali, aseton dan agen pengoksidaan. Campur air yang banyak sebelum pelupusan.

Triklorometana adalah sejenis anastetik yang terkenal. Digunakan sebagai pelarut untuk bromin.

Kalium Natrium Kalsium Litium.

Logam kelabu berkilat, lembut

Meletup dan terbakar apabila bertindak balas dengan air. Bertindak balas dengan tetraklorometana.

Disimpan dalam minyak parafin. Campurkan dengan etanol glacial sebelum pelupusan.

Digunakan dalam kuantiti yang sangat kecil.

Page 18: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

101 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Serbuk magnesium, zink, aluminium.

Logam kelabu berkilat

Mudah terbakar dengan nyalaan terang

Dijauhkan daripada agen pengoksidaan seperti nitrat, klorat, pengklorat dan peroksida.

Mesti digunakan dalam kuantiti yang kecil.

Sulfur Pepejal berwarna kuning. Takat lebur 114oC.

Apabila sulfur dipanaskan, letupan dan pembakaran akan berlaku dan menghasilkan gas sulfur dioksida yang sangat beracun. Apabila sulfur dicampurkan dengan serbuk logam atau agen pengoksida yang kuat seperi klorat, ia akan meletup dan terbakar. Sulfur terbakar dengan nyalaan biru dan melecurkan kulit.

Mesti dijauhkan daripada agen pengoksidaan. Elakkan daripada pemanasan. Sulfur disimpan di tempat yang sejuk.

Dijual dalam bentuk serbuk kuning.

Dietil eter Takat kilat -40oC. Mudah terbakar dan meruap.

Sangat mudah terbakar.

Disimpan dalam botol Winchester pada rak terbawah dalam almari. Sisa disimpan dalam botol dan dilabel.

Pengendalian mestilah di dalam bilik yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Catatan: TLV – Threshold Limit Value (Nilai Had Ambang)

Takat kilat (flash point) – Suhu paling rendah yang membolehkan ia terbakar apabila bercampur dengan udara.

Maklumat lanjut tentang bahan kimia boleh didapati melalui pelbagai sumber seperti buku, risalah dan internet.

8.4.3 Bahan Kimia Tidak Serasi

Sesetengah bahan kimia adalah tidak serasi kerana akan bertindak balas apabila bercampur dan menghasilkan bahan merbahaya yang mengkakis, toksik, mudah terbakar dan meletup. Bahan kimia tidak serasi perlu disimpan secara berasingan. Berikut disenaraikan bahan-bahan kimia tidak serasi:

Page 19: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 102

Jadual 8.7: Senarai Bahan Kimia Dan Pasangan Bahan Kimia Tidak Serasinya.

Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi

Ammonia Aluminium, zink, logam-logam tergalvani dan aloinya, halogen.

Ammonium nitrat Bahan-bahan mudah terbakar, asid-asid kuat, bahan-bahan organik, logam aktif secara kimia, serbuk logam, nitrit, klorat, sulfur.

Bromin Bahan mudah terbakar, logam seperti besi, kuprum dan aloinya, alkali.

Kalsium karbida Air, larutan akuas bahan kimia.

Kalsium oksida Air, asid kuat.

Karbon diaktifkan Kalsium klorat (I) (kalsium hipoklorit) dan agen-agen pengoksidaan.

Kuprum Hidrogen peroksida

Klorat(V) Klorat(VII) Asid klorik(VII)

Asid, agen-agen penurunan, serbuk logam, sulfur, sebatian organik mudah terbakar.

Asid oksalik Argentum, merkuri (raksa)

Asid etanoik Asid kromik, asid nitrik, sebatian hidroksil,etana-1,2-diol (etilena glikol), Asid klorik (VII) (asid perklorik), peroksida, permanganat

Bahan Kimia Bahan Kimia Tidak Serasi

Etanol (etil alkohol) Kerosin, spirit

Hidrogen peroksida Bahan mudah terbakar, logam-logam seperti kuprum, kromium, besi dan garam-garamnya, asid nitrik, kalium manganat (VII) (kalium permanganat), fenilamina (anilina)

Hipoklorit Asid, karbon aktif

Iodin Ammonia (anhidrous atau akuas), garam-garam ammonium, asetaldehid, bahan mudah terbakar, aluminium, logam kimia aktif, serbuk logam, karbaid.

Metanal (formaldehid) dan formalin

Asid kuat, bes kuat, logam alkali, amina, ammonia, fenol. Apabila bercampur dengan asid hidroklorik pekat, BCME(bis(chloromethyl)ether), karsinogen yang kuat terbentuk.

Nitrat Asid sulfurik

Asid nitrik kuat Logam dan sebatian organik. Apabila bercampur, kebakaran boleh berlaku atau wasap beracun bagi nitrogen oksida mungkin terbentuk.

Fenilamina (anilina) Hidrogen peroksida, bes kuat, asid kuat, zink, aluminium, larutan mengandungi garam ferum.

Fosforus Alkali kaustik, agen penurunan

Fosforus pentaklorida Air, larutan akuas bahan kimia

Kalium Air, larutan akuas bahan kimia dan hidrokarbon terhalogen.

Page 20: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

103 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Kalium manganat(VII) (kalium permanganat)

Etana-1,2-diol (etilena glikol), propana-1,2,3-triol, benzaldehid, asid sulfurik, hidrogen peroksida.

Propanon (aseton) Triklorometana (klorofom) (Apabila bercampur, boleh berlaku letupan), asid nitrik kuat dan campuran asid sulfurik.

Argentum Asid etanadioik (asid oksalik), asid tartarik, ammonia dan sebatian ammonium.

Natrium Air, larutan akuas bahan kimia, asid dan hidrokarbon berhalogen.

Natrium nitrat(III) (natrium nitrit)

Sianida, asid kuat, bahan mudah terbakar, bahan organik, ammonium nitrat dan lain-lain garam ammonium.

Sulfida Asid, zink, kuprum, aluminium dan aloi-aloinya.

Asid sulfurik Alkali, klorat(V), klorat(VII) (perklorat), manganat(VII) (permanganat), etanoik anhidrida (asetik anhidrida), bahan mudah terbakar. Asid sulfurik pekat bertindak balas dengan sangat reaktif dengan air

Cecair mudah terbakar Ammonium nitrat, asid kromik, hidrogen peroksida, asid nitrik, natrium peroksida, halogen.

8.4.4 Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia

Sebarang tumpahan bahan kimia adalah berbahaya dan memerlukan tindakan segera. Tumpahan ini boleh mengeluarkan wasap toksik di samping menyebabkan kebakaran dan kemalangan. Sarung tangan getah perlu digunakan semasa membersihkan sebarang tumpahan. Jadual 8.8 menunjukkan prosedur bagi mengendalikan tumpahan yang berlaku.

Jadual 8.8: Cara Pengendalian Tumpahan Bahan Kimia

Bahan Cara Pengendalian

Bahan pepejal yang stabil pada suhu bilik seperti serbuk zink

Bahan ini disapu dengan alat yang sesuai, dikumpul dan dimasukkan ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai.

Asid Tumpahan larutan asid hendaklah dibasuh dengan air berlebihan dan disalurkan terus ke dalam longkang. Pepejal natrium bikarbonat atau larutannya boleh digunakan untuk meneutralkan baki tumpahan asid dan kemudiannya dicuci dengan air. Apabila berlaku tumpahan asid pekat, siram dengan air yang banyak untuk mencairkan asid. Ini akan mengurangkan hasilan haba serta percikan asid.

Bahan berminyak seperti minyak kelapa dan gris

Tumpahan berminyak hendaklah dilap dengan kain dan terus dibuang atau ditabur pasir bersih ke atas tumpahan tersebut dan

Page 21: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 104

dibersihkan. Kawasan tumpahan hendaklah dibersihkan dengan sabun dan air. Selepas itu kawasan tumpahan hendaklah dilap sehingga kering.

Pelarut mudah meruap/ terbakar

Jika tumpahan itu sedikit, lapkan dengan kain dan buangkan kain tersebut ke dalam bekas sisa buangan yang sesuai. Tumpahan yang banyak dibersihkan dengan menggunakan mop sehingga kering. Mop yang telah digunakan hendaklah dicuci sehingga bersih.

Merkuri Pastikan tingkap dan pintu makmal dibuka supaya terdapat peredaran udara yang cukup. Jika tumpahannya sedikit, tabur serbuk sulfur atau zink ke atas merkuri dan dibersihkan. Penyedut vakum atau alat pengutip merkuri boleh juga digunakan untuk mengutip tumpahan merkuri.

8.4.5 Pengendalian Bahan Radioaktif

Terdapat bahan radioaktif dalam makmal sains yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Bahan ini boleh mengeluarkan sinaran yang mempunyai kuasa penembusan yang tinggi dan berbahaya. Bahaya yang mungkin timbul daripada penggunaan bahan ini dan langkah-langkah pengendalian adalah seperti dalam Jadual 8.9.

Jadual 8.9: Langkah Pengendalian Bahan Radioaktif

Bahan Kimia Kesan-Kesan

Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan

Radium, Strontium, Amerikium, Kobalt, Thorium

Sinar yang dikeluarkan oleh bahan ini boleh mendatangkan mudarat kepada manusia. Dos yang rendah menyebabkan kanser dan mutasi. Dos yang tinggi membunuh sel, merosakkan organ dan menyebabkan kematian

Kot makmal, sarung tangan, gogal dan penyepit hendaklah digunakan semasa mengendalikan bahan ini. Sumber radioaktif janganlah sekali-kali didekatkan pada tubuh.

Bahan radioaktif dalam bentuk patlet hendaklah disimpan semula dalam kotaknya yang telah dilindungi oleh plumbum.

Tempat menyimpan bahan radioaktif hendaklah dalam stor atau almari yang berasingan. Jabatan Bomba dan Penyelamat hendaklah diberitahu tentang adanya bahan-bahan tersebut.

Jika bahan radioaktif tidak diperlukan lagi, maklumkan kepada Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) untuk tindakan pelupusan.

Page 22: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

105 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jika berlaku kecurian atau kehilangan bahan ini, pihak polis, Jabatan Kimia dan Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah diberitahu dengan serta merta.

8.4.6 Pengendalian Bahan Biologi

Langkah keselamatan perlu dititikberatkan dalam pengendalian bahan biologi seperti mikroorganisma, serangga, parasit dan haiwan kecil.

8.4.6.1 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Mikroorganisma

Sesetengah bakteria dan fungi adalah berbahaya. Pengendalian bahan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Berikut adalah langkah yang perlu diambil:

a. Sebelum memulakan kerja, pastikan bahawa terdapat bekalan

bahan antiseptik yang mencukupi. b. Semua permukaan, kerusi dan tempat bekerja hendaklah

dibersihkan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum meninggalkan makmal sains.

c. Bahan pencemar yang berbahaya tidak boleh dibiarkan begitu

sahaja kecuali setelah ditutup dan dikedapkan dengan pita selofan serta dilabel dengan jelas.

d. Setelah bahan pencemar selesai digunakan hendaklah

dimasukkan ke dalam beg politena dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

e. Peti sejuk serta alat-alat yang digunakan untuk menyimpan

medium kultur mestilah dibersihkan dengan bahan antiseptik. f. Peti sejuk tidak boleh digunakan untuk menyimpan bahan

makanan dan minuman kecuali untuk tujuan eksperimen.

g. Semasa melakukan pembersihan, kot makmal, sarung tangan dan gogal perlu digunakan.

h. Untuk mengurangkan berlakunya pencemaran melalui tumpahan,

semua bekas yang mengandungi bahan jangkitan hendaklah diletakkan di dalam dulang yang besar.

i. Selepas setiap eksperimen melibatkan mikroorganisma,

permukaan meja mestilah dilap dengan bahan disinfektan serta merta.

j. Tangan hendaklah dicuci bersih dengan sabun dan antiseptik

selepas eksperimen yang melibatkan mikroorganisma dan

Page 23: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 106

keringkan tangan dengan tisu tuala dan buangkan ke dalam tempat buangan yang bertutup.

k. Semua tumpahan dan kemalangan mestilah direkodkan.

8.4.6.2 Langkah Keselamatan Dalam Pengendalian Serangga Dan Haiwan

Kecil

Semasa mengendalikan serangga dan haiwan kecil, beberapa langkah keselamatan perlu diambil seperti yang berikut:

a. Serangga dan haiwan kecil perlu diletakkan dalam bekas yang

selamat seperti sangkar atau akuarium. b. Haiwan kajian mungkin membawa patogen, oleh itu pengendalian

perlu dilakukan dengan selamat seperti memakai sarung tangan.

c. Sebarang luka pada tangan hendaklah dibalut dengan sepenuhnya sebelum menjalankan kajian ke atas serangga dan haiwan kecil.

d. Sebarang gigitan dan cakaran oleh haiwan kajian hendaklah

dirawat dengan bahan antiseptik dan rawatan lanjut hendaklah di ambil.

e. Lupuskan haiwan kajian sebaik sahaja selepas tugasan atau kerja

kajian tamat. Jika haiwan tidak cedera lepaskan ke habitat asal.

f. Bangkai haiwan kajian hendaklah dilupus dengan cara yang selamat seperti ditanam atau dibakar sehingga hangus.

g. Hentikan kerja atau tugasan jika didapati haiwan tersebut

berpenyakit dan lupuskan haiwan tersebut dengan cara yang betul

8.4.6.3 Pengendalian Tumpahan Bahan Mikroorganisma

Tumpahan kultur mikroorganisma mestilah dilaporkan dan dikendalikan oleh guru atau pembantu makmal. Ketika pembersihan tumpahan, sarung tangan, kot makmal dan pelindung muka mestilah dipakai. Gunakan alat pernafasan untuk mengelakkan tersedut wap yang terbentuk daripada tumpahan. Jangan menyedut wap yang terbentuk. Tumpahan mesti ditutup dengan tuala yang direndam dalam disinfektan. Biarkan tuala di tempat tersebut selama 15 minit kemudian lap dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai. Bahagian yang tercemar mestilah disterilkan dengan bahan yang sesuai. Sekiranya kulit terkena tumpahan, basuh dengan cecair sabun dan air serta merta. Dapatkan bantuan perubatan jika perlu.

8.4.6.4 Pelupusan Bahan Kultur Dan Bahan Tercemar

Bahan kultur yang tidak diperlukan mestilah dimusnahkan menggunakan stim di bawah tekanan atau rendam dalam bahan

Page 24: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

107 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

disinfektan selama beberapa jam sebelum dilupuskan. Semua radas yang tercemar dengan mikroorganisma atau bahan buangan mestilah dirawat dengan cara yang sama sebelum dilupuskan.

8.4.6.5 Alat Elektrik

Penggunaan alat-alat elektrik boleh mengakibatkan kemalangan jika tidak mengikut peraturan atau alat elektrik berkenaan tidak diselenggarakan dengan sempurna. Untuk mencegah kemalangan yang disebabkan oleh pengendalian alat elektrik yang tidak betul, langkah-langkah yang berikut perlu diambil:

a. Pastikan suis tidak dipasang dengan tangan yang basah. b. Jangan bekerja dengan tangan yang basah atau berdiri di atas

lantai yang lembap apabila menggunakan peralatan elektrik.

c. Tutup suis sumber kuasa dan tanggalkan palam sebelum membuat sambungan atau sebarang perubahan pada litar atau peralatan.

d. Semua sambungan wayar hendaklah dibuat dengan betul dan

baik serta menggunakan wayar yang bertebat.

e. Jangan melebihi beban kuasa dengan menggunakan lebih daripada satu peralatan pada setiap satu punca kuasa.

f. Soket atau palam yang retak atau rosak hendaklah diganti dengan

segera.

g. Pastikan wayar disambung dengan mengikut kod warna yang betul.

h. Pastikan wayar dan kabel dalam keadaan yang baik. i. Peralatan elektrik hanya boleh disambung kepada soket tiga pin.

j. Sebarang kerosakan pendawaian elektrik hendaklah dibaiki oleh

juru elektrik yang bertauliah.

k. Semua peraturan keselamatan elektrik hendaklah dipatuhi. 8.4.7 Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya

Kemalangan boleh berlaku dalam pengendalian peralatan dan bahan eksperimen semasa menjalankan eksperimen sekiranya murid cuai dan tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Terdapat eksperimen yang dijalankan dalam makmal sains yang mungkin mendatangkan bahaya. Langkah-langkah tertentu perlu diambil dalam pengendaliannya seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 8.10.

Page 25: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 108

Jadual 8.10: Pengendalian Bahan Eksperimen Yang Berbahaya

Eksperimen Cara Pengendalian

Penyalaan hidrogen

Eksperimen yang melibatkan gas hidrogen adalah berbahaya. Nyalaan terbuka mesti dielakkan. Campuran hidrogen dan oksigen akan meletup apabila dinyalakan.

Pemanasan klorat Pemanasan klorat bersama-sama dengan bahan yang mudah teroksida seperti fosforus atau sulfur boleh mengakibatkan letupan. Pastikan campuran klorat tidak mengandungi fosforus dan sulfur.

Pemanasan Ammonium nitrat

Sebarang eksperimen pemanasan melibatkan ammonium nitrat hendaklah dielakkan kerana bahan ini mungkin meletup apabila dipanaskan walaupun dalam kuantiti yang kecil.

Tindak balas yang melibatkan logam reaktif

Eksperimen yang melibatkan logam reaktif seperti natrium atau kalium hendaklah menggunakan kuantiti yang kecil sahaja. Penyepit hendaklah digunakan untuk mengambil atau memindahkan bahan ini.

Eksperimen menggunakan asid pekat

Dalam eksperimen yang menggunakan asid pekat, elakkan daripada menuangkan air ke dalam asid pekat. Sekiranya asid pekat perlu dicairkan, tuangkan asid perlahan-lahan ke dalam air. Jangan sekali-kali mencampurkan asid pekat kepada klorat. Gunakan penitis apabila memindahkan asid pekat semasa eksperimen.

Eksperimen yang melibatkan bromin

Eksperimen elektrolisis plumbum(II) bromida menghasilkan gas bromin. Wap bromin berbahaya kepada mata, peparu dan kulit. Eksperimen yang melibatkan cecair atau wap bromin perlu dijalankan dalam kebuk wasap. Dalam eksperimen redoks, air bromin lebih selamat digunakan berbanding dengan cecair bromin.

Eksperimen yang berbahaya haruslah dijalankan secara demonstrasi oleh guru.

Semasa demonstrasi langkah-langkah yang berikut mestilah dipatuhi: a. Jarak di antara murid dengan bahan demonstrasi hendaklah sesuai. b. Pastikan kumpulan murid yang kecil semasa demonstrasi dijalankan.

c. Pastikan alat-alat keselamatan digunakan.

d. Tempat di mana demonstrasi dijalankan hendaklah sesuai sama ada di

luar atau di dalam makmal dan bilik sains.

e. Guru mestilah sentiasa berada di dalam makmal sewaktu murid berada di dalam makmal dan bilik sains.

Page 26: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

109 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

8.4.8 Pengendalian Silinder Gas

8.4.8.1 Penyimpanan

a. Tempat penyimpanan mestilah tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari, sumber yang boleh mendatangkan kepanasan dan mempunyai ruang pengudaraan yang baik.

b. Tempat penyimpanan haruslah ditutup dan dikunci bagi

mengelakkan orang luar memasukinya.

c. Silinder gas mestilah diletakkan pada posisi menegak dan kepala silinder harus dipastikan ditutup menggunakan penutup logam.

d. Silinder Asitilena mestilah tidak diletakkan berhampiran dengan Silinder Oksigen.

e. Silinder yang kosong dan yang penuh hendaklah diletakkan berasingan. Labelkan silinder yang kosong bagi mengelakkan kesilapan pengambilan silinder gas.

8.4.8.2 Ujian Kebocoran Gas

a. Larutan sabun digunakan bagi menguji sebarang kebocoran

gas. Larutan sabun disapu pada kawasan sekitar injap soket dan di kawasan yang disyaki mengalami kebocoran. Ia akan menghasilkan buih sekiranya kebocoran berlaku.

b. Alat pengawal atur yang digunakan hendaklah bersesuaian

mengikut jenis gas yang terdapat di dalam silinder gas.

c. Penutup alat pengawal atur tidak perlu disambung dengan terlalu ketat dengan silinder gas. Sambungan dilakukan cukup sekadar dengan menggunakan kekuatan tangan atau menggunakan pengunci yang bersesuaian.

d. Injap gas haruslah dibuka secara perlahan bagi mengelakkan sebarang tekanan tinggi lampau yang boleh merosakkan alat pengawal.

e. Pastikan kawasan injap bebas daripada sebarang kotoran, gris, butiran pasir, air dan minyak.

f. Bahagian injap dan penyambungan silinder gas oksigen dan

asitilena hendaklah dipastikan bebas daripada minyak dan gris.

8.4.8.3 Pengalihan Silinder Gas

a. Jangan sesekali mengalihkan silinder gas dengan menggolekkan, mengheret atau menghempas. Pengalihan hendaklah dilakukan satu persatu dan dipastikan semua alat pengawal atur gas telah dibuka dan kepala silinder ditutup dengan penutup logam.

Page 27: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 110

b. Alihkan silinder gas dengan menggunakan troli khas.

8.4.8.4 Silinder Gas Di Dalam Makmal

a. Jangan sesekali membiarkan silinder gas dalam keadaan terbaring di atas lantai makmal. Ia mestilah diikatkan pada dinding menggunakan rantai.

b. Setiap silinder gas hendaklah dilabelkan atau ditandakan bagi mengenal pasti kandungan silinder.

c. Setiap sambungan gas hendaklah ditutup dan dicabut selepas digunakan.

d. Warna piawai digunakan bagi mengenalpasti kandungan silinder gas. Jadual 8.11 menunjukkan contoh warna piawai yang biasa digunakan.

Jadual 8.11: Gas Dan Warna Piawai Silinder

Gas Warna Silinder

Asitilena Merah manggis

Karbon Dioksida Hitam

Oksigen Hitam

Metana Merah

Hidrogen Merah

Nitrogen Kelabu

8.4.9 Pengendalian Radas Kaca

Radas kaca merupakan item yang lazim digunakan di dalam makmal. Sekiranya tidak dikendalikan dengan cara atau teknik yang betul, ia boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.

8.4.9.1 Langkah Berjaga-Jaga

a. Tiub atau rod kaca hendaklah dibawa dalam keadaan menegak.

b. Sentiasa gunakan gogal semasa menyediakan radas kaca seperti memotong salur kaca.

c. Gunakan sarung tangan kulit apabila memotong kaca atau

mengendalikan kaca pecah. d. Setiap radas kaca hendaklah sentiasa diletakkan di tengah meja

makmal bagi mengelakkan ia terjatuh dan pecah. e. Jangan cuba menyambut radas kaca yang jatuh kerana ia

mungkin pecah di tangan dan mengakibatkan kecederaan.

Page 28: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

111 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

f. Jangan sesekali memaksa tiub kaca disambung dengan penyumbat getah. Gunakan air atau gliserin bagi melicinkan penyambungan.

g. Gunakan pelapik kasa dawai untuk melindungi radas kaca

semasa pemanasan. h. Jangan guna radas kaca yang telah calar dengan teruk, retak

atau pecah. i. Letak dan asingkan radas kaca yang telah dipanaskan di atas

pelapik asbestos. Letakkan tanda amaran “Radas Panas”. j. Alih dan asingkan setiap radas kaca yang telah pecah ke dalam

bekas khas yang disediakan. Jangan sesekali meletakkannya kembali ke dalam rak simpanan.

k. Cuci dan bersihkan radas kaca setiap kali selepas ia diguna.

Keringkan di atas rak pengering sebelum ia disimpan semula di dalam rak.

8.5 Prosedur Pertolongan Cemas

Guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengetahui prosedur pertolongan cemas. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan di makmal, guru-guru sains dan pembantu makmal perlu mengambil tindakan segera untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa sebelum menghantarnya ke hospital. Berikut disenaraikan jenis tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kes-kes kecemasan:

8.5.1 Tindakan Ketika Kecemasan

8.5.1.1 Pitam atau pengsan

Sesetengah kemalangan boleh menyebabkan pitam atau pengsan. Langkah-langkah berikut perlu diambil:

a. Pastikan mangsa boleh bernafas dengan baik. Longgarkan

pakaian mangsa yang ketat. Jika pernafasan atau nadi berhenti, bantuan pemulihan pernafasan perlu dijalankan serta merta dan pada masa yang sama dapatkan bantuan ambulan.

b. Perhatikan tahap kesedaran berdasarkan bukaan mata, lisan dan pergerakan.

c. Periksa kadar pernafasan dan nadi secara teratur.

d. Periksa dan rawat sebarang luka yang serius.

e. Siasat punca yang menyebabkan pengsan.

f. Baringkan mangsa dengan kepala direndahkan.

g. Selimutkan mangsa.

Page 29: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 112

h. Jangan beri sebarang benda melalui mulut kepada mangsa yang

tidak sedar.

i. Hidukan mangsa dengan garam ammonia.

j. Apabila mangsa sedar, tenangkan dan periksa mangsa dan nasihatkan mangsa berjumpa doktor.

k. Apabila mangsa telah sedar, beri minum minuman panas.

8.5.2. Kejutan elektrik

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:

a. Dalam keadaan yang selamat, matikan suis dengan serta merta dan pindahkan mangsa daripada bersentuhan dengan sumber elektrik. Jangan sentuh mangsa tanpa perlindungan sehingga anda pasti mangsa tidak bersentuh dengan sumber elektrik.

b. Jika tidak dapat menghentikan arus elektrik serta merta, berdiri di atas

benda kering seperti kayu, getah atau kertas tebal atau sebarang bahan penebat, cuba pisahkan mangsa daripada sumber elektrik menggunakan sebarang bahan bukan pengalir yang kering seperti kayu.

c. Periksa bahagian badan mangsa jika terdapat tanda melecur. Letakkan

kain yang disteril di atas tempat melecur dan balut dengan pembalut luka. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

d. Jika pernafasan terhenti, berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut

(CPR). Bawa mangsa berjumpa doktor dengan serta merta.

8.5.3 Melecur dan melepuh

8.5.3.1 Melecur disebabkan api

Rendamkan tempat melecur ke dalam air sejuk atau letakkan di bawah air mengalir sehingga kesakitan reda. Jika kawasan melecur tidak boleh direndam dalam air sejuk, tuamkan dengan ais. Jangan cucuk bahagian yang melecur atau melepuh. Jika kebakaran menyebabkan luka, tutup bahagian melecur dengan kain kasa yang distreril untuk mengelakkan jangkitan sebelum mendapat rawatan doktor.

8.5.3.2 Melecur disebabkan bahan kimia

Basuh secukupnya dengan air. Dapatkan rawatan doktor selepas memberi rawatan kecemasan. Rawatan kecemasan untuk melecur ringan adalah seperti dalam Jadual 8.12.

Page 30: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

113 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Jadual 8.12: Prosedur Kaedah Rawatan Mengikut Bahan Kimia

Bahan Kimia

Kaedah Rawatan

Asid Basuh dengan air dan bilas dengan 1% larutan natrium bikarbonat. Basuh dengan air sekali lagi.

Alkali Sama seperti asid tetapi gunakan 1% asid asetik untuk bilasan.

Bromin Basuh dengan air kemudian bilas dengan ammonia cair (1 daripada 15 bahagian air)

Natrium dan kalium

Pindahkan logam dengan penyepit ke dalam parafin. Rendamkan anggota yang melecur ke dalam air selama 20 minit. Tempat melecur dikeringkan dan ditutup dengan kain kasa yang disteril.

Fosforus Basuh dengan air diikuti dengan larutan 3% kuprum sulfat. Tutup dengan kain basah.

Jangan sapukan sebarang losyen, minyak angin atau sebarang bahan kimia di tempat yang cedera.

8.5.4 Luka, cedera dan patah

8.5.4.1 Jika luka ringan dengan sedikit pendarahan:

a. Keluarkan kotoran atau kaca dan basuh di bawah aliran air.

b. Lap dengan kain kasa yang bersih, kering dan steril.

c. Bawa ke hospital jika perlukan jahitan.

d. Jika kecederaan disebabkan oleh objek kasar dan kotor (paku

karat) maklumkan kepada doktor supaya mangsa mendapat suntikan anti-tetanus.

8.5.4.2 Pendarahan berlebihan

Jika pendarahan berlebihan, cuba berikan bantuan kecemasan untuk memberhentikan kehilangan darah. Baringkan mangsa dengan bahagian yang luka ditinggikan. Tekap dengan kuat luka dengan menggunakan kain yang bersih. Dapatkan rawatan doktor dengan segera.

8.5.4.3 Kecederaan

Jika kecederaan berlaku disebabkan kaca termometer, mangsa perlu diberikan rawatan perubatan segera kerana luka tersebut mungkin dicemari dengan logam dan bendasing yang tidak dapat disterilkan dengan antiseptik.

Page 31: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 114

8.5.4.4 Patah Tulang

Jika berlaku kes patah tulang, jangan gerakkan mangsa kecuali terdapat ancaman asap atau kebakaran. Berikan rawatan untuk pendarahan atau kejutan dan dapatkan bantuan perubatan segera. Jika mangsa perlu dipindahkan untuk rawatan, dapatkan sokongan anduh atau usungan untuk mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

8.5.4.5 Bahan yang tercemar dengan darah mesti dikendalikan dengan baik

dan langkah berjaga-jaga berikut perlu diambil:

a. Elak menyentuh bahan-bahan tercemar darah dengan tangan tanpa pelindung. Sentiasa menggunakan sarung tangan plastik pakai buang.

b. Gunakan bahan peluntur (cairkan dengan air dengan nisbah 1:5) untuk membersihkan kawasan tercemar.

c. Sarung tangan, pakaian dan kain lap yang tercemar dengan darah hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat untuk dilupuskan.

8.5.5 Kecederaan mata

a. Semua kecederaan mata adalah kes serius dan perlu dapatkan rawatan

perubatan serta merta. b. Jika bahan kimia masuk ke dalam mata, gunakan botol pencuci mata

serta merta atau basuh dengan aliran air sejuk sehingga rasa sakit reda. Jangan cuba meneutralkan mata dengan asid atau alkali. Nasihatkan mangsa agar tidak menggosok matanya.

c. Jangan gunakan air jika terdapat objek asing seperti kaca di dalam mata.

d. Jangan cuba mengeluarkan objek asing seperti kaca daripada mata.

e. Hantarkan mangsa untuk mendapatkan rawatan serta merta.

f. Tutup mata dengan kain kasa yang tebal dan lembut.

8.5.6 Keracunan

8.5.6.1 Keracunan di dalam mulut.

Ludahkan dengan serta merta dan kumur dengan air yang banyak kemudian dapatkan rawatan perubatan.

8.5.6.2 Tertelan bahan beracun.

a. Hubungi hospital yang berdekatan. b. Pastikan jenis racun yang ditelan.

Page 32: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

115 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

c. Jika bahan beracun tersebut adalah asid kuat atau alkali kuat atau hidrokarbon atau jika mangsa mengalami sawan, jangan rangsang mangsa untuk muntah.

d. Jika mangsa sedar, berikan 2 - 4 gelas air atau susu dengan serta

merta. Paksa mangsa memuntahkan racun dengan menjolok tekaknya dengan jarinya sendiri. Ulang sehingga tiada cecair dimuntahkan.

e. Dapatkan rawatan di hospital dengan segera.

8.5.6.3 Terhidu gas beracun

Langkah-langkah yang perlu diambil adalah:

a. Buka pintu dan tingkap dan alihkan mangsa ke tempat yang lebih

selamat. b. Periksa saluran pernafasan mangsa dan pastikan tidak tersekat.

c. Letakkan mangsa dalam keadaan selesa. d. Jika pernafasan mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan

dengan alat bantu pernafasan. Jika nadi mangsa terhenti, berikan bantuan pernafasan CPR.

e. Dapatkan bantuan perubatan serta merta.

8.5.6.4 Keracunan secara sentuhan dan penyerapan melalui kulit.

a. Buka semua pakaian tercemar yang bersentuhan di bawah

pancuran air dan basuh bahagian tercemar dengan sabun yang banyak.

b. Biarkan mangsa dalam keadaan baring dan diselimutkan.

Dapatkan rawatan doktor selanjutnya.

c. Jangan berikan sebarang antidot seperti alkali ke atas asid atau sebaliknya atau pelarut seperti alkohol untuk fenol.

d. Basuh tangan sebelum meninggalkan makmal dan bilik sains.

8.5.7 Kaedah Bantuan Pernafasan

Bantuan pernafasan amat perlu diberikan dengan segera kepada mangsa kemalangan yang menyebabkan pernafasan terhenti. Pernafasan boleh terhenti disebabkan oleh kejutan elektrik, sedatif, gas beracun dan lemas.

8.5.7.1 Kaedah mulut ke mulut.

a. Membuka laluan udara

Page 33: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 116

Baringkan mangsa dan longgarkan pakaian. Pastikan lidah mangsa tidak menghalang laluan udara dengan mendongakkan kepala mangsa.

Sekiranya mangsa tidak sedar, periksa mulut mangsa dan pastikan tiada sebarang benda menghalang pernafasan.

Rajah 8.8: Cara memeriksa mulut mangsa

Rajah 8.9: Cara mendongakkan kepala mangsa

b. Pernafasan

Pegang rahang bawah dan picit hidung mangsa. Sedut nafas dan hembus udara dengan kuat sehingga dada mangsa naik.

Rajah 8.10: Cara Bantuan Pernafasan

Page 34: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

117 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

Alihkan mulut anda dan dengar dengan baik bunyi udara dihembus keluar. Kemudian ulang tindakan menghembus udara kepada mangsa.

Teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga mangsa mula bernafas. Dalam sesetengah kes, mangsa mengambil masa beberapa jam untuk sedar.

Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Baring dan selimutkan mangsa supaya berada dalam keadaan selesa.

c. Peredaran (circulation) untuk memberi tekanan kepada dada

Penting: Jangan berikan tekanan pada dada jika terdapat degupan jantung atau nadi berdenyut.

Baringkan mangsa dan periksa nadi.

Rajah 8.11: Cara memeriksa nadi mangsa

Jika tiada degupan jantung, tekan tulang dada dengan dua tangan secara pantas dengan kiraan sehingga 30.

Rajah 8.12: Cara memberikan tekanan pada dada

Selepas 30 tekanan, berikan dua pernafasan CPR.

Ulang empat kali atau sehingga mangsa sedar.

Page 35: BAB 8 KESELAMATAN DI MAKMAL DAN BILIK SAINS · PDF file8.2.2 “NOTIS PENTING“ seperti yang terdapat di dalam pekeliling ... kertas, kain, getah, ... ditampal di papan kenyataan

Bab 8 - Keselamatan Di Dalam Makmal Dan Bilik Sains

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│ 118

Bawa mangsa ke hospital.

Catatan : Dapatkan latihan teknik rawatan CPR yang betul. 8.6 Cadangan Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal dan bilik sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah khasnya pentadbir, guru serta kakitangan makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan makmal yang selamat, guru dan kakitangan makmal juga perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas. Oleh yang demikian, adalah wajar guru dan kakitangan makmal diberikan latihan berkaitan prosedur menangani kecemasan, pengurusan makmal dan bilik sains serta pertolongan cemas. 8.7 Rujukan

8.7.1 RECSAM (1978). Laboratory Management and Techniques for Schools and Colleges. Anthonian Store Sdn. Bhd., 1978.

8.7.2 http://cd1.edb.hkedct.net/cd/science/laboratory/safety/shb_2002e.pdf. Handbook on Safety in Science Laboratories. City University of Hongkong.

8.7.3 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (1997). Guidelines for Labelling

Hazardous Chemicals. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

8.7.4 Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (2004). Guidelines on First-Aid in the Workplace. Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

8.7.5 Pusat Perkembangan Kurikulum (1999). Pengurusan dan Keselamatan

Makmal Sains di Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.